April 10, 2005

Muhasabah Diri

Disclaimer : Lagi sekali ini aku terima dari e-mail seseorang. Rasanya terlalu bagus untuk aku simpan sendiri sahaja. Jadi sama-samalah kita hayatinya.

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sebagai satu sedekah. (Aku memang kaya dengan senyuman - kalau tak puji diri sapa lagi nak puji kan?)
Ingatlah!Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan akan mengakibatkan hati akan mati.Jika dibuat di hadapan manusia boleh mengakibatkan hilangnya maruah diri. (Jadi jangan dok gelak tak tentu arah dan terbahak2 pulak nanti orang ingat dah kureng!!!)

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah sebagai pengajaran dan pedoman. Maka beringatlah selalu dan muhasabahlah diri kita selalu..itu sebagai tanda kelemahan diri kita, kesalilah keterlanjuran yang lalu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi. (Aku terlalu setuju dengan kenyataan ini. Lihatlah selalu pada cermin, bukan hanya pada wajah tetapi cermin hati dan jiwa)

3. Syukurlah dengan nikmat pemberian Tuhan dan bersabarlah disetiap ujian yang menimpa kerana ianya amat mudah diucapkan tetapi amat sukar dan sulit utk kita laksanakan. (Ini khas buat Atenah, yang akan menhadapi berbagai ujian i.e Exam, interview dll)

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu,selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang yang beriman dan percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan. (Aku doakan kita semua adalah dari golongan yang redha dengan ketentuan Allah)

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah iaitu bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yanglebih darinya di satu majlis,bercakap meninggikan suara, pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. (Nauzubillah hi minzallik - betul ke sebutan tu?)

6.Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah(lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal dan tinggi budi pekertinya. (Adakah kita dari golongan ini?)

7.Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. (Mari sama-sama mempertingkatkan diri menjadi seperti ini)

8.Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. (Pintu taubat masih terbuka selagi nyawa dikandung badan)

9.Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. (Berikan hak kepada yang berhak. Hak manusia kepada manusia, Hak ALLAH dari hamba kepada pencipta)

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. (The truth hurts but it is still the truth!!)

ALLAH did not promise that life would be easy, but ALLAH did promise to go with you..every step of your life, with ALLAH by your side..

9 comments:

hana_kirana said...

Thanks for this entry, Aunty. Saya selalu pergi blog Aunty ni, cuma tak pernah bersuara gitu. Silent reader la kununnn.... :)

AuntyN said...

You are welcome Hana, I hope it will help anyone who read this.

AuntyN said...

crimsonskye : sama2, semoga memberi manafaat kepada semua.

Anonymous said...

hai...salam perkenalan dari nur.... first time masuk kat blog nie... thanks 4u coz coming 2 my blog....

AuntyN said...

Nurdia: terimakasih kembali.

Nef : We seems to always forget. A reminder is always needed. Thanks for visiting

DeLinn said...

tatau pun javard tu ur nephew. dulu2 suka gak baca blog dia.

:)

AuntyN said...

Delinn : Tak pernah jaja pun, dia tu single lagi, lecturer kat UKM, nak tackle ke boleh aunty rekomen tu :-)

A Shy Millionaire said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!
Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kaya cepat di sini.

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »