July 23, 2005

Mengigau

Dalam family aku, yang paling sering mengigau, ialah mak dan hubby. Mak aku kalau mengigau dia nanti meraung macam orang kena kejar hantu. Dia selalu ingat apa yang dia mimpikan yang buatkan dia mengigau tu. Selalunya, ada lembaga hitam datang pada dia, atau ada ornag botak nak cekik dia dan seumpanya lah. Kira cerita seram lah tu.

Lagi sorang, my hubby tu. Selalu jugak mengigau. Dia selalu tidor lebih awal lagi dari aku. Tak kira lah tidor malam atau siang. Tiba-tiba terdengar ada orang meraung. Tahu dah aku yang hubby lah tu. Jenuh jugak kejutkan dia kalau mengigau tu. Kadang-kadang, kejut, lepas dia lelap dah mengigau pulak. Tapi dia tak pulak pernah cerita kat aku mimpi apa dia tu sampai mengigau tu. Jadi aku pun tak pernah tahu pasai apa.

Ada sekali aku baca kat blog (entah sapa tak ingat dah) seseorang tu. Dia cerita pasal mengigau jugak. Dia bila mengigau akan bangun tepuk dinding. Gelak jugak aku baca tu. Macam-macam response tentang mengigau ni yang lucu tu. Bukan lah nak mempermainkan sapa2 ye? Harap jangan terasa hati OK?

Aku ni yang aku tahu jarang sekali mengigau tu. Tapi mana aku tau kan sebab aku bukan dengar kalau aku mengigau kan? Ni cerita pasai aku mengigau lah ni. Semalam petang lepas kerja, aku dengan hubby pergi ke Penang. dalam kereta hubby tanya aku.

Hubby : Semalam mimpi apa?
Aku : Mimpi? Tak mimpi apa pun?
Hubby : Tu sampai mengigau sebut "Baby, baby"?
Aku : Hah?
Hubby : I bangun pukul 3 pagi dok dengaq cakap "baby, baby".
Aku : Entah lah, tak ingat pun mimpi apa, rasa nya tak mimpi apa pun.
Aku : Selalunya you yang mengigau mana I mengigau.
Hubby : Tak percaya ka? Lain kali I will tape lah.
Aku : Tak tau lah pulak sebab I tak ingat mimpi apa. Macam mana cara I sebut baby tu? (* senyum penuh makna*)
Hubby : (senyap tak jawab pun).

Aku pun heran pulak pasal apa aku boleh sebut "baby" tu. Yang aku ingat paling last aku tengok gambar anak2 Alex Lacey kat blog dia. Tapi bukan baby. Banyak hari dah rasanya tu ada lah aku tengok gambar baby cute-cute dari email seseorang yang hantar kat aku tu. Tak kan lah sampai terlekat dalam minda aku sampai mengigau. Isy, tak kan kemaruk baby kut aku ni hehehehe. Dah tua dah ni, mana nak dapat dah tu, walaupun belum "pencen" lagi ni hehehe. Sat ni orang ingat baby tu cucu aku lagi haru lah no.

Kalau you all ada cerita mengigau pelik-pelik tu mai lah share sini tu.

Anyway, Have a Nice Week-end ALL

15 comments:

icam said...

Assalamualaikum. Thanks Kak N for the comments at Mak Andeh's blog. Suffer jugak dok kat Mindanao ni. Especially when nampak poverty di kalangan Muslim community down here. They are really very poor. We're lucky enough being Malaysian.
Happy weekend with family.

AuntyN said...

icam, keep up the good work, ikhlaskan niat kerana Allah OK. Buat apa yang terdaya tu. Memanglah kita kat Malaysia ni perlu bersyukur sangat2 ni. Take Care

anedra said...

masa kat sekolah dulu ada sorang dorm-mate ni selalu ngigau "murah!murah! kain Batik! kain batik! murah! murah! marilah beli!" it happened so often sampai after a while kitorang dah tak heran! But kelakar jugak, cos she would wake up sit on her bed and buat gaya macam jual kain! Kalau kita tanya dia masa tu, dia jawaab jugak! tapi still tengah tidur! pelik..

Anonymous said...

lenkali bila time hubby ngigau, picit ibu jari dia dan tanya la all his secrets..

kalau jadik, habaq mai la kat kami eh?

Anonymous said...

Kalau baby yg budak kecik tu tak pe aunty N, takut baby lain pulak karang habis laaa hubby gabra heheheheheeh.....
ayah saya suka ngigau bersilat...mak selalu ngadu sakit kena tendang kalau ayah ngigau...bahaya betul....

missy dullness said...

i have a penyakit actually. Mmg mengigau smpi jalan2. serius x tipu.Start masa sekolah dulu, lepas 2 mak hantar berubat sbb teruk sgt.

1st-masa darjah 4/5 lah. tgk cerita gremblins klu x silap at y cousins house, mlm 2 tido kat situ and he next morning my abg sedara cakap i tried to strangle my kakak sedara.

2nd-giler main getah dulu kan. pas2 one night my dad said that i wanted to take the house keys, when my dad asked y, i replied tat i wanted to go out n play getah outside. I didnt even realized anything.

ok, now i think tat i sound scary.hehehhe

but all is well now. hopefully :)

meandbaby said...

part mengigau nih memang selalu...tapi setakat bercakap je..mengajar pernah...ajak hubby shopping pernah...jual barang pun pernah..yang paling kelakar baru2 ni hubby call, saya dah tido tp hubby ckp saya angkat phone dan merepek-meraban...dia tanya'tgh buat apa?' saya kata 'tgh berkemas'..'kemas apa?'..'kemas kotak'..'nak g mana?'dia tanya..'nak g konsert AF!'..dia bengang terus suruh saya sambung tido..esok pg saya memang tak ingat apa..bila dia citer saya ketawa sampai keluar air mata...

OOD said...

Time mengandung anak sulong dulu, hampir tiap malam mimpi hantu, kena perambat lah apa lah, so selalu jerit/nangis/mengaji dalam mengigau. ;o)

Elf said...

Err.Masa abang saya tidur, saya pernah tarik bulu kaki dia. Pastu dia terkejut dan dusyum, sebijik saya kena. Pastu dia kata dia ngigau, macam tak betul jek..hehehe..

AuntyN said...

Kelakar lah baca episod-episod mengugau you all ni. Thanks anyway.

NANI SHAHABUDIN said...

penah kena tumbuk kat peha, hubby ngigau. klu selalu camni, terukla i...hahaha

Halim Hashim said...

tido ngigau ni biasanya otak kita terlalu penat..so bila dah tak leh nak cover up dia keluag la masa tidog...
dulu ada sorang my fren bidin..mcm tu jugak..mak dia bagitau..dia kelepiag atas lantai..macam orang berenang...siap kaki tangan .. nak plak lantai papan..jenuh gedegum gedegam la.....baru belajag berenang la tu...masa tu kan banjir,,...heheh...

Arena said...

Masa kat asrama dulu, ada one junior dia nih athelete. Masa musim sukan tiap2 malam dia akan ngigau berlari. Kalau 100m dia akan lari pecut atas katil(sambil mengereng) kalau 400m dia lari slow sikit tapi lama.. Siap aksi sampai ke garisan penamat dan celebrate kemenangan tuh...kekekekekke..

AuntyN said...

Anne : lari jauh2 lah time Helmi mengigau tu, kang kena kata abused wife pulak.

Halim dan Arena : Can imagine athelete mengigau, Harap2 my Angah tak mengigau main hoki kat rumah, nanti habis pecah tingkat kena bola hoki tu. :-)

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Hotels hostels Cash loans net payday till Kirby 2000 vacuum cleaner owners manual football equipment vacuum cleaner masturbation sunbeam 1114 humidifier filters downhill wheelchair racing