September 27, 2005

Demam.......Demam Exam Lah!!!

Hari ini, esok dan lusa (Selasa, Rabu dan Khamis) hubby aku akan duduki peperiksaan. Tak lah, dia tak study MBA atau PhD atau yang sewaktu dengan nya tu. Exam ni exam jabatan dia saja. For promotion? Oh No, I don't think so. As long as I can remember, hubby dok exam bertahun-tahun dah. Tiap-tiap tahun dia berkursus dan exam lagi. Tapi bila pass pun tak jugak dapat promotion. Penilaian prestasi pun bukan berdasarkan samada dah pass exam ke apa, ikut discretion ketua jabatan saja tu. Jabatan hubby ni hantar pekerja dia untuk berkursus dan ambik exam untuk enhance knowledge diorang saja gamaknya tu.

Lagipun, hubby tak suka sangat kalau dapat promotion tu. (Kata dia lah, tak tahulah apa kata hati dia, perasaan dia yang sebenar tu). Sebabnya kalau dapat promotion selalunya bermakna akan kena transfer jugak ke cawangan lain. Lepas tu masih di probation, gaji tak naik jugak, masih di takuk lama. Kalau dah confirm pun kenaikan gaji di kira pada tarikh confirmation bukan masa promotion tu. We are in the comfort zone. Duduk rumah sendiri, cost of living pun tak lah tinggi sangat. Alhamdullillah.

Kalau kena transfer ke cawangan yang tidak jauh dari tempat sekarang tu OK lah. Di sekitar utara ni still boleh lah tolerate, sebab tak payah nak pindah, masih boleh berulang dari rumah saja. Tapi kalau ke KL, kena lah berpisah nampak gayanya. Still OK lah sebab hubby boleh duduk dengan kakak dia, jenguk Kak Long selalu tu. Sekali sekala aku boleh juga pergi jumpa dia bila aku ke KL for work. Kalau ke Kuala Trengganu, boleh jugak mintak tolong Po jadi spy aku (boleh harap ke kau ni Po?), tapi kalau ke Sabah atau Sarawak, aduh, duh duh...... Menangis tak berlagu lah aku nanti. Silap haribulan kena tutup blog ni pun. Kenapa? Tak kan korang nak tahan asyik nak baca syair aku merindu dendam, meraban yang bukan-bukan, hehehehe....
Kalau dah jauh tu sapa pulak aku nak cari nak jadikan spy aku tu, takut-takut nanti harapkan pagar, pagar makan padi....

Isyyyy, negatif pulak aku ni. Tak lah sampai macam tu. Kalau dapat tu rezeki jadi kami terimalah, Insyaallah. Masalah tu akan tetap ada, tapi boleh diselesaikan nanti tu.
Itulah, dah terpesong dah aku ni dari tajuk sebenar ni.....
Tak kisah lah, sapa suruh korang datang baca pot pet, pot pet aku ni kan hehehehe.....

Kak Long pun dah mula exam first semester dia. Isnin dia dah ada paper, hari ni ada jugak. Habis exam 7 Oktober nanti. Panik jugak dia ni, dari ahad dah suruh aku doakan dia. Semalam pun sms suruh doakan jugak. Mestilah didoakan, ibu mana yang tak akan mendoakan anak dia kan? Semestinya ibu akan doakan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan kejayaan anak-anak dia.

Anak-anak aku yang lain pun akan exam akhir tahun dalam 2 minggu ni. Tahun ni tak ada exam besar, seperti tahun lepas UPSR (Ayin), PMR (Angah) dan SPM (Kak Long). Tahun depan Syia akan menghadapi UPSR dan Angah akan duduki SPM.

Dok jenguk blog Tenah pun, dia tak update dua tiga hari dah. Siap suruh "say a lii prayer" for her. Exam jugak agaknya dia tu. Tak apa lah Tenah, Insyaallah segala pengorbanan akan membuahkan hasil, Insyaallah nanti balik dengan segulung ijazah PhD. Kalau orang tanya sapa AuntyN belanja mee udang tu, boleh lah kata aunty belanja Dr Atenah, kira OK lah kan Tenah kan, kan...

Jadinya, kepada sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan di luar atau di dalam negara. Tak kiralah dari yang se kecil-kecil exam ke sebesar-besar exam tu, aku nak ucapkan:-

ALL THE BEST
JANGAN PANIK, STAY COOL
DOA BANYAK-BANYAK

SEMOGA BERJAYA HENDAKNYA.

22 comments:

Anonymous said...

kak N jangan bimbang...

kalau Abg Z kena transfer sini. Saya bersedia jadi Spynya.

dan saya berjanji tak akan cakap apa-apa kat Kak N selagi Abg Z tak benarkan.

Saya berjanji!

he he

AuntyN said...

Po : Baik betul kau ni Po!!! Hehehe. memang tak leh nak harap kalau sama2 lelaki ni.....

Ni ke cari spy yang lebih boleh di percayai ni.

Anonymous said...

nanti aunty leh kwn dgn saya le dok rindu hubby sokmo hehehehe

Jo Kontan said...

Aunty,

'Sebabnya kalau dapat promotion selalunya bermakna akan kena transfer jugak ke cawangan lain' Lain macam jer bunyi nye *cawangan*..

Melawak noo..

Dr. Tenah ni udah tak update semenggu udah Aunty.

Stay Cool,. that's nice.

AuntyN said...

Ayu : Harap2 tak lah Ayu, dah malas nak pindah randah ni.

Tj : Kau jangan nak mula !!! hehehe, Cawangan tu, Nauzubillah tau...

Anonymous said...

ialah kann dah settle down semua kan.. tup tup nak kene pindah balik.. jenuh gak nooo aunty...

Anonymous said...

kak N,

kak N pindahkan kilang kak N ke sini laaa...

AuntyN said...

Ayu : haah.Dah settle dah. Isyyy takut nak sebut ni takut pulak kut menjadi satni...

po : how I wish........

Anonymous said...

saya akan amik final exam after raya..so, simpan dulu la wish nih yek..lepas raya baru kuar balik..ehehehe...

WRA said...

mudah-mudahan dapat naik pangkat dan tak payah pindah...boley ke gitu? :)

AuntyN said...

Oren : Wish in advance lah takut lupa nanti tu, hehehe

Alex : Amin...Ya Rabbalalamin, heheheh

AuntieYan said...

N, rasanya Mr.Z ni ambik exam PTK...dia kerja gomen kan...

KY dah 2 kali ambik....and 2 kali jugak lingkup!!!!ha..ha...!! lulus tu, lulus...tapi tak sampai 'tahap'...tahap apa tak tau le depa nih!!Kerja gomen cam tu le...lulus exam bukan satu tiket untuk naik pangkat. Gitu jugak kalau pi sambung buat Master atau ambil Phd....gaji cam tu juga...sehingga pangkat dinaikkan atas syarat-syarat tertentu.
Tahun ni dah takmo ambik exam dahhh...lantak le...gaji dah sampai ke dinding!
p/s : Exam PTK tu adalah singkatan drp "peperiksaan taik kucing!!!!

AuntyN said...

Kak Yan : LOL PTK = periksa taik kucing tu.. Bukan yang ni, tapi kata dia audit.

Nak buat camna dah habuan macam tu dah...

Unknown said...

Happy exam utk UncleZ.
Alaaa..kalau kena transfer pun takpe.. boleh join my club..kelab weekend husband..:)

Ni said...

eh ada ke kelab cenggitu?

Sayapun selalu gak exam, auntyN, exam mata kat kedai spekmata tu. Tiap2 kali exam mesti power naik punya tapi gaji tak naik pulak untuk menampung kos spekmata saya nih...

AuntyN said...

Jiwa : laa, tak mau lah bagi uncleZ join your club tu. I am in trouble lah, hehehe

Cikni : laa awat sampai kena exam mata setiap kali nak exam. Pi buat lasik lah kut tu..

Anonymous said...

ha ah la AN
dok perang sabilAllah ni
tak update sampai its over kut
tapi dok menebeng sana sini he he
pray that i pass
kalau fail, itu *city* kena tutup la

*Sharifah Amani*
he he

Anonymous said...

AuntyN

Thanks for the kind words. 'Nak stay cool' tu yang a bit hard. One more thing, when I read about Mee Udang ni.. hem, terliur habis!

EM

AuntyN said...

Terimakasih Pak Long Jin, Insyaallah Kak Long lulus cemerlang....

*Amani* : Dah tau dah. Tak fail aih Insyaallah, mana boleh fail, tak boleh.. Lagipun the city tak leh lah nak tutup. Berehat saja tu ..

EM : welcome, welcome. Bila balik sini kita pergi makan Mee Udang OK?

AuntyN said...

Abang Long!!!!! ceh!! hehehe

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Gentle giant golf clubs cheap calling cards for philippines cellphones proactiv solution gesichtspflege http://www.breast-enhancement-3.info/face-lift-picture.html 1day acuvue Fedral income tax changes deductions for 2006 Mechanical convection ovens Cymbalta vs effexor half life mercedes s600 navigation Strikers soccer center Replace headlight 2002 bravada oldsmobile Diana the hunter skin care products wheels mercedes benz r350 How to arrange kitchen gadgets Blonde in black fishnets

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read hot naked milfs Disney adventure games on a diffrent disney site Pamala anderson hardcore Detail picture of lower eyelid surgery hp 3150 ink cartridges http://www.vwbeetleconvertiblehitch.info Seg dvd player portable ch Werner pontiac ionamin Anal nuns online hp unix training