Rasanya rumahtangga sekarang kalau tak lengkap dengan pekakas elektrik, tentu tak sempurna kan? Zaman dulu-dulu cili dan rempah mak-mak kita kena pakai batu giling kalau nak masak. Sekarang cuba suruh anak dara ke surirumah sekarang giling cili pakai batu penggiling, rasanya ramai yang tak sanggup. Dah ada kemudahan sekarang ni, masuk blender tekan suis, habis cerita. Barang-barang elektrik ni sekarang dah jadi satu kemestian. A necessity rather than a luxury. Dulu dulu kalau kita penuhkan rumah dengan pekakas elektrik mungkin jiran-jiran, sedara mara kata kita nak berlagak, tapi sekarang, zaman nak cepat semua ni, zaman orang dok mengejar masa untuk mencari rezeki nak menampung hidup ni, kalau tak ada gadget-gadgets ni semua, tak menjadi lah kerja agaknya. Nak kena makan nasi bungkus lah gamaknya kan hehe.
Kat rumah aku apa kurangnya kan. Masak nasi pakai rice cooker. Kalau tak ada rice cooker, hangit lah nasik tu jadinya. Bila Ayin suruh ajar masak nasik pakai dapur gas semalam pun, gelabah jugak lah aku ni. Air banyak mana nak masukkan, aku tak pernah sukat air pakai jari, bila nak tutup periuk, bila nak kecikkan api kan? Boleh bukan tak boleh, cuma kekok sikit lah. Sebabnya kalau pakai dapur gas tu nak kena tunggu nasi yang dimasak tu, kalau tidak pasti akan hangus. Ayin nak belajar sebab dia nak kena buat praktikal kat sekolah dia untuk PMR katanya. Jadi dia nak belajar kat rumah dulu sebelum buat kat sekolah. Takut dia nanti panik kat sekolah. Katanya nak kena masak nasi, lauk ikan sweet sour, sayur kangkong belacan, sejenis pencuci mulut (agar-agar) dan minuman.
Aku ingat masa mula aku pindah ke rumah sekarang ni, dari rumah mak mentua aku. Kami beli fridge ansuran dari satu kedai koperasi. Kedai tu dibuka oleh sepasang suami isteri. Diorang rekomen kat kami satu model fridge ni katanya bagus, imported dari Jepun lagi, memang berjenama popular jugak. Yang aku dengan hubby ingat sampai sekarang ni, bila kakak tu dok cerita features fridge tu kat kami.
Kakak : " Adik yang ni elok model ni, ada child room"
Aku dengan hubby terpinga-pinga bila kakak tu kata "child room". Mana ada bilik nak letak budak-budak dalam fridge? Heran kami. Tapi dek kerana tak nak appear rude, kami diamkan saja lah, Tak tanya pun apa maksud kakak tu. Dua tiga kali dia dok explain kat kami pasal child room tu. Masa tu kami belum tengok fridge tu lagi. Jadi bila kami tengok fridge tu, baru kami tahu yang "child room" ialah "chill room" compartment untuk letak sayur. Dalam kereta kami bantai gelak dua laki bini. Bila aku terdengar ada satu pagi tu K & K kat radio Era buat segment pasal perkataan orang salah sebut tu aku teringat kisah "Child room" tu. Tapi yang aku paling geram, fridge tu lepas je habis warranty period dia mula dia buat hal. Bila kami hantar repair, katanya motor dah rosak, kalau nak ganti motor tu kena import dari Jepun, dah tu harga dia pun mahal. Not worth to repair lah jadinya. Kena beli fridge baru. Kalau tengok fridge tu memang semua masih elok. Sekarang fridge tu duduk sebelah reban ayam aku kat luar rumah. Serik aku nak beli fridge yang di import ni. Baik beli yang dibuat dari Malaysia, spare part pun senang. Sekarang ni fridge aku dah nak lebih 5 tahun dah aku pakai, masih OK. So far so good, buatan Malaysia tu walaupun brandnya Jepun yang punya.
Washing mesin lagi satu. Masa kat rumah mak mentua, memang aku ada beli 1 washing mesin National. Jadi bila kami pindah, kami tinggalkan washing machine tu kat sana, kami beli baru. Brand dan model yang sama. Dah beberapa tahun pakai, overload punya pasal agaknya, maklumlah anak-anak kecik ramai masa tu, laundry load banyak setiap hari. Washing machine pun buat hal jugaklah. Jadi kami beli baru lah sementara nak hantar repair mesin tu. National brand jugak. Tapi kali ni yang pakai microprocessor, canggih sikit, besar sikit, banyak sikit boleh masuk kain baju. Lepas dah beberapa tahun pakai tersumbat sana, tersumbat sini, tukar microprocessor pun dah pernah. Tapi still boleh jugak lah pakai machine ni. Tapi baru baru ni dia buat hal pulak dah. Kalau sepatutnya mesin basuh ni fully automatic, sekarang dah jadi semi automatic. Bila half way through mesin tu jalan, program dia akan tukar sendiri. Gamaknya nak kena tukar microprocessor sekali lagi agaknya ni.
Tapi sebenarnya aku ada lagi satu mesin basuh. Ya, betul aku ada 3 mesin basuh kat rumah tu. Boleh buka laundry shop no? Hehehe. Yang baru tu kami beli bila kedua-dua mesin yang lama tu rosak. Mana boleh aku hidup tanpa mesin basuh. Berlambak baju nak basuh, nak basuh dengan tangan? Kasar tapak tangan makcik ni oiii, tak kuasa aku!!! Hahaha!!. Bukan macam tu lah, memang tapak tangan dah kasar pun, cuma tak terdaya aku nak basuh kain pakai tangan dah. Terlalu banyak makan masa, banyak kerja lain nak dibuat. Kalau dulu masa ada bibik tu mungkin boleh suruh bibik buat. Sekarang, tak daya dah nak buat semua tu. Kena gotong royong dengan anak-anak lah kalau nak membasuh pakai tangan tu.
Coming back to my newest washing machine. Entah pasal apa aku termakan recomendation tauke kedai suruh ambik H*tach* brand. 10kg load masa tu National brand belum keluar lagi kut. Everything OK, tapi sekarang ni dah setahun lebih tersadai kat rumah aku. Lepas je warranty dia over, dah mula buat hal pulak. Suruh hubby hantar kat kedai tu balik untuk repair, dia tak nak, sebab entah apa pulak tauke tu kata kat dia sampai dia termakan hati. Padahal sebelum tu memang semua washing machine kami beli dari kedai yang sama. Ni bukan kedai kakak "child room" tu. Kedai tu dah lama tutup dah. Agaknya aku ni kena pakai jenama National untuk barangan elektrik aku agaknya. Tukar brand saja mesti tak tahan lama.
Blender kat rumah tak payah cakaplah. Aku baru je beli blender baru 2 bulan lepas. Yang tension tu blender aku selalu buat hal malam raya. Ni dah dekat nak raya ni, tu yang dia buat hal lagi. Dua kali aku kena macam tu, tengah dok syok dok blend ramuan rendang, tiba2 blender rosak. Kena pergi beli baru. Tahun lepas nasib baik ada blender free anak-anak dapat cabutan bertuah. Masuk yang baru aku beli ni rasanya dah 6 ke 7 buah dah aku tukar.
Remote Astro kat rumah tu elok sikit je dari rumah MakAndeh punya. Tu pun dah tak nampak tulisan dah. Main teka saja butang mana-mana nak tekan tu. Tu pun dah kena pakai PVC tape (insulating tape) untuk tak bagi berterabur bateri keluar.
Cuba bayangkan bagaimana hidup kita kalau tak ada perkakas elektrik untuk bantu kita kat rumah. Kalau lektrik terputus 1/2 hari pun kita dah mula gelabah kan? Panas lah, tak boleh tengok TV lah , tak boleh berchatting, berblogging lah dan macam-macam lagi. Makin teruk kita ni kan bergantung kepada gadgets.