October 24, 2007

Update Tertunggak - Raya Tahun Ini

Tu dia, dah setengah bulan sambut raya aku baru nak update pasai raya tahun ni. Aku sibuk tau, hehehe (sapa nak percaya, orang pencen sibuk no?) Tapi, memang betul aku sibuk. Mengalahkan Pak Lah lagi you. Pak Lah ada orang dok uruskan semua kelengkapan dan persiapan dia. dia cuma tukar baju, naik kereta pergi mana2 tempat yang telah ditetapkan untuk dia kan. Aku ni (dan orang-orang yang sewaktu dengan aku ni lah) yang sibuk nak aturkan acara-acara dan persiapan semua orang kan.
Mana nak bawak anak2 pi shopping baju raya, last minit pulak tu. Mana nak prepare lauk pauk berbuka dan beraya. Mana nak siapkan rumah sebab sanak sedara nak mai beraya dan bermalam kat sini kan. Semua ni akak jugaaakkklah yang nak kena buat. Habis tu manalah tak sibuk.
Macam tahun-tahun lepas jugaklah raya aku ni. Abang Lang balik beraya kat sini, jadinya dia dan anak menantu (satu famili - anak 7 + menantu + cucu + abang lang +kak lang = 11 orang). Jadi kena siapkan 3 bilik tetamu untuk diorang. Itupun sorang dari anak dia tu tak balik sebab kena kerja kat TV9 tu, jadi kami tengok muka dia kat TV ajelah.
Baju raya anak-anak pun last minit kami bershopping. Tahun ni hubby kata suruh aku aje bawak anak-anak pergi shopping sebab dia tak nak masuk kedai pilih baju pompuan tahun ni. Tapi kata dia dia nak sponsor lah hehehe. Aku je jual mahal tak nak terima. Dah banyak dia sponsor pun jadi aku terassa bersalah nak ambik duit dia lagi. Last minit tu sebab menunggu Kak Long balik dari kampus. Malas aku nak pergi shopping berkali2. Jadinya hari khamis sebelum raya tu, kami bershopping selama 6 jam. Lenguh habis seluruh anggota aku. Dah lah aku senggugut masa tu hehehe. Hubby pulak lenguh kaki tangan sebab dia pergi pasar beli segala kelengkapan dapur untuk masak hidangan raya.
Macam biasalah lauk-pauk aku setiap tahun, rendang daging, kari daging, ayam serai lengkuas, nasi himpit, kuah kacang, ketupat pulut daun palas, lontong etc. Cuma tahun ni rendang aku tak menyengat, jadi kering semacam je lah. Last-last rendang tu jadi serunding. Puding caramel pun tak menjadi, sebab lembik kat tengah2. Agaknya terlebih air kut. Lembik-lembik pun, habis jugak 4 biji puding tu hehehe. Agaknya aku terlalu mengantuk dan penat masa buat caramel tu.
Menantu Abang Lang baru pertama kali beraya di kampung kami tahun ni. Dia tu orang Kuala Lipis (sekarang duduk kat Kuantan). Yang seronok tu dia ni memang suka makan. Kalau ada masakan kambing laju je aku tengok dia makan. Isteri dia asyik tegur dia jangan makan banyak sebabkan badan dah makin berisi, tapi dia tu jenis tak banyak mulut, tapi ringan tulang tu. Hubby yang dok encourage dia makan. Macam-macam dihidang bagi si Khairil ni. Dari iftar terakhir tu aku tengok, dia selera sekali makan kurma kambing yang hubby beli dengan kari daging aku tu. Kari tu sampai aku kena masak 2 kali masa raya tu. 1st day dah habis licin.
Malam raya kedua tu macam biasalah kami buat barbeque. Menu utama tu char koaytiew lah. InsyaAllah aku updatekan resipi kat blog resipi nanti OK. Aku dah dapat secret resipi tu hehehe. Small scale saja tahun ni. Tu pun tak lengkap sebab Abang Ngah, anak beranak, balik Taiping dari siang lagi, tak sempat nak join kami. Tu pun dah cukup ramai dah. Keluarga sebelah hubby pun tak ada yang join sebab kakak-kakak dia tak balik dari KL tahun ni. Sambil dok makan-makan tu, budak-budak main mercun dan bunga api kat belakang rumah. Enjoy tu enjoy lah tapi penat tu Allah saja yang tau. Kalau letak saja kepala, orang sini kata ghaib sampai mana pun tak tau. Since aku dah nampak anak bulan 2 hari awal dari semua orang, aku taklah kisah kalau tersasar waktu subuh tu heheheh.
Tahun ni pulak sanak sedara yang datang bertandang pulak ramai tak terhingga. Yang tak pernah datang pun tiba-tiba muncul. Sampai raya ke-4 tu aku masih ada tetamu yang datang. Jadi hari-hari kena prepare menu nak jamu diorang. Raya pertama tak apalah ada bermacam-macam. Raya kedua aku masak nasik lemak, raya ketiga goreng koaytiew dan mee. Raya ke-4 tu sebab tak prepare 2 rombongan yang datang, hubby kena beli nasi ayam 15 bungkus. Koaytiew aku cuma ada stock 1 bungkus saja. Tak cukup!!. Esoknya kami replenish stok koaytiew dan mee basah in case ada lagi sedara yang datang, tapi siapa pun tak datang. Last-last kami yang masak sendiri char koay tiew makan sendiri-sendiri.
Walaupun dah terlambat sikit update ni, tapi saja aku nak tulis untuk kenangan masa depan. Terima kasih untuk semua yang berkunjung dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ni.
Aku pun nak jugak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN
Dari
Uncle Z
Aunty N
Kak Long
Angah
Ayin
Syia

October 05, 2007

Puasa Orang Pencen

Puasa tahun ni aku rasa lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Mana tak nya, tahun ni aku tak payah dok bergegas nak pergi kerja dan bergegas nak balik rumah awal nak prepare untuk berbuka. Walaupun aku tak masa lauk pauk (ya! betul, aku tak payah masak), hubby yang beli juadah berbuka almost every day. Kadang-kadang je yang aku masak tu pun. Bukan aku tak nak, tapi setiap hari dari awal ramadhan sehingga sekarang, bila aku tanya nak masak ka nak beli, dia dah cakap nak beli saja. Hehehe, korang tahulah kan, implikasinya kan? Maknanya aku masak tak sedap lah tu hehehe. Tak kan dia sayang sangat kat bini dia yang tak kerja ni kan, sampai tak bagi masak lauk-pauk berbuka. Aku cuma masak nasi dengan air je setiap petang dan perhanggatkan lauk2 yang masih boleh dimakan. Bertuah badan no?


Bukan pasal itulah maksud aku, mengenai makna Ramadhan tahun ini