BBQ ni idea abang aku yang no 3. Abang Lang dari Shah Alam tu. Dua tiga hari sebelum raya aku telefon dia nak tanya bila dia nak balik, dia pun suggest kami buat BBQ malam raya kedua (hari raya pertama, pada malam harinya tu). Masa tu abang long pun ada kat rumah so we all agree sajalah.
Sepanjang ingatan aku, kami 8 beradik tak berapa rapat masa kecik dulu. 3 orang abang-abang aku diorang rapat jugak sesama diorang masa zaman sekolah dulu. Abang Lang pernah tinggal dengan Abang Long di Kelantan suatu masa dulu. Masa tu abang lang sekolah private dan abang long yang tanggung dia tu. Abang Long kerja dah. Walaupun dia agak cerdik jugak tapi ayah suruh abang long sara adik2 belajar, tak jadi dia nak ke Univ. pun. Abang Ngah kerja kat KL masa tu.
Aku kat sekolah berasrama penuh, jadi lagi tak rapat dengan adik beradik. Kakak M kerja kat KL dan adik S pun sekolah asrama kat Penang. Pada mula2 abang lang kerja dulu di KL tu dia pernah jugak tinggal serumah dengan kak M (No 4 dalam famili). Tapi diaorang ni dari kecik memang suka bertelagah. Kami adik2 selalu tengok diorang kelahi bertarik2 rambut masa kecik2 dulu. Ada saja yang boleh buat diorang kelahi. Nasib masa duduk serumah tu tak kelahi pulak. Masa tu kak M dah kawin, abang lang baru nak mula kerja, single lagi.
Tahun lepas, masa ayah sakit, kami adik-beradik makin rapat. Terutama, abang long, abang lang, aku, adik S dan adik bongsu kami H. Kami yang selalu bincang semua perkara tentang penyakit ayah. Abang lang banyak sumbang duit (he is the most successful in terms of career). Yang lain2 tu gitu2 lah sumbangan tu. Abang ngah, kak M dan Shah tak berapa peduli sangat. Cuma bila tercetus peristiwa pahit antara mak dan ayah lebih kurang sebulan sebelum ayah meninggal tu, kami "tarik" semua adik beradik datang rumah aku buat re-union untuk cuba elokkan keadaan. Lepas kejadian tu kami dah agak rapat. It takes a tragedy to get us close. Tambah pulak rumah aku dah jadi macam center untuk semua aktiviti keluarga. Jadi tak hiaranlah kalau BBQ dibuat kat rumah aku.
BBQ ni pun kami buat tujuan nak eratkan silaturrahim antara adik-beradik. Bukan senang nak bersama kalau hari2 lain tu. Banyak komitment masing2, masalah2 keluarga dan kerja. Jadi bila buat macam tu semua ada helah untuk berkumpul. Bukan saja keluarga sebelah aku yang datang tapi sebelah hubby jugak.
Menu BBQ kami pada malam raya kedua dan ketiga tu, kami prepare sendiri. Adik beradik aku sumbang sikit sebanyak bahan2 tu. 15 ekor ayam untuk BBQ 2 malam dari adik hubby (dia berniaga ayam), abang lang beli bahan2 char koey teow (4 kg udang, koay teow, taugeh, kucai, dan sebagai). Shah buat campuran bahan nak buat char kaoy teow (kicap, cili, minyak) dan dia lah jadi tukang masak char koay teow malam tu. Wah sedap betul char koay teow dia tu. Kalah yang sebelah Alkaria kat BM tu atau pun kat Seberang Jaya tu. Mestilah kan, sebab yang ni kita buat untuk makan bukan commercial. Malam kedua tu hubby dapat cari kerang. Lagi terangkat, you all tau, hehehe. Sorry lah ekk…kalau keyboard tu banjir.
H dan isteri dia, buat kuah/sos BBQ untuk cicah ayam, ikan, udang sotong etc. Ayam dan ikan pari dan ikan kembung aku dah marinate pakai BBQ sos Knorr perisa Tradisional dan Hot and spicy. Ada tambahan menu untuk 2nd night, Ubi kentang, ubi keledek, sotong celur, franfurters (sumbangan adik S), daging lembu (from me and sirlion from H). Hubby pun beli lamb yang dah di marinate dari Carrefour. Lamb ni last sekali baru di keluarkan sebab stock terhad. Mula tu ada yang takut nak makan lamb (kambing lah kononnya, panaslah, takut darah naik lah). Tapi bila dah di potong kecil2, aku cuma dapat a small piece saja. Dapat jugak rasa tu…
Selain dari tu kami tambah jugak dengan coselaw yang aku suruh anak teruna kedua abang lang Naim gaulkan. Dia ni belajar nak jadi chef. Bila aku suruh dia buat tu selamba je dia buat kerja, potong memotong kobis, karot di kelilingi oleh cousin2 yang pompuan. Tak nampak dia ni malu macam abang dia tu. Mulut pun bising jugak dok seloroh dengan cousins dia tu. Bila orang puji coselaw dia sedap senyum lebar dia tu.
Bila dah nampak meriah dan seronok sangat BBQ malam pertama .Hubby dok ajak sambung malam ketiga pulak. Kata dia bahan2 banyak lagi, arang pun banyak lagi. Abang2 aku OK sajalah. Adik beradik semua datang kecuali Abang Ngah (dia pulang dari umrah pada hari raya kedua) dan Kak M serta family diorang. Kami dah ajak tapi kata kak M dia nak balik ke rumah mentua dia pulak, walaupun dia ada datang pada petang raya pertama, tapi tak tunggu sampai malam. Tengoklah nanti tahun depan kalau ada umur lagi.
Hubby’s side, Kak Maz dan anak2, Kak Z dan suami, adik hubby (tokey ayam) datang dua2 malam. Malam BBQ 2 tu anak2 aku jemput kawan2 diorang jugak, lagilah ramai. Mungkin pada orang lain BBQ ni dah jadi tradisi tahunan. Tapi kami baru nak mula. It’s better late than never kan. Lepas semua dah habis, apa lagi tuan rumah lah yang kepenatan nak menyimpan dan sebagai. Nasib baik ramai jugak yang menolong cuma all the finishing touches saja yang kena buat sendiri tu.
Gambar2, nantilah aku bubuh kemudian OK.