September 30, 2005

The Cook and The Counsellor

Dah heboh se dunia dah cerita Makcik Bloggers -The Movie tu. Mesti gempaq habis tu sebab scene-scene kat filem tu akan meliputi seluruh dunia tu. Mana taknya ada Makcik Blur di London, Makcik Pantai di Oklahoma, Makcik rawks kat US tu, Makcik_san kat Jepun, dan tak ketinggalan Makcik2 kat Malaysia ni. Supporting roles dari makcik2, anak2 cik dan pakcik2 pun dari seluruh dunia jugak tu. Lepas tu watak gengster to producer dia tu nak save duit, dia sendiri nak pegang watak tu. Kuncu dia pun rasanya yang dah ada pengalaman jadi mat rempit so tak payah training nak jadi stuntman lagi. Meriah sungguh sambutan filem yang belum lagi menjadi ni. Tu baru promosi poster, kalau dah jadi rasanya meletup jadi box-office lah no? Lihatlah dunia betapa "unconscious"nya makcik2 ni kan!!! Sakit peruk, dok gelak seminggu ni.

But again, it is all for fun. Jangan pulak nanti terlebih-terlebih dah terasa hati pulak antara satu sama lain. Memang selama berblogging ni dan juga kenal dengan blogger2 yang lain terutama gang makcik2 ni hidup aku lebih ceria, kami gelak sama2, nangis belum lagi, tapi kalau ada sapa2 yang mintak nasihat akan kami berikan secara ikhlas dan terbuka. So far, rasa aku belum lagi ada yang terasa hati di antara kami. InsyaAllah, friendship between us akan bloom in a positive way. Kami pun rasa macam kami ni dari generasi yang mature sikit (banyak pun ada jugak), so we should set good example for people to follow. Dalam kesibukan harian dengan tugas masing2, family tetap kami jaga, blogging jugak, family must still come first, right makciks?.

Tengok tu jauh pulak terpesong tu.......
Yang nak diceritakan tu tak sampai lagi...
Ni nak cerita ni....

Hari Rabu lepas exam hubby balik rumah. Aku selalu memanglah lambat. Hubby kata ada 2 orang kawan Angah kat rumah dah lama diorang tu datang. Angah keluar masa tu. Hubby ni jenis yang suka layan tetamu, sama ada yang muda atau yang tua, asal saja ada yang datang dia dah rasa macam tamu dah. Dia bukan suruh bibik bancuhkan air, dia yang sendiri buat. Masa balik tu dia kata dia dah goreng maggi. Aku ingat dia goreng untuk dia makan. Aku pun tak tanya dia dah makan belum main assume saja dia dah makan yang dia masak tu. Jadi, bila Angah dah balik, aku suruhlah angah sendukkan dan jamu kawan2 dia. Aku pun rasalah sedikit maggi yang hubby goreng tu. Sedap jugaklah. Aku dah makan jugak laksa yang juga di beli oleh hubby petang tu.

Bila dah habis, Syia yang balik dari kelas fardhu ain dah macam merajuk sebab tak sempat nak makan maggi yang baba masak. Muncung jugak lah dia sebab dia memang suka maggi. Lepas tu baru aku tahu yang hubby tak makan pun maggi yang dia goreng tu hehehe. Dia makan laksa jugaklah sebab maggi dah habis....

Dah dengar si Syia tak sempat makan maggi tu, semalam (khamis) dia goreng lagi maggi. Ni kes kembang kena puji lah kut tu, hehehe. Aku pun semalam balik awal, ambik half day leave sebab nak clear installment bank-bank tu. Dah habis semua aku balik rumah, tidor lah pulak. Bangun petang had hubby cakap dia ada goreng maggi untuk Syia. Sayang dia kat anak2 dia ni. Dia memang macam tu. Kali ni aku tengok bermacam ramuan dia masukkan, taugeh, sayur, kacang tanah, telur, Masyaallah. Sedap lah jugak, tapi tak sesedap yang kemarin tu. Jadi dapatlah Syia makan maggi yang hubby goreng tu, dah tak muncung dah.

Dah maghrib adik aku S datang rumah. Awal pagi semalam pun dia dok ngadu kat aku lagi. Dari dulu dah aku cakap dengan dia kes dia tak kan selesai sampai mati kalau salah sorang tak ambik drastic action. She is waiting in hope that the husband will change. However, when she prayed Istikharah, the indication is that her husband has no more love for her. Kata dia, dia mimpi berkali2 selepas solat tu yang dia pegang ayam dan ayam tu mati. Pak Ya kata kalau mimpi binatang memang petanda yang tak elok.

My hubby and I, as well as my abang long of the opinion that the husband is NEVER going to change. He is not takingg any action to resolve because it is to his advantage if he just let the marriage dwiddle just like that. If he divorces her, by taking the first step, it is him people will blame, he will be put to shame. But if it is my sister who walk out of the marriage then, he can say that it is clearly shown that she is "nusyus" or derhaka. Like I said to my sister, he should realise that since he no longer feel the love for her, he should let her go, and move on. Both of them can now start a new life. But, by the look of it no way he is ever going to take the first move. We have advised my sister, if she is not prepared to make the first move, she just need to bear with staying in the same house with him. Seing his face day in day out. Hubby clearly told her, she has to decide what she wants to do. He will NOT change. I feel hopeless because I can only listen and advise, I cannot act on her behalf. She has to decide for herself.

I am sorry for a gloomy ending....

I hope ALL of you will have a GOOD week-end, anyway...

September 28, 2005

A Day In the Life of Makcik Kampung The Blogger

PANAS PANAS.... JOM SEMUA PI TENGOK POSTER DI BLOG ADIEJIN DAN MAKANDEH,

TENGOK JANGAN TAK TENGOK TAU....

This is like a spin off to the entry by MakAndeh and Kak Teh. Tumpang glemer cerita depa lah ni. *Just in case Kak Teh is writing the drama comedy script* *wink* *wink*. From all the comments from the Makciks there it has to be a star-studded drama. MakAndeh is right we are all the Makcik with a very high "unconscious" level. NOT to worry it is all for FUN only.

My normal working day starts at

6.00 am - Alarm from the handphone. Tutup alarm, tarik selimut tidor balik hehehe. Hubby bangun dulu, dia mandi dan solat subuh. Makcik then bangun solat jugak

6.45 am - Hubby hantaq anak2 ke sekolah. Aku prepare pakaian hubby nak pergi kerja. Iron kalau perlu, atau gantungkan kat luar almari so that uncle nampak. Sat lagi bising pot pet pot pet kalau tak nampak baju, seluar, etc, etc. (yang etc tu dalam laci dia ambik sendiri je tu, hehehe)
Sambil iron sambil mengelamun *apa nak blog hari ni? * hehehe

7.30 am - Buat nescafe O untuk hubby bawak masuk bilik. Masuk mandi, sementara hubby dok siap nak pergi kerja. Sambil kelebek muka dan sewaktu dengannya mengelamun lagi * apa nak tulis kat blog hari ni* hehehe

7.45 am - Cium tangan hubby nak pergi kerja, kunci pintu lepas hubby keluar rumah, tekan switch PC.

7.45 am - 8.15 am (kadang-kadang terbabas sampai 8.30 am)
Sambil keringkan rambut, tekan IE bukak blog kenkawan. Cari baju nak pakai nak pergi kerja, tinggal komen kat blog orang, bubuh lotion dan make-up kat muka, baca komen kat blog, pakai tudung, reply comment at my blog. Hehehe. Sign in to YM. Selalunya sebab nak try catch-up si Tenah.

8.15 am - 8.30 am : Dah kena sergah.... Gi kerja lah wei karang lambat atau AN tak gi kerja lagi, atau Kak NNNNN tak pi kerja lagi, hehehe
OK, OK nak pi dah ni, bye salam.....

8.45 am : Sampai dah tempat kerja. Nasib baik boss ada di KL. Kami pun flexihours, datang lambat balik lambat lah jawabnya. Nasib baik staff semua nya pandai buat kerja masing2 very little supervision required. Pandai-pandai korang lah kalau nak hidup. Cewah.....

8.45 am - 6.30 pm Kerja, surf internet, chat sana, chat sini, tulis entry update blog (kadang-kadang, bukan hari-hari), kerja jugak lah, surf lagi hehehe. Read between the lines which is more OK, Syyyyy, jangan cakap dengan Boss nanti kena marah susah ni...

6.30 pm : Kena balik rumah dah. Kang uncle Z call tanya nak hantar bantal dengan tilam ke hehehe. Dok fikir apa nak makan untuk dinner, nak masak ke nak beli ke?

6.50 pm : Sampai rumah, tukar T-shirt dengan kain batik. Prepare meal untuk uncle Z. Kalau masak selalu lepas maghrib baru start, masak simple saja kalau week day tu, nasi goreng, mee goreng, mee bandung, maggi atau omelette camtu camtu saja lah. Yang main campak-campak saja tu. Hidang for hubby makan. Dia makan lepas solat maghrib selalunya. Perut dia kena jaga dulu tu, nanti merajuk, susah wooo. Tunggu dia makan lepas tu dah tak kisah dah aku nak buat apa.

7.45 - 8.00 pm : Mandi dan solat maghrib. Baca Qur'an sikit (2, 3 ayat saja kadang2 tu). Surf internet sambil dengar berita kat TV. Masih dalam telekung sebab nak tunggu solat Isyak. Kadang2 terchat jugak. Hubby perli dah, "sampai tak sempat nak buang telekung?" "Sat je ni, sat gi nak semayang isyak" hehehe. Atau pun ada orang perli, "AN ni masih bertelekung dok chat sini? Sabar je lah"

9.00 pm : Solat isyak (terbabas selalu, sebab "Buletin Utama habis pukul 9.00 pm, Boleh percaya ke ni? hehehe)

Lepas tu, kadang-kadang baca paper, sambil anak2 datang tanya itu ini. Kalau terlalu boring tu sampai midnite selalunya aku surf internet atau ber YM dengan sesapa yang tegur, atau tulis entry dan update blog. Selalunya YM mode aku available selalu, depa-depa tu selalu invisible memanjang. My YM is at home and normally after office hours only I would on my YM. Masih ramai yang tak ada YM kat rumah. So safe lah sikit.
Kalau dah semua invisible, macam mana nak sembang kan?

Dah malam dah tidor lah. By now normally hubby is already in the lala land. Creep up next to him, kadang-kadang cium pipi dia good-nite, tengok mood jugaklah kan, kadang-kadang...................

Kalau week-end, bangun kena gi pasar, balik pasar kalau ada peluang sementara bibik nak bersihkan ikan, sayur etc, surf kejap. Yang kejap tu boleh jadi 1 jam atau 2 kalau makcik2 ramai online hehehe.
Lepas tu kena masuk dapur masaklah something special sikit for the week-end. Masa dok masak dok ambik measurement juga (nak update kampungkitchen tu hehehe) .

Week-end jugak time nak spend time dengan anak2. Nak bawak diaorang jalan2, shopping mopping apa-apa lah. Nak jugak ambik hati hubby dengan buat gardening dengan dia, sapu laman bagi peluh sikit. Gitu-gitu sajalah.

Sapa lah kata my life is interesting and mysterious. It is so boringly routine. Don't think Maya Karin will ever take up the role as the makcik kampung. She will be bored to death. OK lah I will settle for Fauziah Nawi and no less, she is so very talented. Susah susah sangat aku je lah yang berlakun sendiri karekter aku tu hehehe.

September 27, 2005

Demam.......Demam Exam Lah!!!

Hari ini, esok dan lusa (Selasa, Rabu dan Khamis) hubby aku akan duduki peperiksaan. Tak lah, dia tak study MBA atau PhD atau yang sewaktu dengan nya tu. Exam ni exam jabatan dia saja. For promotion? Oh No, I don't think so. As long as I can remember, hubby dok exam bertahun-tahun dah. Tiap-tiap tahun dia berkursus dan exam lagi. Tapi bila pass pun tak jugak dapat promotion. Penilaian prestasi pun bukan berdasarkan samada dah pass exam ke apa, ikut discretion ketua jabatan saja tu. Jabatan hubby ni hantar pekerja dia untuk berkursus dan ambik exam untuk enhance knowledge diorang saja gamaknya tu.

Lagipun, hubby tak suka sangat kalau dapat promotion tu. (Kata dia lah, tak tahulah apa kata hati dia, perasaan dia yang sebenar tu). Sebabnya kalau dapat promotion selalunya bermakna akan kena transfer jugak ke cawangan lain. Lepas tu masih di probation, gaji tak naik jugak, masih di takuk lama. Kalau dah confirm pun kenaikan gaji di kira pada tarikh confirmation bukan masa promotion tu. We are in the comfort zone. Duduk rumah sendiri, cost of living pun tak lah tinggi sangat. Alhamdullillah.

Kalau kena transfer ke cawangan yang tidak jauh dari tempat sekarang tu OK lah. Di sekitar utara ni still boleh lah tolerate, sebab tak payah nak pindah, masih boleh berulang dari rumah saja. Tapi kalau ke KL, kena lah berpisah nampak gayanya. Still OK lah sebab hubby boleh duduk dengan kakak dia, jenguk Kak Long selalu tu. Sekali sekala aku boleh juga pergi jumpa dia bila aku ke KL for work. Kalau ke Kuala Trengganu, boleh jugak mintak tolong Po jadi spy aku (boleh harap ke kau ni Po?), tapi kalau ke Sabah atau Sarawak, aduh, duh duh...... Menangis tak berlagu lah aku nanti. Silap haribulan kena tutup blog ni pun. Kenapa? Tak kan korang nak tahan asyik nak baca syair aku merindu dendam, meraban yang bukan-bukan, hehehehe....
Kalau dah jauh tu sapa pulak aku nak cari nak jadikan spy aku tu, takut-takut nanti harapkan pagar, pagar makan padi....

Isyyyy, negatif pulak aku ni. Tak lah sampai macam tu. Kalau dapat tu rezeki jadi kami terimalah, Insyaallah. Masalah tu akan tetap ada, tapi boleh diselesaikan nanti tu.
Itulah, dah terpesong dah aku ni dari tajuk sebenar ni.....
Tak kisah lah, sapa suruh korang datang baca pot pet, pot pet aku ni kan hehehehe.....

Kak Long pun dah mula exam first semester dia. Isnin dia dah ada paper, hari ni ada jugak. Habis exam 7 Oktober nanti. Panik jugak dia ni, dari ahad dah suruh aku doakan dia. Semalam pun sms suruh doakan jugak. Mestilah didoakan, ibu mana yang tak akan mendoakan anak dia kan? Semestinya ibu akan doakan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan kejayaan anak-anak dia.

Anak-anak aku yang lain pun akan exam akhir tahun dalam 2 minggu ni. Tahun ni tak ada exam besar, seperti tahun lepas UPSR (Ayin), PMR (Angah) dan SPM (Kak Long). Tahun depan Syia akan menghadapi UPSR dan Angah akan duduki SPM.

Dok jenguk blog Tenah pun, dia tak update dua tiga hari dah. Siap suruh "say a lii prayer" for her. Exam jugak agaknya dia tu. Tak apa lah Tenah, Insyaallah segala pengorbanan akan membuahkan hasil, Insyaallah nanti balik dengan segulung ijazah PhD. Kalau orang tanya sapa AuntyN belanja mee udang tu, boleh lah kata aunty belanja Dr Atenah, kira OK lah kan Tenah kan, kan...

Jadinya, kepada sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan di luar atau di dalam negara. Tak kiralah dari yang se kecil-kecil exam ke sebesar-besar exam tu, aku nak ucapkan:-

ALL THE BEST
JANGAN PANIK, STAY COOL
DOA BANYAK-BANYAK

SEMOGA BERJAYA HENDAKNYA.