Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

October 22, 2008

Sujud As-Sajjadah

Masa aku anak dara dulu tu aku selalu jadi drebar pada mak aku. Ye lah sapa lagi yang dia nak ajak ke sana ke sini kalau bukan aku. Sebabnya, masa aku masih belum berkahwin, adik perempuan aku dan kakak aku dah berkahwin. Nak ajak anak-anak lelaki susah sikit, nak ajak ayah ke setengah tempat lagi lah dia tak mahu.


Mak ni dia suka belajar agama, selalu saja dia cari guru-guru yang boleh mengajar kitab untuk belajar. Masa aku kerja atau tak senang, dia naik bas dan bila baliknya ayah ambik dia kat tempat bas. Kadang-kadang kena jugak dia berjalan kaki dalam sebatu dua untuk sampai ke tempat mengaji yang susah nak ada laluan bas. Hari-hari yang aku boleh hantar dia, ambik dia aku akan lalukan walaupun selepas aku berkahwin dan ada anak. Sebabnya kami tinggal dekat dengan rumah mak, kalau hari ahad tu dia akn telefon aku untuk tujuan tu. Kadang-kadang kalau ada mood atau tak berapa sibuk nak buat kerja rumah aku ikut dengar kuliah tu. cari ilmu sikit-sikit.

Satu acara yang dia suka sangat ialah bersolat sujud sajadah. Solat ni nak buat sendiri pun boleh cuma kena lah tahu surah yang ada ayat As-Sajjadah tu. Actually solat ini, ialah solat subuh di pagi Jumaat, solat subuh macam solat biasa, cuma surah yang dibaca selepas surah Al-Fatihah ialah surah As-Sajjasdah. Bila sampai kepada ayat yang mengsunatkan kita sujud, kita turun sujud dulu sambil baca doa dalam sujud tu. Aku pun dah lupa doanya. Lepas tu bangun semula sambung habiskan ayat kemudain baru ruku' dan sambung solat sehingga akhir solat subuh tu. Kalau buat secara berjemaah tu senang lah sebab kita ikut je bila masa nak sujud dan seterusnya.


Kat kampung ni adalah dua tiga tempat yang buat solat ni zaman aku muda-muda dula lah ni. Sekarang aku tak pasti ada yang buat lagi. Aku pun tak tahu pasal apa. Yang pasti pengamal-pengamal solat ni dah meninggal dunia. Yang aku kenal lah ni. Yang tak kenal tu tak tahu pulak. Kut depa la ni kata benda tu bidaah ke apa tak tahu pulak aku. Belum dengar lagi cerita tu.


Ada dua rumah yang mak selalu akan ajak aku pergi solat ni. Rumah tok guru Man Nahu dan rumah Pak Long Man. Tok Guru Man Nahu tu dia mengajar kitab, adalah hari-harinya yang mak akan tumpang aku semasa aku nak ke ofis untuk pergi mengaji. Pasal apa orang panggil dia Man Nahu aku tak pasti, nak kata nahu bahasa melayu atau bahasa arab pun aku tak boleh cerita. Anak dia ada sorang yang dulunya sama satu kelas dengan aku masa aku sekolah rendah. Nama dia tu Kasim. Kira-kira rumah Tok Guru ni first choice lah kalau nak solat tu. Rumah Pak Long Man tu hanya kalau Tok Guru sakit atau tak ada rumah dan selepas dia meninggal dunia.

Yang paling aku tak boleh lupa masa aku bawak mak pi solat tu, ialah pada satu pagi yang lembab. Malam sebelumnya hujan lebat. Pagi tu masih renyai-renyai hujan. Jadinya tanah memang basah dan berlumpur. Pagi tu, kereta aku ada kat bengkel sebab entah apa sebab, jadi aku drive pick-up truck Daihatsu untuk pergi solat dengan mak. Nak seribu daya kan, aku punya prinsip ialah, aku nak buat ibadah, apa nak malu. Jadi Pick-up truck, pun pick-up truck lah. Lagipun masa tu subuh, selasai solat tu, keaddan sekeliling masih samar-samar, sapa nak nampak aku bawak pick-up pun.



Mungkin kerana hujan yang lebat, jalan depan rumah Tok Guru Man di korek untuk menghindari air memasukki kawasan rumah dia. Ataupun ada kerja-kerja peparitan sehari sebelumnya. Taklah dalam parit yang digali tu. Nampak macam dah kena timbus,, cuma amat berlumpur. Ada diorang letak dua keping papan melingkaui tanah berlumpur tu.

Masa pergi, tak ada masalah, senang saja aku jalan atas papan tu. Masa nak keluar tu, mungkin papan pun dah tak elok kedudukannya, tayar pick-up dah "terpeleot" hehehe, tergelincir lah tu dari papan tu. Maka masuk paritlah tayar tu, makin di tekan minyak makin dalam jadinya tayat tu masuk ke dalam lumpur. Habis tu nak buat macam mana, nak suruh mak drive, sementara aku cuba lepaskan tayar tu dari lumpur, mak mana tahu drive. Jadi aku terpaksa ajar mak macam mana nak buat. dia letak kan papan kat bawah roda dah aku akan undurkan truck tu. Nasib lah mak masa tu kuat lagi, boleh lah dia ikut arahan aku tu. Tapinya berlumpur jugak kami anak beranak terutamanya mak lepas aku dah berjaya lepaskan tayar dari lumpur tanah merah tu.


Yang aku bengang masa tu sebab, si Kassim ada dekat situ. Entah apa dia buat, aku pun tak tahu nak tunggu bas nak pergi kerja lah kut. Bukan dia nak tolong kami, siap cakap macam-macam lagi. Naik hangin jugak aku tapi malas aku nak layan masa tu. Aku cuma nak lepaskan diri secepat mungkin. Alhamdullilah dengan sekali usaha sahaja kami dapat lepas. Tapi, bukan saja tayar dan pick-up truck yang kotor berlumpur, kami dua beranak pun sama. Telekung mak pun dari putih dah jadi merah.



Walau macam mana pun kejadian tu tak lah melemahkan semangat kami nak bersolat di situ lagi. Cuma aku dah bawak pick-up truck dah selepas tu. Naik kereta sajalah. Bila ingatkan balik lucu pulak jadinya. Pick-up truck tu pun dah lama ayah jual, aku pun dah tak ingat nombor plet dia. Kalau ingat dulu-dulu nak berblog mungkin aku siap ambik gambar masukkan dalam blog kan hehehe...