Terharu jugak aku ni bila tengok ada jugak orang m asih menjenguk blog yang dah sunyi sepi sejak Feb 2008.
Terima kasih lah pada yang masih ingat pada AN ni. Especially to jokontan, kerana dia blogger yang pertama yang sms birthday wish to AN this morning.
So nak cerita sikit lah macam mana aku lalui birthday hari ni.
Sebenarnya weekend baru ni memang sibuk habis.
Maklumlah anak sedara kawin pada hari sabtu. Kemudian ahad kena pulak menghantar mempelai ke Yan (rumah pengantin lelaki). Asyik makan kenduri ajelah. Sabtu pun ada 3, tapi yang mampu pergi 2 ajelah sebab 1 rumah sepupu hubby. 2. rumah kakak sendiri.
Malam ahad tu pulak dah kena pergi mesyuarat program Hari Keluarga yang nak di adakan pada minggu depan. Hampir-hampir aku miss mesyuarat tu.
Jadinya, balik dari mesyuarat, tidur terus. Masa anak-anak datang wish happy birthday (at midnight) pun aku dah tak buka mata. Just say thanks saja.
Pagi tadi, lepas dah tutup pintu pagar semasa hubby keluar nak pergi kerja, macam biasalah rutin aku tu. Sapu laman sikit, keluarkan kain baju untuk di ampai, gitu-gitu lah. Hari ni memang aku cakap dengan anak-anak dara aku tu aku tak nak masak, nak suruh diorang yang sediakan makan pulak. Nasib baik mak ke rumah adik bongsu aku sebab abang lang ada kat sana. Abang lang balik makan kenduri kat rumah kakak M.
Pagi-pagi aku biasanya melayan aku punya "addiction" yang terbaru. Masih juga melalui internet, tapi bukan blogging atau chatting. Dah lama aku tak buat benda-benda tu. Sebab tu lah sepi saja blog ni. I will make an entry on the new "addiction" tu. Baru ada idea nak tulis nanti tu. Kak Long pun ada suggest aku tulis pasal tu hehehe.
Aku memang dah plan nak keluar hari ni. Tapi tak lah terlalu awal. Jadinya, dalam 11.00 lebih, aku terfikir ank ajak hubby pergi lunch. Konon, romantik lunch just the 2 of us lah. Bila call, kena tanya dulu dia sibuk ke tak, nasib baik jugak dia tak berapa sibuk. Jadi aku kena pergi dulu kat restoran tu, order food for 2, dan tunggu dia datang. Ambient memang romantik sekali, background music pulak lagu-lagu Engelbert Humperdink lah pulak. Menusuk kalbu betul lah tu hehehhe.
Yang spoilnya walau pun makanan nampak sedap, tapi sedikit masin, dan saladnya terlebih cuka. Hubby memang tak gemar makanan yang masam. Masa desert tu kami share banana split sebab desert aku terlambat sampai. Bila dah habis bana split tu baru diorang hantar desert yang aku order. Jadi share jugaklah desert yang kedua tu. Romantik habis nooo...
Lepas makan, aku pun pergi Carrefour seberang jaya, shopping groceries etc. Tup-tup Kak Zaini (one of my mentor) telefon ajak ke KL sebab ada SMIDec Convention kat KLCC on 4 June. Tayar kereta dah botak, memang dah plan nak tukar, hanya menunggu hari aje lah. Lepas aku discuss dengan hubby terus lah aku ke kedai tayar tukar 4, 4 tayar kereta tu. terbang RM900. Investment yang terpaksa, dan diperlukan. Kena jugak tukar, Takut nanti meletup dalam perjalanan pulak. Jadinya agak lewat aku sampai balik ke rumah hari ni.
Sampai di rumah, fish and chip yang anak-anak kata nak siapkan tu masih lagi ikan dan ubi mentah. Jenuh nak kerah budak-budak tu, suruh cepatkan sebab nanti baba nak balik makan. 4 sekali kerja, jadi cepatlah sikit, tapi penuhlah dapur tadi tu, asyik berlaga b*nt*t ajelah. Tapi tak apa, tak ada terasa apa-apa pun. hehehe.
Dah malam baru boleh nak post blog entry ni.
Sebenarnya cuak jugak aku ni sampai ke umur ini. Terasa diri dah dekat dengan pintu kubur dah, tapi rasanya persedian masih belum mencukupi. Uban di kepala pun dah tak larat nak di cabut dah. Nasib lah pakai tudung, tak nampak lah uban tu. Masih lah boleh orang dok kata aku ni tak nampak macam makcik 50 tahun. Alah, diorang tu just trying to be kind I think. Dah aku mekap tebal-tebal, tak nampak lah kedut-kedut kat muka tu kan. kan sekarang ni pun banyak produk yang boleh "rasa muda, jadi muda" tu kan. Telan je setiap hari, jadi "muda" lah nanti. Walau rupa nampak muda, umur tak "muda" kann....
InsyaAllah, aku nak aktif semula berblogging. Cuma mungkin tak se aktif dulu. Tak kan setiap entry nak cerita pasal kegiatan harian aku yang dah jadi "desperate housewife" ni kan? Nak jugak value add sikit. Kut nak bagi pedoman ke panduan ke, ke arah menjadi seorang usahawan or something. Baru lah ada isi yang mantap untuk blog. Buat malu aku je lah kalau asyik dok melalut tak kena gaya.
Lepas aku balik nanti aku cuba ceritakan apa ada pada convention tu, OK.
Yang masih ingat pada aku, terima kasih. Sebenarnya aku pun ingat kat semua. Cuma kadang-kadang terasa rendah diri bila nak cerita kegiatan aku yang dah tak berapa menarik ni.
Salam to all.