February 23, 2007

Kena Curi

Setiap hari Syia ke sekolah bawak bekal. Kadang-kadang cucuq kodok (fevret dia tu), roti dengan telur, maggi goreng atau apa-apa yang aku sempat masak untuk dia dan Ayin.
Malam kelmarin aku terlalu letih agaknya, langsung terbangun lambat sikit. Aku bangun ngam-ngam pukul 6.25 pagi (Selalu 6.00 pagi tu dah ada kat dapur). Syia kena keluar dari rumah 6.30 pagi kalau tidak makcik van tu tinggalkan dia. Jenuh aku pulak yang nak kena hantar. Jadi last resort dia bawak biskut Julie's perisa peanut butter. Biskut tu memang dibungkus dalam bungkusan kecil-kecil, jadi senang nak masukkan dalam poket 2 bungkus tu.
Balik dari sekolah kemarin tu, dia cerita kat aku yang biskut dia hilang. Kena curi. Kalau nak ikut her actual word "mama, tadi biskutt syia kena kidnap"
Aku : " Kena kidnap?"
Syia : " Haah ma, geram betul, nak makan pun tak boleh dah lah masa tu tengah lapar"
Aku : "Macam mana boleh kena curi?" Aku ingat ada orang selongkar beg dia.
Syia : " Sampai sekolah Syia letak biskut bawah meja, bila masa rehat syia tengok dah tak ada"
Aku nak tergelak jugak lah dengar cerita dia tu. Dia orang kena keluar dari kelas sekejap, tup tup biskut dah hilang. Dia makan makanan kat kantin sajalah hari tu. Hari lain pun kadang-kadang kawan-kawan dia share dengan dia bekalan dia tu. Kadang kala kawan-kawan yang makan lebih dari dia tu katanya. Jadi selalunya tu, aku lebihkan sikit apa yang bagi dia bawak tu. Ramai jugak kawan-kawan sekolah rendah dia yang satu kelas dengan dia, kat kelas tu. Diorang tu lah yang selalu share makanan dengan dia. Especially yang duduk kat asrama tu.
Ini rasanya bukan perbuatan kawan-kawan yang terdekat ni. Entah lelaki entah perempuan. Kami sambil dok gelak-gelak tu macam-macam idea keluar untuk kenakan si "pencuri". Nak bawak bungkusan kosong jadikan decoy lah, nak tulis kat bungkusan tu "Allah melihat andalah" Macam-macam lagi. Biskut tu dah pun kami halalkan, cuma tak suka perangai mencuri tu sajalah.
Hari ni bersama french toast, Syia bawak jugak biskut 3 paket. Balik tadi aku tanyalah, ada kena curi lagi tak? Katanya tak ada. Agaknya hari ini dia tak simpan bawah meja lagi dah biskut tu.
Biskut pun kena curi.....

February 07, 2007

Buah Delima

Ya Rabbii...
Dah dekat sebulan aku tak update. Dah bersawang dah blog ni hah!!. Tu lah no, mula2 dulu bukan main lagi rajin, semangat berkobar, kobar, last last asyik dok perap je blog ni tak update. Hehehe, membebel nampaknya makcik sorang ni no? Tapi nak bebel kat sapa kan, diri sendiri je lah.
Ni cerita buah delima. Tahu tak yang mana satu buah delima ni? Tak tahu pi google sendiri lah :-)
Dua minggu lepas masa kami nak menghantar Kak Long balik ke kampus dia, mak aku ada pesan suruh abang lang belikan dia buah delima. Mak kata kat supermarket di KL sana nun banyak buah tu. Aku dengan hubby fikir since kami nak turun ke sana tak payah dok pesan suruh abang lang carikan kami nanti belikan sajalah.
Masa kami ke sana tu kami singgah tidur kat rumah abang lang kali ni, save duit lerr, jimat sikit sebab boarding free hehehe. Sekali sekala tinggal kat rumah sedara ni best jugak actually. Lagipun aku bukan bawak semua anak-anak aku, kami pergi berlima termasuk Kak Long. Adik S dan anak dia Jie, aku, hubby dan Kak Long. Adik S ni dia sekarang ni selalu ikut kami turun KL sebab nak ikut pergi Sungai Buloh beli pokok-pokok. Memborong sakan makcik tu you alls!!!. Biasalah kalau dah kaki shopping tu, apa saja nak di belinya.
Berbalik pada buah delima ni. Masa kat rumah abang lang aku ada cakapkan keinginan mak pada abang lang. Bila dia offer nak belikan kami tolak sajalah sebab kami ni confident boleh jumpa buah tu kat mana-mana supermarket/hypermarket di Shah Alam tu. Jadinya semasa keluar nak menghantar Kak Long tu singgahlah kami di Tesco Shah Alam. Beli barang-barang Kak Long sambil cari buah delima. Tapinya, sebijik pun tak nampak buah tu.
Dalam perjalanan balik tu mana-mana tempat yang kami agak akan a da jual buah-buahan tu kami berhenti mencari buah delima. Tak jumpa jugak. Nasib baik Abang Lang ada berikan 1 biji yang dia dapat dari kawan dia yang balik dari Mekah baru-baru ni, taklah kempunan mak jadinya.
Sejak dari hari tu jugak kami asyik saja teringat nak cari buah delima. Hubby sampaikan terbeli pokok buah delima semasa dia ke Padang Serai baru-baru ni hehe. Kata dia dah tak dapat buah belilah pokok, kut-kut sempat mak makan hasil dari tanaman hubby tu. InsyaAllah. Aku pun bila singgah di pasar malam pun bertanya jugaklah pasal buah delima tu, kata penjual buah, sekarang bukan musim buah tu, susah nak dapat.
Nak dijadikan cerita, semalam aku singgah kat gerai buah-buahan tepi jalan, dekat dengan rumah aku. Cadangnya nak beli pisang emas untuk buat cucuq kodok. Syia suka ni makan cucuq kodok tu. Bila aku dan ambik pisang emas 2 sikat, masa nak membayar tu, ternampak aku buah delima kat gerai tu. Sebiji RM5!!!. Tapi tak kisahlah aku pun belikan untuk mak 2 biji. Punya jauh dok mencari buah tu tup tup gerai yang dekat jugak yang ada buah tu.
Kadang-kadang kita ni selalu jadi macam tu kan.. Kalau ada masalah apa-apa pun, punya teruk memikirkan cara-cara yang susah untuk selesaikan masalah. Kita tak nampak penyelesaian yang senang bila kita buntu tu. Kadang-kadang, penyelesaian tu adalah sesuatu yang sangat simple, bila dah selesai baru kita kata, "laaa, senang saja ni, why didn't I think of it like that"
So jadinya lain kali bila mak nak makan buah delima tu aku akan ke kedai yang terdekat dulu sebelum mencari jauh-jauh :-)