July 31, 2006

Sudahlah Sakit, Jatuh Lagi

Hari Rabu lepas masa aku sibuk nak bawak mak ke klinik mata nak operation tu aku dah jatuh. Mana tak rush, appointment pukul 9 pagi, 8.30 pagi tak keluar rumah lagi. 8.40 pagi baru keluar dari gate rumah aku, masa tu klinik dah telefon nak datang ke tidak. Siap aku cakap on the way dah nak sampai. Padahal masih dok kat pintu pagar rumah aku lagi. Sabar je lah. Nasib baik jalan tak jam macam selalu tu, kalau tidak sure lepas pukul 9.00 baru sampai. Ini ngam-ngam saja sampainya di klinik tu. Semua dah siap, doktor dah operate 2 orang dah masa tu. Mak aku patient no 3. Kejap saja operation tu. Aku ingat lama, aku turun pergi kedai mamak makan roti telur dengan Angah, Abang Long dan adik aku Syah pun datang join sekali. Diorang telefon tanya aku kat mana masa tu. Bila kami balik ke klinik semula, mak dah siap turun dari bilik operation yang kat tingkat atas tu.

Masa aku jatuh kat rumah tu aku tergelincir sebab lantai licin depan bilik air kat rumah aku tu. Hari tu memang aku tak terasa apa pun, aku relaks saja bawak mak merata-rata. Lepas mak dah siap tu, sempat jugak lagi aku bawak Angah pergi klinik ambik ubat. Angah pening kepala, blood pressure pun rendah kata doktor, mata dia tu rabun nak kena buat spek tu, dah 2 hari tak pergi sekolah. Oleh kerana klinik panel tu dalam satu kawasan jugak lalu aku bawak Angah pergi ambik ubat dan MC untuk dia. Malas dah aku nak tulis surat sebab dia ponteng sekolah tu. Lepas ambik ubat Angah terus buat spek untuk Angah pulak. Banyak lah tempat yang akau pergi. Mula tu ingat nak ke Butterworth sekejap, tapi mak dah mangadu lapar, tak jadi bawak mak sekali, balik rumah dulu, kemudian aku keluar sendirian, sempat jugak aku shopping kat Carrefour beli groceries.

Sehari dua tu tak terasa lagi kaki aku ni sakit dek kerana jatuh terduduk tu. Bila dah urat tu masuk angin agaknya mulalah aku terasa sakit seluruh kaki aku. Bila aku picit-picit kat b*nt*t tu terasa macam lebam gitu. Nak jalan pun dah rasa macam susah dah. Terhencut-hencut aku masa berjalan. Sebelah kanan badan aku dari pinggang sampai hujung kaki terasa sakitnya. Tak tahan, aku panaskan garam yang Pak Ya kasi dulu tu aku tuam kat bahagian yang sakit. Lega sikit, tapi masih jugak sakit.

Hari Sabtu kami menghadiri kenduri kahwin anak sedara aku. Anak kedua abang Ngah kawin. Oleh kerana anak sedara sendiri terpaksa jugak hadir kan. Pagi lepas aku mandi hubby tolong urutkan bahagian yang sakit tu. Dia bukan pandai urut, jadi dia picit-picit badan aku, macam orang geletek, aku dah sakit, geli pulak tu, bertambah sakit jadinya dok mengelak dari geletekan hubby. Langsung aku kena pulak ajar dia cara nak mengurut. Petua dari arwah nenek saudara aku yang memang pandai mengurut. Tekan kat urat tu, urutan dari atas tarik ke bawah. Tangan orang lelaki mengurut, mak datuk, sakit kemain lagi. Tapi sedap lah. Lega lah sikit. Laju lah sikit aku jalan tu, buat breakfast nak lapik perut sebelum bertolak. Tapi masih lah terhencut-hencut aku jalan, masih senget lagi. Tak pa lah asal kurang dah sikit.

Kat rumah kenduri aku duduk lah banyak. Nak buat apa lagi menyembang dengan sedara mara, adik beradik je lah. Bila dah surut tetamu yang datang tu, Kak Ngah suruh aku ambik nasik lauk yang banyak tak habis tu untuk bawak balik. Sebab katanya malam ada menu lain, banyak lagi lauk pauk dan nasik yang tak habis. Tapi kena pack sendirilah. Ya lah kan dah orang suruh ambik tak kan nak harapkan orang packkan jugak. Masa aku nak melangkah longkang nak menyeberang ke tempat nasik lauk tu, aku pijaklah papan yang menutupi longkang tu dengan kaki yang sakit tu, tiba-tiba papan tu tercongkit, langsung aku jatuh lagi sekali. Oleh kerana kaki aku sakit, tak nak tahankan badan supaya jangan jatuh, sebelah kaki aku masuk longkang dan badan terduduk atas rumput. Longkang tak dalam, tak ada air pun. Dahlah ramai orang tengok, sepupu aku siap perli, kata aku tak mandi ke pagi tadi dan bermacam-macam lagi lah. Kata adik Kak Ngah, orang lain jalan situ OK saja dari tadi, macam mana pulak aku boleh jatuh. Mana diorang tahu kaki aku sakit kannn. Kena gelak sekali lagi. Aku buat selamba je lah, walaupun termalu jugak aku sebab jatuh tu. Dah nak jatuh nak buat camna kannn....

Bertambah lah lagi kesakitan aku. Dah lah sakit kaki jatuh hari tu, tambah lagi jatuh kat rumah kenduri tepi longkang. Balik rumah sambil terhencut-hencut tu aku panaskan makanan, aku suruh diorang makan "kuah taruk atas" je lah, tak kuasa dah aku nak menghidang makanan tu semua. Aku tuam dengan garam panas urat-urat aku tu, esoknya hubby urut lagi. Boleh tahan dah tak lah terasa sangat dah. Tapi masih sakit jugaklah masa duduk tahaiyat akhir tu. Jadi pergerakkan aku agak perlahan lah. Maklumlah urat-urat dah lama semuanya, salah sikit sakitnya berganda. Mungkin lepas ni nak kena pergi urut seluruh badan pulak lah, gamaknya, untuk kendurkan sikit urat-urat kat badan aku ni.

Entahlah apa halnya musibah aku minggu ni dua kali jatuh tu....

July 26, 2006

My Mother's Eyes

Aku cuti hari ni. Tadi pagi aku bawak mak pergi buat operation mata dia tu. Mak aku dah 74 tahun this year. Dah lama dah dia dok komplen tak nampak. Tapi bila ajak pergi jumpa pakar dia kata dia takut. Aku dah lama syak dia ada cataract, sebab dia selalu komplen pasal glare bila cahaya cerah.

Cataract , memang biasa pada seseorang yang dah berumur macam mak aku. Dulu2 prosedur nak operate cataract ni mungkin susah tapi sekarang dah banyak senangnya. Tapi mak aku ni asyik takut je nak jumpa doktor pakar mata ni. Dah puas aku pujuk tak nak jugak dia ni.

Mak memang macam tu dia memang keteghaq orangnya. Mesti ada yang akan kata sama lah anak nya tu pun kannnn...hehehe. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasik kan....
Jangan suruh dia buat benda yang dia tak suka, atau makan benda yang dia tak pernah makan atau tak suka makan. Tak akan dia buat nya benda tu sampai ke sudah. Kalau doktor pun macam tu lah jugak, kalau dia sakit sorang je doktor yang dia nak jumpa tu. Kalau bawak ke tempat lain, dia makan sebijik dua ubat terus komplen ubat tak bagus, tak boleh baik pun. Nak pergi balik doktor yang dia dah biasa tu.

Jadi masa dia dok komplen sakit mata tu, sebab kata dia mata dia terasa pedih doktor yang dia suka jumpa ni, a General Practitioner Dr I, selalu prescribe ubat mata kat dia. Tapi walau dia pakai pun masih tak elok jugak. Aku tahu memang dah tak boleh elak dah mesti kena juga pergi operate untuk buang cataract tu. Aku ada jugak tanya Dr I suruh rekomen klinik mata, dia ada cakap ada satu kat Bandar Perda di BM tu. So bila mak tanya kat mana aku nak bawak dia aku cakap doktor yang Dr I yang rekomenkan tu lah. Tak banyak songehlah bila dia dengar macam tu.

Pujuk punya pujuk, sampai Abang Lang dan adik H aku sekali menolong ceritakan experience mak mentua masing2 yang telah pun buang cataract tu akhirnya mak aku pun akur untuk berjumpa doktor pakar mata tu. Tu masa dia pergi duduk rumah diorang hari tu masa dia ikut kami menghantar Kak Long balik kampus.

Jadi 2 minggu lepas aku pun ambik cuti dan bawak dia ke klinik Dr Khoo. Bila Dr Khoo periksa mata mak aku, dia cakap mak aku ada
glaucoma jugak, tekanan mata dia tinggi sangat, 37 (kanan) and 35 (kiri) IOP dia. As far as I know, glaucoma has no cure and eventually the person will be blinded. Aku dah panic dah masa tu. Dr Khoo kata ada dua sebab jadi glaucoma, age factor dan steroid induced. Dia ada tanya jugak sama ada my mak ada pakai eyedrops, aku iyakan tapi aku tak bawak ubat tu pun. Walaupun eyedrop yang mak pakai tu prescribed by the doctor aku taklah tahu bahan aaktif dia. So Dr Khooo bagi ubat mata yang dia kata baik yang ada kat klinik dia. Dia suruh datang semula seminggu berikutnya nak tengok samada the pressure will drop or not. Risau jugak aku masa tu. Katanya selepas pressure dah turun bawah 20 baru save untuk buat operation.
Ahad lepas aku bawak mak sekali lagi berjumpa Dr Khoo. Aku bawak eyedrop sekali. Dia tengok label pun dia dah sahkan eyedrop ada streroid. Dia tanya berapa lama dah dok pakai, aku pun tak tau sebab kadang2 mak aku pergi klinik dengan adik beradik aku yang lain, bila dia ambik eyedrop tu aku tak pasti. Alhamdulillah IOP mak dah turun banyak dah. Kiri 18 dan kanan 24. Jadi Dr Khoo kata kalau nak operate boleh buat mata sebelah kiri dulu. Paling awal hari ini Rabu, sebab Rabu dengan Sabtu dia buat operation dia tak tengok patient. Aku kena bincang dengan mak dan adik beradik dulu. Mak pun macam dah bersemangat nak buat operation tapi dia dok tanya kenapa doktor tak nak buat sebelah kanan sebab katanya sebelah kiri tak sakit, kanan yang sakit sangat. Sakit bagi mak ni sebab dia rasa pedih mata tu,kepala pun agak pening aroung right eyes area dan berair selalu. Aku kena explain kat dia pakai analogy sakit gigi. Kalau gigi sakit, doktor tak akan cabut gigi sehingga gigi tu baik, gusi tak bengkak. Lepas tu mak kata mata kiri tak ada selaput apa pasal nak operate. Laaa, kesitu pulak. Aku kena terang lagi, dua, dua mata ada selaput, aku dapat tengok kat dalam screen yang Dr Khoo pasang dengan scope dia tu. Aku suruh dia tutup mata kana, dengan mata kiri tu dia nampak ke muka aku? Kata dia nampak cahaya saja, muka tak nampak. Jadi ? Tak ada selaput ke? Jenuh nak persuade dia tu, Sabar je lah.
Dah dia setuju, aku pun sms mintak contribution dari adik beradik aku, timing elok tu sebab semua baru dapat gaji, hehehe. So lajulah diorang hantar duit kat aku, hehehe. Boleh jugak aku pakai buat shopping lepas operation mak tu hehehe.
Di pendekkan cerita, mak sudah selamat menjalankan operation dia tadi pagi. Ni tadi masa aku dok menaip entry ni dah cakap boleh nampak dah. Masa lepas operate pun dah cakap nampak warna dan bunga baju dia, pokok2 pun dia dah nampak. Alhamdulillah. Sekarang ni kalau dalam dua tiga bulan lagi nampak elok sebelah kiri ni, mungkin operate sebelah kanan pulak, InsyaAllah.
Yang aku ni pun dalam kekalutan nak bawak mak ke klinik, siap tak nampak air atas lantai, apalagi bedebuss lah aku mengelongsor, dan bedebuk lah "cempedak" jatuh tadi tu. Dah terlalu suntuk, tak kuasa dah aku nak menukar baju dan jeans aku yang basah tu. Nasib baik aku pakai baju warna gelap tak lah nampak basahnya. Gelak hubby aku bila aku cerita aku jatuh tadi tu. Kesian kat aku, dah lah jatuh, sakit pulak tu kena gelak lagi. Tapi lawak jugaklah lepas ingat balik tu.

July 24, 2006

I AM BACK!!! I AM BACK!!!!!!

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera.

Sounds like I am giving a speech ? Hehehe

I am back blogging. Miss me? LOL Perasan sungguh makcik sorang ni kan?

It felt really good to stop for a while, taking a breather and take a look at the life outside blogging. I thought maybe I couldn't have done it. But I did it. Felt a bit guilty at first but it felt good because I know that I would be able to let this blog go if ever something happened that force me to stop blogging.

I did some renovation. Change the templates etc etc. Not that I am bragging (hehe, brag jugak lah kan, kalau sendiri tak puji sapa pulak nak puji kannn.....?) but did it all by myself. Berpeluh jugaklah ketiak nak siapkan ni. Maklum lah aku bukan tahu sangat pasal all the HTML code tu semua. Main belasah je lah trial and error. Tambah sikit, preview, delete sikit preview :-). Tak betul clear edit, ulang semula. Lepas dah nampak elok baru berani save and re-publish. I saved my old templates as reference and when something went wrong I compared with the old template. Herot petot jugaklah jadinya blog ni memula tu kan hehe. Even now it is not 100% perfect. There is still something which still need to be deleted to make it looking better, but I just couldn't find the right command. But a minor thing so let it be lah.

Actually, banyak jugak benda yang aku plan nak buat. Ada hati aku ni nak buat slide letak kat blog, macam
Kak Teh buat slide on her journey to perform her umrah. Slide banner tu aku tak nak buang sebab aku sayang sangat dengan rumah tepi laut kat atas tu. Cadang tu, aku nak ambik gambar sekitar kampung lah kononnya, like a sneak preview of my kampung or something similar. Macam nak semadikan suasana dan keindahan kampung gitu. Tapinya, digital camera ada kat kak long. Yang lama dulu ada satu tapi dah rosak. Nak repair diorang kata baik beli baru lebih murah. Bila kak long memerlukan digital camera untuk keperluan pembelajaran dia kami beli bagi dia lah. Nanti Kak Long balik cuti early August aku chop camera tu dah cuba ambik gambar,gambar yang sesuai untuk buat slide. Itu pun entah jadi entah tidak tu. Rasa macam terngiang-ngiang kat telinga aku ada orang nak kutuk aku "reti ke nak buat tu?" Hehehe, kalau tak reti belajar lah kan. Tu yang lambat sangat aku buat renovation ni pun. Ada jugak plan nak tukar lagu, tapi tak ada masa aku kat rumah nak cari lagu yang sesuai. Kat dalam hard disc kat rumah tu banyak lagu yang anak-anak dara aku suka lah, lagu-lagu remaja, semuanya. Ada yang sedap ada yang terlalu "muda" untuk aku. Tengoklah nanti kalau aku ada masa menggodek lagi aku akan cubalah nak tukar lagu. Lagu Rod Stewart ni aku suka sangat tapi Ayin pun dah tanya, "mama tak boring ka dengar lagu ni selalu" Hehehe.

While I was away from blogging banyak jugak lah activiti-activiti aku. Salah satunya bawak my mak check mata dia. Operation mata dia for cataract may happen this wednesday. Nanti aku cerita pasal tu.

So, what do you think of this new blog layout? Cantik tak? I had fun doing it sebab aku buat sendiri, cuba sikit-sikit tu.

Thank you to all who still keep on coming eventhough there wasn't any update for a long time. Let's see who would be the first one to "officiate" this new blog OK.

Thank you. Love you all.

July 12, 2006

Under Renovation

Baik-baik jalan kalau lalu sini OK.

Manalah tahu kut terpijak paku atau tersepak batu. :-)

Kut kut roof tiles terpelanting ke,
Maklumlah pekerja kurang mahir ni hehehe

Sat nak renovate rumah sat bagi lawa-lawa,
kemas kemas sikit.

Lepas tu baru lah semangat sikit nak update kan....

Have a nice day everyone.