Syawal dah nak habis, aku baru nak tulis pasal Ramadhan. Tak apa lah kan asal ada update.
Ramadhan kali ini memang banyak kelainannya. Pertama sekali, sejak anak-anak ramai yang tak ada kat rumah, tinggal aku, hubby, syia dan maktok. Tahun ini ada bibik sorang kat rumah yang kami adik beradik cari untuk menjaga maktok. Kak Long, Angah dan Ayin berpuasa di kampus masing-masing. Ayin sekarang meneruskan pengajian di UiTM Puncak Alam. Kampus tu memang cantik.
Hubby dan maktok walaupun sakit berpuasa jugak. Yang aku agak terkejut ialah maktok, yang pada tahun lepas langsung tak puasa, tapi tahun ini kuat pulak semangat sampai boleh puasa cukup sebulan ditambah 6 hari di bulan Syawal lagi. Alhamdulillah.
Ramadhan tahun ini jugak, membawa berita sedih bagi keluarga sebelah hubby. Pakcik dia, iaitu adik bongsu ibu mertuaku telah dipanggil pulang ke Rahmatullah. Dia sakit prostate cancer. Innalillahi-wainnaillaihi-rajiun. Semoga roh mamu ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh. Amin.
Aku dan hubby telah diajak untuk menziarahi Mamu Usop (Panggillan untuk pakcik hubby tu) oleh salah seorang sepupu hubby. Cousin hubby ni doktor, pakar bius di hospital Seberang Jaya. Tujuan kami memang sebenarnya nak ziarah sebab mendapat khabar dia berada di hospital selepas menjalani pembedahan. Cousin hubby ajak kami sebabnya nak ajak aku drive bersama dia, kerana suami dia tak dapat nak ikut. Kami turun ke KL lepas terawih kira-kira jam 10.30 malam. Kami berlima, aku, hubby, Syia, Dr Zainab dan Ismail (adik Dr Zainab). Kami sampai di HUKM pada jam 4 pagi. Masa tu Mamu sudah berada di ICU. Oleh kerana anak dan menantu beliau bekerja di HUKM jadi kami dapat masuk menjenguk dia. Namun masa tu dia sudah dalam keadaan koma. Aku cuma bisikkan syahadah pada telinga mamu masa tengok dia tu. Sebak jugak rasa hati. Pada jam 5.15 pagi mamu menghembuskan nafas terakhir beliau.
Selepas selesai perkebumian pada waktu zuhur hari itu. Kami bertolak balik dari KL. Sampai rumah lebih kurang jam 12 malam. Letihlah badan sebab tidor teramat kurang hanya dalam perjalanan. Dalam kereta pulak tu, manakan nak selesa. Esoknya, hari isnin hubby bertegas nak ke ofis jugak. Katanya cuti dia dah tak banyak. Tapi sampai saja di ofis dia terasa teramat letih, dia suruh aku bawak dia ke klinik. Harap-harap boleh dapat MC, hehehe, trick lama lah tu kan...
Sampai di klinik panel tu, Dr check hubby agak thorough jugak. Sebabnya itu adalah first time hubby ke klinik itu. Hubby ni dulu-dulu masa dia tak sakit macam sekarang tu dia memang jarang sekali ke klinik. Malah masa dia hypo (paras gula dalam darah terlalu rendah) tu adalah pertama kali dia masuk hospital. Kat klinik Dr kata nadi hubby terlalu kencang, heart beat tak sama dengan nadi. Sebenarnya, hubby aku ni hypertension jugak. Setiap kali dia jumpa doktor setiap kali itulah blood pressure dia naik. So I was not so alarmed. Tapi Dr tu dah pulak panik, terus buat ECG scan. Walaupun kata dia nampak macam OK tapi dia masih nak refer hubby ke KPJ Hospital suruh jumpa pakar jantung kat sana. Since Dr dah refer, kami ikut je lah. Maka tidur kat hospitallah kami selama 3 malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Aku nak tinggal hubby sorang-sorang tak berteman malam-malam, aku dah tau perangai hubby tu. Dia tu fobia sekarang ni, kalau kat rumah pun takut sentiasa bila tak ada orng temankan di di bilik, inikan pulak kat hospital. Jadinya aku pun sekali tidur kat hospital sama hubby. Lepas sahur aku kena balik untuk hantar Syia ke sekolah lepas tu aku tidur sekejap, kemudian lepas ambik Syia balik dari sekolah aku beli apa yang patut untuk berbuka di rumah, baru aku ke hospital sehingga sahur keesokkannya.
Walau kat hospital, solat tarawikh kami tal tinggalkan. Buatlah jugak seadanya. Tapi pada malam 27 tu aku rasa satu kelainan. Malam tu aku terpanggil untuk buat tarawikh secara berjemaah di mesjid. Entah apa angah tu bernazar jadi dia kena buat 10 tarawikh di mesjid. Aku ikut dia malam tu ke mesjid. Masa imam baca ayat akhir surah AlQadar tu, aku terasa sebak sangat. Tapi masa tu aku tak terfikir apa-apa pun. Malam tu amat susah aku nak lelapkan mata. Rasa segar semacam, tak mengantuk pulak. Jadi aku cuba zikir dan selawat sebanyak mungkin. Masa tu baru akau terfikir mungkinkah malam itu malam LailatulQadar? Kira-kira jam 3 pagi aku bangun dan buat solat taubat sebelum aku sediakan sahur untuk keluarga. Lepas sahur sampai subuh aku buat solat hajat pulak. Esoknya aku cuba perhatikan tanda2 LailatulQadar macam yang selalu kita dengan dalam ceramah tu. Rasanya macam betul sajalah tanda2 tu.
Tapi entahlah... Hanya Allah yang tahu, jika dia memberi aku rahmat yang sebegitu besar ertinya itu aku amat bersyukur. Aku cakap jugak dengan hubby apa yang aku rasakan dan doa aku agar dia pulih sihat seperti dulu. InsyaAllah, jika itu janji Allah, maka itulah yang akan kami perolehi. Wallahhualam.
September 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)