January 15, 2007

The Midnight Show

Sejak tak ada maid, dan sejak mak tinggal dengan kami, susah sikit kami nak keluar bersantai semua satu keluarga. Kalau nak pergi mana-mana yang jauh sikit nak kena plan dan tanya mak rumah anak dia yang mana yang dia nak duduk. Kalau kami ke KL pun dia tak tentu lagi nak ikut walaupun dia boleh tinggal di rumah abang lang.
Masa ni Kak Long pun ada kat rumah, cuti 3 minggu, semester break. Hubby pun ada cakap yang dia kesian kat Kak Long yang balik tapi asyik memerap kat rumah. Jadinya bila mak cakap H (adik bongsu aku) nak bawak dia pergi rumah dia tu aku pun nampak satu peluang. Mak, bila dia cakap yang H ada ajak dia ke sana tu maksudnya dia nak pergilah tu. Aku cakap ikut sukalah kalau mak nak pergi, aku tak halang pun. Mak mungkin nak tukar angin duduk dengan anak dia yang lain jugak kut sekali sekala.
Bila mak dah pergi dengan H, aku dan hubby plan nak bawak anak-anak keluar. Dah malam-malam tu, rasanya tengok movie lah yang paling sesuai. Belek punya belek, ada 2 pilihan, The Gaurdian atau Night at The Museum. Kalau nak tengok Night at The Museum tu kat BM Plaza yang paling dekat, kalau nak tengok the Gaurdian tu midnight show di Gurney Plaza sana nun. Di seberang pulau tu, dah tu midnight show pulak tu. Tak kisah lah, kan masa tu weekend, cuma Ayin saja yang ada tuition pada hari Sabtu (sampai 6.30 petang) dan Ahad pagi. Jadi kami pun bertolak lah dari rumah (siap makn segalanya) pada pukul 10.00 malam.
Tak pernah lagi kami sekeluarga ni semua sekali pergi tengok midnight show. Selalunya aku pergi dengan hubby saja sneak out pergi berdua tengok midnite show. Ni kan anak-anak dah besar-besar dah boleh jadi kawan-kawan, Cari je show yang rating U tu, OK lah tu kan.
Last sekali tengok wayang masa kat Midvalley hari tu lah. Tapi hari tu wayang tu show dia siang hari. Ni tengah malam, entah-entah karang tertidor budak-budak tu nanti.

Orang ramai jugak kat panggung tu. Nak beli popcorn pun berbaris panjang dan berbaris-baris. Almost semua counter diorang buka. Aku beli regular popcorn sorang satu dengan 3 botol mineral water je lah. Tu pun dah RM33. 00. Buat duit betul diorang ni kan. Nasib lah jugak cerita tu action packed jugak. Ashton Kutcher tu... ehem, ehem.... teramatlah cute pulak kan (Kan dia tu suka older ladies, hehe). Jadi taklah boring. Cuma Syia saja yang tertidor sekejap, yang lain semua OK.
Habis movie, dah pukul 2.45 pagi, sampai rumah 3 lebih dah. Esok tu apalagi breakfast combine dengan lunch lah jadinya. Dah semua bangun lambat, tak payah dah aku nak masak breakfast hari tu, terus saja lunch. Tak tahu lah pulak bila akan ada peluang macam ni. Tapi for sure bila ada kena lah ambik peluang tu sebaik mungkin. Sekali sekala, kami kena plan untuk beriadah semua sekali sekeluarga. Anak-anak dah makin membesar dan makin ramai yang akan keluar rumah lanjutkan pelajaran dan peluang untuk bersama semua sekali akan semakin menipis. Kena ada banyak masa kualiti dengan diorang ni semua.

13 comments:

Jo Kontan said...

Aunty ?!

Tak main bowling ker sama diaorang ?

Gurney Plaza tuu my favourite Hunting ground bila pi Penang..

:-)

Bergen said...

Used to be asam moi, gula-gula Hacks and kuaci Cap Helang. Sekarang dah American with popcorns and soda. LOL. Barkath Store masih ada kat Penang?

maklang said...

maklang ingat nak gi penang cuti bulan 3 nanti...boleh jumpa AuntyN kot!

Kopi Suam said...

Betul lah aunty...selagi ada peluang untuk bersama anak-anak rebutlah kan..nanti bila anak2 dah besar masing2 akan membawa haluan hidup masing-masing. Bila anak-anak dah kawin tinggal lah kita aje sendirian berdua suami isteri. Waktu itu kita sebagai ibu dah tak de kuasa menentukan keputusan hidup anak-anak lagi.

Kalau boleh hari2 nak ada quality time dengan family.

AuntyN said...

TJ : Nak main bowling apanya tengah2 malam tu hehe. Last minit punya plan so tak de lah nak berbowling ke apa tu.

Bergen, true. Too commercialised right now, sampai nak bawak masuk makanan lain pun tak boleh. Dulu2 rojak pun boleh hehehe.

maklang : InsyaAllah boleh, tanya kat jokontan contact no AN ye.

kopisuam : Betul tu (sigh)

tokasid said...

Alhamdulillah dapat juga peluang mcm tu. Dpt outing sekeluarga.
Dulu rega tiket pun murah. 3rd class( 1st 3-4 rows baru 60 kupang.Tapi bila habis wayang dapat sakit tengkok la sebab lama dok langut( dongak). 2nd class baru singgit pt kupang and 1st class singgit lapan. Reserve class kat atas dua ringgit setengah( dua ringgit lima kupang). Food boleh bawak sendiri.

La ni memang dah lain ,dah makin canggih2 pawagamnya. And to enioy those technologies and facilities you have no choice but to fork out a large sum. Pheeww...!!

AuntyN said...

tokasid : Tak pa lah, bayaq lebih untuk selesa tengok wayang la ni. Tu pun bukan setiap hari boleh pi tu.

Anonymous said...

Peluang jarang datang dua kali, mungkin AN tak kan dapat buat lagi macam malam tu..!Melainkan semua orang yang terlibat berusaha untuk mendatangkan peluang tersebut..!

Anonymous said...

:) dulu bawa kfc pun bleh

Anonymous said...

aiseh, last sekali tengok wayang masa baru lepas kawen..tengok midnite jugakla...

tapi bagus jugak auntyN buat gitu, sebab nanti2, depa akan start sambung study dan duduk jauh..masa nih la nak ajak depa penuhi quality time bersama..

Mama Rock said...

ha'ah...dah besar2 bebudak ni, kit pulak berebut-rebut nak spend familty time sama2.
ps, part yang "Kan dia tu suka older ladies, hehe" - kita dah boleh makeover macam demi moore la ni :)

AuntyN said...

En Ari : Sebab itulah kami berusaha sesangat untuk tidak membuang peluang yg datang :-)

alinlai : La ni nak bawak kfc sure kena rampas kannnn.

oren : Tunggu lah budak2 tu besaq sikit ajaklah En Ayah pi tengok wayang dgn anak2 tu nanti.

mamarock : hehehe, nak makeover mcm Demi Moore? mak oiii tak kuasa lah pulak hehehe

cikdinz said...

best woo tengok wayang tengah mlm...
tapi tak sesuei lah bawak anak-anak skali....
kalu pegi berdua ngan oghang umah tu yg best.....