February 23, 2007

Kena Curi

Setiap hari Syia ke sekolah bawak bekal. Kadang-kadang cucuq kodok (fevret dia tu), roti dengan telur, maggi goreng atau apa-apa yang aku sempat masak untuk dia dan Ayin.
Malam kelmarin aku terlalu letih agaknya, langsung terbangun lambat sikit. Aku bangun ngam-ngam pukul 6.25 pagi (Selalu 6.00 pagi tu dah ada kat dapur). Syia kena keluar dari rumah 6.30 pagi kalau tidak makcik van tu tinggalkan dia. Jenuh aku pulak yang nak kena hantar. Jadi last resort dia bawak biskut Julie's perisa peanut butter. Biskut tu memang dibungkus dalam bungkusan kecil-kecil, jadi senang nak masukkan dalam poket 2 bungkus tu.
Balik dari sekolah kemarin tu, dia cerita kat aku yang biskut dia hilang. Kena curi. Kalau nak ikut her actual word "mama, tadi biskutt syia kena kidnap"
Aku : " Kena kidnap?"
Syia : " Haah ma, geram betul, nak makan pun tak boleh dah lah masa tu tengah lapar"
Aku : "Macam mana boleh kena curi?" Aku ingat ada orang selongkar beg dia.
Syia : " Sampai sekolah Syia letak biskut bawah meja, bila masa rehat syia tengok dah tak ada"
Aku nak tergelak jugak lah dengar cerita dia tu. Dia orang kena keluar dari kelas sekejap, tup tup biskut dah hilang. Dia makan makanan kat kantin sajalah hari tu. Hari lain pun kadang-kadang kawan-kawan dia share dengan dia bekalan dia tu. Kadang kala kawan-kawan yang makan lebih dari dia tu katanya. Jadi selalunya tu, aku lebihkan sikit apa yang bagi dia bawak tu. Ramai jugak kawan-kawan sekolah rendah dia yang satu kelas dengan dia, kat kelas tu. Diorang tu lah yang selalu share makanan dengan dia. Especially yang duduk kat asrama tu.
Ini rasanya bukan perbuatan kawan-kawan yang terdekat ni. Entah lelaki entah perempuan. Kami sambil dok gelak-gelak tu macam-macam idea keluar untuk kenakan si "pencuri". Nak bawak bungkusan kosong jadikan decoy lah, nak tulis kat bungkusan tu "Allah melihat andalah" Macam-macam lagi. Biskut tu dah pun kami halalkan, cuma tak suka perangai mencuri tu sajalah.
Hari ni bersama french toast, Syia bawak jugak biskut 3 paket. Balik tadi aku tanyalah, ada kena curi lagi tak? Katanya tak ada. Agaknya hari ini dia tak simpan bawah meja lagi dah biskut tu.
Biskut pun kena curi.....

17 comments:

Kak Elle said...

AN kalau dah terdesak apa2 pun bolih kena curi kan?kelakar juga biskut tak seberapa pun die org nak.AN apa khabar?tak lama lagi kerja ni kan?

Mama Rock said...

adoi, kalau ikut kan bebudak ni jumpa rezeki tak tolak...tu lah yang di kidnap nya tu :)

Ordinary Superhero said...

Kalau kat asrama lagi banyak tikus kepala hitam. Selalu drawer/locker kena selongkar. Diorang ni boleh bau kot?

pB said...

pB, jumaat lepas mc. Hari ni datang ofis, tengok tengok 'tool bag' yang pB letak bawah meja pB dah HILANG

Tenshen tul.......

Ada gak yang tangan panjang kat pejabat nie....

AuntyN said...

Kak Elle : AN kabar baik aje. Haah tak lama lagi dah tak kerja, 25 working days more. Kak Elle apa khabar?

mama rock : Rezeki tak halal kalau kidnap/curi tu. Nasib baik kalau kita dah halalkan. Budak2 je tu...

OSH : kalau kat asrama, memang lerr. Tikus, kucing kepala hitam semua ada deria bau paling kuat hehe.

pB : Tool bags? Apa benda dalalm tu yang menarik sangat tu? Mesti berharga tu sebab tu ada yang nak kebas tu.

Ari said...

Hello AN,
How are you dear? Wow..you have another 25 working days to go before your long leave..I do envy you..I had been asking for VSS this last few years since 1999. My last application was in 2006.All rejected. I don't want to just quit coz that will be a waste on my years of service, and yet I yen to go travelling-sailing and globe trotting..the call is so strong now.Don't know how long can I hold it back. Just enjoy your freedom dear..!

Your story on what had happened to Syia and her biscuit do remind me of my shift days( 20 years of my life) somebody always have the habit of drinking my tea which I put in the fridge to chill. One day I purposedly left out the sugar and true enough somebody came and complaint ! " o..man..you forgotten to add in sugar to the tea today..!" gotcha..!

tokasid said...

Salam to kak AN.

Kes curi kat sekolah is common nowadays.Kes buli dan pukul junior kat sekolah pun dah jadi common.
Budak2 mencuri ada beberapa sebab. Mungkin biskut Syia tu sedap sangat and pencuri tak mampu nak beli. Mungkin manusia zaman la ni dah tak kira dosa pahala lagi Asal dapat apa yg di hajati kira settle semua.Ada yg memang dah macam fitrah dia pencuri. Kalau tak curi mcm tak complete hari dia.

Orang nak curi benda anak2 kita biaq lah asalkan anak kita tidak menjadi pencuri. Apa lagi mencuri harta rakyat.

AuntyN said...

En Ari : I am fine thanks. Hoep you are doing OK too. InsyaAllah satu hari En Ari dapat apa yang dimimpikan.

Tokasid : Betui tu. Jangan anak kita jadi pencuri pulak. Biskut tu packaging dia yang membuatkan nampak sedap tu. :-)

cikdinz said...

kecik-kecik dah mencuri. jgn besar sok jadik pencuri udah...

Jo Kontan said...

Diorang lapar tuu..

Sib baik AuntyN halalkan..:-)Kalau tak parah jugak nak menjawab nanti.

BTW : Aunty kena tag tau..:-)

AuntyN said...

cikdinz : entah lah budak2 tu malu tak bertempat tu. Kalau mintak pun entah Syia kasi jugak sikit pun.

Jokontan : Tag apa pulak ni ? Sat nak pi tengok.

KakNi said...

Kdg2 budak2 ni kurang paham perbezaan mencuri dengan mengambil, jenuh jugaklah saya dok habak kat anak2 sebab kdg2 dia 'ambil' duit babysitter.

Alhamdulillah dah dihalalkan biskut tu.

Anonymous said...

susah nak bezakan 'curi' dan 'ambil' kadang-kadang tu, budak2 depa bukan kira main redah je asalkan dapat apa yang depa nak :) tapi kadang-kadang orang dewasa pun buat gak camtu

cikdinz said...

ish..takde malu dehh.
budak tu memang training nak mencuri kot.

tokasid said...

Salam to kak AN.

You have been tagged by me.Please visit my blog and read the rules.
Minta maop no....

AuntyN said...

ahni : anak2 dari kecil dah kena ajar macam tu. Kadang2 diorang ingat bibik tu macam adik beradik/sedara diorang jugak tu.

alinlai : kalau budak2 boleh jugak kita excuse tak panjang akal kan? Kalau orang tua, macam mana pulak kan?

cikdinz : tak lah camtu kut, mungkin lapar dan terliur agaknya tu. Lepas tu malu nak mintak.

tokasid : Laaa kena lagi ka? Tak apalah sat gi AN buat untuk tokasid and jokontan. :-)

cikdinz said...

harap mcm tu lah.
nnt bawak lah bekal lebih. supaya buleh lah di syerkan dgn kengkawan yg lain...