Ya Rabbii...
Dah dekat sebulan aku tak update. Dah bersawang dah blog ni hah!!. Tu lah no, mula2 dulu bukan main lagi rajin, semangat berkobar, kobar, last last asyik dok perap je blog ni tak update. Hehehe, membebel nampaknya makcik sorang ni no? Tapi nak bebel kat sapa kan, diri sendiri je lah.
Ni cerita buah delima. Tahu tak yang mana satu buah delima ni? Tak tahu pi google sendiri lah :-)
Dua minggu lepas masa kami nak menghantar Kak Long balik ke kampus dia, mak aku ada pesan suruh abang lang belikan dia buah delima. Mak kata kat supermarket di KL sana nun banyak buah tu. Aku dengan hubby fikir since kami nak turun ke sana tak payah dok pesan suruh abang lang carikan kami nanti belikan sajalah.
Masa kami ke sana tu kami singgah tidur kat rumah abang lang kali ni, save duit lerr, jimat sikit sebab boarding free hehehe. Sekali sekala tinggal kat rumah sedara ni best jugak actually. Lagipun aku bukan bawak semua anak-anak aku, kami pergi berlima termasuk Kak Long. Adik S dan anak dia Jie, aku, hubby dan Kak Long. Adik S ni dia sekarang ni selalu ikut kami turun KL sebab nak ikut pergi Sungai Buloh beli pokok-pokok. Memborong sakan makcik tu you alls!!!. Biasalah kalau dah kaki shopping tu, apa saja nak di belinya.
Berbalik pada buah delima ni. Masa kat rumah abang lang aku ada cakapkan keinginan mak pada abang lang. Bila dia offer nak belikan kami tolak sajalah sebab kami ni confident boleh jumpa buah tu kat mana-mana supermarket/hypermarket di Shah Alam tu. Jadinya semasa keluar nak menghantar Kak Long tu singgahlah kami di Tesco Shah Alam. Beli barang-barang Kak Long sambil cari buah delima. Tapinya, sebijik pun tak nampak buah tu.
Dalam perjalanan balik tu mana-mana tempat yang kami agak akan a da jual buah-buahan tu kami berhenti mencari buah delima. Tak jumpa jugak. Nasib baik Abang Lang ada berikan 1 biji yang dia dapat dari kawan dia yang balik dari Mekah baru-baru ni, taklah kempunan mak jadinya.
Sejak dari hari tu jugak kami asyik saja teringat nak cari buah delima. Hubby sampaikan terbeli pokok buah delima semasa dia ke Padang Serai baru-baru ni hehe. Kata dia dah tak dapat buah belilah pokok, kut-kut sempat mak makan hasil dari tanaman hubby tu. InsyaAllah. Aku pun bila singgah di pasar malam pun bertanya jugaklah pasal buah delima tu, kata penjual buah, sekarang bukan musim buah tu, susah nak dapat.
Nak dijadikan cerita, semalam aku singgah kat gerai buah-buahan tepi jalan, dekat dengan rumah aku. Cadangnya nak beli pisang emas untuk buat cucuq kodok. Syia suka ni makan cucuq kodok tu. Bila aku dan ambik pisang emas 2 sikat, masa nak membayar tu, ternampak aku buah delima kat gerai tu. Sebiji RM5!!!. Tapi tak kisahlah aku pun belikan untuk mak 2 biji. Punya jauh dok mencari buah tu tup tup gerai yang dekat jugak yang ada buah tu.
Kadang-kadang kita ni selalu jadi macam tu kan.. Kalau ada masalah apa-apa pun, punya teruk memikirkan cara-cara yang susah untuk selesaikan masalah. Kita tak nampak penyelesaian yang senang bila kita buntu tu. Kadang-kadang, penyelesaian tu adalah sesuatu yang sangat simple, bila dah selesai baru kita kata, "laaa, senang saja ni, why didn't I think of it like that"
So jadinya lain kali bila mak nak makan buah delima tu aku akan ke kedai yang terdekat dulu sebelum mencari jauh-jauh :-)
28 comments:
AuntyN sudah dapat kerja baru kar ?
Dengan Gaji yang lebih lumayan, serta perks yang lebih menawan kalbu..
Nii kira Doa jugak niii noo..
N....salam mesra dan salam sayang. :-) lama dah rasanya tak tinggal komen...KY macam tu jugaklah...lately sakit lutut menyerang semula...sabo je lah...
Pasal buah delima ni...kalau kat KL, ada masa tu ada dijual di kaki-kaki lima Jalan TAR...macam mudah saja nak dapat. Lain kali kalau mai KL...cubalah skodeng kat situ, mana tahu ada rezeki.
buah delima elok di makan tuk orang yg ade buasir...heheheee....
tak caya, cobe tanya orang tetua..
Jokontan : Belum lagi lah. Tengah mencari ni. Ada kerja ke nak offer? :-)
Kak Yan : Thanks for the tips. Tapi kan sekarang ni dah tak masuk KL dah asyik ke CBY terus je tu. Nanti tengok kedai dekat2 dulu lah baru sampai ke sana tu :-)
cikdinz : Ye ke?
AN lama sungguh tak makan buah delima.Jauh nya AN mencari nya sampai ke KL padahal di penang ada...last saya ke penang ada agak 15 tahun dulu mesti ada banyak perubahan.
Kak Elle : Mai lah tengok sendiri perubahan Penang ni. Memang banyak berubah. AN pun kadang2 sesat di Penang tu hehehe.
AN..jgn kata sebulan nie dah 3 bulan tak update..bukan sawang lagie dah.. tak tau nak cakap aper lagi..
not by choice that i dun blog..memendam perasaan la nie
Salam Aunty...
berehat sebentar sebantar tak per, jangan berenti terus....
buah delima...??
rm 5 sebiji, boleh tahan gak harganya.
tapi tak perlah kan, sebab mak bonda yang nak makan...
-pB-
Salam mami,
Buah delima tak cari. Tapi selalu pi beli sate depan umno tuh, mesti teringat kat mami :)
Semoga mami sekeluarga berada dlm keadaan baik2 hendaknya.
adorable : APa hal pulak yang asyik memendam rasa tu? Why not blog it all out. How's your mom?
pB : Buat masa ni apa pun yang mak mintak kami cuba carikan. Harap2 dia tak kempunan tu ajelah. We try our best.
yelahhhh....cobe lah tanya orang tetua.
ada kawan bagitau kat kita...
mar : Terimakasih sebab ingat kat mami ni :-). Bila yang pi beli sate kat situ? Pakcik hamdan yang juai sate tu my hubby's good friend tu.
cikdinz : Terimakasih for the info. InsyaAllah kalau ada sesiapa yang kena buasir, AN suruh try makan buah delima.
Salam to kak AN and all.
Tu la lama tak update ingatkan merajuk ka apa.
Buah delima memang sedap.Masam-masam manis.
Ada athar yg menyatakan anak Nabi saw iaitu Fatimah R.A. pun suka buah delima.
Memang buah delima kalau luar musim payah nak cari. Tu yang mahai sikit.Tapi ramai orang2 muda tak kenai dan tak pernah makan buah delima ni. saya kalu beli memang makan sorang la..anak tak minat.Mak dia pun korang minat.
As for buasir,sebab delima banyak kandungan fibre, ia boleh elakkan constipation hence reduce possibility of buasir.
buah delima tuh berkhasiat sebenar nye come orang tak tahu.......
Salam AN,..betul ckp KY tu...kat Jln TAR biasanya banyak...
ME nyer blog bukan saja bersawang,...penuh ngan lalang bagai!. He....he...mcm2 nak tulis, tapi masih tak tertulis!.Lain kali kalau gi Sg.Buloh beli bunga bagi tau Ety, Ety slalu gak gi ronda bunga weken kat situ.no.tepon ada kat rebanayam.yahoogroup.
Madam Aunty N:
THE CHAIRS, THE TABLE AND THE CLOTH WE DINE ON
(my gift to those who are fathers, mothers, sons, daughters, brothers and sisters)
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama serve a sumptuous meal,
a sumptuous meal made form the hunt that papa kill,
the hunt that papa brought back on heavy old wheels.
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa carved the luscious veal,
while mama kept our hunger vigil,
so that our little tummies feel no shrill,
till we have the night’s fill.
By the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa stood on the site with his pipe lit,
cleaning blood that his hunt has spilled,
and chasing out the winter’s chill,
so that we feel no gritting frill,
after we had our night’s fill.
Round the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama walks with a clean white cloth,
cleaning our mouth from filthy froth,
while kissing the sleepy eyes under the brows.
To the chairs, the table and the cloth we dine on,
we haste a bow and a cheery bye,
and wish the leftovers tomorrow they will dry,
that tomorrow again on you we dine,
with the meals mama made so fine,
made from the kills that papa find.
O chairs, table and cloth we dine on,
we trust that tomorrow would also be fine,
there you’ll wait for us to dine,
when we wake after the sun comes to shine.
mami,
Nak kata selalu tu, tak jugak. Tapi seminggu sekali ada lah at least sbb kat rumah ni suka makan sate :)
Oooo best friend mamu ahhh? Baguih la lagu tu :)
N, selain berkhasiat, buah delima juga bagus utk kulit.
tokasid : Merajuk? Nak merajuk dengan sapa di blogland ni? :-) Tak ada sapa2 pun nak pujuk ni.
cikdinz : Ni baru AN tahu sikit sebanyak khasiat buah delima ni. AN suka jugak buah ni, cuma buat masa sekarang priority untuk mak dulu. Anak2 pun makan jugak kalau jumpa tu.
Ety : OK. InsyaAllah AN nanti keep that in mind dan cuba contact next time turun kr Sg Buloh ye.
demonsinme : Thanks for the beautiful, nostalgic poem.
mar : kat rumah AN ni cuma Angah sorang saja yang tak suka satay. Yang lain semua belasah je ni.
intan : Ni kena pergi cari buah delima bebanyak ni :-)
auntyn, teringat lagu kanak-kanak yang goes like " nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh"
ke ke ke...bagus gak beli pokok delima mana tau ada rezeki utk mkn buah delima fresh perghhh bila dah ada buah hints ye bleh chek pi memunculkan diri :)
Salam Kak AN and all.
Mujur mak kak AN tak minta buah Nona.Lagu payah nak cari pasai buah Nona tak juai di Hypermart atau kedai buah tepi jalan. Nak kena pi cari di rumah orang yg ada pokok.
Sudi-sudilah jenguk FP nie, baru jer upload bunga buah delima nie..hehehe....
http://halamanku.fotopages.com
mamarock : Pasal terselit buah peria kut hehehe.
alinlai : Entahlah bila nak di tanam tu. Memandangkan trend uncle tu, entah2 pokok tu terus je hidup dari plastik hitam tu :-)
tokasid : Betui tu, buah nona lagi susah nak cari :-)
halamanku : InsyaAllah An datang menjenguk. Thanks.
Hate...
(a gift from the demon to be made as a gift to your loved ones)
In my lonely heart,
hate plays a great part,
it wills the my action from the start,
it herd me words with such grand art,
it is the very thing that bounds our two hearts.
I hate the moments when you are not in sight,
coz it is the time that I could not see your plight,
and I can't remedy the things that bring you fright,
I hate the days that my might seeps by,
and when I can't stop your sad cry,
making your smile dry,
making me feel worst than having to die.
I hate the months when draught come to visit,
coz it would hinder my rose seeds,
making me dread the times we meet,
as I have no flower to place on your lovely feet,
and be shied from your smile so sweet.
But, the greatest that I hate,
is the day that you saw me not even as a mate,
and my love has become your hate,
as it is the most dreadfull of my fate.
buah delima tu, pun boleh dijumpa kat sini- Tapi, tak gerenti sedaplah
kak, tak habeh lagi ke citer buah delima.
demonsinme : thanks
ailin : ada no?
cikdinz : :-)
Post a Comment