When I first read this tagging thing at Kak Teh's blog I was hoping that nobody would tag me to do this. I enjoyed reading other's but I did not think that I have enough weird habits to potray.
Mana aku ni weird kannnn.... (In denial mode lah ni) Makcik ni duduk kampung boring ye lah, weird tu tak ada lah.
Anyway, Ini dua orang blogger ni memang cannot see me "duduk senang no" :-). So here goes Jokontan and tokasid.
Mana aku ni weird kannnn.... (In denial mode lah ni) Makcik ni duduk kampung boring ye lah, weird tu tak ada lah.
Anyway, Ini dua orang blogger ni memang cannot see me "duduk senang no" :-). So here goes Jokontan and tokasid.
RULES:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly.In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names.Don't forget to leave a comment that says" you are tagged" in their comments and tell them to read your blog.
No 1. Rambut.
Aku ni suka tarik/cabut rambut. Dulu masa zaman muda remaja tu rambaut gatal yang aku cabut. Jenuh berkerut2 kening punya dok cari rambut gatal yang kadang2 tu tak gatal pun untuk aku cabut. Rambut yang gatal tu selalunya yang kerinting berkerekut tu yang pada spesifikasi aku rambut yang gatal tu. Tapi rambut aku pun bukan jenis lurus, wavy2 gitu, jadi yang mana satu rambut gatal kan. Hampir nak botak jugaklah tengah kepala aku kerjakan masa tu. Selepas bertudung ni tak ada lah chance nak menarik/mencabut rambut tu. Tapinya aku ada sasaran baru. Hehehe, uban. Bila masuk je bilik air aku mula mencari tweezer untuk mencabut uban yang baru nak tumbuh. Yang panjang tu aku selalunya biarkan saja. Entah apa rasional pun aku tak tau. Tak lama lagi kena cabut rambut hitam lah pulak kut supaya semua rambut jadi senada (same color), baru nampak macam pompuan matsaleh kut no hehe. Perasan lah tu.
No 2 Traffic Light Merah
Kalau masa driving, kat traffic light merah atau train crossing ke, aku ni mulalah nak cari lipstick nak pakai. Masa muda2 dulu tu lagi hebat, siap berbedak, berpipi merah, lipstick semua tu. Mana tak kena bersiap dalam kereta, anak2 masih kecil, kalau nak bercermin dalam bilik, sure merah selalu aku punya kad kedatangan tu. Tu pun lewat sentiasa tu, asyik dok kena cover by going back late. Sekarang ni dah tinggal pakai lipstick aje dah. Yang lain tu semua dah buat kat rumah. Tak lama dah pun habit ni pun. Lepas ni lipstick pun dah tak payah beli dah. Dulu2 tu kadang2 sampai kat ofis, kawan2 tengok semacam je sambil senyum2. Baru perasan ada yang tak kena, terus masuk toilet. Mana diorang tak gelak, muka aku macam badut je, merah sangat makngah oi pipi tu hehehe.
No 3. Kasut
Macam biasalah orang perempuan kasut dalam kereta tu berpasang-pasang. Walaupun aku ni bukan jenis yang suka buat koleksi kasut. Kasut dalam kereta tu ada 2 pasang selalunya. Aku ni jenis yang tak reti berkaki ayam semasa memandu. Jadi aku pakai slipper/sandal yang leper tu semasa memandu. Kalau masa aku keluar lunch, oleh kerana aku ni drive kereta automatic jadi hanya sebelah kaki saja yang perlu aku tukar dari kasut ke slipper. Tukar slipper tu sebab nak elakkan belakang kasut tu cepat rosak. Jadinya aku tukar sebelah kanan saja, sebelah kiri pakai kasut jugak. Bila sampai destinasi, kadangkala, nak cepat ke apa, terhencut-hencut sekejap sebab kaki tak sama tinggi. Kasut tumit 2 inci sebelah kiri, slipper jamban sebelah kanan.
No 4. Hilang Barang
Aku pakai hand bag satu saja sampai lusuh atau koyak atau dah naik lunyai hehe. Semua benda maknenek ada dalam handbag aku tu. Jadinya aku selalu hilang barang dalam handbag tu. Maksud aku, walau aku confident habis ada barang tu dalam handbag aku, tapi bila aku cari, berjam-jam baru nak jumpa. Pagi-pagi nak cari kunci ofis pun kena seluk sana selok sini.Ulang raba-raba 2, 3 kali masih tak jumpa. Dok terkial2 depan ofis tak jumpa kunci.
Bulan lepas aku mencari cd yang ada passport size gambar aku. Aku memang yakin aku ada cd tu dalam handbang, puas aku cari tak jumpa jugak. Aku keluarkan semua barang dari handbag pun masih tak jumpa. Jadi aku sekali lagi pergi kedai gambar ambik gambar dan diberi lagi satu cd. Terbang RM17. Bila masa aku betul2 nak pakai cd tu, sekali capai dalam handbag, tercapai cd yang lama. Laaa.. mana pulak datangnya kan. Aku pun heran macam mana boleh miss cd tu. Jadi sekarang aku ada 2 cd gambar tu. Teruk betul aku ni kan. Agaknya tak boleh pakai handbag kut.
No 5. Bunga
Memang aku suka bunga. Lagipun hubby banyak tanam bunga yang harum2 baunya kat rumah. Ada bunga kerak nasi, bunga melur, bunga ros, kemunig dan lain-lain. Tak pelik lah kan kalau orang perempuan suka bunga. Especially makcik-makcik ni kan? Tapi aku ni suka petik bunga-bunga ni semua dan masukkan dalam handbag, dalam kereta, dalam almari. Memang sedap bau bunga-bunga ni, jadi macam potpourri natural gitu. Memanglah tak pelik. Tapi bila kering bunga2 tu jadi sampahlah kelopak bunag kering tu dalam kereta, dalam handbag aku. Kereta tu boleh lah sekali sekala vakumkan. Kalau handbag tu kena tunggang dan ketuk2 untuk keluarkan sampah tu.
No 6. Jerawat
Aku palaing tak tahan kalau tengok jerawat, whiteheads atau blackheads. Sama ada kat muka aku atau kat muka orang. Gatal saja tangan aku nak picit-picitkan. Anak aku selalu complain sakit sebab aku picitkan jerawat kat muka diorang tu. Yang lebih pelik tu hubby pulak suka kalau aku memicit muka dia kalau ada white/blackheads. Lagi suka kalau aku buat facial kan dia tu. Selalu tu kat bahagian hidung lah yang banyak benda-benda camtu kan. Habis merah-merah hidung hubby aku kerjakan selalu tu. nasib baib kat hidung saja yang merah, kalau kat leher ke, sure ada yang dok tanya hubby pontianak mana yang mengigit leher dia tu kan...ahak..
Aku tak tahu siapa aku nak tag ni. Lepas tu nak cari 6 orang pulak tu. Aku tag sorang sajalah. Let's try Bergen, aku harap dia tak keberatan. :-)
18 comments:
oh yes, traffic light merah memang very conducive nak pakai lipstick :)
Salam to kak AN:
Hah3 la ni orang dah tau apa yg pelik kat masing2 noo...
Kak AN jangan dok beli hand bag yg besaq2 tau.Bukan apa nanti lagi banyak khazanah yg kak AN boh lam bag tu.Lagi jenoh nak ghekau cari tak jumpa-jumpa.
Pakai tumit tinggi sebelah and selipar jamban sebelah! Ni kena rakam dan hantaq kat NTV7 rancangan Wakenabeb!
Nak cabut uban suruh Syia la...upah sekupang selai uban.
Confirmlah AuntyN ni memang pelik orang nyer... heheheh....
No..you are not weird..just..a little bit..you know la what..eh..!
heh heh heh..you are o.k..heh heh.
mamarock : you pun sama ke? hehe
tokasid : handbag kecik pun macam tu.
Kalau nak upah syia nak cabut uban, habis gaji sebulan agaknya tu hehehe.
ahni : I patut tag you kan? Then baru boleh tengok sapa lagi weird tu.
En Ari : Amboi seronok dia gelakkan kita no? :-)
AN :
Kah kah.
Mebbe Jo bleh adopt the Traffic Lite situation.
AN pakai Lipstick.
MA baca Paper.
Jo may do something else..
Bunga kesidang ada tak kat rumah ?
Jokontan : I can imagine you "melombong" kat traffic light. Hehehe. Jangan marah...
Bunga kesidang macam mana tu? Mungkin kat sini dipanggil dengan nama lain kut.
Nanti satu hari AN publish gambar bunga2 kat rumah ni. InsyaAllah.
AN
Meh buat facial kat muka saya lak ehehhehehe
Delinn : Kalau nak, kena charge tau hehehe (maklumlah dah nak pencen boleh cari duit poket kannn)
bag tuhkena beli yg paling besar.
bolh letak peti ais lam tuh....heheheeee..
cikdinz : hahaha, peti ais? AN tak minum ais lah.
wah aunty no 1 n no 6 kita sama lah...cuma jerawat jer tak suka picit sbb geli tp klu b/heads n whitehead mmg sampai berdarah2 saya congkil kan...
errrr aunty suka tak cabut bulu ketiak???
No 3 tuh sama la kita. Cuma angah ada 4 pasang dalam kereta ahahaha..
1. Selipar jamban utk drive
2. Kasut tumit 2 inci pergi kerja
3. Sandal cantik sket laa utk merayau ke/lunch ke
4. Kasut sukan sebab lepas kerja terus gi gym.
Letak 3 pasang anak punya jugak (kasut, selipar, sandal)
dan 4 pasang husband punya (kasut sukan, selipar, sandal, kasut formal)
Husband kata buleh buat car boot sale ekekekek.. tapi senang nak guna, capai jek mana nak.
anon : Bulu ketiak sendiri cabut lerr. org punya tak lah (geli hehehe)
angah : banyak nya kasut dalam kereta. Habis semua 1 family punya tu. Macam closet je tu :-)
AuntyN,
Can buka facial saloon la like this! And add one extra service or two:
1. Cabut rambut gatal
2. Cabut uban yg baru nak tumbuh
p/s Harga sgt berpatutan, boleh bayar secara ansuran.
hehehee!!!
p/s How have you been?
ibu : I am doing fine thanks :-)
yang aku tak paham, kenapa kena berkaki ayam ketika drive?
nice post, i like. Salam dari Indonesia :)
Post a Comment