Kalau kat kampung, dulu-dulu, buah-buahan tu selalunya orang sebut sebagai buah-buah kayu lah. Tu terminologi orang tua-tua dulu-dulu. Zaman tok-nenek aku dulu tu. Sekarang ni dah lama tak dengar orang refer kat buah-buahan kampung tu sebagai, buah kayu lagi dah. Entah pasal apa tak tau pulak lah.
Aku ni nak show off sikit (dah mula berlagak dah tu, I'm back to my normal self it seems!!!) buah-buah kayu yang ada kat rumah ni.
Ada rambutan.
Ada dokong.
Limau bali pun ada.
Ini bunga durian.
Tak payah cakap lah ni buah apa kan.
Ciku pun ada, longan yang sebesar bola golf tu pun ada, cuma berbuah sekali sekala saja.
Tapi yang frust tu, kebanyakan buah-buah kayu kat dalam kawasan rumah aku ni selalunya menjadi habuan tupai.
Macam ni lah orang dulu-dulu buat perumpamaan "Seperti Durian Ditebuk Tupai"
Semalam aku tengok ada durian yang jatuh, tapi ginilah rupanya. Kami memang nampak tupai2 tu makan buah-buahan tu tapi tak tahu macam mana nak halau. Kalau buah tu tinggi tak kan nak panjat pokok nak halau kan? Ada pernah sekali hubby letakkan jaring untuk membungkus buah durian tu tapi, jaring pun dia gigit jugak. Akhirnya dari buah yang jatuh tu, banyak ni ajelah kami dapat makan tu.
Rambutan yang belum masak sepenuhnya tu pun jadi habuan tupai-tupai ni. Ciku pun macan tu jugak, tak sempat aku nak tengok. Selalunya hari ni ada esok dah lesap. Limau bali tak pulak dia makan, ni mesti tupai yang ada sweet tooth ni kan...
Tak apalah, nak buat macam mana kan? Halal ajelah, semoga Allah bagi lagi lebih hasil di lain musim, boleh jugak sedara mara merasa buah-buah kayu di laman kami ni. InsyaAllah.
22 comments:
Aunty,
Kalau kat kampung biasanya mak saya ikat tin susu banyak2 then gantung pastu talinya panjang sampai ke bawah. Sesekali bila nampak tupai tarik tali tu bunyik bising so tupai pun lari. wah subur bela pokok buah aunty yek.
Cantiknya bunga durian tu.. terasa nak makan durian pulak.. hehehhe. tapi tengah lelah tak leh makan durian eh.
bestnya rumah AN!!
Salam kak AN:
Banyaknya pokok kayu di ghumah noo...Tupai ni memang dah tabiat dia suka tebuk sana tebuk sini.
Cadangan suruh boh/gantung pot susu tu baguih juga tapi sapa yg nak pi tunggu sari suntuk tupai mai ka dak?
Auntie N, tak pasti kalau semua orang pun fikir sama macam ni, tapi, kalau kat kg saya, buah yang ditebuk tupai itu selalunya lebih sedap daripada yg tak ditebuk tupai. Sebab tupai kat kg saya suka makan benda sedap.Tak taula umah AN punya tupai jenis tupai lahap makan segala main bedal jek..hehehe..
Kopisuam : Terimakasih cadangan tu. Nanti nak tanya uncle dia sanggup tak panjat pokok durian tu hehehe.
Arena : Sorrylah AN buat Arena terliur.
stillconfuse : Bila balik Kedah singgah mai lah anne. Kalau ada rezeki InsyaAllah ada buah kayuu boleh makan.
tokasid : Banyak pokok kat rumah sampai tak nampak ghumah dah ni. Tak laghat nak sapu daun2 kayu ni.
elf : Memang betul teori elf tu. Buah yang tupai2 makan tu memang best isi dan rasa dia. Tu yang kamii sampai tak sempat nak makan tu.
Biasanya saya tembak jer..tapi itu dulu..la ni saya jadi kesian pulak tengok binatang -binatang tu..Tembak dengan mercun roket jerlah..bagi dia terkejut tapi tak membunuh ..
Longan besar tu 'longan Brazil' atau Taiwan? Saya ada Longan Brazil, sedap gak tapi berpulor lah dalam dia.Buah longan dari kebun seorang pakcik kat Sungai Besar- Sekinchan memang sebesar bola pingpong..tapi saiz tu tak banyak..saiz normal adalah lebih kecil, sebesar ibujari kaki! buah keluar sepanjang tahun!Empat ekar jer..pulangan nya rm120K sampai rm150k setahun.
Wah, wajah baru, semangat baru. Feels like New Year. Ladies and gentlemen, hereeeeee's the all new Aunty N!!!!
Woraiiiittt.
En Ari : Tak sampai hati nak tembak. Biar ajelah. Lagipun AN tak ada senapang kat rumah ni hehehe.
Bergen : HAHAHAHA. Thanks for the announcement. Worrraiit!!!!
N
Best..dan dak ksal balik? Moktan tu masih kunin, dan kot nu
Assalamualaikum.. erm sy bloggers baru nk kenal2 dunia internet nih.. sy pon orang kg jugak.mana la tau bole share petua2 dari orang utara ..
sedapnya nampak that durian...tau singgah ari tu kat rumah AN
Ada sesetangah orang tu kan, dah tak sabar2 nak venture into business, malahan masa masih kerja lagi dah buat sikit2 dan bila dah steady baru berhenti untuk buat full time. Kawan2 saya (yang baru 30an) ni setakat ini dah 3 orang yang buat bisnes secara part time tapi secara besar-besaran. Satu tu buka kedai perabot, lagi dua orang buka kedai kain. saya ni masih dok fikir nak buat bisnes apa.
So, tak kisah lah bisnes apa, harap auntyN tabah menghadapinya.
Kak Sal: dan lah kut, kalau tak habih dibaham tupai (yang kecik2 dan yang besaq2 tu hehehe) Kalau tak dan kita beli kat pasaq malam no.
luqman : Waalaikumussalam. Welcome to the blogging world. InsyaAllah boleh kongsi petua sama2.
maklang : kalau singgah hari tu pun buah masih hijau. Bila nak datang pulak ni?
ahni : Terimakasih. AN pun macam tujugak asyik dok tunggu "hidayah" untuk buat business. Org dah berjaya kita dok takok tu lah jugak. InsyaAllah ni nak mula take action ni.
Yeaaaaaaaaay !!
Singgah-singgah, tengok, tengok, Ropernya sudah ada apdat !!
Best nii..
Buah2 kayu boleh di DHL ker ? Receiver Payor. Boleh ? Hantor le ser tandan dua longan tuu. Ter liorq sangat dah nii..
Jokontan : DHL ? Either kena reject sebab bau durian yang kuat tu atau kena hiject. Alah, senang je tu, buatlah business trip ke utara boleh singgah sini. Tapi longan belum berbuah lagi, yang tu kejap ada kejap tak de. Rambutang dengan dokong boleh lerr kalau nak makan.
sedapnya durian tu...balik bulan lepas sempat la makan rambutan dan durian...yummyyy!!! La ni sure lagi banyakkan? Kena balik lagi la...ke ke ke
kami baru pindah ke Kulim, agak2 pokok2 tu jauh tak dari Kulim, kalu dekat boleh self invite ke ... hehehehe
Boleh tag Kak N nooo ?
alinlai : Haah dah banyak dah, bila nak balik pulak tu?
man bucit : Mai lah kalau pandai carirumah AN :-). Kulim kat Hi-tech ka?
jokontan : Tag apa pulak ni?
Yey!!
Bro Jo, hi-5! *lompat sikit*
dia kata auntyN dan buat comeback, teruih singgah. Yey again!
ood : Yey also !! Thanks for the semangat. I'll be looking you up soon.
Post a Comment