Wah dah lama jugak aku tak update blog ni kan...?
Nampak gayanya macam aku ni update blog sebulan sekali saja ni, hehehe.
Kalau macam tu mai lah aku cerita apa pasal aku ni sibuk sangat dalam bulan Julai yang buatkan blog tak ter-update gitu.
Baru-baru ni, 30 Julai hari tu aku baru saja memulakan kerja jadi trainer selepas bersara ni. Training & Consulting company yang aku menempek tu ada bagi assignment untuk buat 1 day training. Training course tu Motivasi. Target audience nya ialah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak lama lagi nak bersara dari kerja. Kira aku ni memang sesuai sangat lah untuk tajuk tu kan, hehehehe.
Bagus lah aku tengok majikan/organisasi tu. HR manager dia buat program untuk bakal-bakal pesara diorang untuk memberi hala tuju kepada employees diorang supaya lepas ni tak terumbang ambing, tak tahu apa nak buat. Motivasi ni kearah keusahawanan lah. Macam mana nak buat business lepas bersara, supaya tak terjebak dengan skim cepat kaya, sebab duit EPF semua dah keluar dan mereka-mereka ni ada kemungkinan yang menjadi separa jutawan.
Dah kena buat training, jadinya bulan lepas tu aku bertungkus-lumuslah membuat nota dan penyediaan untuk program tu. Banyak bahan-bahan yang nak di cari, buku nak kena baca, dan games/activity yang aku kena sediakan. Itu yang buat aku sibuk sangat tu. Hari-hari aku mengadap pc membuat preparation. Kelam kabut jugak lah aku sebab first time aku nak buat program tu. Tapi bila dah habis tu rasa legalah. Things went quite well, I would say. Mula-mula tu aku stiff jugaklah, tapi lepas dah warm-up tu dah OK dah, tak takut sangat dah, dah boleh buat diorang tu gelak-gelak sambil kita impact knowledge gitu. Sebab bila target audience yang macam tu, tak boleh nak kbagi yang heavy sangat. Kang sewel pulak diorang memikirkan apa yang aku nak sampaikan. Nanti evaluation pada aku jadi tak elok, miss soru aku dengan company pulak. Susah kan...
Training tu dijalankan di Trolak Country Resort. First time aku ke sana. Resort ni kepunyaan FELDA. Besar betul kawasan dia tu. Kalau datang dari KL keluar tol Slim River, lepas tu masuk jalan ke Trolak. Kalau dari Utara, keluar tol Sungkai. Yang pelik tu, bila saja masuk jalan ke Trolak tu tak ada signboard menunjukkan Trolak Country Resort tu, jadinya kami pun hampir sesat. Tersilap masuk simpang, masuk ladang kelapa sawit. Kata co-trainer aku, "resort juta-juta boleh buat tapi signboard tak boleh buat" Sebabnya, dia pun sesat jugak, tersasar sampai ke Sungkai masa dia datang dari KL jari Isnin tu. Dia punya sessi training untuk hari Selasa selepas aku habis.
Aku pergi dengan hubby, sebabnya kami ada wedding di Ipoh pada Sabtu malam Ahad tu. Jadi kami convoy 2 kereta. Aku dengan satu kereta, Adik S, anak dia Jie, Abang Long dan isteri dia. Lepas wedding kami semua turun ke KL. Cadangnya aku dengan hubby nak pergi Ikea, adik S nak jenguk anak-anak dia. Abang & Kakak Long nak tengok cucu. Semuanya akan balik hari Isnin. Oleh kerana abang lang pun turun ke Ipoh jugak, dia balik Shah Alam dengan kami. Malam tu kami bermalam di rumah Abang Lang. Lepas wedding tu, bertolak ke Shah Alam terus, sampai sana dah pukul 2 pagi. Esoknya hari Ahad, kami ajak Abang lang pergi Ikea. Naktengok-tengok kitchen cabinet concept sebenarnya. Tapi apa pun tak aku beli dari Ikea. Cuma tengok-tengok saja dulu.
Lepas balik dari Ikea, aku dan hubby pergilah menjenguk Kak Long di MMU pulak, dia tu walaupun nak cuti mid semester hujung minggu ni, tak dapat nak balik. Dia involve dengan kegiatan U. Sempat lepaskan rindu sekejap. Lepas tu kami bertolak terus ke Trolak. Sampai di Resort tu dah hampir maghrib dah.
Esok, siangnya, semasa aku buat training hubby merayau-meyau sampai ke Bidor, sempat beli petai, pokok nangka, buah cempedak. Kereta kosong dah jadi penuh. Biasalah dia tu. Tu pun masa tak mengizinkan kalau tak sure dah singgah di Sungai Buloh beli pokok lagi. Entak kat mana dia nak tanam pokok-pokok tu pun aku tak tau.
Kami sebenarnya nak terus balik selepas aku habis training tu. Tapi di tahan oleh pihak penganjur supaya ikut serta diorang ke Taman Rekrasi Air Panas (TRAP), di Sungai Klah, Trolak. Tak lah jauh dari resort, tapi nak masuk ke taman tu, nun jauh di tengah-tengah ladang kelapa sawit FELDA. Ni lagi satu resort kepunyaan FELDA. Oleh kerana kami pergi ke situ di malam hari, tak berapa nampak kawasan sekitar resort tu dengan penuh. Kami cuma pergi kolam hot spring yang boleh rendam kaki atau berendam saja malam tu. Kolam tempat kami rendam kaki tu panasnya 40 - 50 darjah C. Lepas 20 minit berendam, kaki aku macam udang kena bakar. Merah-merah jadinya. Ada jugak yang berendam badan dalam kolam yang suhu dia lebih rendah, 35 darjah aje, macam suam-suam kuku saja lah. Aku dengan hubby rendam kaki saja malam tu sebab kami nak drive balik.
Kami drive balik dari TRAP tu dalam pukul 10.00 malam. Bila singgah kat Tapah R&R, lepas makan dan solat, terasa mengantuk. Effect dari rendaman kaki tadi lah. Aku tak over drive lepas Tapah sampai Bukit Gantang. Lepas tu dua-dua tak tahan mengantuk, kami tidur dalam kereta sekejap. Masa hubyy drive semula sampai ke Gunung Semanggol aku separuh sedar aja. Singgah situ tidur lagi. Last-last kami sampai rumah pukul 4.20 pagi. Nasib aku tak kerja dah kan hehehe. Esoknya aku sambung tidur sajalah. Cuma hubby je yang terpaksa ke ofis dalam keadaan yang keletihan. InsyaAllah kalau ada peluang aku buat training lagi kat sana tu, mungkin aku ambik extra day untuk pergi ke TRAP tu. Nak berendam semua badan, nak buat urutan supaya dapat segarkan badan.
Jangan main-main kat sini, nak rendam kaki pun tak boleh kat sini.
Telur pun boleh masak kat sini. Putih bersih bila dikupas. Bagus untuk kesihatan.
Alamak, kaki seksi sapa pulak tu ? Tempat refleksologi kaki, kolam kat belakang tu panas airnya 40-43 darjah C. Perit juga kalau tak tahan tu. Tapi kalau panas macam tu masih tak terasa panasnya, alamatnya ? ...................... lah.
9 comments:
Madam AN:
Though this is unrelated to what you wrote, I gift it to you as a gift with a wish, present it to your spouse, significant others, children, brothers and/or sisters. Let them know that you love them much. Their smiles are my reward and prayers for my loved ones.
This place of yours is a mecca for good souls, and this pilgrim is blessed to have encountered it.
Thank you, and forgive me for the trouble.
WORRY NOT MY LOVE
Love,
worry not when it rains,
close your eyes and let go your pains,
and let all tears be slain,
happiness is yours to gain,
brought down by the my midnight saint,
helping this hands that have long been waned,
tugging away your nightmares chains.
Love,
hate you not the chilling winds,
let free yourself and feel it caress your chin,
put away all the ale and the gin,
welcome it with a great wide grin,
let not your mind dance in a spin,
for the winds come with a hint,
that haven is colored with my love as the paint.
Salam Kak N.
Alhamdulillah the training went well. teringin jugak nak pi TRAP. nanti bila2 kena singgah bila balik Utara.
Saya tak ingat samada dah bagi ka dak lagi no tipon INB Resort kat Melaka utk kak N huni kalu mai tgk anak di Melaka.
INB Resort: 065533024.
demonsinme : As always I have no word for you except "thank you". I think you should compile the poems and make them an anthology or a a book or something.
Tokasid : terimakasih untuk nombor telefon INB. Nanti nak check out resort tu.
Bila balik mai Tepeng, pi lah singgah TRAP. Memang elok pun ntempat dia sebab masih dalam hutan gitu :-)
Madam AN:
Your thanks means the world for me.
And to answer you, yes, I would verymuch like to compile and making a book out of them.
But, I just don't know how or who to ask for help to do it.
Just in the mood of giving, really need a new hobby …
The day I dread the most,
is the day my sight is lost,
in which cometh all ghost,
hiding me the sight of you my rose…
The day I wish to flight,
is the day I lost my might,
in which could no longer fight,
the demons that cause you fright…
The day I hope will not come,
is the day when I lost these arms,
sadden be all me charms,
when I could hold you no more in my arms…
The day I pray is never,
is the mid of a long winter,
in which all the seeds of all the flower be made somber,
hindering my sacrifice for you my lover.
I bid you, owner of this space a prosperous day and a blessed life.
N, amboiiii!!! lama sungguh tak up-date, KY dah rindu dengan N ni.
N, kami orang Gomen pun bila nak pencen akan dihantar berkursus untuk jadi usahawan bagi yang berminat. KY ni tak tahu le, macam tak minat nak jadi usahawan, tak fikir lagi apa nak buat bila pencen nanti, mungkin buat sesuatu yang tak terikat dengan sesapa...lebih senang....:-)
menarik gak tempat tu :) bawa telur byk2 pi rebus situ je la... org dkt2 situ kalau nak kenduri senang la kan? ke ke ke
aha..AN, rajin2 lah updet...
fuyooo... jadi pakar motivasi skang nih... akak buat company sendiri ke..
demonsinme : You are welcomed. When you have the book, don't forget to acknowledge AN in the book hehehe. And send an autographed copy.
Kak Yan : Saya pun rindu dengan Kak Yan, nanti kita calling-calling boleh?
Betui lah bukan semua yang nak jadi usahawan, jadi ada yang tak dapat dimotivasikan tu hehehe.
Alinlai : Kalau rebus relur tu untuk pengantin, cepat agaknya dapat zuriat ekk... :-)
maklang : Bila rajin tu senang, bila malas tu yang susah hehehe.
cikdinz : Sikit-sikit cuba-cuba. Lagipun, bila AN motivate orang diri pun terasa teruja sama. Jadi InsyaAllah, sama-sama dapat motivasi tu. Nak kata pakar tu tak lah. Tak sampai tahap tu lagi.
Post a Comment