November 21, 2007

Perompak, Penipu Dan ..........

Ini cerita-cerita ngeri yang terjadi pada orang-orang yang terdekat dengan aku dan aku sendiri. Sampai jadi trauma jugak lah bila fikirkan perkara yang berlaku tu.
1. Kejadian pertama.
Salah seorang kawan rapat aku telah di rompak. Seminggu sebelum puasa tahun ni, awal September baru-baru ni, dia dan salah seorang anaknya telah pergi ke bank. tujuan dia nak pindahkan sedikit duit dari bank rimau ke satu bank lagi. Jarak antara ke dua-dua bank tu tak lah jauh mana. Memang walking distance. Masa nak keluarkan duit tu dia park depan bank rimau tu, selepas keluarkan duit dari kaunter, ribu-ribu jugaklah jumlahnya tu, dia naik kereta dan drive ke bank lagi satu tu. Sewaktu dia park di sebelah bank no 2 tu, tiba-tiba ada seorang lelaki datang dan pecahkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menarik handbag dia. Dia cuba jugak menarik balik, tapi selepas ditendang di pipi, terlepas jugaklah bag itu.
Trauma jugak dia pada masa tu. Tapi Alhamdulillah nyawa dia selamat. Cuma hilang wang tak hilang nyawa. Dia nampak perompak melarikan handbag dia dengan 2 biji motosikal. Maknanya ada kawan-kawan menanti. Kenyang sungguh perompak tu lepas tu.
Namun 3 hari selepas kejadian tersebut, handbag dia dijumpai oleh seorang nelayan dari Pulau Pinang. Handbag tersangkut pada pukat dia semasa dia menjala ikan. Maknanya beg itu telah dibuang ke laut selepas wang dan barang2 berharga lain seperti handfonnya diambil. Nasibnya baik kerana dia mendapat kembali mykad, lesen memandu dan bank kad yang lain.
Katanya selepas perompak itu melarikan beg dia, dia asyik membaca ayat Kursi, sambil imagine 7 ayat Kursi itu mengelilingi handbag dia. Dan dia buat sembahyang hajat dan baca Yassin jugaklah.
Di kawasan yang sama juga, seminggu selepas itu, minggu permulaan puasa tu, my hubby's colleague pun menerima nasib yang hampir serupa. Kali ini, beg tangannya di ragut semasa dia keluar dari kedai makan (bukan muslim). Habis lesap duit dia dalam RM6K.
2. Kejadian ke dua
Salah seorang kawan usahawan aku, Kak Zaini baru balik dari China. Dia ni telah menyertai expo makanan halal di Beijing baru-baru ini. Katanya, pavillion tempat expo tu 2 tingkat. Pavillion Malaysia terletak di tingkat bawah. Semasa melayan tetamu yang menggunjungi booth, Kak Zaini masukkan handbag dia ke dalam tong styrefom yang mengandingi sampel-sampel makanan dari kilang dia. Tong tu duduknya dibawah meja dan tertutup rapat. Agaknya semasa di terleka sedikit melayan pelanggan, dia mungkin telah beralih dari belakang meja tersebut dan meninggalkan tong itu tidak dijaga. Semasa itulah ada yang ambik kesempatan. Pastinya sudah ada orang yang melihat gelagat Kak Zaini masa itu agaknya. Kak Zaini hilang dalam RM10K. Menangis Kak Zaini, bila semua dokumen penting dan wang dia hilang.
Tapi Kak Zaini semasa kejadian itu merasa begitu terharu, sebab setikawan yang di tunjukkan oleh delegasi-delegasi Malaysia yang tak kira bangsa. Diorang buat kutipan derma spontan dan dapatlah Kak Zaini dalam RM900 untuk buat belanja semasa di sana. Salah seorang dari peserta Malaysia jugak offer diri dia ikut Kak Zaini buat polis report sebagai translator. Dan penganjur dari Negara China tu pun, compensate balik Kak Zaini dengan RM5K.
Esoknya, hangbag Kak Zaini dijumpai di tingkat atas pavillion tersebut. Yang ada cuma, pasport sahaja. Syukur dapat balik passport tu. Kata Kak Zaini, malam tu dia bermimpi ada seorang China yang hanya memakai seluar pendek datang berikan balik handbag dia.
Ini bukan kali pertama Kak Zaini di rompak. Di Malaysia, beberapa tahun lepas, semasa suaminya mengeluarkan duit dari sebuah bank rimau jugak, untuk bayar duit gaji pekerja, ada perompak yang mengacukan pisau semasa merompak suami Kak Zaini.
Dalam tahun ini jugak, Kak Zaini telah di tipu oleh seorang yang mengaku pegawai dari Kementerian Pelancongan telah menipu Kak Zaini dengan licik sekali. Dealing dengan pegawai ini semuanya dibuat di pejabat kerajaan, namun selepas wang bertukar tangan, tiada seorang pun kakitangan tersebut yang mengenali "pegawai" tersebut. Bila ditanya nama pegawai tersebut, ternyata "pegawai" tersebut bukanlah dari jabatan tersebut. Licik sungguh modus operandus penipu tersebut. Penipuan melibatkan sebuah kontrak usahasama untuk projek pelancongan. Duit yang di minta adalah sebagai deposit projek tersebut. Jumlahnya mencecah ratusan ribu jugaklah.
3. Kejadian ketiga
Hujung minggu lepas kami ke Shah Alam. Adalah hal sikit sambil jumpa anak-anak. Oleh kerana sebelum tu ada cuti Deepavalli, angah turun ke kampus Kak Long. Jadinya kami jumpa dia di sana bersama Kak Long. Lepas balik dari Shah Alam, semuanya selamat, harta benda pun selamat.
3 malam selepas kami balik tu, malam khamis, aku park kereta aku bersebelah dengan kereta hubby. Kereta tu betul-betul depan porch kami, dengan lampu porch yang terang. Macam biasa, selama kami 15 tahun kami tinggal di kampung ni, kami tak lah kunci gate kami tu. Cuma ditutup sahaja. Alhamdullillah tak pernah ada kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum ini.
Nak jadikan cerita awal pagi Khamis tu, hubby terbangun pada pukul 4.30 pagi, nak kencing. Masa terbangun tu dia terdengar macam hon kereta dia kejap-kejap berbunyi. Macam ada orang tertekan sekejap-sekejap gitu. Dia pun jenguk dari sliding door tu, ternampak bonnet belakang kereta dia terbuka. Aik, apahal pulak, tak kan dia terlupa nak tutup kut. Dia telah mengesyaki sesuatu dan terus menjerit, "HOI!!!" Bertempiaran lari pencuri-pencuri tersebut, keluar dari kawasan rumah kami. Katanya dia nampak 4 orang (2 dewasa dan 2 remaja). Tapi tak dapat jugak dia nak cam anak siapa. Tapi kami rasa orang-orang sini jugaklah.
Bila dia kejut aku dan, kami buat pemeriksaan rapi atas kereta-kereta kami tu, rupanya, dua-dua kena pecah. Hubby punya cermin tingkat sebelah driver, kereta aku, cermin tingkap sebelah passenger belakang pemandu. Kereta aku tak ada apa yang hilang. Agaknya tak sempat dia nak korek stereo aku tu. Dan memang tak ada apa yang berharga dalam kereta aku. Duit 1 sen banyaklah tapi tak mahu pulak diambil diorang tu.
Kereta hubby diorang tengah proses untuk keluarkan stereo. Habis panel dashboard tu terkopak dah. Tapi Alhamdulillah stereo tak dapat nak di keluarkan. Kuat amat casing dia tu. Walaupun sedikit "cacat", namun masih boleh berfungsi. Yang hilang cuma TV kecik black and white dalam kereta tu dan tyre jack yang hubby baru beli. Kami kerugian untuk repair kereta saja.
Abang Long cakap, dalam minggu itu saja, sudah banyak kereta yang dipecahkan di kawasan kampung kami ni. Polis pun kata diorang dah tangkap dah banyak kes. Tapi heran aku kenapa yang ditangkap tu di lepaskan semula. Mana diorang ni nak serik kan. Kami rasa ini kerja penagih-penagih. Yang sedih tu, kelakuan ni dari anak-anak muda kita dan dari orang-orang yang kita panggil jiran.
4. Kejadian keempat
Yang ini aku paling tak tahan. Aku mungkin masih boleh tolerate yang di atas tu, sebab aku tak kenal secara langsung dengan orang buat kerja terkutuk tu. Tapi yang ini, memang aku marah sangat.
Dua tahun lepas salah seorang anak buah aku melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya. Oleh kerana suami dia ni tak ada pekerjaan yang tetap, dia jadi salesman kereta, diorang hidup berjauhan. Isteri di utara, suami di selatan. Suami pun bila di suruh tukar ke utara ( sebab isteri tak boleh nak tukar), banyak helahnya pulak.
Raya baru ni, suami isteri ini beraya di Selatan. Kononnya bak beraya di kampung suami.Tapinya lain pulak yang jadinya. Suami ni tinggalkan isteri dia di kompleks beli belah sehingga dini hari. Dia pulak entah kemana menghillang. Handfon pun di tutup. Handbag si isteri berada di dalam kereta yang di pandu oleh suami, jadinya tak dapat isteri nak balik ke hotel. Aku pun tak tahu kenapa harus tinggal di hotel kalau dah balik beraya di kampung suami. Bukan dia tak ada mak bapak. Rupanya itu helah semata.
Selepas dah bertengkar, bertepuk tampar, baru isteri mula membuka cerita pada ibu-bapanya. Sebelum ini memang kami nampak diorang macam pasangan bahagia. Ceria sahaja, rupanya itu semua lakonan dari isteri untuk menutup keaiban perangai suami.

Rupanya, suami itu telah pun punya isteri pertama dan 2 orang anak. Yang pelik tu, semasa nak kawin dulu tu, ibu-bapa isteri ada menerima surat pengesahan dari Kadi di Selatan tu mengesahkan suami ini bujang lagi. Licik betul, jejaka tak guna ni.
Selain dari dia menipu tentang status perkahwinan dia, suami jugak sudah forge tandatangan isteri untuk apply 5 credit cards. Jadinya sekarang, nama isteri dah masuk black list sebab hutang credit card bertapuk tak bayar.
Aku pun dapat tahu, si suami jugak ada meminjam pada bapa mertuanya (ayah si isteri tertipu) wang sebanyak RM12K.
Jika aku dalam keadaan tersebut, aku mungkin dapat memaafkan atau menghalalkan wang yang ditipu dan dipinjam. Tetapi, aku tak akan dapat maafkan, permainan dia terhadap perasaan dan emosi aku. Sebagai ibu saudara pun aku tak dapat maafkan dia kerana telah melukakan hati anak buah aku.
Kalau yang lain-lain tu hanya perompak atau penipu atau pencuri, tapi si suami anak saudara aku ni adalah "Perompak, Penipu dan ......"

12 comments:

cikdinz said...

dunia semata. bertambah maju lagi bertambah teruk...

pB said...

Dunia makin canggih , tapi , manusia makin undur ke belakang

Ari said...

Forgive and forget. Those thieves will not feel anyting but the victims or witness will feel the effect or trauma for life.I've been cheated quite a few time, until today I'm still suffering from those incidents, debt collectors chasing me, court orders, etc etc.By forgive and forgets at least now I can sleep well! and what important is that they steal my money, by forgive and forget I managed to keep my life from being stolen or lost!

Ordinary Superhero said...

Ahh, dah lama tak jengok sini. Banyak cerita yang dikongsi.

Anonymous said...

http://telekungnona.blogspot.com

mama ranggie said...

mudah2an anak buah auntyn dapat bersabar...

AuntyN said...

cikdinz : Haah, dunia, dunia. Cobaann!! kan?

pb : nampak sangat kemerosotan akhlak tu kan?

En Ari : Terima kasih untuk pandangan yang berguna tu.

OSH : ye lah lama tak datang jenguk AN ni. AN pun sama gak tu hehehe. Terimakasih kerana masih ingat lagi.

anon : terimakasih.

mama rangie : InsyaAllah dia sabar dan tenang.

demonsinme said...

Madam AN:

Ntah la apa nak jadi dengan dunia skang ni. Orang buat jahat kat orang lain tanpa ada belas. Naik risau bila memikirkannya.

ANOHER gift from my latest entry, but, this time it comes with a wish - that some one could give it a good tune and make it a good song so it could be sang as a gift to all the love ones of the people who want to make it as a gift.

MORNING

I opened my eyes this morning,
I felt how fast my heart keep beating,
I know that the lights are not lying,
When it shine on your face my darling...

I hope there'll no ending,
to this beautiful sight I'm seeing,
coz I fear the yearning that is coming,
when I hear what the strings are playing...

Darling can you hear me wondering,
wheather my life has any meaning,
if open my eyes this morning,
and see that only the pillows I'm hugging...

And darling can you see me crying,
in my prayers for every evening,
hope the god forgive my sinning,
and let me wake beside you again my darling..

Coz I hate to wait for that morning,
and realise its you I'm missing,
as it would make my life have no meaning,
when you are not there to share my feelings.

Anonymous said...

mmg menakutkan la kes2 tuh semua...
saya klu nak kuar duit beribu2...saya masuk kocek jer...tp klu beribu2 lemon mmg la tak muat habis camno ek...lenkali soh kwn tuh buat bank draft jer la hehhehe ala kene bayar charge bbrp hengget jer kan...rather than hilang beribu2 tuh...tak pun buat interbank trf thro internet or atm ka...sekadar cadangan jer...

p/s saya anon yg minta resepi aym serai...dah amek resepi dr blog kitchen, tq ek...nak gi lepak kat blog resepi tuh plak hehhehe

raudhaah said...

la ni memang mcm2 ,mohon perlindungan dari Ilahi

Anonymous said...

kita hanya boleh doa minta perlindungan je AN, may Allah protect us.

-atn
p/s my sis had a major op and is recuperating very slowly

AuntyN said...

demonsinme : Thanks as always.

anon : awat tak bubuh nama, senang sikit AN nak jawab komen.

Kadang-kadang kita lalai, sebab tu yang keluarkan cash tu.

raudhah : Itu yang paling utama, perlindungan dari Ilali.

atn : Sorry about sis. Hope she is better now. Bila nak contact AN?