October 24, 2007

Update Tertunggak - Raya Tahun Ini

Tu dia, dah setengah bulan sambut raya aku baru nak update pasai raya tahun ni. Aku sibuk tau, hehehe (sapa nak percaya, orang pencen sibuk no?) Tapi, memang betul aku sibuk. Mengalahkan Pak Lah lagi you. Pak Lah ada orang dok uruskan semua kelengkapan dan persiapan dia. dia cuma tukar baju, naik kereta pergi mana2 tempat yang telah ditetapkan untuk dia kan. Aku ni (dan orang-orang yang sewaktu dengan aku ni lah) yang sibuk nak aturkan acara-acara dan persiapan semua orang kan.
Mana nak bawak anak2 pi shopping baju raya, last minit pulak tu. Mana nak prepare lauk pauk berbuka dan beraya. Mana nak siapkan rumah sebab sanak sedara nak mai beraya dan bermalam kat sini kan. Semua ni akak jugaaakkklah yang nak kena buat. Habis tu manalah tak sibuk.
Macam tahun-tahun lepas jugaklah raya aku ni. Abang Lang balik beraya kat sini, jadinya dia dan anak menantu (satu famili - anak 7 + menantu + cucu + abang lang +kak lang = 11 orang). Jadi kena siapkan 3 bilik tetamu untuk diorang. Itupun sorang dari anak dia tu tak balik sebab kena kerja kat TV9 tu, jadi kami tengok muka dia kat TV ajelah.
Baju raya anak-anak pun last minit kami bershopping. Tahun ni hubby kata suruh aku aje bawak anak-anak pergi shopping sebab dia tak nak masuk kedai pilih baju pompuan tahun ni. Tapi kata dia dia nak sponsor lah hehehe. Aku je jual mahal tak nak terima. Dah banyak dia sponsor pun jadi aku terassa bersalah nak ambik duit dia lagi. Last minit tu sebab menunggu Kak Long balik dari kampus. Malas aku nak pergi shopping berkali2. Jadinya hari khamis sebelum raya tu, kami bershopping selama 6 jam. Lenguh habis seluruh anggota aku. Dah lah aku senggugut masa tu hehehe. Hubby pulak lenguh kaki tangan sebab dia pergi pasar beli segala kelengkapan dapur untuk masak hidangan raya.
Macam biasalah lauk-pauk aku setiap tahun, rendang daging, kari daging, ayam serai lengkuas, nasi himpit, kuah kacang, ketupat pulut daun palas, lontong etc. Cuma tahun ni rendang aku tak menyengat, jadi kering semacam je lah. Last-last rendang tu jadi serunding. Puding caramel pun tak menjadi, sebab lembik kat tengah2. Agaknya terlebih air kut. Lembik-lembik pun, habis jugak 4 biji puding tu hehehe. Agaknya aku terlalu mengantuk dan penat masa buat caramel tu.
Menantu Abang Lang baru pertama kali beraya di kampung kami tahun ni. Dia tu orang Kuala Lipis (sekarang duduk kat Kuantan). Yang seronok tu dia ni memang suka makan. Kalau ada masakan kambing laju je aku tengok dia makan. Isteri dia asyik tegur dia jangan makan banyak sebabkan badan dah makin berisi, tapi dia tu jenis tak banyak mulut, tapi ringan tulang tu. Hubby yang dok encourage dia makan. Macam-macam dihidang bagi si Khairil ni. Dari iftar terakhir tu aku tengok, dia selera sekali makan kurma kambing yang hubby beli dengan kari daging aku tu. Kari tu sampai aku kena masak 2 kali masa raya tu. 1st day dah habis licin.
Malam raya kedua tu macam biasalah kami buat barbeque. Menu utama tu char koaytiew lah. InsyaAllah aku updatekan resipi kat blog resipi nanti OK. Aku dah dapat secret resipi tu hehehe. Small scale saja tahun ni. Tu pun tak lengkap sebab Abang Ngah, anak beranak, balik Taiping dari siang lagi, tak sempat nak join kami. Tu pun dah cukup ramai dah. Keluarga sebelah hubby pun tak ada yang join sebab kakak-kakak dia tak balik dari KL tahun ni. Sambil dok makan-makan tu, budak-budak main mercun dan bunga api kat belakang rumah. Enjoy tu enjoy lah tapi penat tu Allah saja yang tau. Kalau letak saja kepala, orang sini kata ghaib sampai mana pun tak tau. Since aku dah nampak anak bulan 2 hari awal dari semua orang, aku taklah kisah kalau tersasar waktu subuh tu heheheh.
Tahun ni pulak sanak sedara yang datang bertandang pulak ramai tak terhingga. Yang tak pernah datang pun tiba-tiba muncul. Sampai raya ke-4 tu aku masih ada tetamu yang datang. Jadi hari-hari kena prepare menu nak jamu diorang. Raya pertama tak apalah ada bermacam-macam. Raya kedua aku masak nasik lemak, raya ketiga goreng koaytiew dan mee. Raya ke-4 tu sebab tak prepare 2 rombongan yang datang, hubby kena beli nasi ayam 15 bungkus. Koaytiew aku cuma ada stock 1 bungkus saja. Tak cukup!!. Esoknya kami replenish stok koaytiew dan mee basah in case ada lagi sedara yang datang, tapi siapa pun tak datang. Last-last kami yang masak sendiri char koay tiew makan sendiri-sendiri.
Walaupun dah terlambat sikit update ni, tapi saja aku nak tulis untuk kenangan masa depan. Terima kasih untuk semua yang berkunjung dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun ni.
Aku pun nak jugak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN
Dari
Uncle Z
Aunty N
Kak Long
Angah
Ayin
Syia

19 comments:

cikdinz said...

raya kat umah sendiri. kira mcm kampung lah yeik...hehehe...
tapi seronok kan bila semua sedara mara balik...

selamat hari raya kak.

p/s:tgh belajar buat char kueh teow..

Count Byron said...

Selamat hari raya nana CB ucapkan, maaf zahir batin. Semoga Aunty N dan family sentiasa ceria. Semoga Aunty N dan family sentiasa berada ddlm rahmatNya

CB

AuntyN said...

cikdinz : Suasana tu kita sendiri yang create. Memang seronok bila dah ramai2 tu, setahun sekali je tu nak jumpa macam tu.

Nana CB : Selamat Hari Raya to you and Kak Tipah & Family. Semoga Nana & family berada dalam keberkatan Allah jua.

Anonymous said...

Jadi hos macam Aunty N tu memang seronok, walaupun memenatkan. Tapi lagi ramai org berkunjung ke rumah kitakan, lagi banyak keberkatan yang datang dari Allah. Semoga Aunty N & famili dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan tubuh badan, always. Selamat menyambut raya posa 6 pulak.

Anonymous said...

nasib baik saya tak jadi (actually tak dan) pi rumah AN, kalau tidak AN tentu lagi letih.

bukan sibuk apa dok spend time with my ayah and family, sat dia masak ni, sat dia masak nu. dia nak kita dok keliling dia saja, biasalah org tua kan.

-atn
p/s next time balik BM maybe Jan or Feb

AuntyN said...

u.n.c.l.e : Amiin. Terimakasih.

atn : awat tak mai? Penat memanglah penat, kalau mai pun bukan tambah penat,tapi seronok tengok orang mai tu pun boleh hilang penat. Habaq mai bila nak balik, kita try cuba bagi jumpa no?

Anonymous said...

aunty n anak sedara keje tv9 tuh yg mana satu hehehe sebok plak nak tahu ek...nnti nak resepi ayamn masak serai lengkuas ek

Alinlai said...

ni kalau pak lah baca sure jeles sebab ada lagi orang yang lebih sibuk dari dia ke ke ke.... apa2 pun penat2 macam mana pun lepas tu terasa best kan... berkat beraya ramai2

AuntyN said...

anon: Nampak sgt AN ni pelupa, actually dia keje di NTV7, setiap pagi Sabtu Ahad ada lerr muka dia. Jgn pulak pergi tanya dia "ko ni anak sedara AuntyN ye?" Pasti blurr budak tu karang hehehe. Anyway, sapa lah si anon ni yer? Kalau tak silap ada resipi tu kat blog www.kampungkitchen.blogspot.com Kalau tak ada nanti AN updatekan.InsyaAllah

Alinlai : apa pulak Pak Lah nak jeles, dia mesti kata, "aku ingat aku sibuk, ada lagi yg lebih sibuk rupanya" Hehehe. Betul lah seronok beraya beramai2 ni.

Ari said...

Susah betoi nak letak comment kat site AN, tapi hari ni boleh pulak.Nak wish hari raya..Chap goh Mei pun dah lepas..Tak pa lah bergembira lah dengan cuti panjang anda..!

AuntyN said...

En Ari : Apasal pulak susah, AN senang senang je masuk ni hehehe. Terimakasih atas ucapan itu. Next one is Happy Deepavali lah yang akan menjelang tu.

atiza said...

Selamat Hari Raya Aunty N...mai KL, jemputla datang rumah no!

AuntyN said...

Atiza : Terimakasih. Selamat hari Raya to you and family too. Lama tak jumpa nuuuu.

Ewok said...

selamat hari raya Kak N

Hanafi Mohd Noor said...

Sedap dengar akak bercerita.
www.hanafionline.com

Unknown said...

Akak,
Sedap cerita. Lebih2 lagi char kuaytiew tu. Hehe.

AuntyN said...

ewok : Raya dah habis,hehehe. Anyway, sama2lah ye.

hanafi : thank you for visiting.

akmal : nak resipi charkoaytiew pi lah blog resipi AN. Cuba buat sendiri. Kang ada yang nak ambik buat menantu hehehe.

Rasanya tak padan akmal, panggil AuntyN kakak, umur sebaya dengan anak AN ni.

amnizam said...

sibuk sungguh makcik ni....lajunye cerita...meriah juga raya barubaruni ye

AuntyN said...

azamkdh : Terimakasih datang berkunjung :-). Kalau suruh berceloteh memanglah AN ni laju benar hehehe.