October 07, 2008

Cerita Raya 1429H

Mula-mula sekali aku nak mintak maaf pada sapa-sapa yang datang rumah tapi tak jumpa, yang nak datang rumah tapi tak berani sebab tengok ramai sangat kat rumah aku atau sebab aku tak balas sms diorang yang tanya aku ada kat rumah ke tak. Ataupun yang telefon tapi aku tak angkat sebab tak dengar, bila dah tengok miss call tu dah larut malam dah, masa dah lalok gitu.
Semua sms yang dihantar wish aku selamat hari raya pun aku tak sempat nak balas. Nanti esok atau lusa aku balas jugak lah, kan raya tu sebulan jugak macam puasa jugak.
Tahun ni, macam biasa ramai yang berkunjung ke rumah aku. Tak putus-putus orang datang selama 3 hari raya pertama tu. Kawan-kawan aku dari zaman sekolah yang sudah puluhan tahun tak datang rumah aku pun datang. PS yang dulu kerja dengan aku, sekarang dia kerja kat KL macam selalu dia datang dengan adik dia. Sekarang ni setahun sekali saja kami dapat jumpa dan bersembang "of the good old days", gossip sikit itu ini. Seronok jugak dengar cerita kerja dia, one one hand aku rasa aku miss jugak masa kerja, stress kerja tu, on the other hand aku rasa syukur jugakj aku dah tak payah dok sakit kepala riau pasal kerja. Sekarang ni perlu risau pasal rumah tangga saja kan..
Kami tahun ni tukar style sikit. 2 tahun dahulu tu kami buat BBQ raya pada malam raya pertama. Tapi tahun ni, kami buat open house pada raya ke-3. Sebabnya, Abang Lang tahun ni balik kampung selepas solat raya dan menziarahi kubur Nora, arwah anak dia. Dia terus ke rumah mak mertua dia dulu. Raya ke-2 baru dia datang ke rumah aku. Lepas tu anak-anak aku ada nak ajak kawan-kawan datang beraya di rumah, kalau tak raya pertama tu hari lain pun tak apa kata diorang, jadi aku syorkan raya ke-3 sajalah. Sepupu-sepupu aku (anak-anak, menantu, cucu-cucu kakak, abang dan adik mak aku ) pun cakap nak datang raya ke-3. Jadi dah lah raya pertama pun orang ramai yang datang, raya ke-3, lagilah ramai. Dari lepas Jumaat tu sampai ke malam.
Tahun ni pun menu pun ada sedikit perubahan. Raya pertama selain dari yang biasa-biasa tu, iaitu rendang ketupat, lontong, ayam serai lengkuas, kuah kacang tu, kami masak laksa penang. Aku suruh adik aku S datang buat kuah laksa di petang akhir Ramadhan tu. Tapi semua persiapan aku dah sediakan. Dia memang selalu buat laksa kat rumah dia. Anak-anak aku pun mula tu tak confident dengan kebolehan mak dia nak masak laksa. Siap tanya "mama reti ka buat kuah laksa?" Amboi, depa ingat mama depa tak reti nak buat kuah laksa no.. Mana tak nya, depa bukan pernah tengok aku buat kuah laksa kat rumah ni. Aku pernah sekali sahaja masak laksa kat rumah ni. Itu tak bererti aku tak tahu nak masak kuah laksa. Sebab aku tak masak kuah laksa kat rumah ialah sebab selalu tu asyik beli sebungkus 2 bila nak makan. Walaupun terlebih pedas kuah yang adik aku buat hari tu ( siap aku kena tambah 2 periuk air, asam dan garam untuk mengurangkan kepedasan kuah tu). Laksa beras aku beli kat pasar 10 kg, hampir habis semua laksa yang aaku beli tu. Jadi tahun depan menu ini agaknya akan di kekalkan InsyaAllah kalau ada rezeki dan umur panjang.
Raya ke-2, walaupun kurang sedikit yang datang tapi ada jugak yang datang, kebanyakan sedara-mara yang nak melawat mak aku. Bila dah petang sikit aku dan hubby pun ambik kesempatan rehatkan badan kat atas sofa kat depan. Tak sedar ada orang datang dan tinggalkan nota kat situ. Hari ni baru aku ternampak nota tu. Maaf ye Atenah. Apasal tak ketuk pintu tu, AN ada kat depan pintu tu je masa tu rasanya. Tak pun, pusing rumah tu, sure ada yang nampak korang datang tu.
Raya ke-3 memang havoc. Lepas solat Jumaat tu, rumah kami macam kena serbu. Mula dari kawan-kawan anak-anak, sedara mara, kawan-kawan adik beradik aku, kawan-kawan anak sedara pun datang. Sepupu-sepapat yang tak pernah datang pun muncul. Kawan baik mak aku pun datang dengan anak dan menantu dia. Janda adik aku dengan mak serta adik beradik dia pun datang. Diorang datang dengan baik, aku sambut dengan baik. Sampai malam baru reda.
Mula tu aku masak nasi minyak 2 periuk saja, bila dah ramai tetamu yang datang, aku tengok dah habis 1 periuk, yang seperiuk lagi pun dah tinggal setengah, aku kena masak 1 periuk lagi. Lauk ayam, raya ke-2 aku masak sekali lagi, bila dah tengok dah tinggal sikit, aku pun masak lagi se-kuali. Rencah-rencah memang dah ada semuanya, tinggal nak tumiskan sajalah. Sempatlah jugak masak ayam tu, rasanya sedap ke tak tu, aku tak tahu lah dah. Memang kami dah plan suruh adik D untuk goreng char koawteaw. Seawal pukul 3 petang dah dia mula menggoreng. Hingga ke malam tu 100 biji telur habis, maknanya 100 pingganlah yang digoreng tu. Aku makan 1 pinggan saja, hubby pun macam tu. Tapi, ada jugak yang aku tengok 2,3 pinggan yang diorang makan tu. Kena beratur jugak lah dok tunggu charkoawteaw tu.
Tahun ni rasanya, kelam kabut sedikit. Tak berapa kemas perancangan tu. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan murah rezeki aku dan hubby dah plan nak buat macam mana, supaya kami tak kelam kabut dan kepenatan macam tahun ni. Imagine, punyalah penat, kaki hubby sampai bengkak, badan kami tu dah tak payah cakaplah sakit-sakit tu. Sampai aku rasa jari-jemari aku pun dah nak lucut dari tangan aku. Yang paling aku kesian, hubby akulah, bukan setakat sakit tubuh badan, kocek pun sakit jugak. Sebab dia yang menanggung semua perbelanjaan, walhal yang dijamu tu kebanyakkannya sedara mara aku. Aku tak dapat nak menyumbang sangat 2 tahun kebelakangan ini. Aku cuma dapat doakan rezeki kami dimurahkan lagi supaya kami dapat mengekalkan tradisi kami meraikan tetamu di tahun-tahun yang mendatang.
Sekali lagi kepada semua aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATHIN
Puasa 6 belum buat lagi ni. Mungkin Khamis ni nak start. Aku ada banyak hari jugak nak Qada' ni gayanya tahun ini.

5 comments:

Madam Tai Tai Again said...

Hi Normah,

Selamat Hari Raya again. Wah..sungguh meriah tiga-tiga hari raya you tu. I'm amazed at the amount of food you had to cook. If that was me, I'm sure I would have to be admitted to the hospital lepas raya ke-tiga tu!

Anonymous said...

Aunty N,
Entry ni pjg bangat tp takpe sbb sy suker... he he he...

Seronok kan kalau ramai org yg dtg bertandang ke rumah, walaupun penat tp puas, betul tak?

Next year ingat nak minta alamat lah... boleh tak?

Ezza Aziz said...

salam AN
sebelum saya post entry pasal spaghetti tu,saya dah ronda ronda kat blog masak u,tapi tak jumpa..tapi I dah terpikat kat ayam lengkuas serai you tu...tak lama lagi nak menerai la..
Sebenar nya kak Salma Beach /Mutiara yang bagi url you ni..dia saya kenal dah lama..sangat baik dan merendah diri...sayang sangat kat dia ni..dia ni kalau boleh semua kengkawan dia nak di kenal kan kat saya tapi saya malu laa...sebab semua bloggers kat sini belajar tinggi tinggi dan ada karrier yang bagus pulak. Saya ni apa yang ada,setakat sekolah menengah jer..hehehe..ok AN saya nak start masak ni,spaggeti lidah melayu dan nasi lemak sambal tumis udang!!!! See ya!

atiza said...

Kak N...selamat mengganti pose...

AuntyN said...

Gina,

It takes practise lah Gina. I have been doing that since my Mom-in-law was still alive. Dulu siap kena masak kat rumah bawak pergi rumah mother in law lagi menjamu anak menantu dia makan. Sekarang ni kena pulak keep the standard sebab sedara mara dah ter"suka" masakan I, hehehe, *angkat bakul sendirilah ni*

ahni

Nanti email AN untuk alamat ye. InsyaAllah tahunn depan kalau ada rezeki lebih, akan lebih meriah. Setiap tahun ada je tambahan orang yang tak pernah datang rumah menjelma tu. Tapi kena tahan lah "traffic jam" kat rumah AN ni hehehe.

ezza,

I ni orang pencen je lah. Apa yang nak di malukan, Silalah selalu bertandang.

Memang resipi Spaggetti tu AN tak postkan kat dalam blog resipi sebab, macam tak original. Maybe AN akan masukkan jugaklah, my version of Spaghetti ala Melayu tu hehehe.

atiza

Terimakasih.