Satu acara yang dia suka sangat ialah bersolat sujud sajadah. Solat ni nak buat sendiri pun boleh cuma kena lah tahu surah yang ada ayat As-Sajjadah tu. Actually solat ini, ialah solat subuh di pagi Jumaat, solat subuh macam solat biasa, cuma surah yang dibaca selepas surah Al-Fatihah ialah surah As-Sajjasdah. Bila sampai kepada ayat yang mengsunatkan kita sujud, kita turun sujud dulu sambil baca doa dalam sujud tu. Aku pun dah lupa doanya. Lepas tu bangun semula sambung habiskan ayat kemudain baru ruku' dan sambung solat sehingga akhir solat subuh tu. Kalau buat secara berjemaah tu senang lah sebab kita ikut je bila masa nak sujud dan seterusnya.
Ada dua rumah yang mak selalu akan ajak aku pergi solat ni. Rumah tok guru Man Nahu dan rumah Pak Long Man. Tok Guru Man Nahu tu dia mengajar kitab, adalah hari-harinya yang mak akan tumpang aku semasa aku nak ke ofis untuk pergi mengaji. Pasal apa orang panggil dia Man Nahu aku tak pasti, nak kata nahu bahasa melayu atau bahasa arab pun aku tak boleh cerita. Anak dia ada sorang yang dulunya sama satu kelas dengan aku masa aku sekolah rendah. Nama dia tu Kasim. Kira-kira rumah Tok Guru ni first choice lah kalau nak solat tu. Rumah Pak Long Man tu hanya kalau Tok Guru sakit atau tak ada rumah dan selepas dia meninggal dunia.
Yang paling aku tak boleh lupa masa aku bawak mak pi solat tu, ialah pada satu pagi yang lembab. Malam sebelumnya hujan lebat. Pagi tu masih renyai-renyai hujan. Jadinya tanah memang basah dan berlumpur. Pagi tu, kereta aku ada kat bengkel sebab entah apa sebab, jadi aku drive pick-up truck Daihatsu untuk pergi solat dengan mak. Nak seribu daya kan, aku punya prinsip ialah, aku nak buat ibadah, apa nak malu. Jadi Pick-up truck, pun pick-up truck lah. Lagipun masa tu subuh, selasai solat tu, keaddan sekeliling masih samar-samar, sapa nak nampak aku bawak pick-up pun.
Masa pergi, tak ada masalah, senang saja aku jalan atas papan tu. Masa nak keluar tu, mungkin papan pun dah tak elok kedudukannya, tayar pick-up dah "terpeleot" hehehe, tergelincir lah tu dari papan tu. Maka masuk paritlah tayar tu, makin di tekan minyak makin dalam jadinya tayat tu masuk ke dalam lumpur. Habis tu nak buat macam mana, nak suruh mak drive, sementara aku cuba lepaskan tayar tu dari lumpur, mak mana tahu drive. Jadi aku terpaksa ajar mak macam mana nak buat. dia letak kan papan kat bawah roda dah aku akan undurkan truck tu. Nasib lah mak masa tu kuat lagi, boleh lah dia ikut arahan aku tu. Tapinya berlumpur jugak kami anak beranak terutamanya mak lepas aku dah berjaya lepaskan tayar dari lumpur tanah merah tu.
13 comments:
Ini baru dia betul semangat nak pi tuntut ilmu. Kita kena ada sifat 'nothing-can-stop-me' attitude. Baru best. Ini kalau setakat ustaz datang rumah tak macho lah. Lebih baik kita cari ustaz, baru ada berkat. Lagi susah lagi best, nanti kat akhirat kita boleh cakap besaq sikit cakap kat malaikat 'hello brader, aku masa kat dunia dulu walau susah pun aku pi mengaji kitab. Mungkin aku tak ingat apa yang aku belajaq sebab maklumlah aku ni bukan nyer cerdik sangat, tapi aku tak pernah tinggal pi belajaq. Pick up daihatsu lekat pun akau tak peduli. Hang tak percaya yang pi tanya telekung tu'.
Tudia, ni baru jawapan.
Ma'am, I salute you. Tak banyak orang yang mempunyai semangat kental nak pi belajar kitab. Biasanya depan suka pi dengan group yang hi-profile, ustaz mai rumah atau office, ada aircond dan setengah tu ada hi-tea. Macam ni tak rugged lah.
he he
Bergen,
Amboi, semangat no cakap utagha tu. Dok praktis ka? Bila nak mai belah sini ni? Habaq sat kat AN? Mana tau kut-kut boleh sedia bunga mangaq ka apa ka?
Semangat tu mai dari mak. Kalau dia tak usaha, dia tak ajak, entah2sampai la ni pun tak dok macam tu jugak la.
Tulah, dok practise ni. Mana tau, tup tup boleh masuk main boria. Ingat nak pi jengok2 dia tapi ayaq bah kuat la ni. Ayaq bah ni lagi bahaya dari lautan api he he.
Salam Kak N,
Sempat lagi ucap Selamat Hari Raya naa.
Seronok baca cerita-cerita lama Kak N.
Laa ni Pak Kassim dok tang mana ? Saja nak tanya naaa.
Pickup Daihatsu tuu macamana. Tak boleh nak ingat punn.
:-)
Kak N,
Sorry lama tak dtg singgah, been busy with work.... opsss sorri I lied, singgah ada tapi tak baca ajer...
ANyway, i was just wondering how come there were no men masa u n ur mak pi rumah tok guru nak pi solat? No menly men to help u ladies out? Tapi ada Kassim who was not helpful at all pulak yer...
So ur history and cars goes back a long way jugak yer Kak N (teringat I peristiwa u stuck on the bridge, if I remember correctly)
Cerita lah apa activity u sekarang?
Aida
Hi Normah,
Hope you are well. Dah lama tak ada new posting. Take care, ok.
Gina
Salam Aunty N,
Pekabo? Ni MM, really miss u la aunty N. Lama sangat saya hilang kan... hope to get in touch with u again and to read ur story ..
MM
Salam Aunty N,
Pekabo? Ni MM, really miss u la aunty N. Lama sangat saya hilang kan... hope to get in touch with u again and to read ur story ..
MM
Salam you all.
Sorry for not posting new entry.
Thanks for coming bye.
salam AN,
Raya Cina ni tak tau lagi balik ke dak.
ATN
Salam AN
Rindu sangat your new posting....
Where are u now dan apa khabor?
Salam AN
Rindu sangat your new posting....
Where are u now dan apa khabor?
hahahah...
tingat pulak kat my m0m...
kami p0n ada gak pengalaman camtu zaman muda2 dulu... ;")
Post a Comment