July 02, 2007

Bulan Jun

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk bulan Julai. Dah habis dah setengah tahun 2007. Cepat sangat masa berlalu. Banyak peristiwa yang aku lalui dalam bulan Jun.

Awal-awal bulan Jun tu, first Saturday tu semua orang cuti. Cuti menyambut official birthday untuk yang di Pertuan Agong. Aku pun tumpang megah sekaki sebab hari tu pun birthday aku jugak. Memanglah tak layak nak jadi Agong atau Permaisuri Agong pun, takut tak tahan daulat lah pulak. Anyway, at least semua orang cuti on my birthday tu kan hehehehe..... bila lagi nak perasan kan?

Lepas tu, on the following weekend pulak kami ke Melaka, menghantar Angah masuk MMU Melaka. At the same time aku pergi observe training yang di conduct oleh satu Training & Consulting company. Sempat lah jumpa Amylea dengan Dr Love dari AF3 tu. Kecik molek je diorang berdua tu. At the same time, macam family holiday jugaklah, since it was our first time pergi Melaka the whole family tu.

Dah siap hantar Angah, settle tempat duduk dia semua, kami balik semula ke Penang. Minggu berikutnya, Kak Long pulak masuk semula ke kampus. Berantar Kak Long pulak lah ke Cyberjaya. Penuh kereta masa tu sebab ada 2 orang anak sedara aku yang jugak belajar di MMU Cyberjaya dan adik aku Shah pun tumpang jugak nak ke Shah Alam. Sarat barang2 anak-anak dara 3 orang tu yang nak dibawa balik ke kampus. Sebab, kali ini adalah pembukaan semester baru tahun pengajian baru bagi mereka. Ayin tak ikut kerana ada khemah anjuran sekolah dia yang dia tak boleh nak ponteng.

Lepas dah settle pendaftaran Kak Long dan anak-anak sedara kami tu, barang pun dah masukkan dalam bilik masing2, kami semua bertolak ke Melaka sekali lagi. Minggu sebelum tu kami dah cuba nak booking tempat tinggal yang sama masa kami pergi tu, Kat Air Keroh sebab, tak nak jauh sangat dengan Bukit Beruang tu. Tapi chalet tu penuh sebab ada event Puteri UMNO pulak. Beberapa hotel dan apartment yang kami singgah pun macam tu jugak, penuh saja. Jadinya aku terpaksa cari dari internet dan dapatlah service apartment yang kat Banda Hilir sana tu. Jauh lah sikit tapi convinient jugak sebab dekat dengan town. Rupanya kalau nak ke Melaka tu kena buat booking 2,3 minggu awalnya sebab selalu aje penuh untuk weekends. Buat duit sungguh hotel2 kat Melaka tu ye. Aku dok tercanggak-cangak jugak kut-kut nampak kelibat tokasid di Jebatland tu tapi tak nampak pun. Mana nak nampak, aku kenal rupa dia pun tidak, hehehe.

Jadinya kami sekarang kat rumah ni dah tinggal berlima (dari dulunya 7). Sunyi jugaklah, tapi si Syia dengan Ayin tu asyik dok bertelagah, bising dengan diorang lah. At least ada juagk bising nya.

Dalam bulan Jun jugak, aku dah mula submit application untuk set-up a company. Nak cuba-cuba cari contract kecik-kecik, cuci bangunan ke, mesin rumput ke, supply barang-barang ke, gitu2 lah. Kecik-kecik aje for the start. At the same time aku juga nak cuba buat training untuk the consulting company yang aku pergi observe tu. Kalau ada rezeki tu insyaAllah berhasil. Buat kerja sikit-sikit lah supaya skill dan pengalaman aku tu tak hilang begitu saja. To put up to good use gitu. Nak set up my own brand of training and consultancy tu for the time being maybe is not a viable choice sebab orang tak kenal aku dan aku tak ada credibility. Jadinya aku nak jadi affiliate to that company dulu untuk aku menimba ilmu dan membina nama. Kalau rasa cukup dengan cara begitu, biar ajelah macam tu kan. Diorang pun dah 12 tahun dalam industri ni dan nama pun dah femes. Mana nak sama dengan aku ni kan. Jadi kalau boleh aku menempek sikit kat diorang tu, kut-kut tercalit sikit "bau wangi" tu kan. Macam hadis nabi tu "kalau kita bergaul dengan tukang membuat minyak wangi, insyaAllah terpalit sikit bau-bauan wangi tu pada kita".

Ni baru je nak mula, aku tengah dok prepare training notes ni. Susah jugak actually. rasa sikit sangat ilmu yang aku ada walaupun aku dah pernah bekerja selama 22 tahun. Ironinya jugak, masa aku ditawarkan kursus pengajian Sains Pendidikan di USM tu aku tukar kursus masuk Sains. Sekarang ni dah terhegeh-hegeh nak jadi trainer pulak. Tapi mana nak sama jadi cikgu dengan jadi trainer kan? Cikgu mendidik anak-anak dari kecik sampai dewas, trainer ni mengajar orang dewasa yang sudah punya persepsi sendiri. Lain padang dan belalng nya tu.

Apa-apapun, rasa aku, pening kepala aku baru je bermula sebenarnya. Nak kena berusaha keras (3x more than before) to make things work. InsyaAllah. Usaha, Doa dan Tawakal akan menjadi bekalan aku dalam perjalanan ini.

19 comments:

Anonymous said...

Welcome back Kak N... dah lama dok teringin nak baca blog Kak N, hari ni bukak dah ada pun. Best makan angin ke Melaka... dah lama cm tak ke Melaka.

Semoga Kak N berjaya dgn perancangan yg dah diatur.

AuntyN said...

cm : terimakasih kerana sudi jenguk AN.

tokasid said...

Salam kak AN:

Laa awat tak bagitau anak masuk MMU Melaka? Memang Melaka kalu weekend selalu hotel penuh. banyak orang mai.banyak juga org Spore mai.

nanti saya e-mail nomot hp kat kak An.Lain kali kalu nak mai boleh bagi tau na..

Satu tempat penginapan yg senang kepunyaan Bumi ialah INB resort. Lepas bayar tol kat tok A Keroh, the first simpang masuk kiri( 50 m dari tol)ie jalan ke Durian Tunggal( ie where my practice is-5 minit dari tol). Depa buat chalet siap ada swimming pool. Ada kedai makan sebelah pintu masuk depa,makanan sedap. Nanti saya cari nomot tipon depa.

Elok juga kak AN buka company to do Trainings and small contract jobs. Cuma contract jobs ni nak kena compete dgn budak2 Pemuda yg ada kelas F la..

Good luck.

AuntyN said...

tokasid : tolong email no. Dah ada anak sana, InsyaAllah selalu pi sana tu. Terimakasih.

Mama Rock said...

welcome back auntyn..hopefully your efforts tu berjaya, insyaAllah

Kak Elle said...

good luck semoga apa yg usahakan akan berjaya insya'allah.

AuntieYan said...

N...harap belum terlambat lagi...Happy Belated B.day To You.Semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki.

Insyaallah akan berjaya juga ...:-)

AuntyN said...

mamarock :thanks for stopping by.

kak elle : thanks for the doa. Kalau menjadi kita pergi holiday kat Spore tau hehehe.

Kak Yan : Terimakasih. Hari tu Kak Yan dah wish dah pun. Doa tu yang amat penting. Rindu lah dengan Kak Yan ni :-)

Ordinary Superhero said...

Yeay, dah ada update!. Lama jugak tak jenguk kt sini. Good luck to your new ventures.

demonsinme said...

Madam Aunty N:

Bagi saya, takde beza jadi cikgu ngan pelatih, bottomlinenya dua-dua menyampaikan ilmu dan itu menjadikannya satu perkara yang teramat mulia apatah lagi ilmu itu digunakan untuk kebaikan. Berkatnya, Insyallah akan berpanjangan.
Another unwanted-after-leaving-a lousy comment gift for you.

The Signs We Make

Stick up and split your index and middle finger,
and put them straight on their face,
don't you be amuse or wonder,
how it'll trigger a smile and even a pink lace,

now,

put down either one of those finger,
and point it straight at their face,
and prepare to run faster than a swelled river,
to save your self from what would come after.


Then,

Stop running and try opening up your arms,
add a little bit smile as a charm,
you'll see that they'd become calm,
and even offer you some ale as alms,

or,

Stop running and put up your fists,
add a little bit of hiss as a twist,
stand your ground like a dying priest,
and don't forget to be gratefull for all God's bliss.

Then after,

Remind me back which one you are,
the chaser or the one being chased so far,
for both makes no different seing from a moving car,
all the same in man's mad war.

Anonymous said...

sure boleh punya!

tenah:)

OOD said...

ayat atenah ada bertalun,

sure boleh punya!
sure boleh punya!
sure boleh punya!

cikdinz said...

ihihihhh.... tahniah lah anak masuk MMU.
lama dah tak baca kesah auntyn...

AuntyN said...

OSH : Thanks for coming by and the dua.

demonsinme : As Always I am Lost for words. Thanks.

tenah & OOD : Ada pantullan nampaknya. INSYAALLAH, SURE BOLEH PUNYA!! How's that for the echo? hehehe. Tapi kita bertatih dulu sebelum berjalan no?

cikdinz : thanks

demonsinme said...

Madam AuntyN:

Forgive me in advance for flooding your comment section with my words. This poem I wrote, are the summary of a question that have lingered in my head for quit some time. I really need to find an answer, at least one that would satisfy me for a short while.

If you don't mind, do share with your insight. I ask of this as it is my believe that you and others that ask are among the best enlughtened minds that I have ever had the chance to encounter.

I understand if u don't and wish thus deleting it.

I thank you in advance.

WHY AM I DEAD?

Hey mister,
why so somber?
the world is full with colour,
live up enjoy the splendour.

It's because I'm dead.

No mister you can't be dead,
your face id still red,
look, even that wound still bled,
and you look like a man well fed.

Really, I died.

Mister, why do you lie,
I can tell from from eyes,
I know you have just cry,
how could you say you have died?

Boy here's why,

Could you feel that the air is so dry,
and the soil beneath your covered with sly,
and both fought seeking to be beautified,
by seeping the river's blood dry,
there's no more space for me forehead to shy.

Besides, I have nothing to sing.

no, not even one of 'em shining things,
and me belly is no larger than a string,
you know 'em bitches love those shiny shiny things,
on the head and the bellies of a dying king.

Yup, you're dead.
and I better fled,
being with you is most definately bad,.

Hey, I did told you am dead.

Bergen said...

There's a frachise training outfit, I think it's Action Coach. You may wanna check it out. Of course I'm clueless about the kinda business this is.

demonsinme said...

Madam AN:

No comments, just a gift for you to give to your loved ones.

DARLING

Neither diamonds nor golden rings,
even crowns of a king,
or the breasts of queen,
shall mend this lonely sting,
if you whom my heart sing,
hid like the moon in morning,
and shy like the sun in the evening,
leaving me forever yearning,
for the kiss from the one I call darling.

IBU said...

Lama menyepi AuntyN. Glad to see you bouncing on screen again.

All the best in your new venture.

Take care!

AuntyN said...

Demonsine, bergen and ibu : Thank you. Sorry lambat jawab komen ye.