September 25, 2007

Ramadhan Ini

seperti ibu-bapa yang lain semestinya kami merasa suka bila semua anak-anak dapat berkumpul bersama-sama berpuasa, bersahur dan berbuka bersama. Kak Long dan Angah balik sekejap untuk berpuasa di rumah. Diorang sekarang tengah exam break. Kuliah dah habis hanya menunggu nak exam dalam seminggu dua ini saja. Cuti diorang bermula just a few days before raya.

Namun, dalam keadaan aku yang suka, seluruh Malaysia digembarkan oleh cerita ngeri adik Nurin. Aku tak dapat nak bayangkan pastinya kehibaan keluarga adik yang comel yang telah diragut nyawanya dalam keaddan yang begitu trajis. Aku juga seorang ibu kepada 4 orang anak gadis. Peristiwa malang adik Nurin akan menghantui semua ibu bapa terutama yang mempunyai anak-anak perempuan.

Sejak dari peristiwa itu aku dah jadi macam sedikit fobia. Setiap pagi aku akan tunggu van yang akan membawa Syia ke sekolah. Syia keluar seawal 6.30 pagi. Subuh pun belum berakhir. Gelap lagi masa tu. Walaupun dia hanya menunggu depan rumah aku saja, tapi aku terasa takut, terjadinya kejadian yang tidak mengizinkan. Begitu juga Ayin yang terpaksa berjalan lebih kurang 300m ke perhentian bas akan ku tengok sehingga dia sampai ke tempat bas. Hati jadi tak senang selagi mereka tak pulang. Walaupun aku ni tinggal di kampung yang tak pernah lagi dipalit oleh kejadian sehitam itu. Tapi aku tetap merasa fobia. Aku rasa semua ibubapa yang tinggal di bandar-bandar akan lebih merasa fobia seperti ini.

Apa yang aku tak faham, siapakah manusia yang berperangai binatang yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu?. Kalau dia lelaki, tidak kah dia ada sedara perempuan, pasti dia ada ibu, jika dia tidak punya isteri, kakak, adik perempuan atau anak perempuan. Tidak kah terdetik dihati dia yang disakiti itu adalah kaum sejenis ibunya? Yang jika tidak diperlakukan sebegitu rupa mungkan akan membesar menjadi ibu soleh. Tidak kah dia terfikir yang anak itu itu tidak tahu apa-apa. Terlalu innocent, bukan untuk disiksa dan disakiti tetapi disayangi.

Jika perlaku itu seorang perempuan. Aku tidak tahu apa yang terbenak dihatinya, Bagaimana seorang perempuan yang secara naturalnya mempunyai sifat keibuan, boleh menjadi begitu kejam. Pastinya perhitungan diri didorong syaitan laknatullah.

Ingin sekali aku melihat wajah-wajah mereka itu. Sesungguhnya jika mereka tidak mendapat keadilan di dunia ini, hanya Allah yang dapat memberi pengadilan yang setimpal kepada mereka.

Alfatehah untuk adik Nurin yang comel itu. Semoga tiada lagi ibu-bapa yang akan meratapi anak-anak mereka yang diperlaku sebegini rupa.

September 13, 2007

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni dah bermula lah kita Muslimin dan Muslimat berpuasa. So aku pun nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan ramadhan kepada semua. Tapi jangan sambut je Ok? Hayati kehadhiran ramadhan tahun bagaikan ianya yang terakhir bagi kita. Ramadhan tahun depan belum tentu kita dapat menemuinya lagi. Pasang niat untuk dapatkan Lailatul-Qadar dari awal, InsyaAllah kita dapat menemuinya.
Aku bukanlah nak mengajar semua orang pasal menghayati ramadhan sebab tentu semua orang sudah tahu. Sekadar mengingatkan diri sendiri yang terlalu banyak laraku di hari-hari yang lalu. Kalau aku dapat menebusnya kembali, aku akan cuba bermula di ramadhan ini.
Aku ni sebenarnya dah beberapa hari sakit mata. Kat utara ni macam wabak pulak sakit mata ni. Dua bulan lepas cousin aku sakit mata, walau aku ada jumpa dia tapi tak lah terjangkit. Tapi Jumaat lepas Syia balik dari sekolah dengan mata yang bertaik dan merah. Aku tak tahu pun yang kat sekolah dia ada orang yang sakit mata. Jadinya, terjangkit kat dia. Lepas dah bawak dia ke klinik, hari sabtu aku pulak terasa mata sakit dan bengkak. Jadinya kami 3 beranak, Syia, aku dan ayin dah terjangkit sakit mata. Cuma Hubby dan maktok saja yang pada waktu ni Alhamdulillah selamat.
Sepatutnya pada hari ahad tu aku ikut adik S dan mak pergi mengurut. Aku dah pergi sekali minggu sebelum tu, tapi dah sakit mata tak kan nak pergijugak. Tak nak lah aku menjadi pembawa penyakit tu masuk rumah tukang urut tu pulak. Jadinya lepas raya nanti barulah dapat aku mengurut kembali. Sedap jugak mengurut tu. Kendur sikit urat-urat aku. Kata tukang urut tu, tegang sungguh urat-urat aku masa dia urut tu. Mana tak nya, dah bertahun dah aku tak mengurut. Masa aku jatuh tahun lepas pun aku tak pergi mengurut. Ni dah semua urat masuk angin, asyik terasa lenguh-lenguh terutama masa sejuk-sejuk. Dah lah tu aku ni bukan kaki pantang, semua benda aku belasah, mana nak ingat masa nak sakit. Jadinya, masuk angin urat-urat tu semuanya.
Apa ke bendalah aku ni melalut, dari cerita ramadhan ke sakit mata ke mengurut. Almaklumlah, orang pencen yang tak ada cerita menarik, tentulah asyik nak melalut je kan. Anyway,
Untuk Semua Muslimin Muslimat dimana jua anda berada,
SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN AL-MUBARAK

September 03, 2007

Happy Merdeka Malaysia

Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada negara dan rakyat Malaysia. Kita baru lagi menyambutnya 3 hari lepas. Dan selalunya celebrationnya sehingga 15 Sept.
Aku anak merdeka, lahir 1 tahun selepas kemerdekaan. Jadi aku tak tahu perit jerih orang-orang dulu memperjuangkan kemerdekaan. Cuma cerita-cerita silap tantang susah payah di zaman penjajah terutamanya zaman Jepun memerintah aku dengar dari ayah dan mak. Arwah Ayah pernah menyanyikan lagu Jepun untuk cucu-cucu dia. Dia dan abangnya Pak Char H pernah bekerja dengan keretapi masa zaman Jepun dulu tu, sebab tu dia pandai menyanyi lagu Jepun.
Bila dah mencapai kemerdekaan sehingga kini, aku hanya ingat masa kecoh perkauman pada bulan Mei 1969. Aku ingat sebab aku tak dapat pergi sekolah, risau pun ada, marah pun ada, tetapi aku terlalu muda untuk mengerti mengapa terjadinya kekecohan itu. Lagipun aku duduk di kampung yang almost 100% Melayu, jadinya tak terasa sangat bahang perkauman tu di kampung kami. Keluarga-keluarga Cina yang menetap di kampung ni pun dulu tu merasa selamat, sebab orang kampung sikit pun tak kacau diorang masa tu. Namun ada jugaklah yang kami dengar peristiwa berdarah yang berlaku di bahagian Pulau Pinang. Sebabnya kaum keluarga sebelah mak masa tu ramai tinggal di sebelah Pulau. Tapi Alhamdulillah, tiada siapa pun diantara sanak saudara kami yang terlibat dengan peristiwa itu.
Kini kita dah 50 tahun merdeka. Dah senang banyak dah kita ni. Macam-macam ada. Yang merisaukan tu, bukan saja kemajuan yang kita kecapi tapi yang negatif pun sama naik jugak. Tak payah cakaplah kan apa benda yang negatif tu. Kita cuma kena ambil iktibar aja lah.
Pada aku, yang perlu bagi kita anak-anak merdeka ni terutama yang muda-muda tu, yang tak pernah merasa makan ubi kayu dengan kelapa mengantikan nasi tu, yang bila celik mata saja dah kenal kemerdekaan dengan berbagai kesenangan, sikap kita perlu kita perbaiki. Bukan tak baik buat masa sekarang ni, tapi nak jadi lebih baik. Kita kena fikirkan bagaimana kita boleh sentiasa memperbaiki diri kita sendiri dari masa ke semasa. Kalau dulu kita selalu saja membuang sampah merata-rata, apa kata kalau kita ubah sikap untuk membuang sampah ke dalam tong yang disediakan. Kalau dulu kita asyik potong queue semasa nak naik bas, atau beratur kat counter atau semasa jam kat jalan raya tu, cuba-cuba ubah sikap untuk mendisiplinkan diri kita. Sounds familiar? Macam iklan Petronas lah pulak no? hehehe. Sometimes, kita tak pernah terfikir yang benda-benda yang kecik macam ni, kalau setiap orang melakukannya akan menjadi besar effectnya pada masyarakat. Kita asyik nak betulkan masalah negara yang besar-besar, kita lupa nak tengok dalam diri kita sendiri kan.
Udahlah tu kan, aku punya khutbah ni, hehehe. Anyway I am sure the message is clear from the commercials. Much more interesting than what I have written here. Membebel aja aku ni kan.
To All Malaysians, where ever you are,
HAPPY 50th MERDEKA,
Let's hope that the MERDEKA will last forever.