Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada negara dan rakyat Malaysia. Kita baru lagi menyambutnya 3 hari lepas. Dan selalunya celebrationnya sehingga 15 Sept.
Aku anak merdeka, lahir 1 tahun selepas kemerdekaan. Jadi aku tak tahu perit jerih orang-orang dulu memperjuangkan kemerdekaan. Cuma cerita-cerita silap tantang susah payah di zaman penjajah terutamanya zaman Jepun memerintah aku dengar dari ayah dan mak. Arwah Ayah pernah menyanyikan lagu Jepun untuk cucu-cucu dia. Dia dan abangnya Pak Char H pernah bekerja dengan keretapi masa zaman Jepun dulu tu, sebab tu dia pandai menyanyi lagu Jepun.
Bila dah mencapai kemerdekaan sehingga kini, aku hanya ingat masa kecoh perkauman pada bulan Mei 1969. Aku ingat sebab aku tak dapat pergi sekolah, risau pun ada, marah pun ada, tetapi aku terlalu muda untuk mengerti mengapa terjadinya kekecohan itu. Lagipun aku duduk di kampung yang almost 100% Melayu, jadinya tak terasa sangat bahang perkauman tu di kampung kami. Keluarga-keluarga Cina yang menetap di kampung ni pun dulu tu merasa selamat, sebab orang kampung sikit pun tak kacau diorang masa tu. Namun ada jugaklah yang kami dengar peristiwa berdarah yang berlaku di bahagian Pulau Pinang. Sebabnya kaum keluarga sebelah mak masa tu ramai tinggal di sebelah Pulau. Tapi Alhamdulillah, tiada siapa pun diantara sanak saudara kami yang terlibat dengan peristiwa itu.
Kini kita dah 50 tahun merdeka. Dah senang banyak dah kita ni. Macam-macam ada. Yang merisaukan tu, bukan saja kemajuan yang kita kecapi tapi yang negatif pun sama naik jugak. Tak payah cakaplah kan apa benda yang negatif tu. Kita cuma kena ambil iktibar aja lah.
Pada aku, yang perlu bagi kita anak-anak merdeka ni terutama yang muda-muda tu, yang tak pernah merasa makan ubi kayu dengan kelapa mengantikan nasi tu, yang bila celik mata saja dah kenal kemerdekaan dengan berbagai kesenangan, sikap kita perlu kita perbaiki. Bukan tak baik buat masa sekarang ni, tapi nak jadi lebih baik. Kita kena fikirkan bagaimana kita boleh sentiasa memperbaiki diri kita sendiri dari masa ke semasa. Kalau dulu kita selalu saja membuang sampah merata-rata, apa kata kalau kita ubah sikap untuk membuang sampah ke dalam tong yang disediakan. Kalau dulu kita asyik potong queue semasa nak naik bas, atau beratur kat counter atau semasa jam kat jalan raya tu, cuba-cuba ubah sikap untuk mendisiplinkan diri kita. Sounds familiar? Macam iklan Petronas lah pulak no? hehehe. Sometimes, kita tak pernah terfikir yang benda-benda yang kecik macam ni, kalau setiap orang melakukannya akan menjadi besar effectnya pada masyarakat. Kita asyik nak betulkan masalah negara yang besar-besar, kita lupa nak tengok dalam diri kita sendiri kan.
Udahlah tu kan, aku punya khutbah ni, hehehe. Anyway I am sure the message is clear from the commercials. Much more interesting than what I have written here. Membebel aja aku ni kan.
To All Malaysians, where ever you are,
HAPPY 50th MERDEKA,
Let's hope that the MERDEKA will last forever.
7 comments:
31 bulan lapan 57..merdeka..Awak sibuk eh? Selain dari bercuti panjang, buat apa sekarang nih?
En Ari, buat kerja rumah yang tak pernah habis. Yang lain tu part time sikit2 lerr. Thanks for asking.
selamat merdeka....
wajar kah berlaku nya peristiwa 13 may..
N, bz benor ker?.....x jenguk tag Joe pun....we missed uuuuuuuuu.....
mak ety
Selamat hari Merdeka AN dan juga selamat berpuasa.
Lama tak sembang sama AN. Che la ni sibuk dan che rasa AN pun sibuk gak. Harapan che hidup baru AN lebih baguih dari masa keje makan gaji dulu no.
Dengar cite dah jadi konsultan, Betoi ka
sorry lambat baca....very inspiring...
ive started a new blog with a new name...jgn panggil nama lama in the new blog...moving forward....
can u guess who i am...
Your real anak buah!!!
cikdinz : wallahualam....
ety : AN pun rindu jugak ni. Ada lah dok jenguk2 jugak tu tapi senyap2 je hehehe.
lord budak : Selamat Merdeka dan Ramadhan to you too. Ada lah sikit2 untuk mencari sesuap nasik hehe. Trying to use my expertise in the best possible way.
eddypurnama : Amboi, cek punya nama! hehehe. Dah jeguk dah blog tu, awat tak kenai pulak. Dah berbulan baru nak habaq no? Nasib baik jauh tidak AN pulaih telinga cek, baghu tau. Any dah link your blog to mine.
Post a Comment