Hari ni dah bermula lah kita Muslimin dan Muslimat berpuasa. So aku pun nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan ramadhan kepada semua. Tapi jangan sambut je Ok? Hayati kehadhiran ramadhan tahun bagaikan ianya yang terakhir bagi kita. Ramadhan tahun depan belum tentu kita dapat menemuinya lagi. Pasang niat untuk dapatkan Lailatul-Qadar dari awal, InsyaAllah kita dapat menemuinya.
Aku bukanlah nak mengajar semua orang pasal menghayati ramadhan sebab tentu semua orang sudah tahu. Sekadar mengingatkan diri sendiri yang terlalu banyak laraku di hari-hari yang lalu. Kalau aku dapat menebusnya kembali, aku akan cuba bermula di ramadhan ini.
Aku ni sebenarnya dah beberapa hari sakit mata. Kat utara ni macam wabak pulak sakit mata ni. Dua bulan lepas cousin aku sakit mata, walau aku ada jumpa dia tapi tak lah terjangkit. Tapi Jumaat lepas Syia balik dari sekolah dengan mata yang bertaik dan merah. Aku tak tahu pun yang kat sekolah dia ada orang yang sakit mata. Jadinya, terjangkit kat dia. Lepas dah bawak dia ke klinik, hari sabtu aku pulak terasa mata sakit dan bengkak. Jadinya kami 3 beranak, Syia, aku dan ayin dah terjangkit sakit mata. Cuma Hubby dan maktok saja yang pada waktu ni Alhamdulillah selamat.
Sepatutnya pada hari ahad tu aku ikut adik S dan mak pergi mengurut. Aku dah pergi sekali minggu sebelum tu, tapi dah sakit mata tak kan nak pergijugak. Tak nak lah aku menjadi pembawa penyakit tu masuk rumah tukang urut tu pulak. Jadinya lepas raya nanti barulah dapat aku mengurut kembali. Sedap jugak mengurut tu. Kendur sikit urat-urat aku. Kata tukang urut tu, tegang sungguh urat-urat aku masa dia urut tu. Mana tak nya, dah bertahun dah aku tak mengurut. Masa aku jatuh tahun lepas pun aku tak pergi mengurut. Ni dah semua urat masuk angin, asyik terasa lenguh-lenguh terutama masa sejuk-sejuk. Dah lah tu aku ni bukan kaki pantang, semua benda aku belasah, mana nak ingat masa nak sakit. Jadinya, masuk angin urat-urat tu semuanya.
Apa ke bendalah aku ni melalut, dari cerita ramadhan ke sakit mata ke mengurut. Almaklumlah, orang pencen yang tak ada cerita menarik, tentulah asyik nak melalut je kan. Anyway,
Untuk Semua Muslimin Muslimat dimana jua anda berada,
SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN AL-MUBARAK
9 comments:
assalamu'alaikum
slmt menjalankan ibadah posa. banner pondok tu mana?
Kak Pah
AN :
Word MENGHAYATI ramadhan Al Mubarak tuu yang menusuk Kalbu tuu.
Kak Pah : nak buat apa dengan pondok tepi pantai tu?
jokontan : Itulah, selalu sambut je, so this year onward kena "menghayati" pulak lah hehehe.
selamat posa :) hmmm terbau-bau aroma murtabak kat pasar ramadhan seblh ban tu :(
selamat menunaikan ibadah ramadhan pada N sekeluarga (mungkin saya umur lebih, lupa dah), semoga kita sesama dilimpahgandakan pahala di bulan barakah ini, amin.
Best kan duk rumah hari2?
Macam saya lah...pencen lepas kahwin.
salam ramadhan...
N. salam Ramadhan. Dah baik sakit matanya?..macam-macam sakit nooo...tapi tak pe lah insyaallah eloklah nanti.
Dah ada banyak masa kat rumah ni, tentu banyak benda boleh buat selain dari routine work tuh.
Selamat berbuka.
p/s: tolong doakan KY...insyaallah akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini (Ovarian Cysts)
akan bagi tahu nanti.
alinlai : AN selalu beli murtabak tu untuk buka posa tahun ni. :-)
jahrera : Amboi lama tak nampak, dok cari tak jumpa. Selamat berpusa to Kak Lela (saja je tu, sbb kita muda sikit je lah hehehe)
cikdinz : sama2
Kak Yan : Bila nak operate? InsyaAllah doakan kan Kak Yan selamat beroperate.
Madam AN:
Forgive me for the intrusion to this discussion.
Dedicated to Little Nurin
from a father of none
On this day that I saw your dried tears,
I pledge my vows and lifted my spears,
and let loose a war cry so all could hear,
I paint my eyes black and pay homage to the devil’s lair,
and wage my soul to barter this unjust despair,
I ask him unto me he would give the hideous of stare,
so that I find this son of an unholy night mare,
and hunt him down with out any care,
once he lays under my anger snare,
I will gnaw his heart bare,
while life still dangles in sinful hair,
and I will drink his blood in cups of pair,
then I will pluck each and every one of his beastly hair,
and make a lace out of that bastard stare,
so all bestial man be aware,
this world shall never be his damned soul's lair.
Post a Comment