September 25, 2007

Ramadhan Ini

seperti ibu-bapa yang lain semestinya kami merasa suka bila semua anak-anak dapat berkumpul bersama-sama berpuasa, bersahur dan berbuka bersama. Kak Long dan Angah balik sekejap untuk berpuasa di rumah. Diorang sekarang tengah exam break. Kuliah dah habis hanya menunggu nak exam dalam seminggu dua ini saja. Cuti diorang bermula just a few days before raya.

Namun, dalam keadaan aku yang suka, seluruh Malaysia digembarkan oleh cerita ngeri adik Nurin. Aku tak dapat nak bayangkan pastinya kehibaan keluarga adik yang comel yang telah diragut nyawanya dalam keaddan yang begitu trajis. Aku juga seorang ibu kepada 4 orang anak gadis. Peristiwa malang adik Nurin akan menghantui semua ibu bapa terutama yang mempunyai anak-anak perempuan.

Sejak dari peristiwa itu aku dah jadi macam sedikit fobia. Setiap pagi aku akan tunggu van yang akan membawa Syia ke sekolah. Syia keluar seawal 6.30 pagi. Subuh pun belum berakhir. Gelap lagi masa tu. Walaupun dia hanya menunggu depan rumah aku saja, tapi aku terasa takut, terjadinya kejadian yang tidak mengizinkan. Begitu juga Ayin yang terpaksa berjalan lebih kurang 300m ke perhentian bas akan ku tengok sehingga dia sampai ke tempat bas. Hati jadi tak senang selagi mereka tak pulang. Walaupun aku ni tinggal di kampung yang tak pernah lagi dipalit oleh kejadian sehitam itu. Tapi aku tetap merasa fobia. Aku rasa semua ibubapa yang tinggal di bandar-bandar akan lebih merasa fobia seperti ini.

Apa yang aku tak faham, siapakah manusia yang berperangai binatang yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu?. Kalau dia lelaki, tidak kah dia ada sedara perempuan, pasti dia ada ibu, jika dia tidak punya isteri, kakak, adik perempuan atau anak perempuan. Tidak kah terdetik dihati dia yang disakiti itu adalah kaum sejenis ibunya? Yang jika tidak diperlakukan sebegitu rupa mungkan akan membesar menjadi ibu soleh. Tidak kah dia terfikir yang anak itu itu tidak tahu apa-apa. Terlalu innocent, bukan untuk disiksa dan disakiti tetapi disayangi.

Jika perlaku itu seorang perempuan. Aku tidak tahu apa yang terbenak dihatinya, Bagaimana seorang perempuan yang secara naturalnya mempunyai sifat keibuan, boleh menjadi begitu kejam. Pastinya perhitungan diri didorong syaitan laknatullah.

Ingin sekali aku melihat wajah-wajah mereka itu. Sesungguhnya jika mereka tidak mendapat keadilan di dunia ini, hanya Allah yang dapat memberi pengadilan yang setimpal kepada mereka.

Alfatehah untuk adik Nurin yang comel itu. Semoga tiada lagi ibu-bapa yang akan meratapi anak-anak mereka yang diperlaku sebegini rupa.

4 comments:

cikdinz said...

orang yg pendek akal mmg mcm tuh...
rasa mcm tak aman dah duduk kat m'sia ni kan...

Mama Rock said...

auntyn, bukan anak dara je kta risaukan, anak bujang pun risau gak. so many sick people out there - girls they rape, boys they sodomize - scary gila!

Arena said...

banyaknya orang2 giler dekat luar ni..

JahRera said...

salam ramadhan 20 cik anne,

hari2 saya baca blog al-mahumah anak itu, hari2 panjatkan doa untuknya, hari2 mengikut berita itu dan hari2 menunggu nak tengok muka syaitan bertopeng manusia itu.