January 02, 2008

2008

Rasanya baru saja kita menyambut 2007, tapi sedar tak sedar dah 1 tahun berlalu. Banyak jugak peristiwa suka duka yang kami alami dalam 2007 tu. Tak tahu pulaklah macam mana 2008 ni. Kadang-kadang rasa takut jugak nak menghadapi hari-hari yang mendatang tapi, apa boleh buat, masa tak boleh nak diundur ke belakang.
Yang paling bermakna kepada aku dalam 2007 adalah aku telah kehilangan pekerjaan. Terpaksa berhijrah dari employed stage ke semi-retirement stage. 9 bulan yang lepas ni nak kata aku comfortable tak lah jugak. Mungkin semua orang ingat, aku jadi orang kaya baru sebab dapat pampasan dari company sebab kena lay-off. Tak lah jugak sebenarnya. Duit, kalau setinggi gunung Himalaya pun kalau hari-hari di korek sikit-sikt, lama-lama tu habis lah jugak. Unless lah kalau kita ada passive income yang boleh tambah duit tu jadikan gunung yang lebih tinggi. Setakat ini, aku hanay boleh kata, adakala aku jadi stress jugak bila ingatkan kedudukan kewangan kami. Sebab terpaksa bergantung pada hubby dalam banyak hal. Aku kesiankan dia yang juga sedikit tertekan, sebab kena menanggung perbelanjaan keluarga secara total sekarang ini.
Walaupun aku tak regret yang aku tak cari kerja lain, sebab aku nak cuba suatu yang baru. Nak cuba menjadi self-employed, my own boss lah kononnya ni kan, tapi, most people yang dah pernah lalui stage ini akan tahu the first year adalah yang terperit bagi orang-orang yang macam aku ni. Banyak benda yang kena fikir, apa nak buat, macam mana nak buat marketing produk/servis kita, macam mana nak bersaing dengan orang/company yang dah establish tu. Macam-macam. It is NOT easy. Jadinya ada jugak kadangkala aku pun macam rasa nak cari kerja semula. Tak tahulah kalau tak ada apa-apa bila aku dah sampai 12 bulan dalam semi-retirement ni, mungkin aku terpaksa cari kerja jugak kut. Walaupun berat hati aku nak fikir yang aku mungkin kena cari kerja lain tu. InsyAllah, aku boleh bertahan.
Yang paling menggembirakan bagi kami sekeluarga dalam 2007 ni adalah kejayaan Ayin dalam PMR. Dia dapat 9A. Ayin sememangnya anak aku yang paling berdisiplin dalam hidup dia. Nak kata dia tu intelligent or a genius tu tak lah jugak. Tapi dia hardworking. Aku tak perlu banyak nak bantu dia nak set matlamat atau time table untuk dia. Sikit-sikit saja aku kena guide dia. Dari UPSR lagi aku dah nampak potential dia. Dia sendiri set goals dia, dia sendiri disiplinkan diri dia, bila nak pergi tuisyen, apa subjeck nak ambik, bila nak study dan makanan apa yang dia boleh makan atau kena pantang. Jadi bila exam year tu, dia pantang dari memakan makanan yang masam-masam, yang bergas, kepala ikan dan lain-lain.
She was quite plump masa darjah 6, tapi sekarang dah kurus kering dah, macam model, hehehe. Sekeping je badan tu. Takut dia nak makan makanan yang berlemak-lemak. Kalau dia boleh tahan lepas maghrib dia tak makan dah. Diet tu diet jugak tapi, it does not mean that she doesn't enjoy food. Susah tak nak makan kat rumah kami ni hehehe. Alhamdulillah rezeki kami masih boleh dikatakan murah lagi so far.
Anyway, this year 2008, aku tak ada anak-anak yang exam. Ayin dan Syia akan sama-sama exam (SPM dan PMR) pada tahun depan 2009. Jadinya relax lah sikit tahun ni. Syia akan jadi tension nak keep-up with Ayin's success, dan Ayin is so happy sebab dia akan sentiasa maintain top scorer dalam PMR. Sebab Syia hanya mungkin akan ambik 8 subjecks sahaja berbanding Ayin yang bersekolah Agama (9 subjecks termasuk Bahasa Arab). But it is a healthy competiton. On her part Ayin akan mula merancang untuk SPM 2009, dari tahun ini lagi. Sekolah dia adalah one of the best in Penang in PMR, so the teachers dah mula plan untuk SPM 2009 bagi budak2 yang baru lepas PMR ni. Walaupun Ayin is "eyeing" a better school, tapi pada kami sekolah dia yang sekarang ni memang dah cukup bagus. Record sekolah tu memang so far selalu meningkat saja. Batch Ayin ni 70 students dapat 9A & 8A, out of 100 lebih candidates.
Apa-apa pun, aku banyak berharap dalam 2008 ni aku akan lebih bersemangat untuk berusaha untuk kejayaan diri aku dan keluarga. Tak kiralah apa juga bentuk kejayaan itu. Umur aku dah makin meningkat. Tahun ni aku akan menjangkau setengah abad. Aku kena dapatkan something yang meaningful sebelum aku rasa aku di panggil Allah. Banyak yang aku kena usahakan ni. Banyak sungguh angan-angan aku yang aku perlu jadikan kenyataan. InsyaAllah dalam 2008 dan 1429 H ni, Allah beri keberkatan kepada semua usaha-usaha murni kita semua.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 dan MAAL HIJRAH 1429H

17 comments:

Anonymous said...

congrats tu ayin ek...sejuk perut ibu mengandung...

Anonymous said...

Salam tahun 2008 AN..Mudah-mudahan murah rezeki dan sihat selalu.

AyunasiA said...

Tahniah untuk Ayin! Selamat tahun baru dan Salam Ma'al Hijrah juga (becoming)

AuntyN said...

anon : terimakasih. sapa lah ni?

rojak : InsyaAllah rezeki murah selalu Jak to you too.

norasiah : terimakasih. Same to you.

Mama Rock said...

auntyn, salam tahun baru and may 2008 have great things in store for you. kuat kan semangat - nak berniaga memang kena cekal. i was a passive observer when hubby decided to quit and do on a freelance basis. it was scary initially, but Alhamdulillah, the Divine One up there has plans for us.
And congrats to ayin

Anonymous said...

i suka entry you kali nih auntyn.

i nak tanya , apa formula dapat anak berdisiplin gitu?

citer skit bleh?

AuntyN said...

mamarock : Thank you for the kata-kata perangsang. I appreciate that very much.

makcik : Masa dalam perut, banyakkan doa, makan makanan yang halal dan toyyiabah, lepas dah keluar didik dia dengan kasih sayang. Formula sejagat tu, insyaAllah menjadi.

Ari said...

What ever you do dear, start it now..!Stick to your plan..!Why worry about something that did not arrive yet ? You only cross the bridge when you reach it. Don't worry be happy.Everything will be fine..!

Nor Razi said...

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah AN. Dan Tahniah juga utk Ayin yg cemerlang dengan PMRnya.

AN, pasai keje tu cuba AN buat insuran atau unit trust. Mana tahu rezeki AN kat situ

mak aji said...

Salam Maal Hijrah AN,

Tahniah pada Ayin dan tahniah pada emak dan ayahnya sekali. Work harder for the next exam!

KakNi said...

Ada lagi satu azam Aunty N, kena update blog selalu... awatla dok sengap saja, ceritalah selalu kat sini...

Anonymous said...

AN

baru sign up YM baru

atenahabd, if u have time

met KT and MA yest

tahniah to Ayin n u 2

Qaseh Bidadari said...

tahniah!

salam tahun baru tuk auntyn sefamily...

cikdinz said...

salam maal hijrah kak.
lama betul takde n3 baru...

Anonymous said...

Tahniah Ayin... semoga Kak N beroleh apa yg dihajati pada tahun ini.


Dah lama cm tak singgah ke blog Kak N but I follow your story.

Alinlai said...

tahniah buat mak dan anak :)

AuntyN said...

Terimakasih pada semua yang dah bagi ucapan tahniah untuk Ayin dan kata peransang untuk AN. Sorry lah An ni dah tak berapa rajin nak update blog sekarang ni.

Anyway, thanks for stopping by.