June 02, 2008

I am 50 Today

Terharu jugak aku ni bila tengok ada jugak orang m asih menjenguk blog yang dah sunyi sepi sejak Feb 2008.
Terima kasih lah pada yang masih ingat pada AN ni. Especially to jokontan, kerana dia blogger yang pertama yang sms birthday wish to AN this morning.
So nak cerita sikit lah macam mana aku lalui birthday hari ni.
Sebenarnya weekend baru ni memang sibuk habis.
Maklumlah anak sedara kawin pada hari sabtu. Kemudian ahad kena pulak menghantar mempelai ke Yan (rumah pengantin lelaki). Asyik makan kenduri ajelah. Sabtu pun ada 3, tapi yang mampu pergi 2 ajelah sebab 1 rumah sepupu hubby. 2. rumah kakak sendiri.
Malam ahad tu pulak dah kena pergi mesyuarat program Hari Keluarga yang nak di adakan pada minggu depan. Hampir-hampir aku miss mesyuarat tu.
Jadinya, balik dari mesyuarat, tidur terus. Masa anak-anak datang wish happy birthday (at midnight) pun aku dah tak buka mata. Just say thanks saja.
Pagi tadi, lepas dah tutup pintu pagar semasa hubby keluar nak pergi kerja, macam biasalah rutin aku tu. Sapu laman sikit, keluarkan kain baju untuk di ampai, gitu-gitu lah. Hari ni memang aku cakap dengan anak-anak dara aku tu aku tak nak masak, nak suruh diorang yang sediakan makan pulak. Nasib baik mak ke rumah adik bongsu aku sebab abang lang ada kat sana. Abang lang balik makan kenduri kat rumah kakak M.
Pagi-pagi aku biasanya melayan aku punya "addiction" yang terbaru. Masih juga melalui internet, tapi bukan blogging atau chatting. Dah lama aku tak buat benda-benda tu. Sebab tu lah sepi saja blog ni. I will make an entry on the new "addiction" tu. Baru ada idea nak tulis nanti tu. Kak Long pun ada suggest aku tulis pasal tu hehehe.
Aku memang dah plan nak keluar hari ni. Tapi tak lah terlalu awal. Jadinya, dalam 11.00 lebih, aku terfikir ank ajak hubby pergi lunch. Konon, romantik lunch just the 2 of us lah. Bila call, kena tanya dulu dia sibuk ke tak, nasib baik jugak dia tak berapa sibuk. Jadi aku kena pergi dulu kat restoran tu, order food for 2, dan tunggu dia datang. Ambient memang romantik sekali, background music pulak lagu-lagu Engelbert Humperdink lah pulak. Menusuk kalbu betul lah tu hehehhe.
Yang spoilnya walau pun makanan nampak sedap, tapi sedikit masin, dan saladnya terlebih cuka. Hubby memang tak gemar makanan yang masam. Masa desert tu kami share banana split sebab desert aku terlambat sampai. Bila dah habis bana split tu baru diorang hantar desert yang aku order. Jadi share jugaklah desert yang kedua tu. Romantik habis nooo...
Lepas makan, aku pun pergi Carrefour seberang jaya, shopping groceries etc. Tup-tup Kak Zaini (one of my mentor) telefon ajak ke KL sebab ada SMIDec Convention kat KLCC on 4 June. Tayar kereta dah botak, memang dah plan nak tukar, hanya menunggu hari aje lah. Lepas aku discuss dengan hubby terus lah aku ke kedai tayar tukar 4, 4 tayar kereta tu. terbang RM900. Investment yang terpaksa, dan diperlukan. Kena jugak tukar, Takut nanti meletup dalam perjalanan pulak. Jadinya agak lewat aku sampai balik ke rumah hari ni.
Sampai di rumah, fish and chip yang anak-anak kata nak siapkan tu masih lagi ikan dan ubi mentah. Jenuh nak kerah budak-budak tu, suruh cepatkan sebab nanti baba nak balik makan. 4 sekali kerja, jadi cepatlah sikit, tapi penuhlah dapur tadi tu, asyik berlaga b*nt*t ajelah. Tapi tak apa, tak ada terasa apa-apa pun. hehehe.
Dah malam baru boleh nak post blog entry ni.
Sebenarnya cuak jugak aku ni sampai ke umur ini. Terasa diri dah dekat dengan pintu kubur dah, tapi rasanya persedian masih belum mencukupi. Uban di kepala pun dah tak larat nak di cabut dah. Nasib lah pakai tudung, tak nampak lah uban tu. Masih lah boleh orang dok kata aku ni tak nampak macam makcik 50 tahun. Alah, diorang tu just trying to be kind I think. Dah aku mekap tebal-tebal, tak nampak lah kedut-kedut kat muka tu kan. kan sekarang ni pun banyak produk yang boleh "rasa muda, jadi muda" tu kan. Telan je setiap hari, jadi "muda" lah nanti. Walau rupa nampak muda, umur tak "muda" kann....
InsyaAllah, aku nak aktif semula berblogging. Cuma mungkin tak se aktif dulu. Tak kan setiap entry nak cerita pasal kegiatan harian aku yang dah jadi "desperate housewife" ni kan? Nak jugak value add sikit. Kut nak bagi pedoman ke panduan ke, ke arah menjadi seorang usahawan or something. Baru lah ada isi yang mantap untuk blog. Buat malu aku je lah kalau asyik dok melalut tak kena gaya.
Lepas aku balik nanti aku cuba ceritakan apa ada pada convention tu, OK.
Yang masih ingat pada aku, terima kasih. Sebenarnya aku pun ingat kat semua. Cuma kadang-kadang terasa rendah diri bila nak cerita kegiatan aku yang dah tak berapa menarik ni.
Salam to all.

42 comments:

DeLinn said...

Happy Birthday AN!

AuntyN said...

Delinn

Ingat tak ada orang jenguk sini dah hehehe

Thank you.

Later AN update sikit just to commemerate my 50th birthday.

Until later

Anonymous said...

Happy birthday AN..semoga happy2 sellau, murah rezeki...

ps: saya dah balik pindah duk kat Bdr Baharu, sempadan Parit Buntaq...

AuntyN said...

oren

terimakasih. Isy, AN dok nak contact, tapi tak contact lagi ni. Thanks for the info.

AN

Ailin in Aalborg said...

Wow! I did not know you were so young... (ehek...!)kipas...kipas... jangan tak kipas....

Sya said...

Kak N.. Happy Belated Birthday.. masih vogue dan maintain gitu

AuntyN said...

the nordic convert,
of course relative to your mom, I am still young. hehehe.

sya,

thank you. You haven't seen me for a while, mana tahu masih vogue ni hehehe

Anonymous said...

N, happy belated birthay
maaf, ME lama x berblog gak..
ME do'akan semoga terus sihat dan ceria bersama keluarha....amin..
keep in touch...

Anonymous said...

ha....ha....spelling silap.....
=keluarga...

1na said...

Salam Aunty N,

Selamat Hari Lahir ke-50. :D

AuntyN said...

ME

Thanks for the wishes, maklum lah dah setengah abad ni, mata pun kurang nampak dah, jari pun kurang flexible dah hehehe, spelling mistake to biasalah tu. AN pun dah lama tak berblog jugak dah. Saja hari tu gatal tangan nak cerita kat orang kita ni dah 50 dah...

1na : thank you :-D

Nazrah Leopolis said...

i got ur birthday notifier in my gmail tapi tak sempat datang sini nak wish.


HAPPY BIRTHDAY AUNTY N SAYANG!

BIG FIVE-O IS REASON ENOUGH TO CELEBRATE IN A BIG WAY!

Anonymous said...

AuntyN.. happy belated b'day!!!

Almost setengah tahun you.... menyepi.. hehe
-selendangbiru-

MAK TEH said...

happy belated b'day AN~50 is a beautiful number~

afandi said...

salam,
Mak cik ni taip ke anak cucu yang taip kat blog? sorry, sebab harimau pun pandai menaip sekarang ni

Anonymous said...

Happy Belated Birthday Pn. N,

Would have sent a wish earlier if not for the trouble I had posting here on your birthday.

Better late than never.

FYI, kalau u mai KLCC (on a weekday) do give me a call (what's ur email, I bagi u my new number here at M*xis)

AMZA - sekarang dah jadik staff M*xis dah.

AuntyN said...

Lama sungguh tak masuk sini, ingatkan dah tak ada orang nak wish dah.

So thank you people for the wishes.

nazrah : sounds like Hawaii 5-O the series in the 70's or 80's tu hehehe. Love u too....

makteh : At first I thought it was Kak Teh yang kat London tu. Rupanya orang lain. Nanti AN check out the block OK. Thanks for coming.

selendang biru : Haah lah dah lama sangat menyepi. Joe's new blog is www.joebangla.blogspot.com.

afandi : Amboi, amboi, ingat orang tua tak pandai berblog ke hah!!!. AN belumm ada cucu lagilah walaupun dah 50 ni. And I can assure you AN sendiri yang taip entries kat sini tau. Kalau tak percaya datang rumah tengok sendiri hehehe.

AMZA : Will do that, maybe sooner than you think...

Be seing you girl..



Salam sayang untuk semua dari AN.

anedra said...

Hie Aunty N,

Happy Belated Birthday!!!! I was looking at a photo of ours and teringat kat AuntyN . Lama tak dengar cerita! Hope all's well on your end!

Take care!

Alinlai said...

Hepi belated b'day :) tak pe 50 tu angka je tu.. yang penting kita sentiasa rasa muda ke ke ke

wallpapersdeco said...

hi have a nice day..
looking for wallpapers for
your house? or your
friends/relative
interested, visit my blog!
thanks

AuntieYan said...

Salam Nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Ingat dah majuk takmo tulis blog dah...Kakak Yan kerap juga dok masuk maklum nama kita kat Sentral dekat-dekat....selalunya tadak apaaa pun update. Sekali tu ternampak kelibat An kat Joee...tak dan nak sapa N dah keluarrr....he!...he1...kali ni dah ada entry...Baguih!!

Sebelum lupa ni Kak Yan nak wish (HAPPY BIRTHDAY TO YOU WITH LOTSSSSSSSSS OF LOVE) jugak lah...lambat tak pe kan...janji belum masuk 51...keh!..keh...usia itu adalah nombor-nombor saja...kata orang lah! mungkin jugak kan....tapi macam An kata lah...rasa muda, nampak muda...maka mudalah kita in our own ways.................! :-)

cikdinz said...

hepi besday kak. saya pun lama gak menyepi...hehehee...

demonsinme said...

ALHAMDULLILAH

50 is a beautiful number, it marks wisdom and true beauty in a person.

Happy 50th birthday madam.

___________ooOoo___________
THE CHILD AND THE SEA
-o0o-

what a lovely sight is the raging sea,
to the child that sleeps within me,
a war of winds and water that is salty,
that brings calm to where draughts was once mighty,

oblivious to the sleeping child in me,
to the sad stories behind a seaman trophies,
as all to him are marks of glory,
to a dead hero who fought with no worries.

___________ooOoo___________
oo(O)oo

demonsinme said...

ALHAMDULLILAH

50 is a beautiful number, it marks wisdom and true beauty in a person.

Happy 50th birthday madam.

___________ooOoo___________
THE CHILD AND THE SEA
-o0o-

what a lovely sight is the raging sea,
to the child that sleeps within me,
a war of winds and water that is salty,
that brings calm to where draughts was once mighty,

oblivious to the sleeping child in me,
to the sad stories behind a seaman trophies,
as all to him are marks of glory,
to a dead hero who fought with no worries.

___________ooOoo___________
oo(O)oo

AuntyN said...

Terimakasih semua yang wish. AN terlalu sibuk dalam 2 minggu ni. Macam-macam program ada, dan ada kematian jugak dalam famili. Jadinya tak duduk rumah sangat dalam masa 3 minggu kebelakangan ni. Tak sempat nak jenguk blog.

Nak cuba update sikit sebab nak buat tribute untuk anak sedara yang pulang ke Rahmatullah dalam usia yang terlalu muda.

Bila senang sila datang baca ye.. Terimakasih.

Ari said...

Assalamualaikum..
Lama sungguh tuan blog ni menyepi diri..tiap bulan saya mai periksa..macam orang TNB periksa meter..tak jalan jalan jugak.. ingatkan dah tak mau balik dah..Nak ucap happy birthday macam orang lain pun dah lambat sangat dah..
Semoga anda ceria selalu.

Anonymous said...

Susah ke nak update blog?

Asyik kata nak update tapi tak terbuat.

Hai, dah 50 tau. Takkan masih berkelakuan bagi janji Melayu aje.

Sesibuk macam mana pun, kalau hati rela, semua pasti boleh bikin.

Kan dah bilang yang kau ni dah cuak sampai ke umur nie. Habis, masih tak sedar ke? Jangan hanya bilang aje, aunty. Kan sendiri yang akui pintu kubur dah dekat. Masih nak bagi janji manis yang tak dapat dikotai. Lebih baik jangan janji, aunty.

Anonymous said...

When a blog is left unblog for quite sometime, there are few possibilities;

1. The blogger is sick?
2. The blogger is dead?
3. The blogger is detained by the authorities?
4. The blogger is having menoPAUSE?
5. The blogger interest in blogging has fizzled out?

Now, you tell me which one?

t o r t s said...

Asalaam Maam,
Hope all is okay with you xxx

Mutiara said...

To wake up call and blogger analyst: If you have nothing nice to say just shut your gap. You know visiting other peoples' blogs are just like visiting their houses so, don't be rude. You are cowards, don't even dare put your real names.

Anonymous said...

My dear Mutiara

How much different are you from me?

By the way, may I suggest that you try not to intimidate others from viewing their comments. Perhaps, you need to really understand what is blogging all about.

On the other hand, do you really know the meaning of rude?

Mutiara said...

Blogger analyst: Did I intimidate you? You are such an excellent blogger and commentator, how could I intimidate you? Perhaps I could just shut up. (Aunty N happens to be my friend and neighbour). Well, I guess you know what blogging is all about as well as the real meaning of the word rude. Pardon me if my English is not up to your standard for I am just another plain blogger. If you are a real blogger and an honest one, you might like to direct me to your up to date and wonderful blog so that I can learn about blogging from some one as smart as you.

Anonymous said...

For a start, try google 'bloggers ethics', ok.

Thank you.

Mutiara said...

Dear Normah
Kak Sal mintak maaf sebab guna blog N to answer to some comments here.

Blogger analyst; Right, we should go and look up the bloggers' ethics. I wish you would too for we are to be 1) Honest and fair, 2) Minimize Harm, and to 3) Be Accountable.

Probably your analysis of AuntyN of Quote : When a blog is left unblog for quite sometime, there are few possibilities;

1. The blogger is sick?
2. The blogger is dead?
3. The blogger is detained by the authorities?
4. The blogger is having menoPAUSE?
5. The blogger interest in blogging has fizzled out? unquote,
was meant to be humorous. however, it would be nicer to make it sound as such rather than sounding condescending, like you asked me to Google blogging ethics.
My first comment was meant more to the "wakeup call" than to you.

Anonymous said...

Amboi, amboi nie Mutiara.

Sejak bila hang jadi jurucakap Makcik nie? Ini lah aku kata, hang nie menyibuk aje.

Dah ada 2 blog. Habis tu kenape tak urus blog sendiri dulu? Nak menyibuk buat ape?

Kan dah bilang hang nie jiran. Kan lebih baik hang pergi jenguk-jenguk si makcik tu kan lagi bagus. Ini pulak, hang kasi komen macam jiran sangat berjauhan pulak.
Kan lebih cantik kalau hang boleh update kita orang keadaan makcik sekarang.

Hai, apo punya jiran?

Anonymous said...

My dear Mutiara

Do you really know the meaning of condescending?

condeˈscending (adjective)
giving the impression that one is superior

Example: a condescending manner

Ref:

Kernerman English Multilingual Dictionary, © 2000-2006 K Dictionaries Ltd.

Count Byron said...

AN. Dah lama CB tak dengar berita. Sebabnya? CB dah lama tak nulis. Now that I'm back, I would like to see more of your blog too. May you have the blessings of Ramadhan. CB teringat sangat segala nasihat AN dulu. May Allah bless you
CB

Anonymous said...

auntyN, birthday sama macam mak saya la..cuma dia tua dari aunty 4 tahun..:)
Frappe

Mohd Syafei Ahmad said...

Aunty

Saya follower baru blog aunty, boleh tak saya link kan blog aunty kat blog saya?

Thanks for all the ilmu yang aunty beri

sham

Mohd Syafei Ahmad said...

Aunty

Saya follower baru blog aunty, boleh tak saya link kan blog aunty kat blog saya?

Thanks for all the ilmu yang aunty beri

sham

Ahmad Tajuddin said...

Assalamualaikum

Dalam bulan Ramadhan yang mulia nie, aku ingin mintak maaf dari aunty An kalau hati aunty An terguris dengan komen aku yang terdahulu.

AuntyN said...

To All who have come and visit.

Thank you.

To blogger analyst, how about giving me your blog name. I'll visit you one day.

Kak Mutiara, thank you. you are a sister. A real good one

Wake-up call, thanks for the "wake-up call".

Your comments have given me an idea. I hope it will be soon turned into a blog entry.

Thanks again

Salam Ramadhan to all

AN