Maznah bertanya kepada Fazli mengapa dia tak datang kerja hari sebelumnya.
Maznah : Fazli sakit ke semalam? Naper tak datang kerja? Mr Oon tanya pasal Fazli kat Kak Maz.
Fazli : Tak lah kak tak sakit. Saya nak berenti kerja lah
Maznah : Naper? Diorang tak ajar ke atau apa?
Fazli : Bukan pasal tu. Cuma saya nak buka biznes lah kak. Tu yang semalam tak datang pergi jumpa kawan yang nak share buat biznes tu.
Maznah : Betul ke ni? Dah fikir habis dah ka? Mak dah tahu ke?
Fazli : Dah fikir dah. Mak belum tahu lagi, nanti balik saya cakap lah.
Maznah : Kalau macam tu, Fazli beritahu Mr Oon, manager tu, bagi surat kat dia. Since masih dalam probation boleh buat 24 hour notis tu. Lepas Mr Oon sign surat bawak sini jumpa En Yusof HRM. Nanti Kak Maz cakap dengan dia.
Bila pulang, Maznah beritahu kepada Farid tentang keputusan Fazli. Oleh kerana dia sudah buat keputusan macam tu, Farid tak kata apa-apa. Lama kelamaan hubungan adik beradik tu beransur pulih. Walaupun tidak pernah salah seorang memohon maaf, bagaikan air dicincang tak kan putus, mereka berdua bertegur sapa kembali.
Beberapa bulan kemudian, Farid telah ditawarkan berkursus selama seminggu di Kuala Lumpur. Dia mengajak maknya sekali untuk menemani dia yang akan memandu sendirian. Pada masa yang sama, mak Farid boleh menjenguk anak menantu dan cucu-cucu di KL. Tiba hari berangkat mak Farid mengajak Farid ke bank untuk mengambil sedikit wang untuk dia berbelanja.
Farid : Mak kan ada kad ATM, kita ambik kat KL sajalah nanti melalui mesin ATM.
Mak Jah : Kad tu dah hilang. Entah mana mak letak, mak tak ingat. Dah lama mak cari tapi tak jumpa jugak.
Farid : Tak pa lah mak, jom pergi bank dulu.
Jadi terpaksalah Mak Jah dan Farid beratur menunggu giliran untuk mengambil duit di kaunter. Farid menolong ibunya menulis borang bank.
Farid : Berapa mak nak keluarkan duit ni?
Mak Jah : Ambik lah RM1000 atau 1500.
Farid : RM1000 sudah lah mak.
Sesampai giliran mak Farid di kaunter bank.
Pegawai Bank : Makcik, duit dah tak ada dah dalam akaun ni.
Mak Jah : Eh, patut ada ada lagi RM30,000 dalam akaun makcik ni.
Pegawai Bank : Dah habis makcik, tapi dua tiga bulan lepas memang ada orang keluarkan melalui mesin ATM. Bukan makcik ke?
Mak Jah menjadi pucat. Tak terkata apa-apa dia masa tu. Farid membawa maknya keluar ke kereta. Lalu dia lantas menelefon Fazli.
Farid : Li, kau kat mana ni ?.
Fazli : Nape ?
Farid : Kau ambik duit mak dalam bank ke?
Fazli cuba berdaleh
Fazli : Tak lah. Mana pulak aku ambik. Kalau aku ambik untuk mak aku selalu bawak mak pergi bank sekali.
Farid dengan nada yang marah.
Farid : Kau cakap betul-betul. Aku dengan mak ada di bank sekarang ni. Duit mak dah habis semua dalam akaun. Kalau ambik tu cakap lah. Ni tak nak mengaku pulak!!. Kalau bukan kau sapa lagi? !! Mencuri namanya ni tau!!!!
Selepas di desak, baru Fazli mengaku yang dia telah mengambil duit mak dia dari mesin ATM. Kad ATM yang dikatakan hilang tu rupanya ada pada Fazli.
Dalam perjalanan ke KL Mak Jah diam saja tanpa banyak berbual. Farid memberikan wang saku yang ibunya perlukan semasa dia berada di Kuala Lumpur.
Selang setahun dari kejadian tersebut, Mak Jah jatuh sakit, dia tidak berdaya untuk menguruskan dirinya sendiri, jadi dia selalu dibawa anak-anak tinggal bersama mereka bergilir-gilir. Beberapa bulan kemudian Mak Jah menghembuskan nafas terakhir, di rumahnya sendiri.
Maka tinggal lah Fazli bersama keluarganya di rumah pusaka ibu mereka itu. Wang sewa rumah disekeliling rumah pun di ambil l oleh Fazli setiap bulan. Farid dan adik beradik yang lain tidak sedikit pun membantah atau merungut.
Bersambung nanti.......
May 03, 2006
May 02, 2006
Sabar itu separuh dari Iman
Sabar je lah dengan blogspot ni..........
Aku post satu entry (bukan sambungan cerita) click publish, tapi tak keluar-keluar.
Check posting index kat dashboard, ada dah kat situ, tapi tak keluar kat blog.
Sabar je lah .....................
Aku post satu entry (bukan sambungan cerita) click publish, tapi tak keluar-keluar.
Check posting index kat dashboard, ada dah kat situ, tapi tak keluar kat blog.
Sabar je lah .....................
Birthday Wish
Sebelum aku sambung dengan Kisah dan Tauladan 3 tu (esok aku sambung), hari ni aku nak buat birthday dedication dulu. Sebabnya nanti merajuk pulak anak aku yang paling manja tu. Birthday kakak-kakak dia aku wish kat blog dia punya aku tak buat, so tak fair lah kan.
Semalam 1 May 2006, Syia menyambut hari lahir yang ke 12. Semakin remaja anak dara aku yang last ni. Weekend (Saturday and Sunday) dia tak ada kat rumah, ada program anak angkat kat sekolah. Masa aku ambik dia tu siap remind aku lagi yang esoknya (monday) birthday dia. Sibuk yang amat nak ajak pergi buat mykad.
Semalam, ramai bukan main saudara yang datang berkunjung kat rumah aku. Kakak-kakak ipar (hubby's sisters) datang. Bapak saudara hubby masuk ICU jadi diorang ambik kesempatan balik melawat. Lepas tu kakak dan adik-adik aku pun datang melawat emak. Jadi, punya lah banyak kerja rumah aku, macam nak terkeluar tumit kaki aku rasanya. Langsung tak de masa nak tengok PC pun.
Bila diorang tahu semalam hari lahir Syia, kakak-kakak ipar pun usik lah dia tu. Dia kan anak manja (youngest lah kan). Mak Ngah kata, dah besar dah, dah pandai gosok baju sendiri (masa tu Syia gosok baju sekolah). Mestilah kena pandai sebab mak dia tak kan tolong gosokkan baju sekolah sejak bibik balik ke Indon. Sambil tu Mak Ngah pun tanya, "Ni dah "anak dara" ke belum ni? " Senyum je Syia dengar soalan tu. Sambung Mak Ngah, "Faham ke makna "anak dara" tu?". Senyap je Syia tak jawab, aku yang kat belakang dia geleng-geleng kepala saja dan cakap belum lagi. Si Syia ni mungkin macam angah dia, tingkatan 1 baru baligh. Tapi entahlah tak tentu lagi sebab badan dia besar. She has to loose the baby fat in a few years to come.
OK lah,
To Syia
HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BIRTHDAY
INSYAALLAH, YOU WILL ACHIEVE WHAT YOU DREAM FOR IN LIFE
DOA FROM MAMA AND BABA
THAT YOU WILL ALWAYS BE HAPPY
SUCCESSFUL IN LIFE (DUNIYA & AKHIRAH)
HAPPY BIRTHDAY WITH LOVE
From Mama

Subscribe to:
Posts (Atom)