May 03, 2006

Kisah Dan Tauladan 3

Maznah bertanya kepada Fazli mengapa dia tak datang kerja hari sebelumnya.

Maznah : Fazli sakit ke semalam? Naper tak datang kerja? Mr Oon tanya pasal Fazli kat Kak Maz.

Fazli : Tak lah kak tak sakit. Saya nak berenti kerja lah

Maznah : Naper? Diorang tak ajar ke atau apa?

Fazli : Bukan pasal tu. Cuma saya nak buka biznes lah kak. Tu yang semalam tak datang pergi jumpa kawan yang nak share buat biznes tu.

Maznah : Betul ke ni? Dah fikir habis dah ka? Mak dah tahu ke?

Fazli : Dah fikir dah. Mak belum tahu lagi, nanti balik saya cakap lah.

Maznah : Kalau macam tu, Fazli beritahu Mr Oon, manager tu, bagi surat kat dia. Since masih dalam probation boleh buat 24 hour notis tu. Lepas Mr Oon sign surat bawak sini jumpa En Yusof HRM. Nanti Kak Maz cakap dengan dia.

Bila pulang, Maznah beritahu kepada Farid tentang keputusan Fazli. Oleh kerana dia sudah buat keputusan macam tu, Farid tak kata apa-apa. Lama kelamaan hubungan adik beradik tu beransur pulih. Walaupun tidak pernah salah seorang memohon maaf, bagaikan air dicincang tak kan putus, mereka berdua bertegur sapa kembali.

Beberapa bulan kemudian, Farid telah ditawarkan berkursus selama seminggu di Kuala Lumpur. Dia mengajak maknya sekali untuk menemani dia yang akan memandu sendirian. Pada masa yang sama, mak Farid boleh menjenguk anak menantu dan cucu-cucu di KL. Tiba hari berangkat mak Farid mengajak Farid ke bank untuk mengambil sedikit wang untuk dia berbelanja.

Farid : Mak kan ada kad ATM, kita ambik kat KL sajalah nanti melalui mesin ATM.

Mak Jah : Kad tu dah hilang. Entah mana mak letak, mak tak ingat. Dah lama mak cari tapi tak jumpa jugak.

Farid : Tak pa lah mak, jom pergi bank dulu.

Jadi terpaksalah Mak Jah dan Farid beratur menunggu giliran untuk mengambil duit di kaunter. Farid menolong ibunya menulis borang bank.

Farid : Berapa mak nak keluarkan duit ni?

Mak Jah : Ambik lah RM1000 atau 1500.

Farid : RM1000 sudah lah mak.

Sesampai giliran mak Farid di kaunter bank.

Pegawai Bank : Makcik, duit dah tak ada dah dalam akaun ni.

Mak Jah : Eh, patut ada ada lagi RM30,000 dalam akaun makcik ni.

Pegawai Bank : Dah habis makcik, tapi dua tiga bulan lepas memang ada orang keluarkan melalui mesin ATM. Bukan makcik ke?

Mak Jah menjadi pucat. Tak terkata apa-apa dia masa tu. Farid membawa maknya keluar ke kereta. Lalu dia lantas menelefon Fazli.

Farid : Li, kau kat mana ni ?.

Fazli : Nape ?

Farid : Kau ambik duit mak dalam bank ke?

Fazli cuba berdaleh

Fazli : Tak lah. Mana pulak aku ambik. Kalau aku ambik untuk mak aku selalu bawak mak pergi bank sekali.

Farid dengan nada yang marah.

Farid : Kau cakap betul-betul. Aku dengan mak ada di bank sekarang ni. Duit mak dah habis semua dalam akaun. Kalau ambik tu cakap lah. Ni tak nak mengaku pulak!!. Kalau bukan kau sapa lagi? !! Mencuri namanya ni tau!!!!

Selepas di desak, baru Fazli mengaku yang dia telah mengambil duit mak dia dari mesin ATM. Kad ATM yang dikatakan hilang tu rupanya ada pada Fazli.

Dalam perjalanan ke KL Mak Jah diam saja tanpa banyak berbual. Farid memberikan wang saku yang ibunya perlukan semasa dia berada di Kuala Lumpur.

Selang setahun dari kejadian tersebut, Mak Jah jatuh sakit, dia tidak berdaya untuk menguruskan dirinya sendiri, jadi dia selalu dibawa anak-anak tinggal bersama mereka bergilir-gilir. Beberapa bulan kemudian Mak Jah menghembuskan nafas terakhir, di rumahnya sendiri.

Maka tinggal lah Fazli bersama keluarganya di rumah pusaka ibu mereka itu. Wang sewa rumah disekeliling rumah pun di ambil l oleh Fazli setiap bulan. Farid dan adik beradik yang lain tidak sedikit pun membantah atau merungut.

Bersambung nanti.......

13 comments:

Alinlai said...

auntyN,

skrip ni polish bagi kat Rashid sibir atau Md Noor Kadir bleh meletup, untuk slot cerekarama i really mean it, buat pedoman untuk semua...

Anonymous said...

aduh, apsal lah amik duit mak tak bagitau tu. kejam betul.

Anonymous said...

Dah la ambik duit, sampai banyak tu sekali... hish....

NONIE AZIZ said...

sampai hati dia..curi duit mak dia sendiri...nanti sambung na aunty n..

aNIe said...

Larr...sian Mak Jah tu...sampai 30,000 dia ambik...

Macamni punya anak pun ade kat dunia ni...

BTW...Kak N...Happy Belated Birthday buat Syia...Moga menjadi anak dara Mama yang di banggakan...sihat & ceria serta berjaya dlm hidup...

Anonymous said...

Aslm,aunty N..Dah lama dah dok ikut blog aunty ni, cuma tak tinggalkan bekas2 untuk dikesan:P..firstly, happy belated birthday untuk si bongsu Syia. Secondly, congrates utk aunty N sebab menjadikan kisah yg tertera ini sbg tauladan untuk semua org. Takut plak nak baca tapi nak tau jugak apa kesudahannya..Lastly, majulah aunty N dalam bidang penulisan ni:)PPPeeeaaaceeeee

Pnut said...

kak N- saya ada cadangan, akak kumpulkan semua tulisan kisah dan tauladan, n letak tepi untuk memudahkan nak klik, kira mcm koleksi kisah menarik di blog ni la...

Mama Rock said...

susah nak cakap pasal anak2 ni, sian ke makjah, sure makan hati tu

Cherry said...

ish ish ish ... patut memang tak patut. mak nya dah halalkan tak duit-duit tu ?

Kopi Suam said...

hmm kalau kita tak boleh jadi anak yang menyenangkan kedua ibu bapa jangan sekali-kali jadi anak yang menysuahkan kedua orang tua kita...

iskhhh sampai hati buat mak dia macam tu...

AuntyN said...

Terimakasih semua yang datang baca dan komen. Oleh kerana kisah ni ada olahan (tokok tambah sebagai penyedap :-)) maaflah tak dapat AN nak balas komen secara individu.

MA said...

*tulis nama dalam buku kedatangan lepas tu duduk kat barisan belakang sekali*

AuntyN said...

MA : hahaha, duduk belakang tu nampak Bergen tak? :-). Jangan buat bising sudah :-)