July 31, 2006

Sudahlah Sakit, Jatuh Lagi

Hari Rabu lepas masa aku sibuk nak bawak mak ke klinik mata nak operation tu aku dah jatuh. Mana tak rush, appointment pukul 9 pagi, 8.30 pagi tak keluar rumah lagi. 8.40 pagi baru keluar dari gate rumah aku, masa tu klinik dah telefon nak datang ke tidak. Siap aku cakap on the way dah nak sampai. Padahal masih dok kat pintu pagar rumah aku lagi. Sabar je lah. Nasib baik jalan tak jam macam selalu tu, kalau tidak sure lepas pukul 9.00 baru sampai. Ini ngam-ngam saja sampainya di klinik tu. Semua dah siap, doktor dah operate 2 orang dah masa tu. Mak aku patient no 3. Kejap saja operation tu. Aku ingat lama, aku turun pergi kedai mamak makan roti telur dengan Angah, Abang Long dan adik aku Syah pun datang join sekali. Diorang telefon tanya aku kat mana masa tu. Bila kami balik ke klinik semula, mak dah siap turun dari bilik operation yang kat tingkat atas tu.

Masa aku jatuh kat rumah tu aku tergelincir sebab lantai licin depan bilik air kat rumah aku tu. Hari tu memang aku tak terasa apa pun, aku relaks saja bawak mak merata-rata. Lepas mak dah siap tu, sempat jugak lagi aku bawak Angah pergi klinik ambik ubat. Angah pening kepala, blood pressure pun rendah kata doktor, mata dia tu rabun nak kena buat spek tu, dah 2 hari tak pergi sekolah. Oleh kerana klinik panel tu dalam satu kawasan jugak lalu aku bawak Angah pergi ambik ubat dan MC untuk dia. Malas dah aku nak tulis surat sebab dia ponteng sekolah tu. Lepas ambik ubat Angah terus buat spek untuk Angah pulak. Banyak lah tempat yang akau pergi. Mula tu ingat nak ke Butterworth sekejap, tapi mak dah mangadu lapar, tak jadi bawak mak sekali, balik rumah dulu, kemudian aku keluar sendirian, sempat jugak aku shopping kat Carrefour beli groceries.

Sehari dua tu tak terasa lagi kaki aku ni sakit dek kerana jatuh terduduk tu. Bila dah urat tu masuk angin agaknya mulalah aku terasa sakit seluruh kaki aku. Bila aku picit-picit kat b*nt*t tu terasa macam lebam gitu. Nak jalan pun dah rasa macam susah dah. Terhencut-hencut aku masa berjalan. Sebelah kanan badan aku dari pinggang sampai hujung kaki terasa sakitnya. Tak tahan, aku panaskan garam yang Pak Ya kasi dulu tu aku tuam kat bahagian yang sakit. Lega sikit, tapi masih jugak sakit.

Hari Sabtu kami menghadiri kenduri kahwin anak sedara aku. Anak kedua abang Ngah kawin. Oleh kerana anak sedara sendiri terpaksa jugak hadir kan. Pagi lepas aku mandi hubby tolong urutkan bahagian yang sakit tu. Dia bukan pandai urut, jadi dia picit-picit badan aku, macam orang geletek, aku dah sakit, geli pulak tu, bertambah sakit jadinya dok mengelak dari geletekan hubby. Langsung aku kena pulak ajar dia cara nak mengurut. Petua dari arwah nenek saudara aku yang memang pandai mengurut. Tekan kat urat tu, urutan dari atas tarik ke bawah. Tangan orang lelaki mengurut, mak datuk, sakit kemain lagi. Tapi sedap lah. Lega lah sikit. Laju lah sikit aku jalan tu, buat breakfast nak lapik perut sebelum bertolak. Tapi masih lah terhencut-hencut aku jalan, masih senget lagi. Tak pa lah asal kurang dah sikit.

Kat rumah kenduri aku duduk lah banyak. Nak buat apa lagi menyembang dengan sedara mara, adik beradik je lah. Bila dah surut tetamu yang datang tu, Kak Ngah suruh aku ambik nasik lauk yang banyak tak habis tu untuk bawak balik. Sebab katanya malam ada menu lain, banyak lagi lauk pauk dan nasik yang tak habis. Tapi kena pack sendirilah. Ya lah kan dah orang suruh ambik tak kan nak harapkan orang packkan jugak. Masa aku nak melangkah longkang nak menyeberang ke tempat nasik lauk tu, aku pijaklah papan yang menutupi longkang tu dengan kaki yang sakit tu, tiba-tiba papan tu tercongkit, langsung aku jatuh lagi sekali. Oleh kerana kaki aku sakit, tak nak tahankan badan supaya jangan jatuh, sebelah kaki aku masuk longkang dan badan terduduk atas rumput. Longkang tak dalam, tak ada air pun. Dahlah ramai orang tengok, sepupu aku siap perli, kata aku tak mandi ke pagi tadi dan bermacam-macam lagi lah. Kata adik Kak Ngah, orang lain jalan situ OK saja dari tadi, macam mana pulak aku boleh jatuh. Mana diorang tahu kaki aku sakit kannn. Kena gelak sekali lagi. Aku buat selamba je lah, walaupun termalu jugak aku sebab jatuh tu. Dah nak jatuh nak buat camna kannn....

Bertambah lah lagi kesakitan aku. Dah lah sakit kaki jatuh hari tu, tambah lagi jatuh kat rumah kenduri tepi longkang. Balik rumah sambil terhencut-hencut tu aku panaskan makanan, aku suruh diorang makan "kuah taruk atas" je lah, tak kuasa dah aku nak menghidang makanan tu semua. Aku tuam dengan garam panas urat-urat aku tu, esoknya hubby urut lagi. Boleh tahan dah tak lah terasa sangat dah. Tapi masih sakit jugaklah masa duduk tahaiyat akhir tu. Jadi pergerakkan aku agak perlahan lah. Maklumlah urat-urat dah lama semuanya, salah sikit sakitnya berganda. Mungkin lepas ni nak kena pergi urut seluruh badan pulak lah, gamaknya, untuk kendurkan sikit urat-urat kat badan aku ni.

Entahlah apa halnya musibah aku minggu ni dua kali jatuh tu....

20 comments:

Kak Teh said...

Kak teh punada accident sikit - dah jatuh ditimpa piano!

AuntyN said...

Kak Teh : Laaa, kesian kak teh. Pecah tak piano tu kak teh? :-)

Alinlai said...

erk... awat dok jatuh saja la ni? sabaq sabaq...sikit hari lagi seroh la sakit tu :)

AuntyN said...

alinlai : Malang tak berbau :-)

Ordinary Superhero said...

Heran. Kenapa I could not read your entry after your "expensive" renovation. Mungkin terlalu advance for my computer kot.?

ety said...

Salam AN,
Pi urut betul2...ME jatuh nearly 20 yrs ago...bila dah berumoq ni baru terasa...jaga diri bebaik.
Mak Ety

Jo Kontan said...

Nak terpijak rejeki tuu AN...

Mulut Jo rasin macam masin2 arini?

AuntieYan said...

N,...sorry le...KY dok gelak dulu...memang kesiannn sesangat.kat N....hati-hatilah...almaklum kita ni walau dah berumur, kalau bab buat kerja rumah masih laku lagi...Elok N pi check dengan doktor jugak...bab urat saraf ni takut melarat jadi serius pulak nanti.

psst...wah main urut-urutan noooo!!! ;-)

AuntyN said...

OSH : Tadi Kak Teh pun komplen tak boleh baca, lepas tu boleh pulak. Isyy nak kena tukar lagi ke ni?

Ety : nanti nak pergi mengurut lepas ni. terimakasih.

TJ : Ameeeen, ya RabbalAlamin... :-)

AuntyN said...

Kak Yan : Tak pa nak gelak tu. Kalau pi doktor dia bagi ubat sakit urat lah kak yan. Nak try pi urut. Ada chance pi saloon buat sauna sekali hehehe.

Mutiara said...

AN
KakSal, saja tak mau habark, la ni pun terhencut-hencut, jatuh bedebuk hari tu.Max ni nak kena potong kati dah, dia dok korek lubang sana sini.
Hopefully we will be better soon ;)

AuntyN said...

Kak Sal : Max dok korek lubang buat apa tu? You too take care and get well soon :-)

Ailin : Sorry tak tau nak kata apa, cuma nak gelak saja ni, HAHAHAHA

aNIe said...

Kak N...wah tulisan blog kak N dah besar...syoknya membaca...hehehe...

Lama tak melawat ke 'rumah' kak N sejak dah siap renovation ni...blog dah cantik...tapi masih mengekalkan ciri-ciri lama...conservatif gitu...hehehe...

Samalah kita ni kak N...lady pun jari kaki terseliuh ni, nak kene urut dah bengkak dah...terhencot hencot berjalan...bulan ni...bulan makcik2 jatuh ke?..hehehe..

Sama-samalah kita berurut ye kak N...moga cepat sembuh

Sya said...

Kak N siannya lah... lama tak masuk blog ni dah cantik..

AuntyN said...

Lady : Jatuh jugak ke? Habis tu masih boleh dok blogging lagi? hehehe. Hungry ghost month ni banyak hantu kut, tu yang ramai makcik2 jatuh tu hehehe

Sya : amboi lawa gambar tu. Terimakasih.

UglyButAdorable said...

kesian AN..sudah lah jatuh..ditimpa tangga..nasib bukan tangga betul..takper AN org kata sakit basuh dosa kecill..hehh..hehhh

psst..suh abg urut tak jadi lain kaa??

AuntyN said...

adorable : abang urut, errr... emmm..... errr hehehe

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP online games

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Jefferson county wa tax assessor Set up texas holdem Silly basketball plays

Unknown said...

Asalm kak n mcm ne kaki skrg dh elok ke?'sye pon mslh yg sama dh mngurut n mkn ubat mcm2 k
Tk baik jugak...klo akk n dh baik nk thu ubat ape mkn