January 05, 2007

Akhir Dan Awal

Akhir Tahun 2006.

Sehari sebelum Raya AidilAdha, macam biasa lah aku akan sibuk. Plan dengan hubby nak pergi pasar untuk beli barangan dapur untuk raya tu, tapi mak nak ajak ke klinik pulak. Terpaksa aku tukar rancangan. Hubby buat marketing aku bawak mak ke klinik. Sambil dah nak pergi klinik tu aku ajak Ayin dengan Syia so that aku boleh terus belikan persiapan sekolah diorang sekali. Itulah dah last minute apa pun tak siap lagi tu.
Selasai hal klinik, pergi kedai nak beli pakaian sekolah, cuma ada kain, baju tak ada saiz pulak. Lepas tu tudung untuk Ayin pun tak ada jugak. Cuak jugak aku takut diorang tak buka kedai pada hari tahun baru. Aku terpaksa tanya kalau-kalau diorang buka kedai hari tahun baru sebab sales girl tu kata stock akan sampai petang hari tu. Since kedai tu buka pada isnin 1 haribulan Januari aku tak payah nak datang semula petang tu untuk membeli kelengkapan persekolahan budak-budak tu.
Terkejar-kejar ke sana sini untuk setengah hari, balik dah nak kena masak untuk raya haji pulak. Biasalah aku ni apa raya pun mesti jadi "ibu rumah" Semua adik beradik bertumpu ke rumah aku. Cuma pada raya haji, tak semua adik beradik yang balik kampung jadi cuma yang duduk dekat-dekat saja yang datang. Itu pun dah ramai. Mana nak masak, mana nak bersihkan kawasan rumah, jadinya kena multi-tasking lah aku ni. Siap saja aku masukkan bahan-bahan untuk rendang ayam dan daging, aku perlahankan api, biarkan rendang merenek atas dapur, kurang-kurang 3 jam baru rendang daging tu masak. Lalu aku keluar sapu keliling rumah, sekali sekala masuk jugaklah tengok-tengok kan rendang tu, tak nak lah rentung habis rendang tu. Rumah aku ni, banyak pokok jadi daun kering pun bertimbun-timbun. Especially yang kami asyik dok kumpulkan kat bawah pokok tu. Jadinyaaku dan hubby dan anak-anak pun sapu, kumpul setempat dan bakar sampah sarap tu semua. Lega rasanya tengok kawasan rumah clear dari sampah. Tapi tak lamalah esok tu daun-daun jatuh lagi kena bersihkan lagi. Tapi tak lah teruk sangat bila banyak dah yang dibakar tu.
Pagi raya Qurban, aku hidangkan semua lauk pauk dan masak nasi minyak. Tak lah banyak macam raya Aidilfitri, ala kadar sajalah ketupat palas pun tak sampai 50 biji. Nasi impit pun ada. Dah siap hidang semua, aku mop rumah pulak. Dah teruk sangat dah (kata orang utara dah belutin dah) lantai tu hehe. Jadi mop lah sikit, malu sebab orang nak datang, tengok lantai kotor hehe. Tak ada sapa pun sampai lagi walaupun ada yang dah telefon tanya apa aku masak untuk raya tu. Aku pun baring-baring kat katil tu kejap nak rehatkan badan. Rehat punya rehat, pukul 3.00 petang baru sedar tu pun Syia yang datang kejutkan. Katanya, Pak Long and Mam Long dah datang, makan dan dah balik pun. Yang ada kat rumah adik S dan keluarga dengan anak-anak abang long. Kena lah bangun jugak kan. Tapi diorang dah biasa kat rumah aku tu pandai sajalah senduk sendiri nasik dari periuk kat dapur tu. Tuan rumah dua-dua membuta di hari raya tu.
Sampai agak dah petang masih ada anak sedara yang ada kat rumah. Tak kisahlah lah diorang tu nak lepak-lepak, aku dengan hubby sambung kerja bersih keliling rumah. Cuci semua longkang-longkang aku belasah, hehe, while hubby biasalah membelek pokok-pokok dia tu. Malam tu sakit-sakit jugak badan kami ni sebab kerja teruk 2 hari berturut-turut. Itulah kan selalu tu duduk kat ofis dalam air-cond, sedap-sedap, bila kena kerja berat sikit dah sakit-sakit badan kann.
Awal tahun 2007
Kalau tak beli peralatan sekolah, hari Isnin 1 Januari, maka Syia tak boleh nak pergi sekolah lah. Dia nak masuk tingkatan 1 jadinya semua nak kena baru. Jadinya, awal-awal pagi tu aku pun bawak Ayin dengan Syia untuk sambung shopping. Selesai shopping semua, balik nak kema pulak modify lengan baju Ayin sikit mengikut peraturan sekolah dia, badge nak kena jahitkan jugak dan lain-lain lagi.
2 Januari bekerjar pulak bawak Syia pergi suai-kenal kat sekolah baru dia. Beli buku bayar yuran dan lain-lain. Dah tu, tudung pulak nak kena modify. Tahun ni sekolah tu buat peraturan baru untuk tudung sekolah. Ada letak lis biru kat hujung tudung. Sekolah jual sehelai sorang saja, kalau nak lebih kena tempah. Aku pun dah beli 2 helai baru ni, jadinya aku buat sendiri sajalah modification tu. Bukan apa pun, sebabnya diorang tu nak selaraskan semua tudung tu. Makin tinggi tingkatan budak-budak tu makin menyingkat pulak tudung diorang tu. Biasalah remaja sekarang banyak kerenah, dengan tudung sekolah pun nak berfesyen.
Hari pertama sekolah, sepatutnya Syia naik van ke sekolah. Tunggu punya tunggu dari 6.50 pagi sampai 7.15 pagi tak nampak rupa makcik drebar van pun. Bila hubby sampai balik dari menghantar Ayin tu terus aku suruh dia hantar Syia ke sekolah. Dah pergi tak naik van, balik kena berambik lah pulak. Nak naik bas dari sekolah Syia ke rumah aku kena tukar 2 bas. Aku pun tak pasti bas mana yang lalu kut situ. Nak suruh Syia tumpang tinggal dengan kawan-kawan kat asrama (sekolah tu ada asrama, Syia kalau apply sure boleh dapat), tapi budak-budak tahun 1 masuk asrama 7 haribulan. Kawan-kawan dia semua duduk rumah lagi. Aku kena jugak lah ambik dia dari sekolah. Time-off dari ofis lah dalam sejam lebih tu. Tak apalah sebab aku pun bukan ada kerja dah sekarang ni kat ofis tu kan hehehe.
Hari kedua sekolah dah akhir minggu pertama ni barulah nampak smooth "sailing" sikit rutin harian kami. Tahun depan tu rasanya tak teruk dah sebab tak ada yang baru nak masuk sekolah dah. Tak payah nak kalut-kalut macam tahun ni saja. Yang pasti tu cuma aku ni selalu saja sediakan kelengkapan sekolah tu last minute, tu yang buat kalut tu. Sendiri kena ingat lah kalau nak senang tu kannn...

13 comments:

tokasid said...

Salam kak AN,

memang lagu tu lah kalu ujung taon kan esp bila anak2 nak sekolah.
kena pula raya qurban and new year hari berturut.
(Saya pun haru,nak pi buat seluar sekolah orang bujang semua tailor katop kedai)
Pasai Syia InsyaALLAH 2nd week transport settle kot.

Lepaih ni saya pulak kalot kalu anak dapat di asrama( harap2 Kolej Islam Kelang lah, ameen).Tapi nak kena tunggu samada dpt offer atau dak la...tapi tok dia dah dok melahu and melengung dah ...takut cucu kena dok jauh2.Tokwan relax saja. mak dan ayah lagi la relax. Orang bujang tu...tak tau la apa dia pikiag tapi dia tau dah mak pak dok keran suruh dok SBP

tokasid said...

Sorry kak AN, same comment tertekan dua kali. Kak AN tolong delete satu naa....

KakNi said...

AuntyN, saya pun kalut jugak lah pasal anak yang no. 2 tu masuk darjah satu tahun ni. Nasib baik dia tak teriak macam masa masuk pra-sekolah dulu.

AuntyN said...

tokasid : Beres dah transport Syia tu, 2nd day dah OK dah. Hope your son dapat apa yang dia mahu.

Dah delete komen terlebih tu hehe.

Ahni : Tu lah, anak2 nak sekolah mak bapak kalut memanjang.

aNIe said...

Kak N...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2007...Awal tahun ni kelam kabut sikit sebab ...Raya Haji & hari pertama buka sekolah dekat2 aje...jadi saper2 yang buat last minute shopping memanglah kelam kabut. Seb baik lady ni sorang je yang masih bersekolah...jadi nak beli baju & peralatan sekolah tak sampai 1/2 hari pun

Count Byron said...

AN.. Happy new year to you and family. May you have great years ahead. May Mak be healthy and happy among anak cucu yg menyayangi. Your multitasking is excellent AN.

ailin...(still) in aalborg said...

Wah! Nak baca entri ni pun dah letih!

AuntyN said...

Lady : Selamat Tahun Baru jugak. Lucky lah sorang saja yang bersekolah. Senang tu.

Nana Count : Thank you. Happy New Year 2007 too. InsyaAllah mak sihat selalu.

Ailin : Tu lah kalau dah selalu last minit tu mestilah letih sebab kelam kabut hehehe

Mama Rock said...

auntyn, selamat tahun baru and belated hari raya ya...memang tahun baru ni mak-bapak sibuk mengelola anak2...year in year out, sampai la abis emua sekolah nanti. masa tu kot new year makcik2 bloggers boleh gi celebrate minum kopi ka, etc etc :)

AuntyN said...

mama rock : Happy New Year to you too. By the time boleh pergi minum kopi tu, mungkin kena jaga cucu pulak atau jaga anak/menantu dalam pantang hehehe.

Anonymous said...

hmmm sekolah mengkuang pun ada asrama ka? kena pi melawat kawasan kalau balik he he he...

AuntyN said...

alinlai : Ada asrama untuk perempuan dan lelaki jugak. Sekolah tu macam-macam ada la ni :-)

Anonymous said...

he he he bahaya tu kalau macam2 ada :)