Seloka ni aku gubah dan hantar melalui email kepada semua warga kilang (yang ada email add). Ini hanya untuk mengimbau kenangan semasa aku menjadi salah seorang pekerja di syarikat ini. Aku masukkan kat blog ni buat kenangan aku.
Salam diberi mula bicara
Untuk semua para pembaca
Izinkan saya menggubah seloka
Mengibau kenangan buat seketika
Bukan niat untuk mengata
Hanya untuk bergurau senda
Jika ada mungkin terasa
Maaf juga yang saya pinta
To All my non-Malay friends
Don't fret if you don't understand
The verses are just my reminescence
Of the times in this company I have spent
Saya diinterview mula sekali
Setengah hari tak habis lagi
Bermula dengan IMY, kemudian MRAZ, Fulvio dan Luigi
Entah apa yang nak di amati
Dapat kerja tersangatlah suka
Mula duduknya di QA sana
Ofis asalnya Mr PKC yang punya
Mak Oi, banyaknya "sampah" berbagai rupa
Sakit badan PS dan saya
Membuang sampah nak bagi lega
Customer nak visit kami mulakan kerja
Sergio & Luigi gelengkan kepala
Mulanya factory tidak keruan
Berjalan kebelakang banyak yang merintang
Bila diubah disusun di buang
Baru elok mata memandang
Mulanya kerja tidak berhenti
Malam siang menabur budi
Penat lelah tidak dipeduli
Akhir bulan OT menanti
Ke UK sudah ke Itali pun juga
Mencari peluang menambah kerja
Mula setuju nak bagi kat kita
Akhirnya kata outsource semuanya
Kini kita semua dah tahu
Company baru pulak memegang teraju
Habis semua gusar dan buntu
Terpaksa berpisah walau tak mahu
Sembilan tahun kita bersama
Mencari rezeki menabur jasa
Terimakasih saya pada semua
Support diberi bandinganya tiada
Hanya disini seloka saya
Buat kenangan kawan-kawan semua
Bukan niat untuk mengata
Hanya buat kenangan semata
Jika ada terkasar bahasa
Semasa kita berkhidmat bersama
Ampun dan maaf saya pinta
Supaya terhapus segala dosa
*************
Kepada semua para pembaca
Selamat Menyambut Aldil-Adha
2007 bakal menjelma
Semoga rezeki bertambah sempurna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Let the good times ahead roll in. I blew up my super cover, hmmm...
Salam to you and your family, ma'am.
Turn around from that closed door.
Theres no point to stare any longer.
Just take a break and enjoy the moment.
Then look around..hunting season just started !
Happy hunting. The joy is not so much in bagging it..it's the stalking, the surrounding,the familiarity of the track..ah..
again ..happy hunting dear.
Bergen : Same to you, let the good time roll.
Next time don't put the "ma'am" there. hehehe
En Ari : thanks for the encouragement. I will have 3 months to do the hunting dor whatever I want to do.
Soul searching
Job hunting
Opportunity seeking
researching....
Selamat Hari Raya Haji & Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 :-)
selamat hari raya dan selamat tahun baru.
Kak AN,
Nampaknya raya Qurban ni kak AN betoi2 berqurban. Tak ramai orang sanggup tempuh macam ni. Dengan sekolah nak buka dengan nak cari kerja..tapi tu la..Setiap yg berlaku dalam hidup kita ada hikmah yg lambat laun kita akan tahu dan bersyukur ia berlaku.Walaupun la ni masa berlaku kita mungkin upset.
(macam 3-4 hari ni bila internet disrupted cek rasa upset juga. Tapi dgn tak mengadap comp boleh bawak anak pi guntin rambut, pi tolong orang qurban and bawa orang rumah pi pasar malam.Alhamdulillah)
AuntyN, Salam Aidil Adha dan selamat menyambut tahun yang baru. Semoga diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Selamat menyambut tahun baru. May the new year brings lots of happiness and new opportunities...
salam aidil adha & selamat tahun baru...
semuga dimurahkan rezeki, yang melimpah ruah, dari yg halal2 dan baik2 belaka. dan beroleh kesejahteraan dan kebahgiaan. sukses selalu hendaknya!
wslm,
ibu
Joe, Kak Teh, OSH : terimakasih and same to you all.
Tokasid : Tu lah, jangan dok mengadap PC tu lama-lama, nanti ketagih susah nak ubat tu hehe.
Nong : InsyaAllah. Thanks.
Ibu : InsyAllah, rezeki pasti ada di mana-mana. Nak kena usaha cari lebih sikit saja kan.
AN,
Sorry I could not reply to your email as I had problems logging on remotely to reply. But it was indeed very nice to see that u managed a seloka ....
I heard there were many tears at the factory. There weren't much in KL but still it was sad to leave such a happy place and a proud name behind.
Good luck in your future endavour.
Do keep us updated, esp here.
Hugs,
AMZA
wah syahdunya :(
Selamat Tahun Baru 2007 :)
selamat tahun baru omputih dan salam maal hijrah :D ... lg 15 ari hehe
AMZA : hugs back to you.
alinlai : Same to you
Faizah : Salam Maal Hijrah in advance too..
selamat menempuh cabaran baru...i am sure u will oull it thru......
best la seloka tu.....
Post a Comment