January 25, 2007

Kerja

Aku ni hanya tinggal 45 hari bekerja lagi. Untuk bekerja kat ofis ni lah. Lepas tu aku akan mula menjadi pekerja rumahtangga sepenuh masa. Kerja jugak tu kan. Lagi banyak kerja tu kannn...Cuma tak ada yang bayar gaji setiap bulan saja tu. Ni duduk kat ofis menunggu hari petang untuk balik jugak pun amat memenatkan. Kalau kerja kat rumah penat tu sebab banyak sangat kerja yang nak buat. Yang ni penat sebab tak buat kerja (ada ka macam tu?).
Lepas ni nak buat apa? Ada lah jugak kawan-kawan yang di ofis ni dok tanya aku. Agaknya diorang dok gossip pasal aku tapi tak tahu apa plan aku agaknya. Tertanya-tanya apa kerja orang yang berumur macam aku ni boleh buat lagi kan? hehehe. Aku pun diam saja tak pernah menjawab soalan tu. Ada jugak yang terus saja kata aku nak ni pencen terus saja, diorang assume terus, aku akan buat macam tu. Ada jugak terus terang kat muka aku, kata yang aku ni tak apalah, bukan "the main bread earner", jadi tak payah kerja pun OK tu. Isy, isy, isy. Memanglah aku ni bukan the main bread earner of the family, tapi kami ni dah terbiasa dengan lifestyle yang kami boleh dapat bila aku ada steady income. Tu yang payah tu. Nak maintain lifestyle tu yang susah. InsyaAllah boleh tu, rezeki pasti ada. Kena usaha lebih sikit lah kan. Tengok lah macam mana, bila rasa dah tak boleh nak support dah lifestyle tu kami usahakan sesuatu untuk menampung hidup. Kalau ikutkan, setahun lebih ni aku boleh lah goyang kaki duduk rumah. Kalau duduk rumah mana nak boleh goyang kaki. Duduk ofis sekarang ni lah yang dok goyang kaki, surf sana surf sini. Nasib baik ada internet, kalau tak sure aku mati kutu kat sini ni. Harap-harap janganlah diorang decide nak cut-off priviledge ni sampai aku berhenti nanti tu. Sebabnya 2 weeks ago ada IT manager tu dok mai habaq kat aku yang maybe by next month dah kena shutdown aku punya connection. Iyalah kan dah jadi anak tiri nak buat macam mana, terima sajalah.
Angah pulak dah dekat 1 minggu kerja. Dia kerja kat mini-market dekat dengan rumah kami. Jalan kaki pun sampai. Kerja 6 hari seminggu dari 3.00 petang sampai 11.00 malam. Bagus jugak timing kerja dia tu. Sebabnya at least ada orang kat rumah sama dengan mak aku sebelah pagi masa adik-adik ke sekolah. Sekarang ni Kak Long masih ada kat rumah tu OK jugaklah. Minggu depan sunyi sikitlah sebab Kak Long akan memulakan semester barunya.
Lucu jugak cara Angah ni dapat kerja tu. 2 minggu lepas aku ada ke mini market tu. Tokey dia tu memanglah aku kenal. Masa aku pergi beli barang situ, Makcik Timah ni ada cakap pekerja Indon dia dah balik Indon, tak ada orang nak ganti, jadinya dia kena jaga sendiri kedai. Susah nak pergi sana sini. Aku pun cakap dengan Makcik Timah ni yang Angah ada kat rumah tak buat apa menunggu keputusan SPM. Makcik Timah kata kalau dia nak OK lah, at least ada duit poket sikit. Angah tu ada lah sekali, pernah keluar dengan kawan-kawan dia pergi cari kerja kat BM Mall tu. Bila dia balik rumah dia ada second thoughts pulak, katanya jauh lah, kena bayar tambang bas lah, nak makan lagi, macam-macam. Bila aku cakap pasal kerja kat mini market tu dia pun kata dia nak kerja. Aku suruh dia pergi jumpa dengan Makcik Timah tu secepat mungkin.
Dari sehari ke sehari dia tak jumpa dengan Makcik tu. Masa dia pergi Makcik Timah tak ada, masa Makcik Timah ada dia tak pergi. Seminggu jugaklah masa berlalu tu, hampir dah dia putus asa nak kerja tu. Akhir sekali tu, malam pasar malam hari Sabtu, dia dengan Syia lepas balik dari pasar malam tu singgah kat mini-market tu. Nak beli barang dan kebetulan Makcik Timah ada masa tu. Belum sempat Angah ni buka mulut bertanyakan pasal kerja tu, Syia dah cakap dulu,
Syia : " Makcik, kakak saya ni nak kerja sini, boleh ka?"
Makcik Timah : " Boleh, boleh, esok petang pukui 3 mai kerja".
Si Angah ni dah termalu sikit sebab adik dia yang tolong tanyakan kerja tu. Hehehe
Dia adalah "sound" kat Syia pasal tu. Kata Syia,
"Dah hang lambat sangat nak cakap, aku cakapkan lah"
Ambik engkau, ganas anak mak sorang ni hehe. Tak apalah bukan benda tak baik. Ni kena suruh Angah belanja bila first gaji nanti tu. Jadinya sejak Ahad lepas Angah dah jadi pekerja mini-market. Bukan susah sangat pun, kerja jadi cashier, letak tanda harga, lap-lap counter dan tempat letak barang tu, sapu-sapu lantai gitu-gitu lah. Gaji dia berapa pun actually tak tanya pun kat Makcik Timah tu. Tengok akhir bulan nanti berapa dia dapat tu kan. Cuma dia ada tanya sorang pekerja kat situ jugak, katanya RM17 sehari, wah lumayan jugak tu. Tapi sebab dia tu pekerja sambilan tu entahlah berapa Makcik Timah nak bagi dia tu. Tambang bas tak payah, jalan kaki saja, makan pun kat rumah, jadinya duit gaji tu kesemuanya dia punya ajalah. Joli sakan lah lepas ni si Angah ni. Aku rasa tu mesti dia nak upgrade handphone dia tu. Budak-budak sekarang tak lepas dengan handphone.
Kak Long ni pulak dapat "contract" gosok uniform sekolah dari adik-adik. Ayin dengan Syia tu mula tu mintak tolong gosok untuk 1 malam saja, lepas tu di sambung sampai seminggu. Upahnya 1 bar coklat setiap hari setiap orang. Jenuhlah Kak Long makan coklat tu. Kak Long ni pulak bila balaik rumah tu nak makan macam-macam. Nak rojaklah, nak burgerlah, sataylah. Biasalah kan bila dah duduk jauh tu sekali sekala balik kampung macam-macam yang dia nak makan. Minggu ni dah nak balik dah ke kampus, apa yang sempat carikan, atau belikan kami cuba belikan.
OK lah aku nak buat "kerja" menyelam semula ni, mana tahu kut-kut terjumpa punca rezeki dari internet ni kan hehehe.

20 comments:

Bergen said...

You've got one happy family there, ma'am. And THAT is more than what anyone could ask for because happiness starts at home with a family like yours.

Tabik spring, ma'am!

cikdinz said...

nak full time housewife...
baguslah camtu....
sama mcm my wife....pun house wife jugak....
nnt leh jaga anak sebaik mungkin..
dpt luangkan masa 24 jam dgn anak-anak.........

AuntyN said...

Bergen, thanks. I pray you too will have a happy family SOOOON!!

cikdinz : Anak2 ANakan lemas kalau AN jaga 24/7 hehehe. Diorang tu semuanya dah masuk umur yang tak nak duduk bawah ketiak mak dah tu.

cikdinz said...

yekee.....
kalu cam tu dok lepak jelah kat goyang kaki...heheheeeee.....

sesambil tu menjahit ka, mengait kaaa, gi main bowling kaaa, atau melakukana aktiviti-aktiviti lain yg mengisi masa lapang....

Kak Elle said...

AN 45 hari tu cepat berlalu...takpe lah sementara jadi lah house manager and kalau ada rezeki mungkin akan bekerja balik kot.Macam I ni ngah tunggu nak retire dan skg as long as I can work ...I'll work.Baik anak2 AN nak juga kerja sambilan kan?

Anonymous said...

oklah sebab Angah sanggup keja kat kedai tu..cari pengalaman, tak salah walaupun cuma kat area kampung..

hoho, lepas ni AuntyN bleh aaaa buat kebun kat umah noo..then, bila dah dapat hasil, bleh suh ANgah tunpang juai kat kedai..ada gak duit masyuk walaupun tak banyak...

AuntyN said...

cikdinz : menjahit? mengait? alamak, AN ni adalah org-org yang keras jemari untuk kesian begitu, Jahit kain koyak tu boleh lah hehe. Main bowling? hmm masuk longkang lah padahnya hehe.

Kak Elle : AN ni kalau boleh kerja lagi sampai pencen memang nak teruskan. Dah rezeki dgn company sampai sini saja tu. Anyway, InsyaAllah masih ada kut nanti punca rezeki baru.

Oren : Tanam cabai, bendi, tomato, boleh sangat tu. Tapinya rasanya tak boleh nak juai kut, habis kami saja makan tu hehe

cikdinz said...

masyuk longkang yeik..
oklah tuh, setidak-tidaknye boleh mebersihkan longkang tuh...heheheeee..

aNIe said...

Anak lady along dulu pun kalau cuti aje cuba mintak kerja sambilan kat Fast Food...tapi kalau nak merasa duit dia tu ade lah duit yang dia bagi...utk berkat...yang lain abis aje...maklumlah orang bujang...ade aje yang dia nak beli untuk diri sendiri...yang tak dpt dinafikan ialah...Handphone...ermmmm...anak2 sekarang...macak kak N kata...tak leh lepas ngan handphone...tapi tel mak...buat miss call aje...

AuntyN said...

cikdinz : HAHAHA

Lady : Tengoklah nanti bila Angah dapat gaji pertama dia tu. Mesti baba suruh dia belanja tu hehehe

demonsinme said...

MADAM AuntyN:

A very beautifull family you have indeed.

----------------------------------------

Tell not.

Tell not the birds,
the dark clouds has return,
couse they'll be hurt,
that the Lord Demon has broken his silent urn.

----------------------------------------

Count Byron said...

AN.. how happy you must be. Kerja atau tidak.. it is immaterial. Your children are the rarest gems that need your undivided attention, and u'd always been there for them. Congratulations AN. Nana Count tumpang gembira.

tokasid said...

Salam to kak AN and all.

45 hari, pejam celek pejam celek sat saja habih.Cek ghasa banyak menda kak AN buleh buat masa jadi home manager.Apa kata buat tusyen BI kat budak2 kampong?

Angah gheja tu baguih pasai dah berdikari sementara SPM keluaq.Muleh lah dia rasa duit titik peluh seniri.Kalu nak upgrade hp pun takpa pasai duit seniri.

cikdinz said...

nnt kita buat sukan bowling tuk geng-geng blog kita...haaaaa......

AuntyN said...

lorddemon : welcome back, I think?
:-)

r2k : smile back to you. Tak kan senyum aje kut?

Nana Count : Isyyy, Nana punya family pun apa kurangnya, malah lebih dari cek hehe. All children are God's gift and amanah, terpulang pada kita nak jadikan gems atau kaca kan Nana?

tokasid : Betui tu. Tak tau lagi Angah tu nak upgrade handfon atau nak buat apa dengan duit dia tu hehe. Tapi first kena belanja mama, baba kak long dan adik2 dulu. Lepaih tu apa pun tak apa hehe.

cikdinz : Nak buat sukan bowling? Sat no AN nak pi gym bagi naik muscle tangan dulu hehehehe.

KakNi said...

Tak nak try auditor part time/free lance ke?

cikdinz said...

fuyoooo...takut ooo....
mau naik msucle tgn wooo....
jgn bola tuh jatuh kebelakang udahhhh..ekekekekekeeeeekkk...

AuntyN said...

ahni : ada vacancy ke? Kalau ada nak lerr.

cikdinz : takut kang tak larat nak angkat bola tu yang kena build muscle tangan tu hehehe.

noha chomel said...

auntyn,

try nak email, dapat failure notice pulak, anyway, bley bagi email add? tak pun auntyn email saya kat noha_mdsupian@yahoo.com

AuntyN said...

nohachomel: apasal pulak error. Anyway, try email makcik_n@yahoo.com.my. I'll be waiting :-)