Sekejap sangat rasanya Ramadhan tahun ni. Tak sempat nak rasa penat dah nak raya dah kan. Tak sempat nak betul-betul menghayati tarawikh, dah nak habis dah. Masa berlalu terlalu pantas. Kadang-kadang entah apa-apa yang kita buat dah nak habis sebulan.
Tahun ni tahun kedua aku berpuasa sebagai full time "desperate housewife". Jadinya awal-awal aku berazam nak berdisiplin sikit tentang solat tarawikh. Nak tunaikan sebanyak mungkin. Jadinya sejak malam 1 Ramadhan aku dah mula ke masjid. Ayin kata, esok je lah mama kita start ke masjid dolat tarawikh, tapi aku cakap kalau tak start malam ni, nanti dah naik malas. Macam tahun lepas, memang aku malas nak ke masjid. Bila dah tak ke masjid, kadang-kadnag tu miss jugaklah kat rumah tu tak buat pun. Tidur yang banyak.
Jadi tahun ni Alhamdulillah, aku paksa dirii aku ke masjid. Ayin dan Syia ada juga ikut aku. Kadang-kadang masa aku uzur atau tertidur, diorang sendiri yang pergi. Diorang kalau pergi tu buat 8 rakaat saja. Aku buat 20 + 3 rakaat selepas 15 Ramadhan. Sebelum tu ada yang 20 ada yang 8.
Hari ni dah 28 Ramadhan. Tinggal 2 malam saja lagi nak tarawikh InsyaAllah. Harap-harap malam LailatulQadar tu aku lalui sebaik mungkin.
Persedian raya tahun agak awal jugak. Baju raya anak-anak dara aku tu sedari hari pertama Ramadhan dah di beli. Baju kurung sorang sepasang je. Seronok budak-budak tu dapat beli baju awal, tak macam dulu-dulu yang last minit baru nak pergi beli. Susah nak mencari yang sesuai sebab dah nak habis baju kat kedai tu di pilih orang.
Sebenarnya bukan pasal apa yang terbeli awal tu. Kak Longdengan Angah, balik nak sambut Ramadhan dengan kami. Dapatlah berpuasa 1 hari di rumah. Hubby kata elok pergi shopping terus, jadi diorang anak-anak dara tu ikut je baba diorang pergi shopping baju raya. Aku tak pergi sebab tak ada orang nak jaga maktok kalau semua sekali pergi. Jadinya tak lah berkedai-kedai memilih baju, sekadar masuk satu kedai je, borong 5 pasang baju kurung. 5 Pasang le, sebab 4 anak dara + 1 mak dara hehehe. Kak Long tolong pilihkan untuk saiz aku. Sebenarnya aku ada cakap tak payah belikan sebab aku baru beli sepasang baju kurung Pahang bulan 7 dulu. Elok lagi sebab baru dipakai 2, 3 kali aje, tak nak membazir lah konon. Tapi orang dah sayang katakan, dia beli lah jugak sepasang kan hehehe. Alhamdullillah.
Tu bab baju, tudung belum lagi, kadut belum lagi. Bab ini, hari ni baru aku bawak diorang pergi beli. Tudung 5 helai pun dah seratus lebih. Lepas tu bawak diorang ke Jaya Jusco yang baru buka tu untuk beli kasut. Setiapp kedai kasut diorang ni masuk. Setiap kasut di beli di kedai berbeza. Kak Long dan Angahsiapp dengan kasut tinggi diorang. Angah siap yang ada "bling-bling lagi. Ayin pulak cerewet sangat nak buat pilihan. Last-last dapatyang paling murah. Syia, mula tu memang tak nak beli sandal baru sebab sandal dia elok lagi, tapi dok tengok kakak beli kesian pulak nanti dia pakai sandal lama tu, aku belikan jugak sandal yang baru. Dia ni sandal BATA je lah selalu sesuai dengan dia. Habis tu beli tudung dengan kasut habis jugaklah RM400 duit aku tadi tu.
Siang nanti, hubby ajak pergi shopping barang-barang dapur lah pulak. Rumah kami ni kan selalu jadi tumpuan, jadinya setiap tahun kami kena berbelanja lebih dari adik-beradik yang lain. Fridge pun akan jadi sesak dengan barang-barang yang nak di masak nanti tu. Aku pun sehari sebelum raya tu seperti biasa kena start acara memasak. Kadang-kadang nak jugak ajak je adik aku tu datang tolong masak kat rumah aku ni.
Tadi aku dah bahagi-bahagikankerja rumah kat anak-anak aku. Kak Long kena bersih dan susun atur almari kat dapur tu. Angah kerjanya memanjat dan membersihkan kipas-kipas kat dalam rumah, Ayin dah ambik tugas mop lantai dan Syia pulak volunteer nak cuci tandas. Betul dia volunteer. Aku cuma cakap apa tugas yang kena buat dan diorang yang pilih apa nak buat tau. Sepanjang bulan puasa ni ada anak sedara aku duduk dengan kami, dia buat masa kerja kat kedai minyak sebelah rumah aku ni, yang ni aku belum berikan kerja kat dia lagi. Mungkin nak suruh sapu laman esok rasanya. Hari Isnin atau selasa, nak kemas bilik-bilik sebab nanti Abang lang dengan keluarga dia tidur kat rumah aku. Tahun ni diorang balik selepas ziarah kubur Nora di raya pertama tu. Aku boleh agak yang ini akan menjadi rutin baru diorang setiap tahun. Mungkin Athirah akan jugak ikut bersama diorang. Bapa Athirah aku tak pasti, walaupun aku ada jugak invite dia sekali balik beraya di sini. Walaupun Nora dah tak ada, hubungan dia dengan kami akan tetap seperti dulu, sebabnya ada Athirah sebagai penyambung silaturrahim tu.
Kat sini aku dan keluarga nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dann Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi datang baca blog AuntyN. Selama dok baca-baca ni mungkin ada bahasa yang menyinggung perasaan atau terusik hati tu, harap dapat dimaafkan. Sesiapa yang lalu kut rumah atau kut kampung ni silalah singgah AuntyN. kalau rendang dah habis pun, insyaAllah air teh kosong masih boleh dihidangkan hehehe.
Yang nak balik kampung berhati-hati di jalan raya. Ingat Allah dan orang-orangyang tersayang yang nak anda jumpa nanti tu, Jadi pandulah dengan berhemah. Kalau ngantuk, tukar drebar ke, berenti kat station Petronas ke minum kopi free OK.
Bila dah seronok beraya tu, jangan sampai lupa amalan seharian kita, nanti dah pakai baju cantik, muka make-up lawa-lawa, dah lupa pulak nak solat. Habis pahala 1 bulan puasa. Tak pun dah mula melantak sampai macam ular kekenyangan tu, asyik pulak dok melengkar depan TV, sampai tak sedar waktu solat dah nak habis.
Sekali Lagi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATHIN