September 22, 2008

My Answers Part 1

Entry ini dan yang seterusnya adalah jawapan kepada "Wake-up call" dan "Blogger Analyst". Sebelum tu, terimakasih kerana telah meninggalkan komen yang begitu "memberangsangkan". Kawan-kawan yang selalu datang baca blog ni dah faham sangat dengan fe'el aku. I feel that these 2 gentlemen/ladies (whatever is your gender) have given me a kick in the butt. So, aku terfikir untuk menjawab. Terpulang lah untuk diorang untuk menilai. Yang baik tu ambiklah jadikan tauladan, yang tak elok tu buat sempadan.


Wake up call kata :

S : Susah ke nak update blog?

J : Ada kala susah, ada kala senang. Lebih susah dari senang.

Bila aku mula berblog dulu tu, masa tu aku memang berkobar-kobar semangat nak berblog. Sebab utama masa tu, adalah, aku nak isi ruang masa yang aku duduk kerja goyang kaki menunggu masa untuk berhenti kerja. Masa tu perasaan/emosi terlalu berkecamuk dan aku tak nak rasa stress menghantui diri. Aku tak suka ”hover negative thoughts” Jadi aku turn to blogging.

Bila dah berhenti kerja, lain pulak emosinya. Banyak rasa rendah diri atau inferiority complex yang masuk ke dalam fikiran. Maklumlah, kalau kita baca blog orang ramai yang cerita bagus-bagus. Sedangkan cerita apa yang seorang makcik yang duduk kat kampung ni boleh cerita?. Tak kan nak cerita rutin aku seharian sepanjang masa. Dari mula aku bangun, buat kerja rumah yang tak habis-habis, sampai aku tidur. Aku boleh imagine betapa boringnya korang nak baca. Asyik-asyik cerita itu je lah.

Tak kan nak cerita pasal ayam-ayam aku, kucing-kucing aku. Pokok-pokok sekeliling rumah. Walaupun kalau aku cuba ceritakan setiap satu, boleh agaknya jadikan kajian ilmiah. Kena pulak lah aku ambik gambar, cari nama scientifiknya dan cari semua manafaat pokok-pokok tu tak? Mak oi, jenuh aku nak buat research untuk beratus-ratus jenis pokok kat halaman aku ni. Kalau aku buat macam tu, baik aku buat thesis PhD.

Memang ada benda yang aku nak tulis, misalnya, sejak aku tak kerja ni apa business yang aku dah cuba, macam mana berjaya ka atau tidak?. Aku pun rasanya boleh tulis macam mana cara aku cari business yang sesuai.


Tapi topik tu belum boleh aku tulis lagi sebab aku belum menjadi usahawan yang berjaya. Aku tak ada track record nak tunjukkan bahawa walau pun aku ni dah lanjut usia masih belum terlambat untuk berjaya.

Masa mula berblog memang banyak idea, tetapi lama kelamaan idea pun dah kurang. Terutamanya kalau orang seperti aku yang jarang keluar rumah berinteraksi dengan orang kat luar sana tu. Aku tak nak lah korang kata entry aku ni crappy. So lebih baik rasanya diam saja. Kalau terlalu meluahkan perasaan nanti yang datang membaca pun asyik tengok aku mengeluh saja. So it’s better for me to be quiet.

Kata Wake-Up Call lagi :
Asyik kata nak update tapi tak terbuat.
Hai, dah 50 tau. Takkan masih berkelakuan bagi janji Melayu aje.Sesibuk macam mana pun, kalau hati rela, semua pasti boleh bikin.Kan dah bilang yang kau ni dah cuak sampai ke umur nie. Habis, masih tak sedar ke? Jangan hanya bilang aje, aunty. Kan sendiri yang akui pintu kubur dah dekat. Masih nak bagi janji manis yang tak dapat dikotai. Lebih baik jangan janji, aunty.

Memang aku akui, aku cuak dengan usia sekarang. Aku memang sedar pintu kubur dah dekat, sebab tu aku sekarang dah banyakkan masa untuk muhasabah diri. Solat taubat, zikir lama sikit, cari tempat mengaji dan lain-lain. Itu pun tak kan aku nak cerita kat semua orang. Karang di katakan pulak aku ni riak. Amal aku tak banyak mana tapi ceritanya yang lebih. Biar Allah saja yang menilai.


Kadang-kadang memang aku janji nak cuba berblog dengan lebih banyak, tapi 3 bulan kebelakangan ini memang aku terlalu sibuk. Aku kerap tak ada kat rumah. Internet langsung tak sentuh. Mula dengan kenduri kawin anak sedara aku, ada program latihan USAHAWATI-MPC. Kena bertungkus-lumus buat persiapan sebab event tu besar lah jugak. Lepas tu Nora pulak sakit, aku ke Langkawi dengan USAHAWATI, kemudian hadiri perkebumian Nora, kemudian balik sehari ke Penang dan ke Melaka berkursus pulak. Pada masa yang sama terpaksa membuat persiapan terakhir untuk program latihan. Balik dari Melaka, ada pulak AGM USAHAWATI,walaupun aku ni AJK je, tapi sibuk jugaklah. Tak kan metting tak hadir etc.etc. Siap lah aku jadi MC/Pengerusi majlis tu hehehe. Kerja yang tak pernah aku buat pun.
Lepas dah reda pasal persatuan, dah pulak Permatang Pauh ada by-election. Famous or rather infamous jadinya kampung aku masa tu. Aku tak lah berkempen tapi ada help out kat bilik gerakan sebab masa pilihan raya bulan Mac dulu tu aku diajak oleh ketua cawangan untuk mengambil alih tugas arwah ayah aku dulu. Untuk cari pengalaman aku pun setuju. Seronok jugak aku buat kerja tu, ada jugaklah peluang aku tahu masalah penduduk kampung aku sambil meninjau keadaan politik setempat. Bila ada pilihanraya kecik ni, kira sambung kerja sajalah.

Ni dah bulan puasa banyak aktiviti lain aku nak kena buat. Masa tidur aku pun dah haywire sebenarnya. Minggu ni ada tadarus kat mesjid, aku pun nak join sama.

Jadi nilailah sendiri pasai apa aku tak berblog sejak aku postkan birthday entry hari tu. Memang janji aku manis, tapi, aku ingatkan tak ada lah sangat orang nak kisah dengan blog makcik kat kampung ni.

Tapinya, terimakasih kerana beri aku ” a wake-up call”

17 comments:

Anonymous said...

Pn... en Kak N ehhehehhe

most of the time I ask for updates cos I would be wondering what u are doing now.... thinking of u... yer la there are times I envy that U have all the time in the world for YOUR activities .... but there are days I hardly have time to think out of work.

Anyway, pls wish Kak Long Happy Belated Birthday from me. Am sure she'll do her Mama proud.

Hugs,
AMZA

AuntyN said...

AMZA,

I know you mean well. Thanks my dear.

However, it seems that I don't have all the time in the world hehehe.

Ahmad Tajuddin said...

Assalamualaikum Aunty AN

Alhamdulillah, wah! aunty respon dengan detail kali nie.

Kenape nak rasa rendah diri? Tulis aje apo perasaan aunty nie. Lebih original lagi bagus.

Aunty nak tau...chedet tulis kemudian publish apo yang dia tulis tu. Harga sebuah buku RM100.

Aunty nak tau lagi, itu JK Rowling mula tulis cerita Harry Porter bila umurnya 60 an. Sekarang sudah jadi billion aire.

Aunty tulis aje...apo-apo yang tak betul nanti ada komen. Terimalah komen untuk perbaiki diri. Tak baik mendiam diri tau. Jangan takut. Hanya takut pada Allah, aje.

Hope to read more of your writings, ok?

Bergen said...

You'd be the only blogger writing about a day in a life of a makcik kampung. Now THAT is an interesting read. Makcik corporate dah banyak in its own market and fighting for readers, but you THE ONLY ONE. So keep on blogging about it.

Keep 'em fresh air from the kampung coming, ma'am.

AuntyN said...

Waalaikumussalam WUC,

Chedet? JKRowlings?

Kalau Chedet punya writing worth RM100, AN's musing mungkin RM0.10 je.

Nak emulate JKROwlings? Nanti AN fikirkan karektor Harry Porter versi budak melayu kampung, kena buat cerita mat rempit kut sebab kita tak boleh guna sihir.

Ahak.. Billionaire Baru AN lah tu hehehe, ceeewaah bagus punya berangan ni hehehe.

Comments? I am always positive about comments.

Thanks for the encouragement. InsyaAllah I will blog whenever there is things to write. Especially good things.

Anonymous said...

Kak N,

Can i please have ur kuey teow goreng kerang pls....

AMZA.

AuntyN said...

Bergen

Thank you for being kind. Whenever I read your stories, I feel so lacking because I could not write like you do on stories of the kampung life.

I need to spend more time reflecting on the kampung life, I guess, as now, I am spending more in this kampung.

Permatang Pauh has really becomes famous, so I should take advantage of that yeah?....

AuntyN said...

AMZA,

I'll try putting up in a few days OK.

This is not just any sweet promise OK hehehe.

AuntieYan said...

Salam N,

Tu dia....panjang lebar jawapannya. Semoga yang dok tertanya-tanya dah puas hati dan tak ada apa-apa andaian lain lagi.

Selamat berblog.

Madam Tai Tai Again said...

Hi AuntyN,

Ha..ha..ha..ambik sebijik - nah!

Good and detailed explanation, AN. But really...you owe no one any.

Have been visiting your blog recently and I like to read your posts. It doesn't really matter if what you write depicts your daily life. The blog is yours to do whatever you wish. Keep up the postings!

AuntyN said...

Kak Yan,

Ni baru sekerat, belum habis "steam" lagi ni hehehe. Yang lagi sekerat makin mengancam hehehe.

Madam Tai Tai,

Thanks for the visit and encouragement Gina.

You are right I don't anyone any explaination, but I can't resist the temptation you know....

See you around.

Anonymous said...

Aunty tulis aje...apo-apo yang tak betul nanti ada komen.

Haih, aunty, siapalah agaknya yang nak komen blog aunty kalau "tak betul", ya?

AuntyN said...

Anon,

Don't get me wrong. I don't mind people to comment or tegur I, especially kalau I "tak betul".

I welcome constructive criticism for me to improve. Nobody's perfect, and I am far from it lah.

Cuma kadang2 tu bila di cuit tu, nak menjawab lah jugak kan, hehehe.

Anonymous said...

salam N,
ME mengintai jer...ghinduuuu
ety

AuntyN said...

Salam ME

I ghinduu you too hehehe

Unknown said...

Salam,
Nice to meet your hubby yesterday! Hensem juga cik abang tu ye... hehe

AuntyN said...

Salam Jiwa

Mestilah hensem, hubby siapa lah tu kannnn...

Hehehe