August 18, 2006

Cuti Sekolah Dah Mula

Hari ini kalau kat negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Jumaat dan Sabtu macam Kedah, Trengganu dan Kelantan, sudah bermulalah cuti sekolah pada hari ini. Kami kat Penang tu esok lah. UPSR pun dah dekat sesangat ni, tinggal 16 hari saja lagi. Agaknya budak-budak yang nak ambil periksa tu makin terasa tekanan untuk exam tu kan. Ketar perut agaknya depa ni semua. Mak bapak pun tak tentu arah jugak ni, tidur pun dah tak lena dah ni. Aku tidur lena selalu, dengkur pun agaknya makin kuat hehehe.

Syia pun tahun ni akan duduki UPSR. Tengokkan jadual sekolah dia pun aku naik kesian. Sibuk mengalahkan mak dia di ofis. Siang malam pergi sekolah, hari Sabtu pun almost satu hari di sekolah. Kalau hari biasa, sessi sekolah biasa sampai pukul 2.30 petang. Isnin malam hingga Khamis ada kelas tambahan anjuran PIBG untuk murid-murid yang mampu membayar RM25 sebulan. Sekolah kampung, kelas tak banyak (5 atau 6 kelas saja). Hari Sabtu pagi ada kelas tambahan sampai 12.30 petang. Petang pulak dia pergi buat ScoreA kat sekolah. Walaupun dia boleh buat kat rumah menggunakan password yang di beri oleh sekolah tapi kalau dah balik rumah tu sure terbongkang tidur keletihan. Jadi Syia buat kat sekolah sajalah. Lebihan masa tu dia tengok TV atau main-main sajalah. Aku nak suruh dia study lebih pun aku takut dia tension sangat. Sikit-sikit sajalah aku tegur dia kalau tengok dia leka sangat tu. Extra tuisyen pun tak pergi sebab pack sangat. Aku tak nak dia jadi robot pulak sampai tak sempat nak enjoy her childhood.

Awal-awal tahun tu test result dia kat sekolah tu teruk jugaklah. Paling banyak dia score A tu cuma 2 saja. English dengan BM penulisan saja. Pemahaman pun boleh dapat B saja tu. Matematik dengan Sains bantai dapat C saja. Urut dada jugaklah aku. Seriau kata orang. Itu lah anak aku. Dah lama tu meningkat sikit sikit, last sekali baru, ni result ujian dia kata 4A 1B. Sambil kayuh basikal nak ke sekolah dia cakap dengan aku dan hubby kat laman hari tu. Nak tergelak jugaklah tengok gelagat si Syia ni. Bila tanya B tu apa dia cakap BM pemahaman. Isyy kacau budak ni. Tak kan Bahasa Ibunda sendiri dia tak faham tu hehehe. InsyaAllah aku harap dia tak panik masa exam nanti dan boleh dapat result yang sebaik mungkin. Aim mesti kepada 5A tapi kalau dia tak terdaya, aku tak akan nak pukul anak aku just because dia tak dapat 5A. Bersykur dengan apapun result dia tu.

Jumaat lepas (malam Sabtu), sekolah ada buat majlis solat hajat untuk ibubapa dan anak-anak. Tiap tahun sekolah-sekolah kat sini buat majlis tu. Selalunya buat majlis membaca Yassin samada di mesjid di kampung atau di surau sekolah. Itupun kalau surau sekolah dapat menampung para hadhirin. Tapi kali ni sekolah buat majlis kat dewan terbuka sekolah tu. Bagus jugak sebab tak lah panas. Dapatlah makan nasi bungkus sorang satu hehehe, Alhamdulillah makan free lah katakan ekk. Rezeki jangan ditolak kan? :-). Aku saja yang pergi dengan Sya, sebab hubby belum balik kerja masa kami keluar dari rumah tu. Lagipun Angah pun ada tuisyen, nak kena bergilir kami ni. Sorang pergi majlis yang sorang lagi hantar dan ambik Angah pergi tuisyen tu. Angah tahun ni nak ambik SPM.

Malam tu sekolah jemput sorang ustaz bagi ceramah motivasi "Pecutan Akhir UPSR". Muda lagi ustaz ni, rugged pulak tu hehe. Tak lah aku nampak muka dia secara jelas sebab aku duduk belakang. Tapi suara dia macho gitu. Siap nyanyi lagu nasyid dan lagu Siti Nurhaliza lagi tu hehe. Kata dia dia dulu tu Engineer, pernah kerja dengan multinational sebelum bertukar menjadi seorang guru. Jadi kata dia dia tak layak dipanggil sebagai ustaz. Walaupun sebenarnya ustaz tu makna encik sahaja, kalau tak salah aku, terjemahan dari bahasa Arab. Pernah jugak dulu masuk kumpulan nasyid, tu yang boleh nyanyi tu. Sedap suara dia. Jadi imam pun bacaan dia sedap sebab dia boleh berbahasa Arab. Dia kata dia dulu belajar di Jepun tapi bila dah dapat ijazah, bapak dia kata walaupun dia ada ijazah, ijazah tu tak berguna kalau dia tak bole baca kitab2 bapak dia yang berbahasa Arab, jadi dia pun bertekad belajar bahasa Arab untuk terima challenge bapak dia tu. Lah termelalut pulak dah pasal ustaz. Tu baru dengar suara, kalau tengok muka dia (kalau hensemlah kan :-) entah-entah mengigau malam tu hehehe, Naya, naya kalau hubby tau no?

Apa yang aku nak cakap sini ialah petua ustaz tu untuk hari-hari terakhir sebelum menghadapi peperiksaan ni. Anak-anak perlu (seelok-eloknya lah) mengulangkaji 3 jam sehari. Buat latihan latih tubi dari buku-buku latihan, past year exams. Lepas tengok score tu, kalau tak menggalakkan keputusan, padam semua test yang telah dibuat tu dan ulang sekali lagi ujian yang sama. Ini sebenarnya teknik nak "hafal" ni. Sebabnya kebanyakkan soalan peperiksaan tukan selalu di re-cycle saja kan hehe. Untuk BI dan BM kenalah banyak buat karangan. Isyy dah tak sempat dah rasa ni. Dah nak terkucil sangat dah ni. Maybe the best thing is to read contoh-contoh karangan-karangan dalam workbook tu (ini idea aku lah ni).

Paling penting solat jangan tinggal sebab lepas semua usaha tu, hanya Allah saja yang dapat menolong. Ustaz sarankan ibubapa baca surah Al-Mulk (surah 76 kalau tak salah aku) banyak-banyak dan doakan supaya anak-anak kita tenang menghadapi peperiksaan masa dalam dewan tu nanti. Lagi satu ayat 4 surah Yusuf, ulangkan perkataan "Sajiddin" yang dihujubg ayat tu. Buat macam zikir tu. Ini semua panduan dari ustaz sajalah. Kita usahakan lepas tu kita yakinkan diri tawakal kepada Allah. InsyaAllah kejayaan buat anak-anak kita.
Untuk Syia dan semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR aku doakan
Semoga tenang fikiran
Terbuka minda
Terserlah ingatan
Tenang dalam menjawab semua soalan
Berkat doa dari ayah ibu
Tekad usaha diri sendiri
Doa dan tawakal kepada Illahi
Semoga kejayaan milik semua
Amiin.

27 comments:

Anonymous said...

AN,

My eldest step-daugther will also be sitting for her UPSR this year and we've all been rooting for her. Also along the line been giving her time to de-stress.

However, I am a little disappointed with the way teachers are handling her preparations for karangan and compositions (BM and English respectively). They been asked to COPY as many karangan and compositions into their excercise books. This is not a way to cultivate creative writing and just a way to encourage plagarism when they get older.

The teacher's arguments : That's the way the school is the TOP School in Selangor for Karangan , etc.

As a parent, I woulc not encourage this... but as u know, kids, they think their parents (in my case, step mother) does not know the way things work.

oppsss comment dah too long.

AMZA

Sya said...

Kak N

For the time being, im off UPSR tunggu another 3 yrs for the youngest one.. this year is PMR for my second daughter. I did not feel her pressure sangat since she is staying in the hostel.

AuntyN said...

AMZA : Agreed. Karangan kena praktis tulis banyak2 bukan copy dan baca. Tapi dah sampai tahap sekarang ni camna nak praktis lagi dah :-)

All the best to her.

Sya : This year 2 org exam Syia and Angah. Next year Ayin PMR. At one time I had 3 doters exam within the same year. Kak Long SPM, Angah PMR and Ayin UPSR. Penat woo. Depa exam kita yang tension dan penat. :-)

Anonymous said...

AN,
thanx for the tips tu..
saya ni mmg azam tak nak marah anak kalau results tak begitu bagus tapi tiapkali jugak lebur...pendek kata urut dada jugaklah tapi my anak baru tahun 2 dan 1..relax lah dulu kot no..

anak2 kami pun ada buat scoreA ni tapi kat rumah lah..senang sikit nak monitor pakai scoreA ni.

timetable anak2 la ni memang pack habis..tu yang nak paksa2 kadang2 kesiaaan nengok tapi tak boleh lah nak biar jugak ya..macam main layang2 la jugak ni, kalau dah tinggi sangat, kena tarik kebawak sikit, pendek kata tali tu kena pegang kemas2..

All the best to Syia, insyaAllah beroleh kejayaan nanti.

Alinlai said...

Good luck Syia dan mak Syia :)
saya pun ada dua, tiga orang anak menakan nak ambik UPSR :)

Fara said...

aunty N, mudah mudahan syia tenang dihari peperiksaan ... :-) apa hadiah dia kalau dapat straight A?

Anonymous said...

samalah kita AN..saya tahun ni dua orang..seorang UPSR..seorang lagi SPM..tengok depa belajar kita pun naik tension...

meandbaby said...

Moga2 syia tenang menghadapi UPSR..kalau dulu mak saya memang galakkan saya membaca..baca apa saja..sampai kartun gila-gila pun boleh buat idea karangan..dan saya praktis english dari buku grammar mak saya...

Good luck syia!

Anonymous said...

Salam AN,

Memang betul tu. Anak exam, mak yang tak senang duduk.

Saya dah lalui "seksa" tu dua tiga tahun lalu. The next "seksa" lambat lagi. Bolehlah bernafas sekejap.

Anonymous said...

AN, good luck to Syia.. such a cute girl!

I know pasal tension nak exam ni.. my son masa ambik final exam IB (International Baccalaureate) dia dulu mmg blank tak bleh jawab masa 1st paper.. ikut citer dia about setgh jam jugak dia tak bleh tulis apa2... then cikgu dia bawak ke bilik lain.. cool down dulu... urut2 belakang dia.. alhamdulillah baru la dia bleh jawab.. masa dia nak exam tu tak de la pulak I pressure dia.. agaknya 1st time dia hadapi big exam (PMR & SPM tak ambik.. alhamdulillah dia passed with very good results.

moga Syia tenang menjawab nanti..

Queen Of The House said...

Good luck to Syia ... semoga dapat 5A. Beruntungnya budak-budak la ni ... sekolah buat macam-macam program untuk persediaan UPSR, ada kem motivasi, ada extra classes, ada buat solat hajat .... time kita dulu (masa tu buat Assessment exam/ Ujian Penilaian) apa pun tak dak kan? Harap belajar sendiri or private tuition sajalah.

Ordinary Superhero said...

Good Luck to Syia. Selamat sakit perut to her mum. Heh hehe.

AuntyN said...

Thanks to all for the wishes. I will answer each one on Tuesday InsyaAllah..

Anonymous said...

Good luck Syia!

Zaman sekarang ni, anak amik peksa relax je. Mak bapak yang pening demam segala :)

Anonymous said...

good luck syia,All the best.Saya dah lalui last year dan next year pulak akan melalui benda yang sama. Kerja pergi dan ambik dari hantar kelas tambahan anjuran sekolahla apa lagi..

MA said...

Good luck to Syia.

Kak Teh said...

Goodluck!

JoeBangla said...

lawa dah upanya blog nih.dah tak herot petot dah rupanya,kaler pun lawa

Nazrah Leopolis said...

waah doa ibu memang sangat berharga. sekarang tinggal si anak untuk mencuba sedaya upaya.

semoga berjaya

Ari said...

Selamat pening kepala untuk anda..!

Aku..tahun ni tak dak anak yang ambil major exam..happy..tahun depan..ada dua..baru pening..!

AuntyN said...

En Ari : terimakasih! All the best to you for next year.

Nazrah : InsyaAllah, mustajab dan makbul doa ibu ini. :-)

Joe : Terimakasih. :-)

Kak Teh : Thanks.

AuntyN said...

MA : ALL the Best to kakak too. Doa ini untuk dia as well.

easylady : itulah kerja kita asa parents bila anak2 nak exam kan..

CD : Look who is talking? hehehe.

OSH : Ni sakit perut sikit je, Bulan Nov ni agaknya cirit birit (Angah ambik SPM tu) hehehe.

AuntyN said...

QOTH : Bukan saja beruntung, nasib baik sekolah ada program mcm tu kalau tidak lagi susah nakkena cari sendiri kan? Masa I tuisyen pun tak pergi belajar sendiri je kat rumah tu.


Ellisa : Thanks so much. InsyaAllah dia tenang. I yang kecut perut hehehe.

makaji : "seksa" ni akan berterusan sampai tahun depan (Ayin pulak PMR tahun depan tu ) :-)

meandbaby : Bagus tu mak tanam sikap membaca. Katun pun ada kebaikan jugak tu. InsyaAllah dia tenang.

sayaka : Smalah kita tahun ni. All the best untuk anak2 tu.

Mama Rock said...

auntyN, hopefully Syia pass with flying colours, InsyaAllah...

AuntyN said...

fara aka tgazfa : Adalah sikit2 imbuhan tu hehe. Hadiah galakan je tu.

alinlai :anak menakan ambik UPSR ? Goodluck to them.

onde2 : anak2 tu keciklagi toksah lah marah2. Nanti patah semangat pulak.

Kepada semua yang telah mengucapkan/mendoakan kejayaan untuk Syia (dan mak dia ni) Terimakasih berbanyak-banyak. Kepada sesiapa yang ada anak yang akan menduduki peperiksaan tu ALL THE BEST dari AuntyN. Semoga berjaya!!

UglyButAdorable said...

break a leg syia.

ye la auntyN, my SIL tgh kecut2 perut for his 2 sons..skali amik exam 2 org..pegghh..lagi pressure!! i hope they'll do their best..they've put so much effort..result is secondary..yg penting effort diaorg that i'm proud off..

AuntyN said...

adorable : InsyaAllah diorang berjaya. Berkat doa ibu dan mak sedara diorang lah tu.