Pagi tadi semasa aku dalam perjalanan ke ofis, aku berselisih dengan sebuah kereta. Tak sempat aku nak tengok model, warnanya biru muda. Yang menarik tu, di atas bumbung kereta sehingga ke bonet kereta dipenuhi oleh bendera-bendera kecil. Banyak sungguh, rasa aku ada dalam 20 helai atau lebih bendera-bendera Malaysia dan negeri berkibaran di tiup angin dari kereta tu. Cantik pulak.
Sekarang pun dah kurang sangat aku nampak kereta-kereta yang bubuh bendera kat kereta diorang. Tak macam 2 tahun dulu. Entahlah apa pasal. Mungkin tahun ni tak ada sapa-sapa sponsor bagi bendera free agaknya :-). Aku pun tak pernah bubuh pun. Aku ni teringin jugak nak bubuh bendera atau sticker kat kereta tapi susah sikit. Hubby tak pernah suka benda-benda gitu semua kat kereta. Walau aku ada sticker yang dapat dari stesyen minyak Petronas, sticker " Aku Anak Malaysia" tu pun aku tak lekatkan. Kereta aku memang tak pernah lekatkan apa-apa sticker, melainkan sticker cukai jalan dan sticker company je lah. Bunga pun tak ada, plain saja. Tapi tak bermakna aku tak suka tengok orang bubuh bendera atau sticker kat kereta.
Masa nak masuk simpang ke kilang tadi pun terjumpa dengan sepasukan murid-murid tadika (entah apa nama sekolah pun aku tak tahu) India yang dibawa berbaris oleh cikgu-cikgu diorang sambil mengibarkan bendera. Pandai cikgu-cikgu ni tanamkan semangat kemerdekaan ke dalam hati anak-anak murid diorang sejak di tadika lagi tu. Kembang hati aku tengok diorang tu, rasa macam nak honkan kereta tapi takut terkejut pulak atau di salah ertikan. Tak jadi aku hon, aku cuma senyum tengok diorang tadi tu.
Aku ingat sekali saja aku pernah pergi tengok perbarisan hari kebangsaan di Butterworth. Itu pun sebab hubby masuk perbarisan untuk jabatan dia. Jadi aku bawak anak-anak pergi tengok. Kejap je kami tunggu pun tak lama, biasalah orang ramai nak tengok apa pun susah, nak parking pun jauh, teruk nak menapak ke tempat perbarisan tu.
Namun begitu aku bukan lah apa, aku cuma nak mendoakan agar Malaysia menjadi semakin makmur. Rakyat bersatu hati, bertolak ansur. Kalau kita compare dengan negara lain di sekeliling kita, kita masih lagi beruntung, Mungkin ada benda yang kita tak suka tapi kita masih Merdeka. Cuma aku takut kita jadi alpa dari kesenangan yang kita ada sekarang ini. Sedikit kita di uji, kita dah mula rasa rimas. Sesama kita pun kita nak bercakaran, orang sekeliling tengok apa rasanya kan? Takut nanti ada yang ambik kesempatan menangguk di air keruh.
InsyaAllah, kalau kita masih bersyukur kepadaNya, Allah masih sudi menolong kita dengan memelihara kesejahteraan negara kita. Akhir kata,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 49.
Tahun depan dah setengah abad dah.
15 comments:
selamat hari merdeka, auntyN!
Selamat menyambut hari merdeka..soalan yang sama seperti untuk AY..mengapa kita merayakan hari kemerdekaan Malaysia sedangkan Malaysia tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara..? Clue:bila Malaysia di tubuhkan ?
Selamat hari merdeka..moga kita dan generasi akan datang merdeka dari dijajah dengan pemikiran yang membantutkan perkembangan negara kita.
Syia tengah berjuang last minute untuk UPSR next week.Semoga dia berjaya menempuh ujian pertama ini dengan flying colors.Good luck to her.
nazrah : same to you.
en Ari : Betul lah Malaysia tidak pernah di jajah. Cuma Malaya atau Tanah Melayu yang pernah di jajah. Jadi perlukah kita ususlkan menukar dari hari Merdeka kepada hari Kebangsaan (National Day)?
Easylady : Terimakasih. Syia tengah seram sejuk tu, katanya pening2, macam nak demam. AN yang naik risau takut dia demam pulak.
Sama-sama kita doakan generasi akan datang akan sentiasa punya kekentalan semangat supaya tidak dijajah minda mereka. Amiin.
salam merdeka AN!
semoga kita 'merdeka' sepenuhnya..
selamat menyambut merdaka auntyn. mama ni kat kereta pun tak eprnah tampal apa2, tapi tahun ni dok letak bendera kat office workstation...kira satu improvement nih!
onde2 : InsyaAllah, that's teh spirit!!
mamarock : Kat ofis ni memang dah ada bendera. Kat rumah pun ada tapi tak gantung pun. Tengok tahun depan macam mana pulak. neighbour belakang rumah pun siap pacakkayu lagi pasang bendera tu, patriotik sungguh.
Tambah sikit lagi..Malaya bukan sebuah negara..sama seperti Semenanjung tanah Melayu..hanya satu nama panggilan, gugusan kepulauan melayu juga cuma satu panggilan - the Malay Archipilago. Pada masa tersebut, sebelum 1957 tiap negeri sebenarnya adalah sebuah negara yang di perintah oleh sultan,raja dan gabenor.Malaysia cuma ujud selepas Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersatu dengan Singapura dan Malaya.
Pasang bendera pun payah jugak sebab selalu tengah dok drive tu dia tanggal kena pulak kereta kat belakang, ishhh mesti kereta belakang tu marah
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
En Ari : terimakasih atas informasi tu :-)
ahni : Semuanya tak kena belaka kan? hehe
Dah lepas pun Hari Kebangsaan...apa-apa pun selamat berhujung minggu :)
: )
AN hantark mai sticker "Aku anak malaysia" tu.
alinlai : Same to you.
Alex : :-)
Mutiara : Kak Sal, email mai address, nak hantaq sticker tu
Post a Comment