Dah dekat nak seminggu dah kita masuk bulan Ramadhan ni kan? Rasanya baru semalam baru aku rasa organise sikit, tak kelam kabut sangat. Maklumlah tahun ni kami berpuasa aku buat semua kerja tanpa bibik. Alhamdulillah anak-anak aku memang boleh di harap. Tak lah terlalu letih jadinya. Dah bagi duty roster siapa buat apa masa petang tu.
Kak Long sampai balik dari kampus hari Jumaat malam. Dia balik dengan anak sedara aku, dua-dua nak sambut awal Ramadhan kat rumah. Lagipun kelas dah kurang sebab exam dah dekat, boleh lah diorang duduk rumah sampai Isnin. Dapatlah berpuasa dan berbuka bersama keluarga, walaupun cuma 1 hari. Cuma Ida anak sedara aku tu, mak bapak dia (kakak aku & abang ipar) sekarang bertugas di Sabah, bila dia balik sini dia bersama kakak-kakak dan adik-adik sajalah. Selalu jugak dia balik walaupun mak bapak dia tak de sini tu. Jadi beranilah Kak Long nak balik sebab berdua dengan sepupu dia tu naik bas dari MMU ke Butterworth. Aku ambik diorang kat stesyen dan hantar Ida ke rumah dia lepas tu.
Hari pertama tu, masa sahur aku bangun awal sangat, Pukul 3 aku dah bangun. Sediakan makanan apa yang patut untuk bersahur. Dekat pukul 5 baru aku kejut semua bangun bersahur. Hari mula berpuasa tu jugak aku bawak Kak Long dan adik-adik ke Carrefour untuk beli barang keperluan. Kak Long nak beli T-shirt sebab katanya T-shirt dia banyak yang dah lusuh. Aku tahu Kak Long suka bergedil, asyik dok sebut je tu yang dah lama tak makan bergedil, jadi aku pun beli bahan-bahan nak buat bergedil sama.
Bila jumpa tepung muffin kat Carrefour aku pun ambik 2 bungkus nak try buat kat rumah. Aku cakap dengan budak-budak tu yang diorang yang kena buat muffin tu, diorang kata OK. Balik rumah Ayin dengan Syia yang buat bancuhan dan masukkan dalam cup-cake tu. Aku ikut je lah instruction untuk bakar muffin tu, tapi mula tu nampak naik elok cuma terlambat sikit angkatnya muffin tu terus aja jadi hitam. Hehehe, bolehlah kalau nak makan kalau dibuang "kepala" yang hitam tu, masih sedap lagilah muffin tu cuma rupa tak cantik. Ayin mula tu suruh aku ambik gambar bubuh kat blog. Aku cakap suruh Kak Long ambik gambar muffin yang hitam tu, hehehe, Ayin protes lah. Dia kata kat aku
"Ambik gambar yang elok lah Mama, mama kena tunjukkan anak mama ni "pandai" sikit bukan tunjuk kami tak pandai".
Hehehe, nak suruh aku promote diorang lah tu agaknya tu. Nantilah bila muffin tu menjadi, lawa-lawa aku ambik gambar taruh kan blog :-)
Walaupun Kak Long balik nak berpuasa dengan kami, hari pertama dia tak puasa pun. Dia bukan main lagi lah jadi taster untuk masakan dan minuma hari tu. Dia yang volunteer sendiri untuk jadi taster tu hehehe, Much to the annoyance of Ayin, hehehe. Tapi best lah at least makanan semua tip-top lah rasanya hari tu. Meriah suasana berbuka tu bila semua dapat berkumpul macam tu.

Semasa aku tak de di rumah tu, adik bongsu aku H datang ke rumah. Angah yang tak ikut kami ke Carrefour (sebab dia dah keluar hari Sabtu tu, jadi dia kena jadi penunggu maktok lah), siap cerita kat kami yang maksu dia cakap baju raya kat Sunga Petani murah2 belaka. Sabo je lah adik ipar aku tu. Baru sehari puasa dah nak beli baju raya. Adik S aku pun sama, sebelum puasa dia dah ke sana kemari dengan adik ipar bongsu kami (Su) tu menjenguk kedai. Hari tu dia pun ada cakap yang dia (S), kakak ipar aku pergi Kamdar dengan Su. Diorang beli langsir. Selalu sangat dengar diorang ni tukar langsir. Aku rasanya 5 tahun sekali baru aku tukar baru. Naik jemu dah tengok langsir yang hampir pudar tu, baru aku tukar. Entah lah apa pasal diorang suka sangat tukar tu akupun tak tau. Tapi mungkin aku sebab aku jahit sendiri kut tu yang jadi lembab sikit nak tukar tu kan. (Actually, nak cover yang aku ni kedekut kut hehehe). Tapi aku pun apa kurangnya, semalam aku mengulor lah jugak pergi beli kain nak buat cadar hehe. Pandai je lah aku nak mengata orang tu kan....
Berbalik pada baju raya yang murah tu, kata Angah, maksu diorang tu cakap sepasang RM28 sahaja sepasang baju kurung. Ayin bukan main lagi teruja dengar murah macam tu. Kata Ayin boleh lah beli 2 pasang tahun ni. Baru je RM56 kata dia. Tiga pasang pun boleh kata dia. Amboi budak ni, tak tahu menahu mak dia mungkin nak kena berenti kerja lepas ni nak baju berpasang-pasang pulak. Kut nanti tahun ni berfoya-foya, tahun depan menyorok dalam rumah je sebab baju raya tak berganti tu kan. InsyaAllah tak lah sampai macam tu.
Tahun ni kami berbuka anak beranak dengan mak sajalah. Tahun lepas 2 orang anak sedara aku yang duduk kat rumah mak aku tu sama bibik ada sekali. Kak Long pun cuti masa bulan puasa tu, tapi tahun ni, anak2 sedara dah pindah rumah lain, bibik dah balik Indon, Kak Long nanti lagi 2 minggu baru cuti. Rutin biasa hubby yang beli juadah berbuka. Aku masak sikit2 je, hubby suka bermacam jenis. Jadi aku biarkan dia saja yang beli tu, aku langsung tak jejak pasar Ramadhan pun. Isteri mithali lah ni kan hehe. Kat rumah masak air, bancuh air, masak nasi, kadang2 masak sayur, goreng ikan atau telur je lah. Tu pun dah banyak yang tak habis, tapi aku nampak tahun ni hubby dah pandai kurangkan sikit kuantiti juadah yang dia beli. Aku dok pesan jugak jangan beli banyak jenis lauk tak termakan dek anak-anak semua tu dah. Makin gemuklah kucing-kucing aku tu nanti masa bulan puasa ni, nampaknya.
Lepas berbuka 2, 3 malam lepas aku tertido dah sementara nak tunggu isyak, terbangun pun dah pukul 4.30 pagi sebab tak pasang alarm, tunggang langgang jugak lah panaskan makanan untuk sahur. Nasib baik hubby tolong sama. Mana lah aku tak penat dan mengantuk, lepas sahur memang aku dah tak tidor dah, sempatlah aku gosok baju, ampai baju sebagai sebelum datang kerja tu. Dah tu aku jugak memghantar anak2 ke sekolah, hubby dah demam dia balik dah. Kata dia sejuk sangat kat ofis. Nasib baik tak payah buat breakfast untuk mak macam selalu tu. Jadi tak lah aku kelam kabut macam hari-hari biasa tu.
Ni dah hampir seminggu Ramadhan ni aku masih belum nampak mesjid untuk bertarawih lagi ni. Isyy entah bila lah aku nak start entahlah, mana tak nya, tak sampai pukul 9 dah lelap dah. Anak-anak dok sound setiap malam dok tanya bila nak pergi tarawih tu. Tengoklah weekend ni aku nak try start pergi mesjid tu. Kalau kat rumah tu rasa malas saja nak buat sendiri tu. Isyyy, ni kena ringgankan sikit bont*t ni, kalau tak sure melepas tarawih tahun ni.