11 Sept setiap tahun sejak 5 tahun dulu, Americans mengingati keruntuhan PWTC di New York City. 10 September pulak aku dan keluarga akan mengingati kembalinya ayah ke Rahmatullah sejak 2 tahun dulu. Sebenarnya, setiap tahun pada hari bapa, aku terasa nak tulis sesuatu mengenai ayah, tapi terlalu banyak negative thoughts terhadap ayah pada masa itu sampai aku tak jadi nak tulis pasal ayah. Buat apa aku menulis benda yang negatif sedangkan ayah sudah tak ada, lebih baik aku doakan dia bahagia di alam barzakh. Itu lebih afdal dan lebih memberi manfaat kepada arwah ayah.
Tapi bila aku baca blog-blog yang menulis pasal ayah atau suami mereka, lama kelamaan aku dapat rasakan yang sebenarnya ayah bukanlah yang terburuk perangainya. Ayah aku tidak pernah lari dari tanggungjawab dia membesarkan kami anak-anak dia. Mungkin komunikasi kami dengan dia tidak berapa elok, walaupun kami tak pernah dibelai dan dimanja sebagai anak, namun ayah sentiasa ada bersama kami. Walau dia punya isteri yang lain, dia tidak pernah menceraikan mak aku, atau meninggalkan kami anak beranak terkonteng-konteng tanpa ayah. Aku pernah mendengar mak mendesak ayah menceraikannya bila terbukti ayah kawin lain, Namun dengan nada yang marah, ayah tetap berkata "Aku tak ceraikan" mak. Ada ayah yang lebih teruk dari dia. Cuma agaknya aku yang terlalu berharap dia menjadi seorang ayah yang penyayang, yang aku boleh bermanja, yang beri tunjuk ajar pada aku tentang hidup. Macam jadi role model yang baik gitu lah.
Semasa muda ayah seorang yang agak "nakal". Bukan maksud ayah seorang yang ganas, atau makan anak sendiri, Tidak, bukan macam tu. Cuma ayah ni, dulu-dulu langsung tak ambil berat tentang ugama. Susah aku nak tengok dia solat, masa aku nak masuk asrama pun, dia ajar aku cara solat hanya dengan teori saja, beritahu aku kat mana baca Fatihah, kat mana baca itu dan ini. Dia ajar bacaan yang wajib saja. Jadi aku masa aku masuk asrama baru aku mula sembahyang itupun belajar sendiri tanya kawan-kawan dan ikut gerak-geri kawan-kawan.Aku terpaksa berterus terang dengan kawan rapat aku yang aku tak pandai sembahyang dan mintak diajarkan. Ayah selalu tak duduk rumah lepas dia balik dari mengajar. Dia akan bersama kawan-kawan Cina dia di pekan kecil dekat rumah kami. Aku pun tak tahu apa dia buat kat sana. Cuma duit gaji tak pernah cukup, dengan anak yang ramai, duit belanja dapur selalu tak diberi pada mak. Selalu sangat kami adik beradik mendengar pertengkaran dan perkelahian mak dan ayah. Nak masuk campur tak boleh, nak tengok saja tak sampai hati. Apa boleh buat, nangis sajalah. Sampai sekarang pun mak masih ingat apa yang ayah lakukan pada dia. Kadang-kadang dia akan menangis tersedu-sedu ingatkan peristiwa lama. Jenuh mak nasihatkan ayah untuk lebih prihatin pada ugama, selalunya dimarahi oleh ayah.
Berbagai cara mak cuba menarik ayah untuk menukar haluan hidup kepada ketakwaan. Mula-mula tu memang asyik kena maki hamun sajalah. Mak simpan duit yang dia ambik sedikit-sedikit dari ayah (tanpa pengetahuan ayah) untuk ke Mekah, tujuan mak untuk ajak ayah sekali, namun ayah tetap menolak. Katanya rimas, sebab terlalu ramai berasak-asak di sana. Aku pun tak ingat bila ayah mula berubah, tapi akhirnya ayah berubah jugak. Agaknya kerana umur dah meningkat, rambut dah mula puteh, pencen pun dah dekat. Ada sekali aku naik sebak bila masa aku balik dari kerja aku terserempak dengan ayah yang hendak ke mesjid. Teringat aku masa-masa lampau masa ayah langsung tak nampak tikar sembahyang.
Mula dari ayah sudah mula mahu ke Mekah, sempat dia mengerjakan haji dan 3 kali mengerjakan umrah. Umrah yang penghabisan pada umurnya 70 tahun, Aku ikut sekali pergi bersama mak, ayah, abang ngah dan kak ngah. Walau di usia 70 ayah begitu gagah mengerjakan semua ibadah umrah. Tawafnya dan saeinya siap semasa aku baru nak habis pusingan ke-3. Mak pulak memang dah tak larat nak jalan, kena tawaf dan saei dengan kerusi roda.
Hampir setahun sebelum ayah meninggalkan kami, kesihatan dia mula menurun. Mula-mula dia merasa resah gelisah. Terutama bila dia masuk ke rumah dia, malam-malam dia kata dia tak boleh tidur. kami yang terpaksa membawak dia berjalan-jalan dengan kereta pada malam hari. Aku, hubby dan abang long yang banyak buat begitu. Abang Long baru saja bersara, jadi kami suruh dia ambik alih business ayah sebab ayah nampak macam tak boleh nak kerjakan business dia dah. Kami terpaksa melarang dia memandu kereta kerana beberapa kali dia lupa nak tarik hand-break masa park kereta sehingga dia terjatuh dan tangan tergesel tanah. Sekali lagi dia lupa kat mana dia dah pergi sampai kena tanya orang tempat tu kat mana. Dia panik hingga terjadi kemalangan kecil. Bila di tanya dia nak kemana, katanya dia nak ke bank.

Secara fizikal memang ayah nampak sihat, dia berjalan berulang alik dari 1 KM dari rumah dia pada waktu dini hari dalam pukul 2, 3 pagi. heran kami tengok keadaan ayah. Berubat tu tak payah cakaplah, ke doktor pun sudah, ke bomoh pun sudah. Macam-macamlah usaha dia nak pulihkan keadaan dia. Kadang-kadang dalam 1 malam dia ajak pergi 2 klinik sebab katanya tadi masa kat klinik pertama tak rasa sakit. Aku rasa keaddan ayah masa tu macan helicunation (sp) disebabkan terlalu banyak mengambil ubatan. Dia jugak di sahkan mengidap TB bila dia ke hospital untuk mengambil ubatan kencing manis dan darah tingginya, dia telah batuk berdarah. Jadi bila disahkan TB (2 kali dia di tahan di hospital) semakin banyak ubatan yang dia kena telan. Aku terpaksa bawak semua ubat-ubat ayah tunjukkkan pada doktor for 2nd opinion. Lepas tu aku yang regulate dan tentukan ubat mana dia kena makan. Barulah nampak elok sedikit.
Dalam keadaan dia macam tu selera makan dia jugak makin elok. Tapi kami kena setiap hari bawak dia makan luar. Mak dah tak larat nak masak dan nak masak untuk 2 orang makan macam tak berbaloi. Kami bergilir2 membawa dia keluar makan, aku & hubby, abang long, adik-adik2 aku yang lain hingga kami dah tak tahu nak bawak dia makan kat mana. Habis semua kedai makan kami pergi. Kegemaran dia nasi ketam kat Juru tu lah. Lebih kurang sebulan sebelum ayah meninggal aku dah tak tahan dok asyik kena makan kat luar saja. Lalu aku ambik keputusan nak ajak ayah makan kat rumah aku saja. Balik kerja aku masak dan kami makan sekeluarga bersama ayah. Jadi, setiap petang hampir maghrib ayah akan berjalan dari rumah dia (300 m saja) ke rumah aku. Macam tu kami anak beranak pun dapat makan dengan lebih selesa. Ini berlarutan sehingga sehari sebelum ayah kena stroke.
Beberapa hari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, aku tengok dia asyik termenung. Bila aku balik dari ofis aku nampak dia duduk atas tembok depan rumah aku sambil merenung lalu lintas. Agaknya dia nak tengok kawasan tu puas-puas sebelum ajalnya. Pada petang khamis 9 Sep. waktu asar, Abang Long telefon aku dengan nada cemas. Katanya ayah kata BP dia naik mendadak, dan dia kebas-kebas, abang long bawak ke klinik dan tiba-tiba, semasa menunggu doktor datang ayah collapsed. Abang Long cemas tanya aku apa nak buat, aku lantas suruh abang long bawa ayah ke hospital. Sambil memandu abang long menyuruh ayah mengucap 2 kalimah syahadah. Katanya ayah mengangguk. Tiba di hospital, ayah terus saja koma. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya selepas tengah malam itu. Malam tu malam jumaat. Dia disemadikan sebelum solat jumaat keesokan harinya. Wajahnya nampak tenang dan macam tersenyum, agaknya dosa-dosa dia yang lalu mungkin telah Allah ampunkan. Aku harap begitulah
Walaupun satu ketika dulu aku banyak ingatkan perkara negatif tentang ayah, tapi aku tidak terasa ralat atas kematian ayah kerana, aku rasa aku sudah menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak, menjaga dia semasa dia sakit sehingga ke akhir hayat dia. Aku hanya mampu berdoa agar roh ayah di tempatkan bersama orang-orang yang Allah kasihi, dan ayah meredhai mak, sebagai isteri dia sebelum dia meninggal.
Al-fatihah untuk arwah ayah aku dan semua ayah-ayah yang telah pulang ke Rahmatullah. Semoga di cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Amin.
Al-fatihah untuk arwah ayah aku dan semua ayah-ayah yang telah pulang ke Rahmatullah. Semoga di cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Amin.
24 comments:
AlFatehah untuk Ayah N. Semoga dia ditempatkan bersama orang beriman. Sedih Kak teh baca . Pak Kak Teh pun dah tak ada. Lama dah. Dan kak teh selalu agak cemburu orang yang masih dapat manja dengan bapa.
Kak Teh : terimakasih. Tu lah masa ada kita tak appreciate, masa tak dah kita dok ingat no?
LOVELY ACIK N -
It has been quit some while since i visited your space, and its quit saddening to read this post. Your late father IS and forever will be a great man. This is for you and him -
Earth
a being of countless age,
a face of a thousand look,
a smile of a million happiness,
a happiness of a thousand laughters,
a wisdom of a thousand sages,
but, a sadness of a single tear.
a day with a million steps,
a night with an eternity of dances,
a dawn with a thousand flowers,
a dusk with a gargantuan yawns,
yet, rested only on a broken arm.
Deme : Thanks so much.
Al-Fatihah to your Arwah Ayah.
Alhamdulillah he has made amends in time.
Al Fatihah saya sedekahkan untuk arwah Ayah AuntyN. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh. InsyaAllah.
Saya juga telah kehilangan Ayah (dan Ibu). Yang pentingnya sebagai anak kita tidak ralat dengan pemergian mereka kerana kita tahu kita telah berbakti yang tebaik untuk mereka dikesempatan yang singkat.
Al Fatihah.
Boh saya still around. 71 tahun.
Mebbe I could learn a thing or two here.
Alfatihah..
MA : Thanks.
OSH : Al-fatihah untuk kedua2 ibu bapa OSH jugak. Semoga roh mereka jugak dicucuri rahmat seadanya.
tj : Jaga Boh elok2 ye.
meandbaby : terimakasih
kak N...semoga roh ayahnda kak N tu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah... kelebihan org yang meninggal pada malam atau siang Jumaat kan kak N, dia akan dijauhkan dari azab kubur... beruntung ayahnda kak N, kerana mendapat nikmat tu... Itu tandanya penerimaan taubat dan amalan ayahnda kak N oleh Allah.. wallahualam...
u.n.c.l.e : terimakasih. Tu yang kami ingat tu, taubat dia InsyaAllah telah diterima oleh Nya.
Al Fatihah untuk yang telah kembali kepada Nya.
Alhamdulillah ayah AN sedar dari lamunan panjang menuju kebaikan. Mungkin berkat doa tak putus mak AN.Saya sanjung dan puji mak AN kerana dalam susah dan derita masih dapat membimbing anak-2 berjaya dalam hidup.
ahni : Terimakasih.
easylady : Doa mak termakbul bila dia mohon ayah berubah menuju ketakwaan, Alhamdulillah sempat ayah berubah sebelum ajal dia.
AN,
sedih baca ni but still bersyukur byk pada pengakhirannya..semoga roh beliau dirahmati Allah...selalunya itulah balasan bagi orang yang sabar (mak AN yang sabar), doanya dimakbulkan Allah.
Sedih. N, ramai jugak kenkawan KY bercerita kisah ayah memasing lebih kurang maam cerita N...tapi alhamdulillah semuanya berakhir dengan jalan yang baik. Semaga roh ayah N dicucuri rahmat Allah.Amin.
my doa for your father AN. and i do understand you..the only diff is, my father is still life..
Alfatehah...semoga arwah ayah auntyn dicucuri rahmat hendaknya. Sekurang2nya auntyn sempat menjaga arwah ayah sebelum hari akhirnya. mama ni terkilan jugak bila ingatkan arwah abah yang meninggal accident dan takde ahli keluarga dgn arwah abah masa dia meninggal.
Asm
AuntyN, moga rohnya dicucuri rahmat. Saya hormat auntyN adik beradik menjaga kedua ibu bapa sebaik yang boleh selama hayat mereka. Sudah tentu ada sedikit rasa lega di hati kerana telah berikan sebaik mungkin kepada mereka.
Al=Fatihah buat allahyarham bapa AN. Saya juga sudah kehilangan bapa. Emak pun dah tak ada. Giliran kita pula akan tiba nanti dan anak-anak kita pula akan tinggal mengenang kita. Begitulah putaran hidup.
Al-Fatihah buat arwah ayah kak N...moga rohnya sentiasa di cucuri rahmat....Amiin...
alhamdulillah... sekurang2 sempat gak berbakti kepadanya
onde2 Kak Yan, Arena, makaji, adorable, mama rock, lady, & kak nurdia : terimakasih. Sorry lambat sikit baca komen. AN demam.
Dearest AN. I really felt so choked up reading this entry. This is an entry about me.. about a dad.. and i can associate well with your dad. How i wish all dads in the world are able to communicate well with their children so that they will feel secured with the reactions they get (good or bad). I love your dad for the good deeds he later indulged in, and i love you AN for the love you showered on your dad, despite it all.
May Allah keep him among the righteous, Amin.
Post a Comment