September 26, 2006

Merancang atau Berangan ?

Ni yang aku seronok cerita kat blog ni, ramai yang bagi semangat dan pandangan. Terimakasih untuk semua yang ambik kisah (orang utara kata kisah, orang lain mungkin kata ambik peduli, concern gitu) pada aku ni.

Nasib aku ni tak seburuk mana pun, walau aku akan kehilangan pekerjaan dan saraan bulanan aku ni, tapi masih jauh lebih baik dari nasib orang lain. Aku ada hubby yang bekerja, aku mungkin akan dapat pampasan, aku jugak tahu perkara ni dah lama dah, jadi sempat aku merancang macam mana nak hadapi hidup di hari2 yang mendatang. Ada chance aku evaluate apa yang patut aku buat masa dah kena berenti tu nanti. Memanglah aku pun tahu nothing is permananent, lambat laun aku kena jugak berenti kerja sebab umur dah sampai untuk bersara. Tak kan nak kerja sampai nyanyuk ye tak? Sapa pun tak mau dah masa tu hehe. Menyusahkan orang je bukan produktif pun.

Situasi ni pun bukan pertama kali jadi kat aku. Masa dulu tu lagi teruk, aku baru masuk company tu tak sampai setahun pun, tiba-tiba ekonomi negara jadi gawat, industri pembinaan teruk terjejas. Contractor yang besar-besar saja yang survive masa tu. Masa tu memang lah aku tak boleh nak harapkan pampasan pun. Kalau dapat pun macam dapat bonus je lah. Lekat celah gigi bak kata orang kan hehe. Alhamdulillah, masa aku dok termenung dok fikir mana tempat nak cari kerja masa tu, kawan aku Sue telefon aku nak rekomenkan kerja kat kilang yang dia kerja tu. Cepat-cepatlah aku pergi interview masa tu. Dapat pulak tu kerja tu, walaupun aku hanya bertahan di kilang tu selama 1 tahun saja. Tapi pengalaman 1 tahun tu menjadi batu loncatan kepada something better, iaitu kerja aku sekarang ni.
Dalam masa 1 tahun kebelakangan ni aku ada berfikir cara yang terbaik untuk aku.
1. Nak cari kerja lain
Kalau aku nak cari kerja lain, pada usia aku yang dah nak masuk setengah abad ni, tak ada company yang nak ambik aku bekerja lagi dah. Nak jadi cleaner kat mall pun sapa pun tak nak. Terhegeh-hegeh makcik sorang ni nak kerja tu nanti kan, lepas tu nanti mula pulak nak complain sakit lutut lah, sakit pinggang lah kann.. Hehehehe. Nanti ada pulak yang suruh aku balik, duduk rumah jaga cucu, kan ke malu jadinya. Nak katakan cucu, menantu pun aku tak ada lagi, boyfriend kak long pun aku tak pernah nampak lagi pun. Camna nak duduk rumah jaga cucu ekk?
Lagipun aku ni kan a pen-pusher all my working life, duduk dalam air-cond lapan jam sehari, mana lah sesuai nak kerja macam tu pulak kan. Amboi!!, memilih sangat pulak dah aku ni kan? Tak lah memilih tapi kalau dah terdesak mesti kena buat apa pun kan untuk mencari rezeki.
Pada dasarnya, kerana aku dah lebih 40 tahun ni akan menjadi lebih susah untuk aku mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan umur, pengalaman dan jawatan aku sekarang.
2. Nak buka bisnes sendiri
Aku terfikir jugaklah, kalau aku dapat pampasan tu boleh jugak aku buka bisnes sendiri. Tapi bisnes apa ek? Nak buka kedai makan, berlambak kedai makan kat tempat aku ni. Kena cari tempat yang strategik dan makanan yang dijual mesti kena sedap dan consistent. Macam kita makan fast food tu, walau tak sedap tapi sentiasa consistent qualitynya. Kata survey, McDonald's strength adalah pada consistency, kat mana cawangan McD pun kita makan burgernya rasa serupa, servise time dia juga serupa. Kalau buka kedai makan cara nasi kampung ni kalau tukang masak lari mulalah nak berubah rasa. Nak bukak fast food join ni kena jadi franchisee lah pulak. Mana-manalah kalau ada rezeki.
Ada jugaklah aku tinjau-tinjau on-line business. Aku ingat mula tu on-line business tu scam orang nak cepat kaya. Rupanya online business ni kena ada product yang nak di jual, cuma yang diorang jual melalui internet. Ada jugak dah orang jadi jutawan melalui internet business ni. Tapi aku tak pulak ada produk nak jual melalui internet, nak juai apa ekk? kalau ada product nak jual melaui internet tu modal memang lah kecil, tak payah daftar syarikut boleh jual barang kat internet tu.
Kalau off-line business, ni memang banyak peluanglah. Macam-macam produk dan servis kita boleh buat. Aku pun ada jugak tinjau-tinjau mana mana tempat boleh cari modal. Kut-kut lah nanti tak cukup modal nak buat business tu. VSS yang company nak bagi pun bukan boleh buat aku jadi millionaire pun, jadi kena jugak cari sponsor modal dan sebagai. Banyak rupanya agensi kerajaan yang boleh tolong. Sambil diorang bagi modal tu diorang pun ada buat pemantauan, jadi kalau kita kerja kuat dan ikut tunjuk ajar diorang tu, aku rasa lah InsyaAllah boleh lah jalan business tu. Tapi aku ni masih jugaklah tak ada idea apa businessa ku nak buat ni. Nak kena buat survey sikit-sikit lagi nak tengok apa niche market yang aku boleh masuk tu. Nak kembangkan sikit minda aku ni. Tak nak lah bila tengok mini market sebelah rumah tu nampak maju aku pun nak join buka mini market jugak tu kan. Kalau ada tanah berkar-ekar boleh jugak buat tanaman sayur ka atau ternakan apa-apa. Ni tanah tapak rumah saja yang aku ada buat masa ni Apa-apa pun rasanya aku nak try sikit2 kerja sendiri tu. kalau nanti aku tak larat dah, mungkin anak-anak boleh take over kan?
3. Nak jadi consultant
Aku ada 3 orang kawan yang ada consultantcy. 2 China, sorang Sikh. Dengan Tony dan Leong ni aku memang biasa sangatlah. Jadi masa aku dok sembang-sembang dengan diorang pasal kemungkinan aku ni akan berenti kerja hujung tahun ni, ada lah diorang cadangkan aku join diorang. Tony dah siap telefon aku minggu lepas. Dengan Leong aku dah lama cakap aku cuma aku tak berani nak commit time aku sebab masih dok kerja lagi. Takut ada conflict of interest jugak.Alhamdulillah, jugak aku ada connection dengan diorang ni. Cuma aku cakap dengan Tony aku nak buat freelance/part time dengan dia. Sebab aku mungkin tak dapat tumpukan full time masa aku dengan dia dalam 1 tahun ni takut-takut company tak nak release aku lagi sampai selesai integration process tu. InsyaAllah macam mana pun aku akan tetap cari dia.
Sorang lagi consultant tu adalah financial consultant. Aku kena belajar semula, ambik partime course untuk jadi certified financial consultant. Otak aku pun dah lama tak belajar ni agaknya dah berkarat dah agaknya, entah tak masuk lagi dah semua2 jargon-jargon tu. Takut kantoi pulak lah tu. Walaupun aku tak lah 100% reject idea tu tapi aku simpan je lah dalam memori aku ni. Kalau aku rasa aku nak cuba something totally new mungkin aku buat lah. It's an option.
4. Nak jadi full time housewife
Rasanya ini yang paling best sekali. Kalau hubby boleh tanggung kehidupan kami anak beranak tanpa memerlukan aku bekerja, sure aku dah berenti kerja jadi full time housewife. Tapi aku ni jenis tak reti nak duduk rumah buat kerja rumah sepanjang hari. Aku rasa mesti aku akan selalu kelahi dengan hubby. Korang tak percaya? Mestilah makin panjang muncung hubby tu, makin lama lah pulak rajuk dia tu. Mana tak nya, dia sure expect aku jadi full time housewife yang masak sedap-sedap hari2, pakai lawa2 tunggu dia balik kat muka pintu, ambik beg dia, makan dan minum dia tersedia atas meja setiap masa dia balik nak makan. Isyy aku tak pernah buat sampai macam tu selama ni. Memanglah aku masak, siapkan makanan, tunggu dia makan tapi kadang-kadang tu hubby ambik sendiri air, ceduk nasi sendiri jugak. Tu yang aku selalu rasa bersalah kalau baca blog full time housewife, aku rasa aku memang tak terdaya nak buat macam diorang tu. Pecah rahsia aku ekk? :-). Kang nanti dia balik tengok aku dok asyik beronline saja, dengan muka sebam macam masa dia nak pergi kerja tadi tu, tak ke asyik nak kena sound je lah nanti tu kan?
Tapi mesti seronok duduk rumah tak payah lagi nak join orang rush nak pergi kerja setiap pagi, tak payah nak ingat apa nak pakai masa nak pergi kerja, nak rush to meet the dateline. Dateline kat rumah aku sendiri yang set. Boleh jugak aku belajar ugama sikit sebanyak untuk improvekan ilmu aku kan?
5. Nak buka kelas tuition
Baru ni kat paper kan ada cerita cikgu tuisyen lumayan pendapatan diorang tu kan? Aku pun pernah ajar budak2 kampung English tahun lepas. tahun ni sebab tak ada maid aku tak buka kelas tuisyen tu. Boleh jugak aku dapat pendapatan dari kelas tu kan? Tapi.......malangnya aku ni kalau buka kelas tuisyen agaknya aku bukan dapat pendapatan lumaya, tapi rugi kut. Sebabnya aku kesian tengok budak-budak kampung tu. Jadinya nanti kalau diorang tak bayar pun aku tak kisah, habis camna? Yang ni kalau aku ada masa lapang aku mungkin buat sebagai satu amal jariah je lah kut.
Dah tengok apa yang aku dok berangan tu, rupanya aku ni banyak songeh jugak lah ni. Tak tau lah mana yang nak jadi ni, mintak-mintak salah satu tu berhasil lah jugak. Walau apa pun aku kena jugak usahakan sesuatu dalam masa 1 tahun yang akan datang ni. Kena buat macam Tj kata plan with Fun with the capital F.

18 comments:

Anonymous said...

Selamat Berpuasa AuntyN. I hope you have a wonderful Hari Raya this year with the beloved family. Salam dari rantau.

Om

Mama Rock said...

auntyn, since ada time lagi boleh lah fikir all the options. yang kes full time housewife tu, depends if auntyn okay with it. mama tried masa we moved to dubai, only lasted me 8months - dah terbiasa kerja tu lah sebabnya! financial consultant tu is actually your own business without havign to lavish on the capital - hanya nak kena belajar je la :)

JoeBangla said...

melimpah ruah banyaknya options sampai tak tahu yang mana satu nak pilih :-)

Count Byron said...

AN - I am sure, dead sure, that it is Merancang, and not Berangan. But then merancang can start with berangan. You are doing extremely well, AN.
I like the idea of a tuition centre. Nanti Count pun boleh kongsi bersama bila dah bersara nanti. Tentu seronok berkerja dgn AN. Untung lumayan, pengalaman ditimba & dikongsi, nasihat pun dapat. What more can I ask for.
Nana & Naness mengucapkan Selamat berpuasa untuk Cek & Famili.

AuntyN said...

Om : Selamat Berpuasa untuk Om jugak. Raya dengan family insyaAllah meriah.

mamarock : Itu lah yang AN takut tak tahan duduk rumah lama-lama.

Joe : Options kena banyak, baru senang nak pilih. I am sure you are doing the same.

Nana Count : Thanks. Boleh sangat tu kita joint venture bukak tuision center. InsyaAllah lumayan. Nana & Nani (Atuk & Nenek) take care OK.

wynn : What a wonderful advise. I think I do want to take a brether for a while. Betul tu hutang kena settle dulu tu hehe. Thanks so much.

Anonymous said...

Kak N, semoga apa perancangan yg berjaya memberikan rezeki yg lebih kepada Kak N dan keluarga.

noha chomel said...

selamat menjalani ibadah puasa buat aunty sekeluarga

good luck aunty

ps: nak join saya buat business? ;)

Alinlai said...

insyaAllah ada rezeki kat tempat lain tu :) ambik peluang ni untuk duduk rumah dulu, tenang2 fikiran... kot2 mai idea menulis ka apa ka...hmmm rezeki juga tu :)

Jo Kontan said...

Just a thot:

a. Ada ternampak run-down stesyen minyak yang boleh diusaha semula ? Quality plays very important part of it.

b. Ada ternampak kolej2 kecilan di sekitar Penang. Quality is highly needed subject.

:-)

AuntyN said...

cm : InsyaAllah.

nohachomel : Buat Business apa tu? Emailkan detail, mana tahu ada rezeki?

alinlai : kalau dapat menulis tu passive inncome tu. InsyaAllah.

Tj : Stesyen minyak? Hmmm memang dok nampak banyak sekitar kawasan ni. Kolej tu a very good idea tu, macam ngam aje lah tu.We'll see what we can do. :-)

Anonymous said...

Banyaknya pilihan...

AuntyN said...

royce : hehe, itu semua peluang, cuma nak dengan tak nak je kan. Hendak seribu daya kata orang kan?

NONIE AZIZ said...

Hehehe MR kekadang dok terfikir gak nak berhenti kerja pastu buka taska jaga anak-anak kecil...tapi tak berapa nak konfiden lagi pasal takut tak terhandle...

AuntyN said...

MR : Habis kang bebudak tu kena kutil dengan AN ni, hehehe. Nanti jadi kes dera puak tu. Anyway, hendak seribu daya

Fara said...

cayalah AN ... penuh dengan back-up dalam kepala ... hopefully apa2 yg jadi pilihan AN tu, akan berjaya ... :-)

AuntyN said...

Fara : Hehe, back-up plan banyak, cuma nak execute aje yang belum boleh lagi tu.Thanks, InsyaAllah.

Arena said...

AuntyN,
Sama2lah kita berdoa, agar Allah berikan yang terbaik untuk kita di Ramadhan ni. Boleh jadi apa yang diberikan tu kita tak suka sangat, tapi Allah knows best kan.

Arena doakan aunty dilindungi Allah dan ditunjukkan pilihan yang tepat. Selamat berpuasa aunty.

Unknown said...

AN,

Salam Ramadan.

Ada terfikir untuk menulis? Bakat dah ada. Cuma kena polish sikit je. Kemudian pasarkan di blog.

All The best