September 07, 2006

Binatang Berbisa

Tinggal kat kampung memang tak boleh lari dari binatang liar. Tambah-tambah kalau rumah kita tu banyak pokok-pokok atau buahan-buahan. Banyak binatang yang nak hinggap nak makan buah kayu tu. Kadang-kadang ada tupai yang datang makan rambutan sampai ke pintu rumah aku pun, bila dia nampak kita dia terus lari panjat pokok semula. Dulu tu pernah aku cerita pasal seekor monyet yang masuk ke dalam kawasan rumah aku sampai ke pintu belakang. Dihalau pun dia tak nak lari. Kalau ada semak-semak pun risau jugak sebab kadang-kadang ada biawak atau ular yang menyusur semak samun. Mesti ada yang buat sarang kat situ. Bila kita buang semak samun tu, selalunya terbuang sarang diorang tu, ada yang kadang-kadang mengamuk diorang dengan kita.

Masa aku berumur dalam 9 atau 10 tahun dulu tu, aku tidur dekat dengan bilik mak dan ayah aku. Rumah orang dulu-dulu mana ada banyak bilik, selalunya satu je bilik kemudian tu dia punya ruang depan tu besar. Jadi bila nak tidur pandai-pandai sendiri lah nak cari korner mana atau ruang mana untuk nak hampar tilam ke lemek ke. Tiba-tiba aku terasa lengan aku sakit macam kena gigitan. Aku pun dok nangis "sakit, sakit " gitu lah. Bila di tanya sakit apa, aku tak reti nak cakap, asyik dok "sakit, sakit" je tu. Maklumlah gelap mana aku nak nampak apa yang gigit aku masa tu. ayah aku naik fed-up dengan aku langsung dia sergah, "sakit!, sakit!, penampar kang baru tahu!" Hah, baru padan muka aku kan, hehehe. So terdiamlah aku, tak berani nak mengerang lagi. Aku nangis sorang-sorang sampai pagi, Nak nangis kuat pun dah terasa takut dah, hehe.
Bila bangun pagi aku tengok lengan aku ada bekas kena gigit, sampai hari ni pun ada parut dia. Aku agak aku kena gigit dengan lipan. Agaknya bila aku tidur tu lengan aku terhempap lipan yang sedang berjalan kat atas lantai tu agaknya. Rumah kami masa tu lantai papan, dan kalau orang yang lama-lama boleh ingat lantai tu selalunya bukan rapat-rapat macam lantai simen, mesti renggang lantai tu, kerana moiture dari papan tu dah mula mengering. Jadi ikut lubang-lubang lantai tu lah lipan tu masuk. Yang heran tu rumah dulu bertiang, rajin pulak lipan tu panjat tiang rumah aku tu, dia banyak kaki jadi cepatlah langkah dia tu kan hehe. Selain dari bahaya binatang berbisa tu, bahaya jugak lantai macam tu sebab beri peluang remaja-remaja nakal kampung mengintai anak dara dalam rumah orang tu.
Lepas dari kejadian kena gigitan lipan tu, ada lagi kejadian yang agak ngeri jugak berlaku. Aku masa tu dalam pantang, baru melahirkan, tapi tak ingat anak yang ke berapa. Mungkin Angah atau Ayin. Masa tu ayah sudah renovate rumah buat rumah 2 tingkat. Di bawah simen, tingkat atas tu masih lah kayu. Masa dalam pantang aku tidur kat hall depan TV, atas tilam di tingkat bawah tu. Lantai simen tu di lapik dengan tikar PVC, sejuk lah rasanya. Macam biasalah, rutin aku masa dalam pantang, makan pagi, bertungku, mandi, lepas tu pakai barut lepak lah sambil tengok TV. Bayangkan lah mana lah badan tak naik masa berpantang tu, asyik makan tidur je tu. Dah ke situ pulak melalutnya aku.
Satu petang, macam biasa aku tidur atas tilam tu, tangan aku sajalah aku letakkan ke atas kepala, melepasi bantal. Tiba-tiba aku terasa macam aku terpegang satu benda yang licin dan panjang gitu. Benda tu tak bergerak masa aku pegang tu. Aku pun bangun cepat-cepat dan angkat tilam bantal semua. Bayangkan lah ada seekor ular berwarna hitam tengah dok lepak sama dengan aku kat bawah tilam aku tu. Geli? Cepat-cepat aku panggil ayah aku, dia ambik buluh halaukan ular tersebut. Nasib baik masa tu baby tidur kat dalam buaian, kalau tak!!!!, Entahlah!!!
Ular ni, jangan buat main, kakak aku pernah kena patuk dengan ular. Masa tu kakak aku tinggal bersebelahan dengan rumah mak-ayah aku. Kakak tengah tidur depan TV kat hall dia, tiba-tiba ada seekor ular masuk ke dalam rumah mematuk kakak aku. Teruk jugaklah nak berubat. Kepercayaan orang pasal ular ni, dia selalu ada pasangannya. It was so happened, tak berapa lama sebelum tu abang ipar aku ada membunuh seekor ular di kawasan rumah kami tu. Kata bomoh ular tu yang gigit kakak tu pasangan ular yang kena bunuh tu datang menuntut bela, Wallahuallam.
Ahad, malam isnin baru ni, aku kena sengat pulak. Masa siang memang aku ada nampak seekor tebuan masuk kat dalam rumah. Tebuan tu berlegar-legar kat cermin tingkap dapur. Aku tak lah bunuh tebuan tu, cuma aku halau keluar dari dapur aku saja masa tu. Malam tu lepas aku solat isyak, aku pergi dapur, ambik nasik dengan lauk-lauk, terus bawak pergi depan, Konon tu nak makan sambil tengok TV lah tu. Masa aku nak duduk tu terasa macam ada benda duri tajam menusuk paha kiri aku. Mak oiii, sakitnya!!!. Refleks aku masa tu tepis benda yang menyengat aku tu, terasa macam binatang sebesar tebuan tu lah. Nak kata lebah, terasa benda tu tak sekecik lebah. Apa lagi bengkak lah paha aku malam tu. Tebuan tu aku ingat dia hinggap kat kain batik aku (Anne : AN pakai kain batik bukan pakai shorts :-), masa aku duduk tu tebuan tu terhimpit oleh paha aku jadi dia terus sengat aku. Hubby tolong demahkan paha, anak-anak dan mak tolong gosok minyak gamat dan sebagai. Esoknya aku pergi klinik kena lah cucuk satu jarum. Balik rumah aku tidor almost sepanjang hari.
Sapa yang ada pengalaman macam aku ni mai cerita sikit..

18 comments:

Anonymous said...

Adik saya penah kena sengat dgn tebuan ni, kena kat kepala sampai pat lima ekoq... ngeri sampai hari ni saya ingat...

Ari said...

Hallo AN,
bertambah cun jadinya paha..tebuan ni ada guna dia..buat tegangkan kulit yang dah kendur..;
Semasa sedang mencari bertam untuk buat bidai..beberapa tahun dulu..seekor ibu tebuan telah marah kat saya..sebab saya dah potong pelepah bertam yang ada sarang dia..lalu dia pun hentam saya satu jarum..kena kat kening kiri..macho man..buat tak apa saja..lebih kurang satu jam selepas tu..mata saya tertutup sebelah sebab bengkak..!Haru juga nak drive balik dengan mata cemei sebelah..2 bulan sudah saya kena duri ikan sembilang laut..sakit juga..dah lama tak pernah kena..masa budak dulu..tiap tiap hari kena..!Saya pernah kena duri ikan lepu semasa menyelam..tak sakit tapi berdarah..ingat kan nak mati dah.. rupanya umor panjang lagi..teruskan menyelam..tapi Steve Irwin sampai ajal dia dengan ikan pari..Tangkap dek buaya pun dia tak mati..kena sengat ikan pari..kat jantung lak tu..

aNIe said...

Kak N...dulu masa lady tinggal di kampung...kalau lalu kat ladang getah...mesti ade lipan yang besar tu...diorang panggil lipan bara...hampir 5-6 inci panjang...lebar sebesar ibu jari...merah pulak tu...takut sungguh...tapi nasih baik belum pernah kene sengat binatang berbisa lagik...mintak2 jangan lah kan...

Nazrah Leopolis said...

i pernah pergi cuti-cuti kat pulau tinggi sorang-sorang, cantik kalau snorkelling kat situ. tapi jgn la mimpi nak sunbathing ke picnic kat tepi pantai. banyak sandflies. macam lalat tapi kalau dia gigit, gatal ya amat. so happens i am allergic to their sting, bengkak macam bukit2 besar...dua tiga hari tak baik, sampai demam dan sesak nafas.nasib baik tgh2 malam gi doctor, ambik jab. kalau tak, entahlah, mungkin tak sempat jadik makcik.hehe.

kak n kena sengat kat peha tu ada hikmah la tu, dapat la family manjakan kak n...kan?

Anonymous said...

ngerinya baca ular masuk rumah. My brother pernah kena gigit ular masa menebas kat kebun dia.Teruk bengkak seluruh badan. Alhamdulillah selamat.. dah nak pencen tahun depan.
Semua anak-2 saya geli teramat kat lipas.Depa boleh menjerit-2 dengan lipasni.Sampai yg leleakipun terikut-2 perangai kakak dia.

Anonymous said...

AN,
hampir kena gigit adalah, macam kak lady cakap tu lah - lipan bara, masa tu kat hostel nak ambik wudhu, masa nak basuh kaki tetiba melingkar kat pergelangan kaki (macam gelang kaki) lipan bara, panjang dan besar ya amat! merah menyala!! tak tahu nak buat apa, terus bukak paip, jatuh bila kena air, Alhamdulillah tak kena gigit..kalau idak..

tapi ular ni memang saya paling geli!!!!!!!!!

Mama Rock said...

mama pernah pijak ular masa kecik-kecik dulu sebab ingat kan tali, lpeas tu ular tu bergerak, melompat2 lah mama...ps masa tu kecik tang melompat tu nampak la cute, la ni, retak bumi kot!

seekor lebah pernah menyegat bibir mama ni. masa tu orientation week, baru je sampai us. my canned drink tu mama letak kejap atas bench masa kat park tu, then masa nak minum tu terasa a sting on my lips, tercampak lah can tu. langsung bengkak bibir tu, macam lionel richie. malam tu ada freshman party, tapi tak gi lah...sebab tak cool bibir tebal! LOL

KakNi said...

Kena gigit pacat ada lah muahahah

Ordinary Superhero said...

Ohhh, baru lah paham kenapa kena sengat kat peha. (same wild thots like MA) heh hehh he.

Masa first time anak2 balik kampung, jalan siap berjengket-jengket sebab lantai papan kat rumah tak rapat. Takut jatuh, kata diaorang.

Anonymous said...

sakit tu kena sengat tebuan.

saya pernah kena gigit lipan..menangis sepanjang mlm masa tu belum sekolah lagi.

org tua2 kata kalau kita bela itik ular selalu dtg rumah.

Miss Aini said...

huhuh, sy dh immune dgn sengat lebah tebuan nie. dlu masa bersekolah asrama di slim river, pernah kene sengat. masa tu petang lps blk dr dining hall.slalu kalo nk g hospital kne g sendiri (naik bas mogah), pagi waktu sekolah.mlm tu bubuh la minyak2 ape sume, warden kate esok pergi hospital. smp kt hospital, doktor tnya bila kena sengat? sy jwb ptg smlm, dia marah, kenapa x dtg smlm? sy jwb la warden x bg keluar asrama (baik oo sy nie).then doc tuh marah. huhuh, seb baek xde pape sgt.kne cucuk kt bontot ngan dokter ensem.muahaha~pastuh ade lg beberapa serangan tebuan dan lebah, tp sy rasa sbb dh immune, maka sy mampu menghadapi serangan2 dari serangga berbisa ini. dtg uk pon, mase musim summer, byk serangga2 bermaharajalela, kemudian bangun pagi, ada bintat(xtau org lain pgl apa) kt perut. tp sbb mls nk jumpa GP, biarkan saja. last2 heal snd. seb baek..huhuh

UglyButAdorable said...

AN..ngeri nyer citer nie..saya cukup taku kat lipan, ular dan yg seangkatan dgnnyer..eiuuwwww..seriau la dgr ader kat atas tilam..kalau saya dah pengsan dulu..

simah said...

salam perkenalan

interesting gila baca entry binatang binatang ni.. saya tak ada cerita kena gigit ka kena patuk ka..the worse kena gigit nyamuk kot hehehhe.. so tumpang tumpang baca entry ni yea?

kat istanbul ni lagi la tak jumpa semua tu.. ada semut pun anak saya menjerit.. kalau tersesat lipas pun suami saya carik sampai jumpa...

hidup kat kampung dengan hidup rumah flat kat bandar ni lain betul

Anonymous said...

AN, Ular kat bawah tilam? Kalau saya dah kena histeria jam tu juga agaknya. Takut campur ngeri campur geli campur seram campur semua sekalilah! That 'thing' is my fear factor. Dulu taklah sampai begitu sekali, tapi sejak tengok gambar warna muka depan surat khabar tunjuk binatang tu telan orang di Johor, saya terus jadi fobia!

Kira AN ni terror lah! Boleh cool lagi jumpa benda tu!

AuntyN said...

mar : sekor pun dah sakit, tak boleh nak imagine disengat oleh 4,5 ekor sekali. Eeee!!! ngeri jugak.

EN Ari : Kalau nak tegangkan kulit yang kendur kena pagi sengat kat muka lah. Nah kau betapa "tegang" kulit muka lepas tu :-)

Lady : dulu kat rumah selalu lipan bara masuk dari bilik air, panas agaknya lipan tu, nama pun dah bara kan hehe.

nazrah : Manjakan? alah kejap je lerr. Tapi best lah ada orang tolong gosok, tolong demah hehehe.

AuntyN said...

easylady : my nephew, umur dah 35 tahun masih geli dengan lipas hehehe. Jadi budak2 kecik tak heranlah kalau geli tu.

onde2 : Alhamdulillah nasib baik tu. Berkat niat nak berwuduk agaknya tu .

mamarock : Hehehe, dapat merasa bibir yang macam Anjelina Jolie ekk? :-)

ahni : EEEEE!!! Gelinye pacat tu!!

OSH : Hehehe, tebuan jantan kut sebab tu sengat kat paha.

AuntyN said...

royce : sakit lah. Itik? Tak pernah bela itik pun, cuma dulu2 belakang rumah selalu semak samun saja yang ada.

ainee : Nasib baik doktor hensem. LOL

adorable : Memang seriau, tapi Alhamdulillah masih boleh lagi control cun tu hehehe.

simah : Selamat datang dan selamat berkenalan. Climate berbeza kut sebab tu tak ada benda2 tu semua.

makaji : kira AN ni "macho" jugak lah LOL. Duduk kampung kena lah ganas sikit LOL.

AuntyN said...

Terimakasih atas semua komen-komen. Maaf AN tak dapat nak balas cepat sikit. I was away on business trip for the past few days. Tersibuk pulak dah ni hehe.