September 19, 2006

Demam

Sejak 2 minggu kebelakangan ni aku sibuk sesangat. Dah 3 kali aku ke KL pasal kerja dalam masa 2 minggu lalu. Esok pun nak kena turun jugak. Tapi balik hari saja lah. Tak tentu sempat tak nak jenguk Kak Long.
2 minggu lepas masa aku ke KL tu, adalah kena hujan sikit-sikit. Masa Dalam perjalanan ke KL memang hujan lebat, balik pun sama. Office KL aircondnya sejuk sampai ke tulang, jadi aku pun lupa nak minum air banyak-banyak, takut asyik nak kencing saja nanti tu. Jadi Bila balik dari KL minggu tu aku dah rasa macam tekat aku perit sangat. Tak apa lagi lah masa weekend tu rasa masih OK lagi. Isnin lepas aku kena ke KL lagi. Hubby minggu lepas berkursus di Lembah Kelang selama 4 hari. Isnin tu hubby seawal 3 pagi dah bertolak dengan kereta ke KL bertemankan Kak Long yang ikut aku balik Jumaat minggu sebelumnya. Aku naik flight bersama 3 orang colleague aku sebab meeting kami pada petang Isnin. Selasa, malam aku dah mula seram sejuk. Berselimutkan 3 helai gebar pun aku masih terasa sejuk dan menggeletar seluruh badan. Rabu aku datang kerja jugak sebab, minggu-minggu mendatang kami menjadi terlalu sibuk untuk mengatur langkah-langkah terakhir untuk menuju suatu perubahan yang besar dalam syarikat ini. Dateline kami terlalu singkat dan aggressive.
Hampir petang aku dah dapat email, esoknya (Khamis) kena ke KL lagi. dengan badan yang kurang sihat aku terpaksa jugak mengambil flight ke KL. Aku terpaksa suruh anak-anak ke sekolah sendiri dan aku naik teksi ke airport. Nak elakkan dari kesejukkan aku terpaksa pakai sehelai t-shirt berlengan panjang di bawah baju kurung. Masa meeting tu pun aku kena pinjam windbreaker office mate kat KL tu. Baru tak terasa sejuk sangat. Dari pagi sampai malam aku asyik makan sup saja lah. Pagi Kaoytiew sup, tengah hari mushroom soup, malam tu aku order chicken soup, tapi yang aku dapat tomyam soup. Langsung aku tak boleh nak habiskan, macam nak terbakar tekak aku.
Aku balik dengan hubby sebab dia habis kursus hari Khamis jugak, cuma dia dapat travelling day hari Jumaat. Sepatutnya aku temankan dia boleh lah kami tukar-tukar driver bila penat. Tapi aku memang tak terdaya nak memandu malam tu. Jadinya, all the way aku asyik tidur saja. Hubby pulak terpaksa kena drive sorang-sorang. Kami sampai rumah pukul 5 pagi setelah beberapa kali berhenti sebab hubby terlalu letih dan mengantuk. Kesian kat dia. Hari Jumaat aku kena jugak datang ofis sebab nak delegate kerja (nasib baik boleh delegate no :-) ) Lepas tu aku pergi ambik MC dan teruk balik tidur. Over the weekend tidur sajalah kerja aku. Masak pun aku delegate jugak pada Ayin. Nasib baik Ayin boleh di harap untuk masak lauk. Yang lain boleh tolong masak nasik.
On Sunday, hubby pulak demam. Aku masih lagi batuk-batuk, dan suara serak macam itik nila hehehe. Hubby dah 2 hari tak ke ofis. Nak bangun pun tak daya, makan pun tak ada selera. Badan lenguh-lenguh agaknya sebab drive sorang-sorang malam tu. Alhamdulillah, anak-anak tak demam dan pandai pulak bawak diri sendiri. Ayin ke sekolah naik bas, Syia naik basikal, Angah jalan kaki. Kalau hari lain tu diorang ni kami hantar ke sekolah naik kereta.
To KAK LONG - Happy 19th birthday. Enjoy your last birthday as a teenager. Next year dah masuk umur ke-20 dah. Grow to be a beautiful person that you are. All our love is with you.

21 comments:

atiza said...

happy birthday kak long...

wah..ramai nampaknya jejaka queue depan rumah aunty n nampaknya... :)

AuntyN said...

atiza : nak kena letak tempat ambik no macam kat bank tu ekk? :-)

Terimakasih

Alinlai said...

kesiannya...demam dua-dua orang :) tak pa la bleh delegate keja dah... to kak long hepi b'day!

Kak Teh said...

happy birthday kak long dan N -and hubby - cepatlah sembuh.

Anonymous said...

Selamat hari melahirkan untuk AN.

AuntyN said...

alinlai : Nasib baik boleh delegate hehe.

Kak teh : Dua2 demam leceh, :-) Tak boleh nak manja2 :-)

En Ari : terimakasih : My first experience melahirkan tu :-)

KakNi said...

Hepi Besday to Kak Long. Kesian AuntyN bz sampai demam.

JoeBangla said...

Laaa...patutlah lama tak nampak kat internet,demam rupanya. Semoga semuanya sihat.

Happy Birthday errr Kak Long.... ish apasal rasa macam gementar jer nih nak sebuat nama Kak Long nih? :-)

Mama Rock said...

auntyN, busynya sampai demam-demam ha! get well soon and many happy returns to kak long.

Coconut Ice said...

cian auntyN..get well soon. Erm..ada dpt tak template yg coco send kat aunty N ?

Ordinary Superhero said...

Itu lah dia, jangan kerje teruk sangat. :). Semoga semakin sihat - to you and your Hubby. '

Happy Birthday to your Kak Long. Jangan mama dia dok pikir nak mintak mas kahwin RM44,444,444,444.44 sudah lah no.

she-blocks said...

happy birthday to you too kak long...dah besar anak akak yea...:)
salam kenal!

Bergen said...

Get well soon, ma'am. Campbell chicken soup is good. No, they don't pay me for this writing this.

Ewok said...

Big HUGS for you! Please rest and take care of yourself (+ hubby too) May you be well soon!

AuntyN said...

ahni : agaknya terkejut sebab tetiba banyak sgt kerjanya hehehe. Thanks for the wish.

joe : Amboi,amboi, amboi, gementar konon :-)

mamarock : Dah sehat sikit dah ni. Thanks for the doa.

coco : Nampak kat email tu tapi tak bukak2 lagi pun. Thanks anyway.

OSH : Thanks. Isyyyy, belum fifkir pasal duit hantaran lagi ni. Since you put me up to it, I'll keep that in mind hehehe.

she-blocks : Anak2 AN dah besar2 dah :-(. Salam kenal jugak.

bergen : Cambell soup is nice too. Nice to see here again.

ewok : Thanks. Big hugs to you too. I am getting better.

Thanks to all the doa and wishes for Kak Long's birthday, hubby's and my wellbeings. Thanks again. We are getting much better already. :-)

Anonymous said...

Selamat hari jadi. Selamat berpuasa buat auntyn sekeluarga

noha chomel said...

salam ramadhan buat aunty n sekeluarga , semoga aunty cepat sembuh dan selamat hari lahir buat kak long :)

AuntyN said...

faizah & noha chomel : Selamat berpuasa jugak to you all. Terimakasih

mak aji said...

Selamat berpuasa AN. Dan selamat ulang tahun untuk kak long. Nampaknya kak long AN pun sama bulan dengan kaklong saya. Semoga mereka panjang umur dan mendapat Hidayah.

ays_as said...

selamat menyambut Ramadhan!!...
selamat beribadat!

AuntyN said...

makaji : InsyaAllah dan terimakasih.

ays_as : Sama-sama. Thanks.