Minggu ni kalut sikit aku dibuatnya.
Kat ofis kalut dok handle pemberian surat-surat retrenchment, nak explain segala-gala kat diorang tu. Lepas tu nak jugak coordinate pasal diorang yang nak dioffer contract baru. Memang adat lah kan pasti ada yang tak senang dengan apa yang dioffer tu. You just can't please everyone. Tak pulak diorang ni consider, ada yang tak dapat offer terus, terus je tak ada kerja lepas ni. Nak kena pergi cari sendiri. Macam aku ni lah, huhuhu. Jadinya, aku pun dah tahu dah bila aku akan jadi bibik sepenuh masa tu, hehehe.
Kat rumah tu, si Syia 1 hari selepas saja result tu keluar, diorang dah pergi school trip. Penang-KL-Melaka-Genting. Ayin pun sama, ada trip jugak cuma Ayin's school trip pergi KL saja. Biasalah kan duduk kampung, bila cuti sekolah je berbondong-bondong lah orang kampung buat rombongan cik Kiah ke bandar-bandar. Trip tu dari awal dah diplan tu. Aku kena siap duit tambang dengan duit poket untuk diorang nak pergi jenjalan tu. Biarlah. Bila balik, Syia ada cerita 3 orang kawan2 dia kena rasuk masa bermalam kat Wisma B*lia. Alhamdulillah dia tak kena apa-apa. Nasib baik Cikgu yang ikut tu boleh jadi bomoh terjun, jadi semuanya selamat akhirnya.
Sebelum pergi tu Syia dah suruh ambikkan borang MRSM tu. Bila dah ambik tu, hubby suruh aku isikan borang tu. Tak confident betul yang anak manja dia tu boleh buat sendiri. Borang yang nak kena isi tu pulak macam kertas jawapan periksa UPSR, kena hitamkan kat huruf dan angka yang berkenaan. Dah tu kecik pulak tu, aku ni dah lah rabun, mata pun dah tua dah, silap memanjanglah jadinya. Kadang2 ada baris yang aku hitamkan 2 ,3 huruf, dah hilang huruf pada line yang seterusnya. In the end aku suruh je si Syia tu isikan sendiri.

Semalam aku suruh Syia bangun awal, aku bawak dia pergi jumpa Guru Besar sekolah dia untuk mengesahkan borang dan dokumen lain yang perlukan pengesahan tu. Dah lah tu, budak ni dia tak pun photosta sijil-sijil dia. Kena cari kedai photostat pulak. Pagi-pagi gitu, tak nampak kedai yang bukak lagi. Dah kalut sikit aku masa tu, kang kena pergi jauh pulak nak photostat. Nasib baik, Allah permudahkan urusan. Sementara dok fikir kat mana nak pergi tu, aku singgah beli nasi lemak dulu untuk diorang tu. Tak sempat aku nak masak pagi tu, jadinya diornag terpaksa survive dengan nasi lemak tu ajelah sampai hubby balik petang nanti. Aku pesan suruh hubby beli makanan bila dia balik nanti. Tapinya, masa aku balik semalam, aku ingat aku tak lah nak kalut nak kena masak, rupanya kena jugak. Sebab hubby tak beli, dia kata badan tak sedap, rasa macam nak demam, lemah saja rasanya. Dah pulak!!
Siap aje beli nasi lemak, aku nampak kedai photostat dah buka, tak payah nak pergi jauh dah. Lepas siap, aku pun pergi ke sekolah nak cari Guru Besar. Dah pulak kami diberitahu Guru Besar meeting sampai pukul 12.00 tengahari. Tak kan aku nak tunggu, perut pun lapar jugakk dah. Dah pukul 9.00 pagi apa pun belum makan lagi. Kami terus saja balik, makan dan aku cakap aku nak datang ofis. Aku pun suruh Syia pergi jumpa Cikgu Besar untuk dapatkan pengesahan nanti. Sementara tu Ayin pun siaplah dok pot-pet kat adik dia tu.
"Hang ni, manja sangat lah, buat sendirilah, Aku dulu buat sendiri semua, tau. Tak ajak mama pun. Ajak kawan-kawanlah pi jumpa Guru Besar".
"Eh, banyak ni saja ka sijil-sijil hang, kesiannya, hehehe. Mana lagi sijil-sisjil hang, awat tak bubuh semua. bagi nampak sikit kepimpinan tu".
Hehehe, memang ada tokoh isteri "mithali" tu.
Syia pun dah dengar Ayin mencabar dia tu, walaupun rasa nak marah tapi ada betulnya tu. Dia pun terus saja OK nak buat sendiri tu. Since Angah tak ada paper semalam, Syia ajak Angah bawak dia pergi (naik motor) pergi sekolah. Bila malam, Ayin sekali lagi tolong check samada borang dan lampiran tu complete ke tidak. Hari ni aku baru aku dapat poskan borang tu.
Sambil tu aku pun cakap dengan Syia.
Aku : "Kalau dapat masuk sekolah asrama ni, betui-betui ka nak pi? Satni nangih pulak kena buli ka. Nangih nak balik tak mau duduk asrama pulak. Kena pi kalau dapat tau!".
Syia : "Mana pulak, tak nangih lah".
Aku : " Kalau ada yang nak buli, cakap kat depa Syia reti taekwando tau hehe"
Syia : " Hehehe, apa lah mama ni. Sat ni depa ingat Syia tali-pinggang putih (first phase) saja lah ".
Macamana pun kena jugaklah aku daftarkan dia kat sekolah menengah kat kampung ni. Kalau-kalu dia tak dapat masuk mana-mana sekolah lain, dia masih boleh bersekolah di sekolah Kak Long dan Angah tu.
Esok aku nak ke Perlis pulak, nak ziarah kawan aku yang akan menunaikan fardhu haji musim ni. Dia ni classmate aku kat sekolah asrama penuh dulu tu. Dah sampai seru dia untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah, aku nak suruh dia doakan, supaya aku dijemput menjadi tetamuNya pulak tahun depan InsyaAllah. Semoga Allah menganugerahkan Haji Mabrur kepada dia.
11 comments:
Hish apa saja spammers ni
Sebelom tuh, tahniah buat syia!!! Semoga berjaya di dalam hurdles seterusnya lepas ni.
Mami, tia tuh baru masuk dua tahun... lambat lagi lah saya nak kena risau pasai exam2 ni :)
aunty N
first n foremost..congratulations buat syia...the most important that she tried her very best..result is secondary.
AN..respect lah boleh bagi org surat retrenchment..i dun think I'll be able to do it..
mar : terimakasih. Enjoy Tia's no exam period while it last OK.
adorable : thanks for the wishes to Syia.
Unfortunately the responsibility comes with the job. Since I am also not excluded, handing the letter is less gruesome.
haa...dah buang pun semua spams tu..merata-rata depa bermaharaja lela.
Kak Teh : Thanks for the sms. teruk betui spammers tu no..
J, thanks. Depa pun nak berjaya macam abangJavard jugak tu :-)
AN : Once in a while, Kalut tuu bagus for the system. It helps to shake a bit.
Tapi kalu selalu tuu merekah hati dibuatnya..:-)
kalau tak bebudak yang buat kita kalut, siapa lagi kan... adding colurs to our life!
mama rock : true enough :-)
AuntyN,
So sorry to hear about your retrenchment. I am sure aunty ada plan nak buat apa lepas ni.. All the best to your daughter and to u too...
Arena : Thanks for the simpati hehe. Tak pe, I am sure this is a beginning of something new for me.
Post a Comment