November 16, 2006

Syia Tak Sakit Perut Lagi

Semalam Syia sakit perut. Kata mak aku, entah berapa kali Syia asyik masuk keluar bilik air. Semalam pun dia tidur awal, nasi ayam yang baba beli pun dia tak jamah. Makan malam pun dia tak nak. Kesian aku tengok. Mak aku pun rasa kesian. Mak kata, "Seghuh muka dia hari ni".
Pagi-pagi lagi dia dah bangun siap nak ke sekolah. Dah siap tu dia datang ingatkan hubby suruh hantar dia ke sekolah. Tiap hari pun hubby yang hantarkan. Tapi hari ni dia gelisah sikit. Macam tak sabar dok tunggu baba dia bersiap nak menghantar dia dan terus ke ofis. Aku tahu kenapa dia gelisah. Tapi aku diamkan saja.
Tadi, lepas mendapat keputusan, aku dapat call dari Syia.
Excited bunyinya,
"Mama, Syia dapat 5A" Terus saja dia cakap bila dah dengar suara aku.
"Alhamdulillah, tahniah. Seronok ka?" Kata aku.
Syia hanya gelak.
Belum sempat aku telefon hubby, Ayin call dari rumah. Ayin sampaikan berita kematian ibu L, (ibu mertua adik Shah). Alfatihah untuk arwah. Berita tu aku dah tahu, Abang Long dah cakap tadi pagi. Aku tanya Ayin dah tahu ka yang Syia dapat 5A, dia kata belum. Gelak gembira kakak Ayin mendengar berita kejayaan adiknya.
Aku telefon hubby cakap berita tu, kami sama-sama bersyukur.
Bila dah balik dari sekolah Syia telefon lagi, dah cerita lebih detail, dia cakap sakit perutnya dah baik sikit.
Aku kata pada dia, yang semalam tu sakit perut takut agaknya. Dia cuma gelak sajalah.
Alhamdulillah, termakbul jugak doa kami. Syukur aku ke hadratNya. Semoga Allah akan memberi keberkatan ke atas ilmu yang di berikan kepada Syia. Semoga Syia akan terus berusaha dan berjaya di dunia dan akhirat.
Tahniah jugak buat semua anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
Lepas ni aku akan sakit perut lagi sebab Angah akan menduduki peperiksaan SPM mulai Isnin 20 November. All the best to her!!!

30 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah,
Tahniah buat Syia.. Saya pun tumpang seghonok. Kat Angah pulak, buat betui2 masa SPM, insya-Allah bulih..

AuntyN said...

budakpenang : Terimakasih

Nor Razi said...

Tahniah AN. Doa ibu pasti termakbul. Cakap selalu dapat 5A insyaallah akan dapat 5A. Buat perkara yg sama dgn Angah

Tahniah

anggerik merah said...

Tahniah untuk Syia. Juga adalah kejayaan untuk AN sekeluarga.

All the best to angah.

Kak Teh said...

tahniah kepada syia dan juga kepada ibu bapa yang banyak mendorong. memang mak selalu sakit perut..anak ambik exam, mak sakit perut, anak nak tunggu results pun mak sakit perut...Mak kita pun dulu macam tu juga N, kan?

ety said...

Tahniah Syia dan AN sekeluarga, berkat ketekunan Syia dan doa' AN & hubby. MA janji kakak RM1000, AN janji x ngan Syia?...bagitau Syia ME soh minta hadiah 'lemon'gak!...(batu api ni..he..he...atau takkan sampai pesanan ni kat Syia?..)

Anonymous said...

Tahniah untuk AN dan Syia dan baba dia.Teknik dan pendekatan untuk berjaya yang anda gunakan alhamdulillah berhasil nampaknya. Bela anak ngan bela kereta lebih kurang sama jer..kena belek selalu..tumpukan perhatian..dua -dua perlukan belanja yang besar..tapi kalau buat dengan baik..hasil keuntungannya dari segi keewangan memang tak ada..tapi..dari segi kepuasan hidup..cukup memuaskan hati..

Anonymous said...

AN nangis tak bila dapat tahu keputusan syia 5A.Lepas ni dia nak gi sekolah asramake? Tahniah to AN dan syia.

AuntyN said...

lord budak : terimakasih. Will DO!!

Anggerik : Terimakasih.

Kak teh : Itulah, apa-apa pun mak bapak sakit perut selalu hehe. Thanks for everything.

ME : Janganlah jadi batu api, hehehe. Kami tak lah janji yang ber"lemon" tu. Adalah sikit mengikut kemampuan. Anak-anak pun faham.

AuntyN said...

En Ari : Alhamdulillah so far nampak berkesan jugaklah teknik tu. Terimakasih atas encouragement En. Ari.
Isyy kereta antik tu buat hal lagi...

easylady : Tak nangis tapi tergenang jugak lah jugak. Thanks to u also.

Anonymous said...

AN,

tahniah buat syia. all the best!!

arc

AuntyN said...

arc : terimakasih.

Anonymous said...

Tahniah untuk syia dan AN..
Tumpang gembira

az

Anonymous said...

congratulation to syia n AN..seronok betul dgr kejayaan anak2 ni...All the best to Angah too
(lama betul tak jenguk Blog AN ni laa..byk nak kena baca ni..hehe)

HAPPYIRFA said...

congratulation to syia..sbb dapat 5A..smlm call adik kat kampung tanya result upsr..dapat 2A jer tapi sbnrnya saya tak sangka dia akan dpt 2A..sbb selalu tak pernah ada A dlm ujian pun

AuntyN said...

az : terimakasih

Kak safiah : terimakasih untuk wishes dan datang jenguk ni. Saya pun baru je jenguk blog kak safiah :-)

happyirfa : terimakasih. Actually AN pun ingat Syia akan dapat 4A 1B saja, sbb that's her last result at school. ALhamdulillah. Tahniah buat adik tu.

DeLinn said...

AN,

Tolong sampai Congrats DeLinn utk Syia eks...

:)

AuntyN said...

delinn : Thanks, will do. :-)

Anonymous said...

Congrats to Syia. Dia tak nak gi boarding school ke?

Anonymous said...

^
|
|
* that was me up there - silap tekan*

Congrats to Syia. Dia tak nak gi boarding school ke?

AuntyN said...

MA : Anak manja tu nak gi boarding school? Hehehe. Dia masih nak duduk bawah ket*ak mak dia tu hehe.

Anonymous said...

Tahniah buat Syia AuntyN! Moga dia akan terus berjaya di dalam peringkat seterusnya di dalam pelajaran. Way to go!

Anonymous said...

tahniah untuk syia..

Anonymous said...

tahniah untuk Syia dan AN!

AuntyN said...

om : Thanks. InsyaAllah.

royce and ima : terimakasih. :-)

Ordinary Superhero said...

Tahniah untuk anakk dan Ibunya.

Mutiara said...

Tahniah Syia dan mamanya. I am proud of your little girl.

AuntyN said...

OSH & Kak Mutiara : Thank you. We are proud of her too.

Mama Rock said...

congratulations ayin and good luck to angah!

AuntyN said...

mama rock : Thanks. It's SYia not Ayin.