November 15, 2006

Kereta antik

Dah lama sangat dah aku rasa aku tak update blog. Cerita "over the weekend" tu dah basi dah. Tapinya entah apa pasal, aku naik malas pulak nak update. Agaknya penangan banyak sangat makan lepas masuk bulan Syawal ni kut.

Semakin hari aku semakin malas nak datang ke ofis. Kalau boleh tu aku siapkan semua kerja rumah aku tu dulu sebelum aku bersiap ke ofis. Jadinya sampai ofis dah 9.30 pagi. Mana tak lambat. Bangun, solat (bila boleh lah, kalau "cuti" terus masuk dapur je lah) lepas tu masak untuk lunch diorang yang kat rumah, kasi makan ayam dan kucing, keluarkan/masukkan baju dari washing machine. Dah tu prepare breakfast untuk mak aku. Siap semua tu baru aku nak mandi segala. Masa tu dah pukul 8.15 pagi.

Lepas aku dah siap tu aku kena panaskan enjin kereta dulu sebelum aku boleh jalan. Panaskan enjin kereta? Haah. Kenapa? Sebabnya, dah dekat 2 bulan aku kena pakai kereta antik arwah ayah. Kereta aku sebelum puasa tu dah masuk workshop, gear box rosak. Camna boleh rosak? Entah, aku pun tak tahu. Aku bukan pandai pasal kereta ni, yang aku tahu masuk kereta start enjin, tukar gear, jalan. Tiba-tiba saja, semacam je bunyi kereta tu, bila gear tu nak bertukar tu. Bila hantar pergi workshop, mekanik tu kata gear box rosak. Major repair tu, memakan RMxxxx tu nak repair. Sabar je lah dengan dugaan ni. Aku rasa memang tahun 2006 ni dugaan aku melibatkan penggunaan duit ringgit yang banyak. Tu pun Alhamdulillah tak ada major health problem kat dalam keluarga.

Jadinya dah tak ada kereta, mula-mula tu bolehlah hubby asyik mengambil dan menghantar. Bulan puasa pulak tu, lambat lah sampai rumah. Akhirnya, bila Abang Long offer sebijik dari kereta dia (dia ni suka simpan kereta antik, ada 2 biji Mini Cooper, 1 Volkswagen, Toyota KE30 kat rumah dia), aku dengan hubby terus saja terima. Aku ingat dia nak bagi aku kereta Waja dia, tup tup dia bagi kereta arwah ayah. Kereta tu walaupun auto, tapi enjin dah lama, berat pulak tu pedal dia. 2 hari sekali kena pulak check air ada tak kat dalam tangki, takut kang berasap di tengah highway tu, lagi lah malu muka aku dok kena tunggu kereta sejuk sebelum bubuh air. Jadinya, setiap pagi aku kenalah perangat dulu enjin tu sebelum aku dapat jalan dengan elok. Dan, oleh kerana kereta tu besar dan berat rasanya, bagi aku yang comel lote ni lah hehehe, kaki sebelah kanan aku pun dah mula sakit. Setiap malam aku akan gosok-gosok, picit-picit kaki aku ni. Apa-apa pun aku bersyukurlah jugak, kalau tak ada kereta antik arwah ayah ni, susah jugak lah aku nak ke tempat kerja. Dalam uzur-uzur ni pun, masih boleh digunakan. Masih berjasa pada kami.
Awal bulan November hari tu pun ada jugak kereta ni buat hal sikit. Hari tu aku kena ke KL pasal kerjalah. Since balik hari, aku pun naik flight sajalah. Flight aku pukul 9.05 am, aku keluar rumah dalam 7.15 am. Sampai kat stesyen minyak aku stop nak isi minyak. Alahai, bila aku nak start balik, tak mau hiduplah pulak. Panik lah aku jadinya, takut miss flight. Kalau aku miss flight tentu aku kena call boss aku cakap aku akan lambat atau aku terus saja tak jadi pergi. nasiblah panjang jugak akal aku ni, aku call abang long, dia kata suruh orang tolak ketepi sat and then panggil hubby aku suruh hantar ke airport. Jadi aku pun call hubby, nasib baik dia dah siap nak pergi kerja dah, jadinya lambat lah dia hari tu sebab kena hantar aku ke airport. Lepas aku mintak tolong sorang lelaki kat petrol station tu tolak kereta ke tepi, aku cubalah call sorang colleague aku yang akan ke KL jugak, tanya dia kat mana masa tu. Kalau dia masih belum terlepas dari tempat aku berada tu nak jugak aku tumpang dia saja. Kata dia dia dah ada atas jambatan dah. Jadi kena jugak susahkan hubby. Hari tu pulak traffik kat atas jambatan slow yang amat. Maka bertambah paniklah aku dibuatnya. Peluh jugak lah ket*ak kau dok takut tak sempat sampai airpot in time. Alhamdulillah, tak miss flight aku. Bila kat KL jumpa dengan Sam, dia tempelak aku katanya kereta aku tu asyik buat hal saja. Sam ni kan hari tu pernah naik kereta aku yang pancit kat atas jambatan Pulau Pinang tu. Kena lah aku cerita pulak yang buat hal kali ni bukan kereta aku tapi kereta antik arwah ayah aku. Adik Shah aku kata bukan pasal bateri yang buat kereta tu tak boleh start hari tu, tapi wayar ke starter tercabut katanya. Jangan tanya aku, macam mana boleh jadi macam tu OK.
Maybe ada yang kata, alah AuntyN ambik cuti je lah. Kat ofis pun bukan ada kerja. Bukan tak boleh nak cuti. Tapi cuti dah tinggal 2 hari. Kalau aku ambik akhir tahun ni bila semuanya dah di congak, nanti cuti yang terlebih ambik tu akan ditolak dari gaji. Tak nak lah ada tolak-tolak ni, kalau nak tambah tak apa hehehe. Kami dah tak boleh accumulate cuti tahun lepas untuk bring forwad ke tahun ini. Setiap tahun, kena perhabiskan cuti tahun semasa. Jadi ni kan dah hujung tahun, cuti pun dah nak habis dah. Tak apalah, nanti lepas tahun baru tu dah nak cuti panjang dah.
Nantilah aku ceritakan keadaan aku menghitung hari-hari sebelum kami tiba hari terakhir aku sebagai seorang pekerja syarikat ini.

9 comments:

Jo Kontan said...

Ha..Toyota KE 30 !!

Tuu kereta Maam pinjam Boh masa study dulu !!. Enjin jaga bagus, Kereta tuu purrrrrrring ajer. Ada banyok criter best pasal kereta tuu...


Masa saya study dulu, adalah seorang mamat nii pun pakai KE30 tuu. Disebabkan bumpernyayang telah tanggal dan digantikan dengan kayu, KE30 nii dikenali ramai. Nama pun KE 30 kereta Kayu!

Kereta Antik tuu yang mana satu ?

AuntyN said...

Tj : maybe AN patut ambik gambar kete KE30 tu, condition still OK, masih boleh digunakkan. Kete Antik arwah ayah tu 190E.

Anonymous said...

Ini bukan masalah kereta da..masalah nya pemandu tu bukan tuan empunya kereta..sebab tu kurang memahami kerenah kereta tu.Merc 190 tu kereta yang seronok dipakai tetapi manja sikit..nak kena belek tiap hari..dan bukan setakat top up petrol sahaja. W126 saya pun sama..kereta tu kuat tetapi kena tengok dia selalu.. kalau tak..kat tepi jalan lah..

AuntyN said...

En Ari : Tak daya nak manjakan kereta lah. Nak kena belek hari2 tu yang malas tu...

Mama Rock said...

hubby suka jaga kereta lama, mama ni aje tak larat nak drive kereta lama...kaki sakit le coz gear dia keras!

AuntyN said...

mama rock : tu lah. Sakit kaki sampai ke pinggang. :-)

KakNi said...

Hah!!!!! Wat do u mean 'hari2 terakhir'?!!!
Nak berhijrah ke?
Takkan dah nak pencen kot.. mustahil.

Anonymous said...

nak berhijrah ke mana AN?
kereta antik tak pernah lagi merasa bawak..dulu my dad punyer kete maca keter dalam katun Din Teksi dolu-dolu ;-D

AuntyN said...

ahni : Apa mustahil pulak, memang AN nak pencen dah :-)

onde2 : Tak berhijrah ke mana-mana. Lepas ni nak jadi suri rumah sepenuh masa.
Keter tu kalau masih elok best bawak tu. Memang antik tu.