Semalam aku cuti, sebab tu aku tak update blog. Bukan pasal tak ada connection kat rumah, tapi hubby pun cuti, dia ada exam lagi hari Rabu ni, jadi dia dok guna PC, jadi aku tak lah boleh nak ganggu. Isteri mithali lah konon-konon ni kan, hehehe. Aku cuti pun bukan aku duduk kat rumah, aku bawak Syia pergi buat mykad dia (dah sebulan tertangguh, sampai kena bayar RM11 pasal lambat). Kak Long pun nak ambik mykad dia. Dah lama dapat surat, oleh sebab dia di kampus, kena tunggu sampai dia balik dulu.
Masa kat pejabat pendaftaran tu aku tak tahan, sakit perut kemain lagi. Agaknya sebab salah satu nasi minyak kenduri yang aku makan pada hari Ahad tu. Sebab, sejak malam sebelumnya dah 3 kali aku memerut tu. Isyy harap-harap jangan sampai cirit birit pulak lah. Alhamdulillah, tak cirit birit pun. Agaknya, kurang sikit kut tahap kebersihan makanan yang di jamu di rumah kenduri tu yang buat kan aku sakit perut tu. Jadi aku tinggalkan Syia dengan Kak Long di Pejabat Pendaftaran, sementara aku pergi cari toilet yang sesuai. Tapi, stesyen minyak Petronas kat situ dah tutup pulak dah, nak di renovate ke apa ka aku pun tak tau. Jadinya aku singgah kat satu klinik. Memang aku kenallah doktor-doktor kat situ. Panel klinik jabatan hubby. Nak tumpang bilik air diorang sajalah ni. Bila aku masuk, kat reception pun tak nampak sesiapa pun, aku terus je lah masuk toilet. Ada jugak notis kat pintu toilet kata cuma "pesakit klinik saja yang dibenarkan menggunakan toilet tu", hehehe. Kalau terjumpa dengan doktor ke pekerja kat situ ke, yang nak marah aku guna toilet tu aku plan nak mintak ubat aje lah. Bukan aku bayar pun, jabatan hubby yang bayar hehehe. Tapi bila dah selesai aku punya "biznes" tu masih tak ada orang, maka aku dengan selambanya, keluar dari kelinik tu hehehe. Cuma aku tak berapa suka yang toilet tu tak lah bersih sangat. Macam tak dijaga saja. Ni kat klinik, pastinya toilet mesti bersih, dan selalu bau disinfectant gitu kan?
Apa lah aku ni dah melalut sampai cerita toilet ni....
Yang aku nak cerita tu pasal birthday aku tu. Malam jumaat tu, aku bukan main berYM dengan kawan-kawan (sanggup aku dera diorang suruh tunggu lepas midnight, hanya untuk wish aku birthday hehehe, nasib lah korang!!!) . Anak-anak pun siap datang wish aku, cium-cium pipi lepas midnight tu. Hubby dah tidor, tapi dia bangun kencing, siap tegur aku tak tidor lagi masa tu. Macam cue call lah pulak tu kan. Aku pun beransur lah lepas tu, solat dan terus tidor. Hubby dah sambung sessi dengkuran dia dah pun.
Selalunya sebelum hubby keluar ke ofis dia akan wish dan cium-cium dulu. Tapi dia datang ke dapur, cakap nak pergi kerja dah, tak wish pun. Aku saja lah tak nak ingatkan dia, nak tengok kut-kut dia ada kejutan ke apa. Kalau tak ada sampai malam tu dok plan jugaklah nak muncung tu hehehe. Memang lah dia terlupa nak wish, dia sms aku masa kat ofis. Hubby ni bukan jenis suka bersms, kadang-kadang message dalam inbox dia tu aku yang tolong deletekan (ni trick nak check sms lah ni hehehe). Berlambak-lambak dibiarkan dalam inbox tak delete-delete, aku pulak jadi secretary dia tu. Cuma sms birthday wish tu bunyi formal saja, aku pun jawab "thanks" saja. Mula tu nak tambah "luv u", tapi, malas lah sebab dia pun sms "Wishing you a happy birthday" Aiyooo, tak romantik langsung tu, tak pun tambahlah "Sayang" atau "Darling" ke kan hehehehe. Man!!!, when are they going to learn? *sigh*
Tapi lepas tu dia call, siap tanya nak celebrate kat mana malam nanti? Hah? Ingat jugak dia rupanya, hehehe. Mula dah cair dah lah tu. Aku tanya jugaklah dia lupa ke atau kawan dia yang ingatkan dia tadi tu. Dia kata ingat, cuma lupa nak wish pagi tadi je tu. Ye lah tu......Since mak ada kat rumah, nak tinggalkan dia sorang-sorang takut pulak jadi apa-apa, kami decide tak payah lah nak celebrate kat luar. It would have been perfect since semua anak-anak ada di rumah tu. Cuti sekolah dan malam week-end pulak tu. It's OK lah nanti kami cari other time yang lebih elok.
Bila hubby balik dari ofis, tengok-tengok dia beli birthday cake sebiji. So far tak pernah dia belikan kek untuk birthday aku pun. Aku pun tak pulak suruh dia beli cake ke apa pun. Since tak boleh keluar agaknya dia beli aje lah cake bawak balik ke rumah. First time dia nak celebrate birthday aku dengan birthday cake segalanya tu hehehe. Cuma tak ada tiup-tiup lilin je lah, kami makan anak beranak je tu. Hubby beli nasi daging lagi, so dah save energy aku malam tu tak payah masak. Hehehehe, sapa kata dia tak sayang bini dia, sayang jugak dia tu kat aku ni...
Dia pun happy jugak masa dia masuk rumah sebab dia tengok laman rumah bersih dari sampah. Anak-anak dara tu siap sapu daun-daun kering yang jatuh tu keliling rumah, aku ingat dia suruh diorang sapu tu masa dia balik sembahyang Jumaat, tapi katanya dia pesan kat angah masa hantar anagh pergi sekolah pagi tu. Dia tak sangka yang angah ingat pasal tu. Tapi bila tengok laman semua bersih, happy lah dia.
Ahad ada 2 kenduri, aku pergi dengan mak di rumah kakak pupu aku tu yang kawinkan anak dia. Lepas tu aku tinggalkan mak kat situ sebab dia nak pergi jumpa mak sedara aku yang sorang lagi. Aku nak balik makan kenduri kat rumah jiran aku. Aku pun tak berapa pasti, jiran aku tu jemput ke tidak kami ke rumah kenduri dia tu. Tapi tak patut sangat dia tak jemput, sebab, selang 3 buah rumah saja rumah dia tu. Jadi aku pun beranikan diri, assume yang dia jemput (boleh ke gitu hehe), lalu pergi jugak makan kenduri tu. Masa tu adalah abang Man (jiran aku tu lah) dia kata dia tinggalkan kad kenduri kat rumah aku, masa aku keluar ke pejabat. Entah-entah dia cover line kut sebab dah nampak aku datang tu kan, entah-entah sebab tu lah aku sakit perut makan kenduri yang tak di jemput tu kan hehe. Tak pe lah harap-harap di halalkan apa yang aku makan.
Lepas buat mykad tu, aku, Syia dan Kak Long ke Carrefour. Budak-budak tu siap tanya aku lapar ke tak, aku tahu lah diorang lapar tu. Jadi lepas bershopping kami pergi makan kat food court tu. Aku makan pasembor, diorang makan KFC, lepas tu tapau bawak balik fish fillet 2 untuk angah dan ayin dan 1 bigmac untuk hubby. Maktok tak makan fast food, jadi tak lah beli untuk dia. Masa kat Carrefour tu aku ada beli 3 helai b*a. Sebab tengok harga murah sangat. Masa dok choose tu aku tengok size dia sesuai dengan aku, tapi nampak kecik. So aku beli 1 size yang besar sikit, 1 size yang sama macam aku selalu pakai tu (jangan pulak ada yang nak tanya size berapa cup apa A,B, C atau D pulak tu..). Since murah tu aku pun malas nak try-try lah. Waste time rasanya tu.
Bila balik rumah baru aku try. Sah dah lah tekaan aku. Yang sama size yang aku selalu pakai tu rupanya memang kecik pun. Yang besar sikit tu elok je lah * tak lah, tak mengembang dah, kecut ada lah kut hehehe* Jadinya jadi rezeki angah lah b*a baru tu, Kak Long dah OK koleksi b*a dia, it's too big for ayin and syia, angah lah pilihan yang bertepatan. Budak-budak ni pun kalau beli b*a untuk diorang aku yang pilih size bagi diorang try. Kalau biarkan diorang pilih sendiri, size pun diorang tak tau hahaha. Yang lagi satu tu elok lah sebab mahal sikit harga dia. Moral of the story, kalau nak beli b*a murah, either try dulu atau beli yang besar sikit dari size biasa hehehe.
Isyyy, apa pulak entry aku kali ni kan, ada cerita toilet dan b*a pulak dah hehehe.