June 12, 2006

Untitled

Sekali sekala, aku call Malcolm, kawan aku tu untuk sembang-sembang. Dia cerita pasal England, aku cerita pasal Malaysia. Tak , kami tak sembang pasal World Cup, Malaysia mana layak masuk WC pun. Belum sampai taraf world class lagi soccer team kita ni kan.

Malcolm ni ada penyakit multiple myeloma. Aku pernah tulis pasal dia dalam entry bertajuk "For Malcolm" bulan March 2005. Malas nak link sini, kalau nak baca kena korek archive OK. Just a re-cap. multiple myeloma ni macam blood disorder, kalau tak silap ianya adalah salah satu cabang leukemia tu. Dia di "diagnose" hampir 4 tahun yang lalu. Sehingga kini Malcolm mengambil pendekatan menjalankan altenative medication. Dia tak mengikut nasihat conventional medication dengan menjalankan chemotheraphy. Sebabnya dia tak buat chemo sebab dia ada tanya pendapat doktor-doktor akan peluang dia untuk baik sepenuhnya melalui rawatan chemo. Dia pun ada buat research sikit-sikit pasal rawatan alternative tu. Apa yang doktot cakap tu tak meyakinkan dia untuk buat rawatan chemo. It is only a 50:50 chances, and his quality of life may deteriorate through chemo. Itu pendapat dia lah.

Apa yang aku pasti dia boleh stabilkan keadaan dia dengan apa yang dia buat sekarang ni. Alhamdulillah, sebab ajal dia belum sampai lagi, jadi masih boleh bertahan. Namun katanya, doktor-doktor yang dia selalu consult tidak berapa yakin dengan cara rawatan dia tu. Apa yang aku tahu dia membuat rawatan dengan mengubah cara pemakanan dia, semuanya organik dan ada bahan-bahan tumbuhan tertentu yang dia jadikan makanan dia seharian. Lagi satu dia akan cuba untuk elakkan diri dari stress.

Aku sebenarnya, selalu menyuruh dia membukukan apa yang dia buat. Tapi sehingga sekarang dia masih "berdegil". Katanya apa yang dia buat tidak ada pakar medical yang berminat. Diorang setiap kali akan ambih sikap acuh tak acuh saja bila dia cuba terangkan lebih lanjut. Tapi argument aku ialah, kalau dia menulis pengalaman dia melawan multple myeloma dan berjaya "memanjangkan" (ini semua urusan Allah) usia dia , sekurang-kurangnya ada orang lain yang mungkin mempunyai penyakit seperti dia yang dapat menafaat dari buku dia tu. At the same time, boleh jugaklah dia dapat sedikit royalty dari penjualan buku untuk menampung hidup dia tu. Mungkin next time aku akan cuba lagi untuk memujuk dia menulis buku mengenai pengalaman dia tu.

Selain dari kesihatan dia, kami selalunya akan bertukar-tukar khabar mengenai kerja (he was my ex-colleague, dah bersara semasa dia disahkan mengidap penyakit itu, tapi dia masih ada contact dengan kawan-kawan dia head office kami tu). Aku cerita perkembangan di Malaysia, dia cerita apa yang kawan-kawan dia update dia di sana. Aku cerita kebosanan aku di sini, dia cerita kesangsian kawan-kawan dia di sana. Selain itu kami sembanag pasal keluarga. pasal anak-anak dan lain-lain. Kesian jugak dia, dalam tak nak stress punanak sulong dia buat hal jugak. Dah dapat masuk sambung belajar kat Uni, dia buat hutang keliling pinggang sampai kena drop-out dari U. Dah drop-out dapat kerja, dah buat hal disiplin pulak, selalu ponteng kerja atau lambat pergi kerja. Sampai kena disuruh resign. Duit hutang dia yang bapak dia (Malcolm) tolong bayarkan, tak dapat dijelaskan pun. Entah apa pasal dia buat macam tu, dah tahu mak bapak susah nak maintain family budget dia pulak jadi tak keruan, irresponsible betul kan...

Malcolm ada bertanya pasal blog aku ni. Aku cakaplah, aku ni bukan macam dia. Ada sesuatu yang boleh dia tulis (pengalaman dia). Aku ni menulis ikut sedap jari dan ilham yang datang di kepala. Tiada "substance" pun. Main redah je :-) Dengan sekarang bukan main banyak lagi blog-blog yang menarik dan bagus-bagus, blogging dah jadi macam suatu hobby yang sayang untuk aku tinggalkan, tapi tak semacam dulu ketegaran aku dalam ber blogging ni. Aku lebih suka baca blog orang sekarang ni, dari mengupdate blog sendiri. Seronok baca cara bloggers menulis, banyak jugak pengajaran yang aku timba dari blogging ni. Sayang memang sayang nak tinggalkan blogging sebab blogging menjadi satu terapi jugak untuk aku. InsyaAllah aku harap aku akan jumpa satu theme untuk aku,untuk menjadikan penulisan aku lebih bermakna.

Ada siapa-siapa nak suggest ka? Manalah kut-kut ada pembaca blog ni yang nampak kecenderungan aku terhadap sesuatu tema (bukan theme park OK :-))

12 comments:

Anonymous said...

AN, I think bab *main redah* tu yg makes yr blog unique. Terpancar keikhlasan, and ppl can connect to u.

AuntyN said...

tenah : terimakasih. Ikhlas tu ada lah cuma bosan dah baca celoteh makcik ni hah :-)

Ari said...

Apasal bosan bersembang ..? Tulis lah..apa pun tak kesah..sebab..yang menulis tu awak..kiter nak baca jer..!Tapi jangan menulis macam saya..saya cuma suka menulis tentang bot,kapal dan sedikit tentang kehidupan..lagi bosan orang membacanya..tapi..saya tak kesah lah..sebab yang menulis tu saya..bukan mereka..!

AuntyN said...

En Ari : Saya tak reti nak komen tentang bot dan kapal, jadi bila jenguk blog En. Ari, langsung tak komen :-). Nak bersembang memang tak bosan, cuma orang nak baca je yang nanti jadi bosan. Topik je elok, habuk pun tarak hehehe.

Anonymous said...

AN : IMHO, Main Theme ikot sedap jari dan ilham dalam kepala tuu yang best. Real!. Like talking to the real person.

Tapikan, small2 ranting of the sub plot, from the Main Theme, i.e. nak sekeh kepala orang tuu pun,.. okaayyyy.

Am I making any sense kar ?

:-)

AuntyN said...

Tj : alamak !! Tak beranilahnak sekeh kepala orang tau, cuma usik2 je lah. Anyway thanks.

UglyButAdorable said...

whatever it is..it's always a pleasure for me to read your entries...:)

I_mshe said...

auntyn - rasanyer your style of sembang is a theme of its own. tak payah nak susah susah carik theme. *wink*

Neway, kirim salam kat Malcolm tu. Ye lah kekadang yg sakit jadi source of strength to the one yang sihat. So mungkin itulah peranan Malcolm atas anaknye. Just my thots.

aNIe said...

Kak N...rasa-rasanya tak payah lah pakai tema-tema kot...sebab apa pun kak N tulis...pasti menarik .... :)

Keep on writing

AuntyN said...

adorable : thanks so much. I read your blog too. You are good. Sorry if I don't comment much.

sushi : Thanks, you are probably right, about the sembang2 tu.

Yes, Malcolm is strong. I try to help him see himself from another perspective, a friend.

Lady : Terimakasih, insyaAllah akan cuba teruskan.

Nor Razi said...

AN:

Mungkin malcom dah tahu tapi saya selit kan juga satu url yg bagus utk dia:

http://www.dadamo.com/

Web ini sesuaikanmakanan dengan jenis darah kita

AuntyN said...

Budak : Thanks, will inform Malcolm.