June 14, 2006

Bila Makcik Sudah Bosan....

Dalam kepala aku ni dok terngiang-ngiang (macam bunyi nyamuk lah pulak no.... hehehe) lagu P Ramlee "Hula Hup, Hulalala, Hula hula hup" tu. Alah, lagu yang macam ni sikit-sikit tu,

"Bila mama main hula hup, bisul papa meletup................"

Entah tak ingat dah lirik dia tu, tapi melodi dia tu ingat lah lagi.

Jadinya bila makcik ni dah naik bosan, banyak lah benda yang aku buat tu.

1. Aku bosan dengan "wardrobe" aku (cewah ada "wardrobe" konon ni hehehe)

Aku mula menyelongkar almari, cari baju yang dah lama aku tak pakai. Yang masih boleh dipakai. Ada baju yang aku tak pakai kerana sebab-sebab tertentu. Ada kalanya macam satu baju kebaya tu, dah 5 tahun dah aku tak pakai, sebabnya ada sorang staff dari HR department ada corak kain serupa dengan baju aku tu. Cuma dia punya baju kurung, tapi aku punya baju kebaya. Dia dah berenti 2 tahun lepas, tapi aku baru je rasa nak pakai baju tu semalam. Sehari sebelum tu, aku pakai satu jeket warna hitam pekat dengan kain kembang payung. Jeket tu pun dalam 5 tahun dulu aku beli. Tapi entah apa pasal aku jarang sangat pakai tu. Agaknya sebab sleevenya 3/4 panjang, kalau aku kurang keluar saja aku akan pakai jeket tu. Jeketnya tak tebal, bukan yang ada lining yang macam suit tu jadi tak lah nampak macam berlagak sangat pakai jeket dalam cuaca panas kat Malaysia ni kan..

Masih boleh aku pakai baju-baju lama tu, taklah membazir. Masih maintain lah aku ni kan hehehe
Dah tengah bulan ni, mana nak korek nak beli baju baru tu. Walau teringin macam mana pun, kena jugak ketepikan keinginan tu. Dah berkali-kali aku dok drool bila aku nampak 2,3 pasang baju yang aku suka tapi , masih tak dapat nak grab lagi tu. Nanti lah, akan tiba masanya jugak tu heheh. Itu cita-cita, bukan angan-angan tu.

2. Bila sudah bosan di tempat kerja.

Bila dah bosan aku mulalah nak surf sana sini. Tak, aku tak surf site-site terlarang. Tak boleh, harrraaaaaammmmm tau. Cewah, konon alim sangat lah pulak makcik ni kannnnnn. Sebenarnya, ada websites yang terlarang yang memang disekat oleh IT admin kami. Silap haribulan nama naik dengan boss, isyyyy tak nak lah, malu aku kalau jadi macam tu. Cari penyakit lah kalau nak surf websites yang berunsur lucah dan gambling tu. Tak elok untuk kesihatan fizikal dan mental (aku lah) . Untuk yang suka tu tak tau lah kan, hehehe

Surf pun bukan surf mana-mana pun, aku try join yahoo group lah, forum lah, blog-blog. Nak cari idea aku ni, kut-kut ada idea bisnez ke yang aku boleh ceburi untuk menambah pendapatan gitu dan mengisi masa terluang, sebagai persiapan untuk persaraan dan sebagainya. Tapi rata-rata yahoogroup banyak yang dok promosi cara nak buat duit di internet dengan cepat sekali. Berjuta-juta RM dijanjikan dalam masa sebulan dua tu. Terliuq jugak aku pun. Ada yang money back gurantee pun ada. Tak berani aku nak cuba, walaupun aku tengok ramai yang menjadi ahli. Kalau tak tak kan banyak yang dok promote affiliate website diorang tu kan. Berlungguk-lungguk jadinya email masuk kat inbox aku. Last-last tak tahan kena unsubscribe saja lah hehehe. Cari penyakit aku ni kan, tak de kerja dah cari kerja pulak.

Ada ke yang betul-betul dah kaya dengan menceburi program affiliate ni ye? Yang pasti aku rasa pengasas program tu lah yang dah kaya dengan wang keahlian tu kan... Yang lain tu wallahualam ye tak?

3. Bila dah bosan makanan yang sama.

Dok cari idea apa nak masak, sebab dah bosan tengok kari, tengok nasi, tengok sambal tumis etc. Jadi bila dok baca blog-blog tu, jumpa resipi fish and chips kat blog Honeytar (sorry ye Honeytar, AN ambik resipi tak mintak permission, rasanya tak perlu sebab dah di letak kat blog sure for public eyes kan?). So, masa aku pergi Carrefour dengan hubby tu aku beli Dory fish fillet. Tapi dah masuk kereta baru teringat chips tak beli. Tartar sauce aku ingat masih ada sebotol kat rumah.

Bila dah ada fillet konon lah nak try buat fish and chips. Tak lengkap bahan-bahan aku tu, kena substitute dan improvise lah tu.

Fish aku marinate semalaman (sebabnya tak sempat nak masak bukan saja nak marinate lelama). Marinate dengan garam dan sedikit kunyit, serta herba-herba (mix herbs untuk spaggeti tu). Sebelum goreng, celup dalam telur yang aku bancuh dengan tepung gandum. Breadcrumb tak ada, tak beli, roti ada, tapi malas nak buat sendiri breadcrumbs, aku bantai pakai Agromas muti-purpose seasoning flour aje lah. Maka jadilah Fish aku yang telah aku improvise tu.

Nak makan, chips tak ada. Kami makan dengan white rice. Bukan fish and chips, tapi Fish and Rice hehehe. Ada yang guna tartar sauce ada yang cicah chili sauce. Not to worry, akan buat a proper fish and chips selepas ini.

Kak Long pun dah nak balik kampus hujung minggu ni, dia dah "order" kat mak dia bermacam-macam menu. Fish and chips, chicken chop dan bergedil. Memang pipi dah gebu dah tu hehehe, selama sebulan kat rumah tu. Hari ni aku main campak saja ikan kering, terung, ubi keledek, nenas, tomato hijau, karot, bawang-bawang bersama rempah kari untuk jadikan kari ikan masin. Betul, aku main campak je tadi tu, sebab hari ni memang sibuk, sebab aku kena hantar anak-anak ke sekolah. Hubby terpaksa pergi kerja awal dari biasa, tak sempat dia nak hantar anak-anak ke sekolah macam selalu. Sempat lah jugak aku pergi pasar (orang Penang panggil market) untuk beli bahan-bahan yang nak masak kari ikan masin tu.


Apa korang semua buat kalau dah bosan macam aku ni?

29 comments:

Anonymous said...

tak sempat jadi bosan sebab anok rhamei..He..he..

Anonymous said...

bila bosan, saya buat keja2 yg tak produktif spt tido...dan tido...dan tido....

AuntyN said...

eaylady : Betul lah kan, tak sempat nak bosan. Kalau dah tak makan tangan tu lepas kat Tj lah se hari dua (tgk dia gelabah ke tak hehehe)

Oren : AN tak berapa reti nak tido banyak2. Tu yg susah tu agaknya.

Honeytar said...

AuntyN: hehehehee... takper... resepi tu memang utk tatapan public pon. :)

Boleh improvise... tak jadi masaalah... tapi fish tu marinate dgn KUNYIT?? ohhh... TIDAKKKKK...!!! ;-)

ps. btw, so far Dory fish tu kat Carrefour is the cheapest.

Bergen said...

Home-made fish and chips are better, ma'am. Those you find at restaurant usually use beer in the batter to make it crispy. Some people use ginger ale, or ENO.

JoeBangla said...

kalau bosan, whine ajelah pasal kebosanan tuh :-)

Sya said...

Kak N.. bila baca blog kak N baru terfikir apa ek aku buat kalau aku bosan? Buat masa ni lom ada lagik masa nak bosan.. tak tau le masa terdekat ni

AuntyN said...

honeytar : Itulah cara org kampung, Tapi tak lah sampai begitu ketara rasa kunyit tu. Next one I buat sure tak bubuh kunyit then nak taruk ENO macam bergen suggest tu. Bagus jugaklah kan dok cerita sini dapat petua banyak2. Thanks.

onde2 : Lagi bagus kalau tak sempat nak bosan kan...

bergen : Thanks, a really good tip, nanti nak try tu.

Joe : What is a blog for if it's not for WHINING, right? :-)

Anonymous said...

AN : For young man like me (chewah!!, takpelah perasan sesekali),

Life is too short to be borred.

Hah laa,. ikotkan nasehat AN tuu...

Petang2 balik kerja terus main badminton ngan bbudak. Lepas tuu mandi kan si Arip, Pipa, and Ajim. Maghrib tuu, seminggu gi tesco. Bawak lagi askar semer tuu. Kalau tak ngaji. Weekend, pagi-pagi dah berbeskal ser dua round ngan Ajim or Arip.

Yang hantar sekolah balik sekolah tuu subcon ngan Maaam laa. Me no Superman maaa..

Dua bulan, sekali ajer dapat mengeteh dengan member.

Mebbe bile baby Dilla dah besar Syia, bosan kot ?

AuntyN said...

Tj : Actually, kalau nakkata bosan pasal tak ada kerja kat rumah memang tak betul lah. Sbb kat rumah mana ada masa lapang pun, cuma bosan agaknya sebab rutin, selalu buat benda yg sama aje ni. La ni pun dah jarang bertenet pun. Entah apa2 entah.
Bila Dilla dah besar Syia, you spend a lo of time doing things just together with Maam, then maybe tak bosan.
I think I will be really lonely in a few years time, nak kena plan activity dgn UZ to beat the rutin ni.

AuntyN said...

Sya : sorry I missed your comment earlier.

OK lah tu baru terfikir, makna nya tak bosan lagi lah tu :-)

aNIe said...

Kak N...buat masa ni lady bosan...bosan sebab lama dah tunggu hubby tu balik...lamanya dia tak balik2 lagi....

Blabarella said...

Kat egypt nak cari fish pun must be careful. Macam-macam advise dah dapat from back home and here. Basically, no fish from the Nile or Suez canals because they contain lots of bacteria. Only from the Meditarranean boleh makan. And dahlah mahal, not many choices pulak tu! Oh well. :) How about reading books to fill the spare time, AN?

AuntyN said...

Lady : Bosan yang tu, tak leh nak tolong tu hehehe. Sabo je lah.

blabs : Nice to see you here. :-) You know something I have a book in my handbag which had been there for months!!.

Kesian lah dengar pasal the fish in Egypt tu.

Coconut Ice said...

its so sweet that you are packing stuff for your daughter. I remember when i was studying in sarawak my mom would make stuff like sambal, sauces and other pre-cooked food so that all I had to do was masak meat/fish/chicken and juz letak the sauce.

Ely said...

hmm nih menyakit bosan lah kan. dont worry, sebab tuh lah i dpt singgah aunty punya blog hari nih.

sorry dah lama tak menyinggah. tapi kita dah sampai lah nih.

AuntyN said...

coco : biasalah tu bagi seorang ibu

ely : apa khabar baby and yourself. It's OK kalau tak singgah, tak sempat pun nak menyinggah merata kat blogland ni, banyak sgt blog sekarang ni :-)

Fara said...

AN, bosan2 saya chatting hehehe ...
kalau byk duit (KALAU), bosan2 sy shopping ... :-)

Ordinary Superhero said...

Kalau bosan dan boring kat opis, turun bawah pegi browse buku dekat bookshop. Kalau berkenan, beli. Tapi baca belum tentu bila.

AuntyN said...

fara : yg problem nya duit tak der nak shopping hehehe

OS : Buku berlambak kat rumah yg belum baca. Hubby asyik beli entah bila nak baca entah lah *sigh*

Nong said...

Kalau kerja kat ofis melambak, tak sempat nak bosan. Angkat muka pun tak sempat.

Tapi kalau ada masa, kalau bosan2 tu call kekawan jumpa kat spa ke, club ke... or window shop ke...

Nor Razi said...

AN

Budak kalau bosan bosan ........... MAKAN

ibuVouge said...

saya kalau bosan, suak mengemas..semua nak kemas, satu lagi suka drive kemana mana tanpa hala tuju

tee said...

kalau bosan kat opis ni, selalunya apa lagi blog hopping la...

kalau kat rumah, e de chan langsung sebab ade je kejo yg nak dibuat. pelik kan, macam x pernahnya abis kerja kat rumah tu kan?

allaboutharif said...

hmpp klu bosan,berangan ler trus ilang bosan..yupp unquestionably :P

Mutiara said...

AN...I will give u 2 recipies for fish in the email. Instead of using chips, U can just fry russet potatoes or red potatoes or to be healtier, bake the potatoes in the microwave.

Ari said...

Hallo Ann/N,Kami selalu buat fish and chips -white rice..!dengan gunakan ikan Talang Raya..lagi besar lagi bagus..saya suka yang 5 kg keatas..Aruan Tasik pun bagus..ikan jenis ni kena season kan dengan aji dan garam sikit..isi dia agak tawar. Ikan Kurau dan Siakap yang besar..is real good..cuma harga dia mahal la..

AuntyN said...

Nong : Sini nak pergi spa tak ada member. Lepas tu kerja rumah pun belambak.

My problem ni agaknya bosan dgn rutin, bukan dgn tak de kerja :-).

Budak : Nant makin GM lah AN nanti tu. :(

IV : hehehe, kalau pasal nak kemas, memang banyak nak kemas ni tau. Drive tanpa hala tuju tu dah susah dah sbb minyak dah mahal :-)

tee : Biasalah, kerja rumah tak pernah habis pun. Entah mana datangnye pun entah lah ye..

allaboutharif : Berangan? Baik2 kang jatuh kerusi hehehe

Kak Mutiara : cepat hantar!!. Mesti nak cuba ni hehehe

En Ari : Ikan Talang Raya ? Yang kenal ikan talang tu yg dah jadi ikan masin hehehe.

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » » »